OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pengertian Jihad
Kamus Dewan mentakrifkan jihad
ialah suatu peperangan yang suci melawan orang-orang kafir kerana
mempertahankan agama Islam atau perang sabil dan penentangan atau perlawanan
terhadap anasir-anasir yang hendak merosakkan agama Islam.[1]
Dari segi bahasa jihad
bererti kesulitan atau beban atau kesungguhan dan keupayaan terakhir.Perkataan
al-Jahdu dan al-Jihad menurut pengertian
bahasa Arab adalah pengerahan segenap tenaga manusia untuk mendapatkan sesuatu yang
diinginkan atau menolak sesuatu yang dibenci.
Menurut istilah
syarak pula, makna jihad ialah perang
dan membantu semua persiapan
perang. Setiap mazhab mempunyai
pandangan yang berbeza tentang jihad.Misalnya, Mazhab Hanafi
mentakrifkan jihad sebagai mengajak
orang kafir ke dalam pelukan Din al- Haq dan memerangi mereka jika mereka menolak. Menurut pandangan
Mazhab Hanafi pula,jihad adalah
mengerahkan segala kemampuan
dan tenaga dengan melakukan
perkara perang fi sabilillah baik dengan diri, harta,mahupun lidah.
Sementara Mazhab Syafie pula
menjelaskan jihad sebagai berperang
dijalan Allah SWT dan mengerahkan
segala kemampuan untuk
memerangi orang-orang kafir. Oleh itu, dengan erti kata yang luas,
jihad bolehlah dimaksudkan sebagai berjuang menegakkan kebenaran
melalui cara yang diredai-Nya, diistilahkan juga sebagai fi sabililIah.[2]
Jenis –jenis jihad:
a) Jihad nyawa dan tenaga
b) Jihad harta benda
c) Jihad pemikiran, lisan dan penulisan
d) Jihad mempertahankan kebenaran
e) Jihad melawan hawa nafsu /
syaitan (zahit dan batin)
Jihad
melawan musuh kafir harbi dan golongan riddah
g) Jihad menentang golongan munafik
h) Jihad menuntut ilmu dan
menghapuskan kejahilan
i) Jihad menentang kemungkaran dan kezaliman
j) Jihad ekonomi
- membasmi kemiskinan dan
kemunduran
k) Jihad politik
- Dawlah Islamiah - menegakkan masyarakat dan syiar Islam
Kepentingan
jihad dalam gerakan dakwah
Islamiah.
Syahid.[3]
Jenis –jenis
jihad:
a) Jihad nyawa dan tenaga
Jihad nyawa dan tenaga merupakan jihad yang paling utama,
iaitu melalui pengorbanan jiwa dan raga.Lazimnya jihad
sebegini ialah jihad di medan
perang dan mereka yang terkorban diistilahkan
sebagai syahid.Contohnya, Saidina
Hamzah telah gugur atau syahid di
medan Perang Uhud.
b) Jihad harta benda
Pengorbanan wang dan harta juga termasuk dalam jihad fi sabillah.Bagi golongan kaya, mereka boleh menyumbang harta bagi menyokong usaha jihad golongan
yang berperang di medan perang.Contohnya, Saidina Abu Bakar al-Siddiq menyerahkan
semua hartanya demi menegakkan
syiar Islam.
c) Jihad pemikiran, lisan dan penulisan
Idea yang bernas dan
positif serta memberi manfaat kepada
masyarakat dan negara tergolong dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah
SWT.Contohnya, Salman al-Farisi
yang telah menyumbangkan idea
bagi pembinaanparit dalam Perang Khandak.[4]
d) Jihad mempertahankan kebenaran
Umat Islam juga digalakkan
menentang kemungkaran dan kezaliman dalam
sesebuah pemerintahan.Oleh sebab itu, segala
kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah ditentang
sama ada melalui perbuatan, perkataan ataupun dengan hati.Terdapat
dalil daripada al-Quran yang
menggesa umat manusia melakukan kebaikan, iaitu surah al-Baqarah ayat l12,"Tidak, barang siapa yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada jalan Allah dan dia
berbuat baik akan mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak
bersedih hati'.
e) Jihad melawan hawa nafsu /
syaitan (zahit dan batin)
Berjihad melawan nafsu ialah jihad yang paling tinggi darjatnya
di sisi Islam.Melaluinya seluruh
tenaga disalurkan supaya menuruti jalan (manhaj) yang digariskan oleh Allah SWT.Perjuangan melawan nafsu dalam diri setiap individu Muslim
adalah fardu ain.Mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu tergolong dalam
jihad melawan nafsu, iaitu berusaha
tunduk dan patuh untuk beramal kepada ajaran
Islam, menyebarkan dakwah Islamiah serta
sabar di atas segala ujian dan cabaran
yang diterima.[5]
f Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan
riddah.
Sikap dan keputusan Khalifah
Abu Bakar terhadapgolongan murtad
merupakan satu sikap yang sangat terpuji kerana berpegang teguh kepada
ajaran Islam. Keputusan Khalifah Abu Bakar bertegas memang tepat kerana
sekiranya berlembut dengan golongan murtad maka ramai lagi kabilah Arab lain
tidak akan membayar zakat. Walhal zakat merupakan salah satu rukun Islam yang
lima dan sumber utama ekonomi umat Islam.[6]
g) Jihad menentang golongan munafik
Jihad dalam kategori ini bermaksud menentang golongan
yang berselindung di sebalik nama Islam.Terdapat banyak ayat al-Quran yang
membicarakan berkenaan golongan
munafik ini. Misalnya, dalam
surah ol-Munafiqun yang menjadi
panduan kepada umat Islam sewaktu berhadapan dengan golongan ini.Antara dalil al-Quran yang terdapat
surah at-Taubah ayat73 yang menyeru kepadajihad ke atas orang kafir dan
munafik ialah"Wahai
Nabi, berjihadlah menentang orang-orang knfir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka".
h) Jihad menuntut ilmu dan
menghapuskan kejahilan
Selain berjihad di medan
perang, umat manusia juga disyariatkan
berjuang dalam bidang keilmuan. Ini penting bagi memastikan
umat Islam tidak ketinggalan dalam setiap lapangan.
Umat Islam digalakkan
mempelajari segala ilmu yang bermanfaat sama ada fardu ain seperti fikah dan
tauhid atau fardu kifayah seperti sains, perubatan dan
kejuruteraan.Tujuannya supaya umat Islam tidak bergantung kepada bangsa
lain, bahkan fardu kifayah boleh menjadi
wajib sekiranya tidak ada orang Islam yangunempelajarinya.
[1Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam Penggal
2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 124.
[2]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford
Fajar.2014) ,75.
[3]“Pertahanan
dan Pembukaan Wilayah”,dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),29.
[4]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014) ,72.
[5]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,76.
[6]Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong
,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,
(Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 140.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan