OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada hari ini 12.8.1984, Sultan
Pahang, Sultan Ahmad Shah terpilih sebulat suara sebagai Presiden bagi
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru. Pemilihan baginda dibuat dalam
Mesyuarat Agung ke 21 FAM di Kuala Lumpur. Baginda menggantikan Tan Sri Hamzah
Abu Samah. Dengan pemilihan ini baginda menjadi Presiden FAM yang ke 4 selepas
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tan Sri Hamzah
Abu Samah. Pemilihan baginda sebagai Presiden FAM yang baru memang kena pada
tempatnya. Baginda bukan sahaja peminat sukan yang unggul tetapi juga pernah
mewakili pasukan bola sepak Pahang dalam pertandingan Piala Malaya pada
tahun-tahun 1950-an. Minat dan sumbangan baginda dalam bidang sukan mendapat
penghormatan banyak pihak. Baginda dianugerahkan penghormatan peminat utama
sukan negara oleh Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (BAM) pada 1981 dan
pingat emas Olympic order dari Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC).
Sesungguhnya dengan perlantikan Sultan Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu
Bakar bukan sahaja suatu sejarah baru dalam sukan bolasepak di Malaysia
khususnya tetapi juga dengan minat dan kecenderungan baginda dalam bidang
sukan, mutu sukan di Malaysia akan meningkat selaras dengan slogan 'Majulah Sukan
Untuk Negara'.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan