Selasa, 20 Februari 2018

SISTEM PEMERINTAHAN RAJA/SULTAN /AMIR


SISTEM PEMERINTAHAN RAJA/SULTAN /AMIR
1.Andalus abad ke-13
Unit 1.6  : Bentuk  pemerintahan
1.6.2  : Pemerintahan  Pusat  dan wilayah
Hasil Pembelajaran  : Menjelaskan sistem pemerintahan  rajalsultan dan amir
Masa /Kawasan Kajian  : Andalusia pada abad ke 13M (1201 -1299M)  dan India pada abad ke 16-17M (1501 - 1699M).
a) Pemerintahan pusat dan wilayah kerajaan Andalusia  abad ke-13M
Latar belakang pemerintahan kesultanan /Amir di Andalus.
Pemerintahan  di Andalusia  ditadbir  oleh amir atau khalifah. Amir berkuasa melantik wakil-wakilnya  untuk mentadbir wilayah. Gabenor  Jeneral adalah wakil amir yang bertanggungjawab melantik  para pegawai  untuk membantu  pentadbiran.[i]

Pemerintahan  Bani Umayyah di Andalusia terbahagi  kepada dua peringkat  :
a) Peringkat pertama para pemerintah bergelar  Amir (756-912M)
b) Peringkat kedua para pemerintah  bergelar Khalifah (912-1002M)
Selepas  tahun 1002M, kerajaan  Bani Umayyah  di Andalusia mengalami kemerosotan  dan berakhir berakhir pada 103lM. Kesannya,  muncul  kerajaan-kerajaan kecil yang berpusat di
pelbagai  kota.

Para sejarahwan telah membahagikan pemerintahan Islam kepada di Andalusia kepada beberapa tahap seperti;
a)Zaman pemerintahan Gabenor- Bani Uamayyah Damsyik 711-756M
b)Zaman Pemerintahan Bani Umayyah  756-1031
c)Zaman pemerintahan Kerajaan kecil 1031-1086M
d)Zaman Penguasaan Kerajaan Afrika Utara 1086-1143M
e)Zaman sl-Muwahhidun 1144-1223M
f) zaman Pemerintahan Bani Nasr atau Bani al-Ahmar 1224-1429M[ii]


[i]Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),24.
[ii] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,105.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan