LATAR BELAKANG KERAJAAN UTHMANIAH
Kerajaan Uthmaniyah memerintah dari tahun l28l hingga 1924. Pada tahun 1453, pemerintahannya berpusat di Istanbul. Kerajaan ini ditubuhkan selepas tentera Mongol berjaya menakluk kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul. Setelah itu, pemerintahan kerajaan ini diteruskan oleh 38 orang khalifah lagi. Antara pemerintah Uthmaniyah yang terkenal ialah Urkhan, Muhammad II dan Sulaiman II.[1]
STRUKTUR PEMERINTAHAN KHALIFAH TURKI UTHMANIYAH
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Sultan merupakan individu yang mempunyai kuasa tertinggi. Pada peringkat awal, sultan terdiri daripada para amir yang menjadi tuan tanah dalam kerajaan Saljuk. Umpamanya, ialah Murad II, yang menggunakan gelaran Sultan al-Baraiun wa al-Bahrain. Sultan memegang kuasa tertinggi dalam bidang agama,politik, pentadbiran dan kewangan.
Sultan dibantu oleh Wazir Agung yang bertindak sebagai ketua pentadbir dan penasihat sultan. Dalam Kanunname, bidang kuasa Wazir Agung dinyatakan amat luas. Beliau merupakan ketua segala hal ehwal pentadbiran. Beliau juga memiliki cop mohor sebagai simbol wakil sultan.
Wazir Agung dibantu pula oleh:
(a) tiga orang hakim tentera.
(b) dua orang Beylerbey (ketua turus tentera sultan).
(c) dua orang Defterdar (bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran kewangan).
(d) seorang Agha (waktl tentera darat).
(e) seorang Laksamana.
(f) seorang Nishanji bagi monogram sultan.[2]
Pada zaman pemerintahan Sultan Salim I, jawatan mufti (Shaykh al-Islam) telah diwujudkan. Tugas utamanya ialah mengeluarkan fatwa dalam semua aspek agama termasuk keputusan
berperang sesama orang Islam. Mufti juga diberikan hak melantik pegawai-pegawai istana di ibu kota Istanbul.
Kadangkala sultan turut campurtangan daram soal fatwa, misalnya ketika menentang ajaran Syiah bagi tujuan menjaga keamanan negara.Mufti juga diberikan hak merantik pegawai-pegawai istana di ibu kota Istanbul.
Penubuhan kerajaan Uthmaniyah telah diasaskan mengikut sistem feudal yang ditiru daripada kerajaanByzantine. Sistem pemerintahannya juga turut dibantu oleh golongan tentera yang dikenali sebagai fief. Fief merupakan tentera asasi kerajaan Uthmaniyah.
Fief yang berjasa dikurniakan tanah. Tanah-tanah tersebut dikendalikan oleh para petani. Tanah kurniaan ini telah menghasilkan antara 3000-20 000 asper. Asper ialah mata wangperak.[3]
Fief yang berkhidmat secara peribadi dengan sultan diberikan tanah yang lebih luas (ziamet) dan hasilnya mencapai 100 000 asper. Tanah kurniaan yang lebih luas (khass) diberikan kepada gabenor wilayah. Tanah kurniaan di Eropah menyediakan sebanyak 80 000
ekor kuda, sementara di Asia 50 000 ekor kuda.
Senjata yang.digunakan oleh fief ialah tombak, pedang, panah dan perisai. Pakaian mereka ialah baju dan serban serta menunggang kuda.Mereka ini dikelompokkan di bawah beberapa orang ketua yang membawa bendera (Sanjak atau Liwa,). Ketua ini dilanggil bey.
Antara bey ada beberapa orang beylerbey; terbesar iaiah beylerbey Anatolia dan kedua ialah Beylerbey Rumali di Eropah.Beybey ini juga memakai gelaran Pasha.Beylerbey merujuk kepada ketua turus tentera sultan yang mempunyai kuasa yang sangat luas, malah putera mahkota terpaksa tunduk kepadanya.
Sistem feudal runtuh setelah kerajaan Uthmaniyah bertambah luas dan sultan terpaksa menyerahkan kuasa tanah fief kepada Belerbey. Pihak Belerbey telah menyalahgunakan kuasa dengan bertindak memberikan tanah fief kepada mereka yang menyokongnya dan merampas fief daripada orang yang melakulan kesalahan kecil.
Penyalahgunaan kuasa ini telah dihapuskan semasa pemerintahan sulaiman al-Qanuni menerusi Kaiunname (1530 M). Walau bagaimanapun, sistem tanah fief ini diteruskan tetapi syarat syaratnya diketatkan.
Lama-kelamaan tentera feudal telah digantikan dengan tentera upahan yang menggunakan senjata yang lebih canggih termasuk menggunakan meriam besar bermula pada akhir abad ke-16 M. Tentera thmaniyah di peringkat awarnya terdiri daripada empat pasukan (skuadron menyamai 120-200 orang) yang diasaskan oleh Orkhan sendiri. Bilangannya kemudian bertambah sehingga 11500 orang bagi setiap skuadron (1534 M).[4].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan