Isnin, 17 Ogos 2015

Institusi Pembesar di Vietnam



Institusi Pembesar di Vietnam
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
HPMemerihalkan konsep, hierarki dan peranan pembesar di Vietnam
Pembesar
Sistem pembesar di vietnam  diwujudkan untuk membantu  maharaja dalam meraksanakan tugas dan melicinkan pentadbiran. Pembesar memainkan peranan penting dalam sistem politik  Vietnam. Mereka menduduki lapisan kedua dalam struktur sosial masyarakat iaitu selepas raja/maharaja sebagai golongan pemerintah.

maharaja mengagihkan tugasnya kepada golongan pembesar di peringkat pusat, daerah, dan kampung.Ini tidak bermakna bahawa kuasa mutlak raja/maharaja terjejas. Raja/ maharaja masih memegang kuasa mutlak dan segala keputusan dari aspek pentadbiran, sosial, dan ekonomi dalam tangan raja/maharaja.
       Pembesar di pelbagai peringkaf mempunyai tanggungjawab tertentu dari segi politik, ekonomi, dan sosial.

Vietnam pada abad ke-19 di bawah Maharaja Gia Long merupakan sebuah kerajaan pusat. Segala urusan pentadbiran kerajaan berpusat di Hue.  Vietnam tidak mempunyai pembesar yang  terdiri daripada golongan bangsawan. Kedudukan dan kuasa  golongan bangsawan sebagai pembesar di peringkat pusat, daerah, mahupun di kampung telah dihapuskan oleh Maharaja Gia Long.

       Kedudukan dan kuasa pembesar vietnam terletak pada golongan Mandarin (Quan) yang merupakan golongan sarjana yarg berpendidik Confucius. Golongan ini mempunyai kedudukan istimewa dalam pentadbiran kerajaan. Golongan Mandarin mengetuai setiap birokrasi dalam kerajaan vietnam. Golongan Mandarin ini dipengaruhi oreh sistem pentadbiran Tanah Besar China.

       Di vietnam, setiap lapisan masyarakat berpeluang menjadi Mandarin (Quan)dengan syarat mereka mendapat pendidiian tinggi berasaskan pendidikan  confucius. Mereka akan dipilih meralui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan china. Mereka jua perlu Mendapat sokongan daripada seorang Mandarin.Quan dibahagikan berdasarkan peringkat atau greduan yang mempunyai taraf yang paling tinggi ialah Quan Awam. Taraf Quan Awam lebih tinggi daripada taraf Quan Tentera. Quan Awam perlu mengetuai tentera atau membuat keputusan yang berkaitan dengan ketenteraan di peringkat daerah walaupun mereka tidak pernah mendapat apa-apa latihan ketenteraan.

       Pentadbiran pusat yang terletak di Hue bertanggungiawab kepada pentadbiran negara, pelaksanaan undang-undang, dan sistem pendidikan. Dalam hal ini, pentadbiran pusat dibantu oleh enam Kementerian (Quan), iaitu:
(a) Kewangan.
(b) Peperangan.
(c) Kehakiman.
(d) Istiadat (Upacara) yang bertanggungjawab terhadap pendidikan dan perhubungan luar serta takurim bulan.
(e) Perkhidmatan awam yang bertanggungjawab menentukan pelantikan, tugas, kenaikan, dan penurunan pangkat.
(f) Kerja raya yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tali air seperti di Lembah Sungai Merah di Tongking.
       Dasar kerajaan ditetapkan oleh Majlis Sulit (co-mat-vien) yarrg dipengerusikan oleh Maharaja. Majlis Sulit ini dianggotai oleh empat orang Menteri Kanan yang bertindak sebagai Ketua Jabatan dan beberapa orang pegawai istana. Majlis bertanggungjawab meluluskan atau memberikan pandangan kepada Maharaja dalam hal ehwal pentadbiran negara dan membantu menyelesaikan perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat Kementerian (Quan).
       Pembesar di peringkat daerah menjalankan tugas seperti mengutip cukai,menguruskan hal kehakiman, merekrut dan melatih anggota tentera, serta menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat.Dalam sistem pemerintahan Vietnam, desa atau raan merupakan unit pentadbiran yang paling bawah. Masyarakat desa merupakan suku-suku keluarga dan ketua desa (Iy xuan).Iy xuan mempunyai tanggungjawab moral terhadap ahli masyarakat.
       Pembesar desa menjalankan tugas seperti:
(a) Menyelia projek awam untuk memperbaiki keadaan desa.
(b) Membahagikan tanah dan air untuk pertanian. (c) Membahagikan tanah desa kepada petani.
(d) Menentukan individu yang akan terlibat dalam memenuhi kerahan kerajaan.


Khamis, 13 Ogos 2015

Peranan pengaruh luar

.Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1.Gerakan Islah Islamiah/ Pemulihan di Timur Tengah.
Gerakan ini dipelopori oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan diteruskan oleh Syeikh Muhammad Abduh. Mereka menggesa kaum muslimin agar berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dan Hadis.

      Gerakan pemulihan Islam di Tanah Melayu dipelopori oleh Syeikh Tahir Jalaluddindan Syed Syeikh al-Hadi. Pelajar Melayu bersama Indonesia menerbitkan majalah Seruah Azhar (1925-1928) dan Pilihan Timur (1927-1928). Majalah ini mengecam pihak penjajah di Tanah Melayu dan Indonesia.

2.Gerakan Pan Islamisme.
Memperjuangkan penyatuan dunia Islam di bawah naungan Empayar Turki bagi menentang perluasan kuasa Barat.[1]

3.Gerakan Turki Muda.
Gerakan Turki Muda dipimpin oleh Mustapha Kamal berusaha untuk memodenkan negara Turki. Gerakan ini memberi ilham kepada orang Melayu untuk memajukan diri dalam pelbagai bidang.Gerakan ini merangsang semangat golongan muda di Tanah Melayu untuk memperhebatkan perjuangan mereka.Parti politik pertama ditubuhkan ialah Kesatuan Melayu Muda pada tahun 1938.

4.Perang Rusia-Jepun 1904-1905
Kemenangan Jepun dalam Perang Rusia-Jepun 1904-1905 memberi ilham kepada orang Asia untuk mencabar orang Barat.Ini membuktikan sebuah negara boleh menjadi kuat melalui kemajuan pendidikan dan teknologi.

5.Pengaruh Gerakan Politik di Indonesia.
Ada tiga sebab mengapa perkembangan di Indonesia begitu kuat mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Pertama Indonesia negara jiran yang paling hampir dan segala peristiwa yang berlaku di negara itu mudah tersebar ke Tanah Melayu. Kedua Indonesia dan Malaysia sedang berusaha membebaskan diri dari belenggu penjajahan Belanda di Indonesia dan British di Tanah Melayu. Ketiga pertalian antara kedua-dua negara dieratkan lagi oleh ikatan serumpun iaitu persamaan dari segi bahasa, budaya, adat dan agama.

      Perkembangan di Indonesia telah menarik perhatian golongan terpelajar di Tanah Melayu terutama di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim seperti Ibrahim Yaakob dan Ishak Haji Muhammad yang kemudiannya menubuhkan Kesatuan Melayu Muda, KMM pada tahun 1937.

      Kefahaman mereka tentang perkembangan politik di Indonesia ditambah lagi melalui pembacaan buku-buku  dan majalah yang dibawa masuk daripada negara tersebut.Ia telah menyebabkan kebangkitan kesedaran nasionalisme pada tahap awal di Tanah Melayu lebih banyak dipengaruhi oleh gerakan nasionalis di Indonesia.[2]    

6.Perkembangan di China
Pada tahun 1894, satu gerakan revolusi dimulakan di China oleh Dr Sun Yat Sen. Gerakan ini bertujuan untuk mengasas sebuah Republik yang bercorak revolusi dan menggulingkan kerajaan Manchu. Gerakan revolusioner ini berjaya menarik minat orang Cina di seberang laut hingga mendorong kepada penubuhan beberapa cawangan Teng Meng Hui termasuk di Tanah Melayu dan Singapura.

7.Perkembangan di India
Perjuangan nasionalis di India juga turut memberi dorongan kepada gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Pada tahun 1885, Parti Kongres Kebangsaan India ditubuhkan oleh sekumpulan orang India yang berpendidikan. Parti Kongres pada peringkat awal bersifat sederhana, kemudian berubah menjadi anti-British dan mengambil langkah yang agak keras seperti memulau barangan buatan England. Tindakan golongan nasionalis India ini diikuti oleh nasionalis di Tanah Melayu. Mahatma Ghandi menjadi tokoh yang dikagumi oleh nasionalis di Asia Tenggara. Kepimpinan Ghandi menjadi ilham dan dorongan kepada nasionalis di Tanah Melayu.[3]




[1]“Gerakan Nasionalisme”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3  
[2]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal ,162..    
[3]Ibid,163. 

Sabtu, 8 Ogos 2015

1.Bincangkan sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan oleh Jepun pada abad ke-16.[20M]

1.Bincangkan sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan oleh Jepun pada abad ke-16.[20M]
Ekonomi feudalisme merujuk kepada sistem ekonomi yang mempunyai peraturan dan ketetapan yang harus diikuti oleh golongan buruh dan ketua-ketua feudal mempunyai kuasa yang besar disokong oleh golongan pembesar yang mendapat keuntungan daripada ketua-ketua feudal tersebut.
Ekonomi feudalisme di Jepun masih mengamalkan sistem ekonomi yang menyerupai 'idea perhambaan' kerana masyarakat Jepun hanya menurut segala arahan golongan pembesar dan tiada sistem pemberian gaji kepada masyarakat tani. Masyarakat Jepun melaksanakan tanggungjawab sebagai petani atas tanggungjawab kepada pemerintah.
Ekonomi feudalisme yang diamalkan ialah pertanian, perusahaan tempatan, perikanan, perlombongan, dan perdagangan.
Sistem ekonomi feudalisrne yang diamalkan oleh Jepun

    Jepun mempunyai iklim sederhana. Oleh itu, padi hanya ditanam sekali setahun bermula pada musim bunga dan dituai pada musim luruh.Penanaman sawah bertingkat dilaksanakan bagi mengatasi kekurangan tanah.Usaha bersungguh-sungguh diperlukan bagi mengusahakan tanaman padi kerana musim tanaman yang singkat.

      Kaedah penanaman padi menggunakan sistem pengairan semula jadi, iaitu air dibawa terus dari sungai atau anak sungai. Kaedah ini mengurangkan penggunaan baja.
Tanah yang digunakan setiap tahun dapat menghalang rumput-rumpai tumbuh dan dapat mengekalkan kesuburan tanah.Masyarakat petani juga menanam gandum, barli, teh, dan kapas.

      Perusahaan tempatan di Jepun berasaskan daerah dan pemasaran dilakukan antara daerah.
Misalnya, pengeluaran kain kapas di Kinai, pengeluaran ulat sutera di Fukushima, Yamanashi, dan Gumma.
Mengusahakan pusat pembuatan kertas, barangan logam, dan tenunan.
Barangan dipasarkan di pasar dan pasar-pasar kecil berkembang menjadi bandar perdagangan. Ia membawa perkembangan bandar seperti Kuwana, Sakai, Ise, dan Hakata.

      Laut Jepun kaya dengan ikan. Ia membolehkan kegiatan perikanan menjadi sumber kedua dalam ekonomi masyarakat feudal di Jepun.Kegiatan peikanan dijalankan di persisir pantai.

    Industri perlombongan berkembang pesat.Pengeluaran emas, perak, dan tembaga bertambah.Perkembangan perindustrian membawa kepada perkembangan bandar seperti Osaka.Osaka menjadi bandar bebas di luar domain bangsawan feudal dan hanya dikuasai oleh pedagang tempatan dan istana kuil agung mazhab Tanah Suci Benar.

      Perdagangan dengan China berlaku sejak Putera Shotoku menghantar utusan ke China.Perdagangan luar berkembang pesat pada abad ke- 16 dan menjadi sumber ekonomi masyarakat Jepun.Orang Jepun mengimport barangan tropika dari negara kebenuaan China dan India serta barangan pembuatan dari China seperti sutera, porselin, buku, manuskrip, lukisan, dan barang tembaga.

      Barangan tembaga merupakan barangan utama yangdiimport dari China oleh Jepun.Menjelang abad ke-15 dan ke-16, Jepun mengeksport barangan siap ke China dan negara-negara lain. Contohnya, pedang, kipas lukisan berlipat, dan pemidang. Kipas berlipat dan pemidang mendapat permintaan tinggi di China.
Tambahan pula, pedang buatan fepun mendapat permintaan tinggi dan dieksport dalam jumlah yang besar..

      Hubungan perdagangan juga diadakan dengan pedagang Portugal pada abad ke-16. Pada tahun 1570, satu perjanjian telah ditandatangani antara pedagang Portugal dengan Shogun Ashikaga yang membolehkan Portugis berdagang di pelabuhan Nagasaki.Pembukaan perdagangan di Nagasaki telah menyebabkan peningkatan perdagangan dengan dunia luar dan menjadi pintu keluar bagi perdagangan Jepun ke luar negara.

     Sewaktu pemerintah Hideyoshi berkuasa, beliau mengutamakan pembinaan senjata seperti senapang dan meriam disebabkan ingin menyaingi persaingan politiknya dalam kalangan daimyo.Pada tahun 1558, penggunaan senjata buat pertama kalinya digunakan di Jepun dan pada tahun 1570-an wujud pasukan penembak di Jepun.


Kesimpulannya,ekonomi feudalisme di Jepun berkembang pesat dan membolehkan pemerintah menguasai kekayaan negara Jepun.Menjelang abad ke-17, ekonomi Jepun terus berkembang pesat.

Khamis, 6 Ogos 2015

BENDAHARA WAN AHMAD MEMAKAI GELARAN SULTAN



Pada hari ini 6 Ogos dalam tahun 1882, Baginda mula digelar DYMM Sultan, Ahmad Al-Muazam Shah.  Permaisuri baginda Tuan Besar Wan Fatimah yang bergelar Cik Puan Bongsu pula diberi gelaran DYMM Tengku Ampuan Pahang.  Manakala puteri-puteri baginda yang bergelar Wan dan Tuan diganti dengan panggilan Tengku.  Pada 12 Disember 1884, istiadat pemakaian secara rasmi gelaran Sultan telah diadakan. Dengan pertabalan gelaran Sultan, Bendahara Wan Ahmad merupakan keturunan Bendahara yang mula-mula sekali memakai gelaran DYMM Sultan Pahang.  Pihak Inggeris hanya mengiktiraf pemakaian gelaran ini oleh Bendahara Wan Ahmad pada tahun 1887. Sultan Ahmad memerintah Pahang dari tahun 1863.  Sebelum dari ini telah berlaku satu perang saudara di antara baginda dan kekandanya Wan Mutahir akibat perebutan kuasa.  Peperangan ini telah berlarutan sehingga 6 tahun, di mana Wan Mutahir tewas dan melarikan diri ke Tanjung Teja bersama anaknya Wan Koris.  Dalam pelarian tersebut, Wan Koris telah mangat di Kuala Pahang dan Wan Mutahir mangkat di Kuala Sedeli. Sultan Ahmad telah memerintah negeri Pahang selama 51 tahun iaitu dari tahun 1863 hingga 1882 sebagai Bendahara dan dari tahun 1882 hingga 1914 sebagai Sultan Pahang. Baginda mangkat pada 9hb Mei 1914 dan digantikan oleh Puteranya Tengku Mahmud sebagai Sultan Pahang kedua.
sumber foto-http://akuanakpahang.blogspot.com/

SUMBER-http://www.arkib.gov.my/

KONGRES MELAYU SE TANAH MELAYU

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pada  hari  ini 6 Ogos dalam  tahun  1939,  Kongres Melayu  Se  Tanah  Melayu  telah  diadakan  di  Kuala  Lumpur.  Persidangan  yang  julung-julung  kalinya  diadakan ini  telah  berjaya  menghimpunkan  Persatuan-Persatuan  Melayu  dari  seluruh  Tanah  Melayu.  Penubuhan  Maktab  Sultan  Idris  Tanjung  Malim  pada  tahun  1922  telah  berjaya  melahirkan  ramai  pemimpin-pemimpin  dikalangan  orang-orang  Melayu,  dan  telah  menjadi  pemangkin  kepada  munculnya  Persatuan –Persatuan  Melayu  yang  bersifat  politik  dan  kebangsaan  pada  tahun  30an.   Antara  persatuan-persatuan  Melayu  yang telah  ditubuhkan  ialah  Persatuan  Sahabat  Pena  Melayu  (PASPAM)  pada  tahun  1934  diikuti  dengan  Kesatuan  Melayu  Muda  (KMM)  pada  tahun  1937.  Kongres ini  dilangsungkan  atas  daya  usaha  Tengku  Ismail  bin  Tengku  Mohd.  Yasin,  Yang  Dipertua  Persatuan  Melayu  Selangor  dengan tujuan  untuk  mempersekutukan  Persatuan-persatuan  Melayu  yang  wujud  pada  ketika  itu.  Kongres  Melayu  Pertama  ini,   telah  dihadiri  oleh enam  buah  Persatuan  di antaranya  Persatuan  Melayu   Singapura,  Pahang,  Negeri  Sembilan,  dan   Seberang  Perai.  Sesungguhnya,  Kongres  yang  pertama  kali  diadakan  ini  telah  menjadi  pencetus  kepada  kebangkitan  kesedaran  kebangsaan  orang-orang  Melayu  untuk  memerdekakan  tanahair  daripada  cengkaman  penjajahan.

SUMBER-http://www.arkib.gov.my/

Isnin, 3 Ogos 2015

PEMILIHAN YANG DIPERTUAN AGONG PERTAMA

Pada  hari  ini 3.8.2015 dalam  tahun  1957,  satu  Persidangan Khas RajarRaja Melayu telah diadakan  bagi  memilih Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  yang  pertama  dan  Timbalannya  bagi  Persekutuan  Tanah  Melayu  Merdeka  pada  31   Ogos  1957.  Persidangan  yang  telah  berlangsung  di   Dewan  Mesyuarat  Majlis  Kerja  Kerajaan  Persekutuan, Kuala  Lumpur  ini dipengerusikan  oleh  Sultan  Kedah.  Pemilihan  Yang di-Pertuan Agong  dan  Timbalannya telah  dilangsungkan   mengikut  syarat-syarat  bahagian  tiga  dalam  Perlembagaan  Persekutuan  Tanah  Melayu  di  Persidangan  Raja-Raja  Melayu  yang  ke  43.  Kesemua  Raja  Melayu  telah  hadir  pada  persidangan  khas  ini  kecuali  Sultan  Johor  yang  berada  di  Eropah  dan  telah  diwakili  oleh  Tengku  Mahkotanya.  Tuanku Sir Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah di pilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama, sementara  DYMM  Tuanku  Hishamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.  Sesungguhnya,  pemilihan  Yang di-Pertuan Agong  sebagai  Ketua  Negara  telah  menjadi  lambang  kepada  Persekutuan  Tanah  Melayu  yang  bebas  dan  Merdeka.

SUMBER- http://hids.arkib.gov.my/

Sabtu, 1 Ogos 2015

Air mata buat perwira

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz-azimfitri@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Kejam dan tidak berhati perut apabila wanita yang sarat mengandung turut dibunuh komunis selain balai polis diserang dan dimusnahkan.

Itu antara babak pantomim pejuang negara menentang pengganas komunis pada 27 Jun 1948 yang dipersembahkan sempena sambutan Hari Pahlawan di Dataran Merdeka pagi semalam.

Peristiwa berdarah yang berlaku di Balai Polis Kuala Krau, Pahang, lebih 60 tahun lalu itu mengorbankan nyawa 25 anggota polis dan keluarga mereka.

Persembahan pantomim bertemakan kisah pejuang negara itu turut disertakan dengan deklamasi sajak bertajuk ‘Pahlawan’ yang disampaikan Deputi Superintendan Rosbaini Kassim dan Asisten Superintendan Mohamad Mahat.

Dua acara utama itu menjadi fokus sambutan selain upacara perbarisan dan pertunjukan tempur oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Perbarisan dan pantomin disertai 531 anggota dan 27 pegawai ATM dan PDRM itu diketuai Deputi Superintendan Mohamad Zaini dan Ketua Pancaragam Superintendan Mohamad Rosli Omar.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan mencemar duli menyaksikan upacara sambutan berkenaan.

Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan isteri Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah.

Hadir sama, Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Sementara itu , Othman Mohd Yusoff, 72, yang ditemui menceritakan saat ibunya mati ditembak pengganas komunis dalam serangan di Balai Polis Kuala Krau ketika dia baru berusia dua tahun.

“Memang pada waktu itu (serangan komunis) saya tidak faham dan ingat apa-apa. Namun orang kampung memberitahu menemui saya terselamat berhampiran mayat arwah ibu, Mahami Konel dengan keadaan mulut saya dipenuhi darah.

“Penduduk kampung menceritakan saya diselamatkan selepas dua hari serangan berlaku,” katanya.

Biarpun tidak merasai keperitan serangan komunis pada tahun 1948 itu, namun dia dan abangnya tetap sedih berikutan kehilangan ibu pada usia muda.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2015 @ 5:17 AM

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/67537#sthash.wnkkMfsY.dpuf