Mempunyai air di permukaan,
menyokong kehidupan
24 Februari 2017 12:22 AM
LONDON 23 Feb. - Para pengkaji
astronomi menemukan sekurang-kurangnya tujuh planet baharu dan mengorbit
bintang yang sama pada jarak 39 tahun cahaya dari Bumi.
Penemuan luar biasa itu
‘menghidupkan’ usaha pengkaji terbabit untuk mencari ‘Bumi kedua’ dengan
planet-planet berkenaan dikatakan mempunyai saiz sebesar Bumi termasuk
kemungkinan mempunyai air di permukaan serta berpotensi ‘menyokong kehidupan’.
Lapor Mail Online, penemuan
terkini itu diterbitkan dalam jurnal Nature, diketuai oleh Institut Star di
University of Liege, Belgium dan menggunakan teknologi teleskop ruang angkasa
Spitzer serta teleskop Liverpool yang dikawal selia oleh Institut Penyelidikan
Astrofizik (ARI), Liverpool John Moores University (LJMU).
Tujuh planet berkenaan berusia
sekurang-kurangnya satu bilion tahun dan terletak lebih kurang 39 tahun cahaya
dari Bumi.
Planet-planet itu yang diberi
gelaran Trappist-1 mempunyai kandungan cecair, saiz dan jisim serta permukaan
berbatu yang sepadan dengan Bumi.
Pembantu bersama Pengarah Misi
Sains Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA), Thomas Zurbuchen
berkata, persoalan mengenai manusia hanyalah satu-satunya makhluk yang wujud
di alam semesta ini mungkin akan berakhir.
“Penemuan terbaharu itu
memberikan kita petanda bahawa pencarian Bumi kedua tidak lagi akan menjadi
persoalan tetapi bila boleh dilaksanakan,” katanya
Sumber-Utusan Malaysia online 24
Februari 2017 12:22 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan