STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN
PENTADBIRAN WILAYAH.
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Memandangkan sistem pemeritahan
dan pentadbiran Uthmaniyahn mirip pentadbiran Byzantine, setiap wilayah ditadbir oleh gabenor wilayah yang bertanggungjawab mentadbir tanah kurniaan yang luas yang akan
dikendalikan oleh para petani.[1]
Kadi merupakan ketua agamabagi setiap wilayah di mana tugas
utama pegawai berkenaan ialah mengendalikan hukum jenayah dan sivil berdasarkan hukum al-Quran
dan Hadis.
Multezim bertanggungjawab untuk mengutip semua cukai dari kawasan-kawasan tertentu dan sebahagian daripada kutipan itu diserahkan kepada perbendaharaan. Pada masa yang sama,
pegawai kerajaan diberi kuasa
untuk mengutip bayaran yang dikenali sebagai balkshish untuk
perkhidmatan yang diberikan kepada orang
awam.
Golongan intelektual Muslim bertanggungjawab dalam pentadbiran
keadilan, menguruskan wakaf untuk menyokong
perkembangan sekolah dan hospital serta pendidikan belia Muslim.[2]Ada
kalanya golongan ini berperanan sebagai orang tengah antararakyat dan
cabang-cabang lain kelas pemerintahan.[3]
[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Ketiga,72
[3]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,63.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan