Sabtu, 25 Februari 2017

2.1.1 Sisem Ekonomi

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Hp menghuraikan konsep dan ciri-ciri sistem ekonomi
a.Konsep ekonomi Islam
Definis ekonomi dari  segi bahasa dan istilah
Menurut al-Quran/pandangan tokoh Islam
Asas-asas ekonomi Islam
Konsep Rububiyyah
Konsep Tazkiyah
Konsep Ubudiyah
Konsep Uluhiyah.
b.Ciri-ciri ekonomi Islam
1.Ekonomi Islam berasaskan al-Quran dan hadis
2.Aktivii ekonomi adalah ibadah.
3.Kegiatan ekonomi tidak memisahkan antara kebendaan dan kerohanian.
4.Berasaskan keadilan dan kebajikan-mengurangkan jurang kaya dan miskin.
5.Pengharaman amalan berunsur penindasan seperi riba.
6.Agihan kekayaan –zakat, sdekah dan lain-lain.
7.Penggunaan harta-manfaat dunia dan akhirat, larangan pembaziran dan lain-lain.
 Prinsip ekonomi Islam
1.Harta hak milik Allah, hak milik individu dan hak milik umum (masyarakat dan negara)
2.Prinsip Isikhlaf –pertanggungjawaban.
3.Kebebasan terpimpin-aktiviti ekonomi yang diharuskan, halal dan diharamkan seperti riba, penipuan, rasuah, monopoli dan lain-lain.
4.Campur tangan dan kawalan pihak berkuasa –jaminan persamaan peluang, pengawasan pasaran dan polisi kerja upah buruh.
5.Perbezaan antara sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi feudalisme, komunisme dan kapitalisme.[1]  




[1 “ Sistem Ekonomi ”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah P2, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),46.

Jumaat, 24 Februari 2017

‘Bumi kedua’ ditemukan

Mempunyai air di permukaan, menyokong kehidupan
 
24 Februari 2017 12:22 AM

LONDON 23 Feb. - Para pengkaji astronomi me­­­nemukan sekurang-ku­rang­nya tujuh planet baharu dan mengorbit bintang yang sama pada jarak 39 tahun cahaya dari Bumi.

Penemuan luar biasa itu ‘menghidupkan’ usaha pengkaji terbabit untuk mencari ‘Bumi kedua’ dengan planet-planet berkenaan dikatakan mempunyai saiz sebesar Bumi termasuk kemungkinan mempunyai air di permukaan serta berpotensi ‘menyokong kehidupan’.

Lapor Mail Online, penemuan terkini itu diterbitkan dalam jurnal Nature, diketuai oleh Institut Star di University of Liege, Belgium dan menggunakan teknologi teleskop ruang angkasa Spitzer serta teleskop Liverpool yang dikawal selia oleh Institut Penyelidikan Astrofizik (ARI), Liverpool John Moores University (LJMU).


Tujuh planet berkenaan berusia sekurang-kurangnya satu bilion tahun dan terletak lebih kurang 39 tahun cahaya dari Bumi.

Planet-planet itu yang diberi gelaran Trappist-1 mempunyai kandungan cecair, saiz dan jisim serta permukaan berbatu yang sepadan dengan Bumi.

Pembantu bersama Pengarah Misi Sains Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA), Thomas Zurbuchen berkata, persoalan mengenai manusia ha­nyalah satu-satunya makhluk yang wujud di alam semesta ini mungkin akan berakhir.

“Penemuan terbaharu itu mem­berikan kita petanda bahawa pencarian Bumi kedua tidak lagi akan menjadi persoalan tetapi bila boleh dilaksanakan,” katanya

Sumber-Utusan Malaysia online 24 Februari 2017 12:22 AM

Ahad, 19 Februari 2017

Huraikan kesan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Uthmaniah dengan kuasa-kuasa lain antara abad ke-17 hingga 19. [20m]

Selepas pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih,kerajaan Uthmaniyah mula mengalami zaman kemerosotan.Keadaan semakin ketara antara abad ke-17 hingga 19. Kerajaan Uthmaniyah mula menghadapi tekanan kuasa-kuasa Barat termasuk menandatangani beberapa perjanjian bagi menamatkan konflik yang timbul.
      Pada tahun 1672, Sultan Muhammad IV (1648-1687) telah menerajui ekspedisi menentang poland yang berakhir dengan perjanjian damai (1796).Dalam perjanjian ini, Poland bersetuju menyerahkan Ukraine kepada kerajaan Uthmaniyah. Namun,perj'anjian damai ini telah membawa kepada konflik dengan Rusia. Kerajaan Uthmaniyah terpaksa campur tangan ke atas wilayah Ukraine yang membawa kepada peperangan dengan Rusia. Setelah kedua-duanya mengalami kerugian teruk, akhimya mereka berdamai pada tahun 1681.
      Sultan Muhammad IV telah menandatangani perjanjian dengan Rusia (1681) setelah kalah teruk dalam peperangan. Melalui perjanjian ini, kerajaan Uthmaniyah terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Rusia dan membuka perniagaan Cossack di Laut Hitam. Ini bermakna, orang Turki, telah kehilangan kuasa mereka di Laut Hitam.

      Sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad III (1703), kerajaan Uthmaniyah terdedah kepada serangan tentera Kristian di bawah pimpinan Tsar Peter yang sebelum ini berperang dengan tentera Uthmaniyah pada zaman Sultan Mustafa II. peperangan ini berakhir dengan Perjanjian Karlowitz (1710). Kesan daripada perjanjian ini, sebahagian besar dari wilayah Uthmaniyah di Hungary dan kawasan Laut Hitam termasuk Azov diserahkan semula kepada Habsburg dan Poland. .

      Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh Venice dan Austria tetah berjaya mengalahkan tentera Uthmaniyah pada tahun 1716 dalam Perang Petewarden. Melalui Perjanjian passarowit, kerajaan Uthmaniyah telah kehilangan Timsuar, Belgrade, sebahagian besar Serbia dan Romania. Manakala Venice menduduki kawasan pantai Dalmatia.

      Walau bagaimanapun, dalam satu lagi siri peperangan yang berlaku, kerajaan Uthmaniyah memperoleh semula wilayah Serbia Utara dan Belgrade setelah termeterainya perj anjian Belgrade pada tahun 1739.

      Pada tahun 1770, sewaktu kerajaan Uthmaniyah berada di bawah pemerintahan Sultan Mustaffa III, tercetus Perang Chesme di pantaiAsia Kecil dengan Rusia. Peperangan yang ditamatkan dengan suatu perjanjian pada tahun 1774 mertyaksikan kerajaan Uthmaniyah kehilangan wilayah-wilayah seperti Kinbum, Venikala dan Kertoh di Crimea. Keadaan kerajaan Uthmaniyah semakin parah apabila wujud jalinan kerjasama antara Rusia dan Austria yang berusaha mewujudkan semula kerajaan Greek-Byzantine. Ini terbukti apabita perikatan ini berjaya merampas Moldovia dan Wallachia. Sewaktu pemerintahan Sultan Salim III pula,termeterai Perjanjian Jassy antara kerajaan Uthmaniyah dengan Rusia. Moldovia dan Wallachia diserahkan semula kepada kerajaan Uthmaniyah dan Sungai Dnister diisytiharkan sebagai kawasan sempadan.

      Pada tahun I 876, menyaksikan kerajaan Uthmaniyah diperintah oleh Sultan 'Abd al-Hamid II. Setahun selepas itu, Rusia telah mengisytiharkan perang ke atas kerajaan Uthmaniyah. Konflik ini diselesaikan melalui Perjanjian San Stefeno pada tahun l878 . Perjanjian ini menguntungkan Rusia sedangkan kerajaan Uthmaniyah semakin mengecil ekoran pembebasan wilayah kekuasaannya yang kini berpindah milik kepada Rusia. Justeru, kehilangan kuasa dan kerugian besar dialami oleh kerajaan Uthmaniyah.


Kesimpulannya kegagalan kerajaan Uthmaniyah menyerap tekanan kuasa-kuasa Barat telah membawa kepada kebangkitan golongan Turki Muda yang menuntut agar kuasa sultan dihadkan dan mengamalkan prinsip demokrasi. . Keengganan Sultan Abdul al-Hamid II melayan permintaan perjuangan gerakan Turki Muda yang mendapat sokongan golongan tentera telah menyebabkan baginda digulingkan.
sumber-Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,274..

Sabtu, 18 Februari 2017

Pentadbiran kerajaan Nasriyah

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kerajaan Nasriyah diasaskan oleh Muhammad Yusuf bin Nasr yang dikenal sebagai Ibn al-Ahmar pada tahun 1235M.Pusat  pemerintahan di Granada, selatan Sepanyol. Granada ialah wilayah yang didiami oleh orang Islam Sepanyol apabila wilayah lain didduduki oleh pemerintah Kristian dan Yahudi.[1]Ibn al-Ahmar menggunakan gelaran Amir. Amir mengamalkan dasar berbaik-baik  dengan kerajaan  Kristian bagi memastikan kestabilan pemerintahannya. Kerajaan Nasriyah diperintah oleh 22  orang  amir (sultan).[2]

a)Pusat pemerintahan di Granada.
Ibn Amar telah mengistiharkan dirinya sebagai amir dan memilih granada sebagai pusat pemerintahannya.Kemudian beliau berpindah ke Granada dan sedikit demi sedikit beliau meluaskan sempadan sehingga menjadi negara yang mengandungi tiga wilayah besar iaitu Granada, Almeria dan Malaga. Kawasan ini sempadannya memanjang hingga ke Laut Mediterranean dan Selat Gibaltar dengan Granada dijadikan ibu negara.

Penguasaan terhadap Almeria dan Malaga memperkukuhkan kedudukan negara ini kerana kedua-dua bandar tersebut memainkan peranan yang penting dalam aktiviti perdagangan dan marin.[3]
b)Pengasas kerajaan Nasriyah adalah Muhamad bin Yusof bin Nasr (Ibn al-Ahmar)
Kerajaan Nasriyah diasaskan oleh Muhammad bin Yusuf bin Nasr yang dikenali sebagai Ibn al-Ahmar pada tahun 1235M berpusat di Granada, Selatan Sepanyol.
c)Ibn al-Ahmar menggunakan gelaran Amir.
d)Amir mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kerajaan Kristian bagi memastikan kestabilan pemerintahannya.Oleh sebab cabaran pihak Kistian amat hebat, akhirnya pada tahun 1246, Ibn al-Ahmar telah menandatangani perjanjian dengan pihak Kristian. Menurut perjanjian tersebut, Ibn al-Ahmar sanggup membayar ufti  dan bersetuju menyerahkan Jaen, Arjona, Porcuna, Priego, Higuera dan La Fontera kepada Castille di bawah Ferdinand II.
Tindakan  yang diambil oleh Ibn al-Ahmar ini bertujuan menyelamatkan kedudukannya sebagai pemerintah tunggal di Granada dan menjamin pengekalan pemerintahan kerajaan  Nasriyyah di Andalus.[4]  Pada zaman pemerintahannya antara tahun 1344-1396M, kerajaan Nasriyah mencapai zaman kegemilangan dengan terbinanya Istana alHambra yang menjadi lambang seni bina Islam di Sepanyol.[5]
e)Kerajaan Nasriyah diperintah oleh 22 orang Amir (sultan).[6] 
Kerajaan Bani Nasr atau Nasriyyah dipenrintah oleh seramai 22 orang sultan bermula dari tahun 1232 M hingga 1492M. Pada peringkat awal sultan-sultan kerajaan Nasriyyah berusaha bersungguh-sungguh untuk menstabilkan kedudukan politik dan pentadbian negara.Bermula abad ke-14M, kerajaan Nasriyyah mengalami keruntuhan yan berpunca daipada peebutan kuasa. Akibatnya kerajaan Nasriyyah berpecah kepada dua kumpulan iaitu golongan yang anti-Kristian dan golongan elit, petani dan pedagangan yang bencikan peperangan. Kemuncak permasalahan berlaku dalam kerajaan Nasriyyah pada tahun 1390-an.Orang Kristian mengambil kesempatan melancarkan gerakan menyelamat Sepanyol daripada kekuasaan Islam di bawah pimpinan Isabella dai Aragon dan Ferdinand dari Castile. Pada tahun 1492M, kerajaan Nasriyyah menyerahkan Ganada kepada orang Kristian. Dengan ini, tamatlah pemerintahan kerajaan Islam di Sepanyol.[7]  



[1]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 113.
[2]Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,25.
[3] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2015), 109.
[4] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014)  ,66.
[5]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, 113
[6]Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,25.
[7] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, 113.

Rabu, 15 Februari 2017

PERLETAKAN BATU ASAS STADIUM MERDEKA: 15-02-1957

Pada hari. ini dalam tahun 1957, upacara  peletakan  batu  asas  Stadium  Merdeka  telah  dilakukan  oleh  Tunku Abdul Rahman Putra  di  Kuala  Lumpur.  Pembinaan  Stadium  ini  adalah  sebagai  persiapan  menyambut  kemerdekaan  dan langkah  ke arah  memenuhi  keperluan  sebuah  arena sukan yang  moden  di  negara  ini.  Kerja-kerja  pembinaannya  diselenggarakan oleh pihak Jabatan Kerja  Raya  yang  telah  dimulakan  dalam  bulan Julai  1956.  Ia  menyediakan kemudahan dan kelengkapan sukan yang bertaraf  antarabangsa  yang  mampu    memuatkan   22,000  penonton.  Stadium ini telah  mula digunakan pada  upacara bersejarah tanahair, iaitu pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31  Ogos  1957.  Sesungguhnya  pembinaan  Stadium  yang  penuh  bersejarah  ini  adalah hasil kejayaan  negara  dalam  perjuangan  menuntut  kemerdekaan bagi membentuk  sebuah kerajaan  sendiri.   Bahkan ianya juga  melambangkan  perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum hasil daripada pelbagai kegiatan sukan, kebudayaan  dan upacara kebangsaan yang diadakan di Stadium ini.

Sumber- http://www2.arkib.gov.my/hids

Selasa, 14 Februari 2017

1.7.1 Peperangan

Oleh-ahmad bin yaakob
Peperangan
Sesungguhnya Islam tidak menggalakkan peperangan, namun setelah turunnya wahyu yang membenarkan umat Islam mengangkat senjata, Nabi Muhammad s.a.w telah membentuk angkatan tentera Islam yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar. Matlamat penubuhan angkatan tentera hanyalah untuk mempertahankan negara, maruah serta kesucian agama daripada dinodai gleh musuh khususnya golongan musyrikin Quraisy, Yahudi, serta Rom dan Parsi.

Pada, zaman Rasulullah s.a.w peperangan dalam lslam dapat dibahagikan kepada dua, iaitu sariyah merujuk kepada tindakan menyekat rombongan para pedagang ataupun musuh-musuh Islam serta ghazwah yang melibatkan peperangan secara besar-besaran dan disertai olen Nabi Muhammad s.a.w sendiri.

Terdapat banyak sariyah dilancarkan begitu juga peperangan yang tercetus seperti Perang Badar, Perang Uhud, Perang Ahzab dan sebagainya yang ada memberikan kemenangan dan ada yang meninggalkan kesan yang mendalam ke atas masyarakat dan negara Islam.[1]
sebab dan tujuan peperangan mengikut Islam.  
1.      Mempertahankan diri dan hak
2.      Mempertahankan kemuliaan agama
3.      Mempertahankan kedaulaan negara
4.      Menegakkan keamanan dan keadilan
5.      Menghapuskan golongan riddah
6.      Penyebaran dakwah.[2]

Etika Peperangan dalam lslam
Etika Peperangan dalam lslam ialah mematuhi perintah Allah swt serta mencari keredaannya.[3]
1.Secara amnya, etika peperangan dalam Islam terbahagi kepada tiga mengikut situasi, iaitu:
(a) etika sebelum peperangan.
(b) etika semasa peperangan.
(c) etika selepas peperangan.
2 Dalam usaha memenuhi misi-misi peperangan, Islam telah menggariskan beberapa prinsip dan kaedah umum dalam jihad atau dengan perkataan lain etika yang wajar dipatuhi oleh tentera Islam sewaktu di medan perang.
Antara etika tersebut adalah:
(a) Harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya.
Hal ini telah dilaksanakan ketika zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sewaktu menggempur wilayah  Hirah. Beliau telah memberi  tiga pilihan kepada musuh Islam, iaitu menganut Islam, berdamai ataupun berperang.
(b) Membayar cukai jizyah
Pihak musuh yang enggan menerima Islam tetapi sanggup berada di bawah naungan kerajaan Islam dikehendaki membayar c:ukai jizyah. Ia sebagai simbol balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa mereka.
(c) Memerangi musuh seandainya mereka diperangi terlebih dahulu
Islam hanya membenarkan umatnya mengangkat senjata seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Hal ini dapat dilihat terutamanya ketika Perang Badar. Sewaktu itu, tentera
Islam hanya memrnggu serangan musuh yang menceroboh, barulah peperangan secara besar-besaran dilaksanakan.
(d) Mentaati arahan pemimpin atau ketua
Merupakan salah satu etika yang amat penting tatkala peperangan berlaku. Hal ini bertujuan memastikan segala perancangan memberikan impak yang positif. Contoh yang paling jelas ialah kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud pada tahun 3 H akibat daripada tentera Islam tidak akur dengan arahan pemimpin (kecuaian pasukan pemanah meninggalkan
posisi yang ditetapkan).
(e) Tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya
Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam, golongan kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta tidak boleh diperangi. Berdasarkan etika inilah golongan-golongan ini tidak dikenakan jizyah pada zaman Khulafa' al-Rasyidin kerana dianggap tidak mengancam keselamatan negara Islam.
(f) Dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali darurat
Ini menunjukkan betapa Islam mementingkan keamanan serta kesejahteraan kepada masyarakat seluruhnya. Ini terbukti ketika peristiwa Rasulullah s.a.w mengepung kota Ta'if, harta-harta musuh Islam langsung tidak diusik.
(g) Tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah
Sesuai dengan pilihan-pilihan yang diberikan kepada seteruseteru Islam, maka Islam menetapkan etika tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi atau
mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.
(h) Melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh
Antara larangan tersebut ialah tentera tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh, sebagaimana tindakan yang dilakukan oleh Hindun binti Utbah terhadap jasad Saidina Hamzah, bapa saudara Rasulullah s.a.w di medan Perang Uhud.
(i) Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati
Oleh sebab itulah ketika Perjanjian Hudaibiyah dimeterai pada tahun 6 H, meskipun fasal-fasal dalam perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam, namun Rasulullah s.a.w mempunyai misi yang tersendiri.Sikap musuh Islam yang melanggar gencatan senjata yang dipersetujui membolehkan Rasulullah s.a.w mengetuai tentera Islam membuka kota Makkah pada tahun 8 H.
j. Tawanan perang akan dilayan dengan baik
Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Meskipun ada cadangan daripada para sahabat agar musuh-musuh Islam yang ditawan dalam Perang Badar dibunuh, Rasulullah s.a.w tidak menerima cadangan itu sebaliknya baginda menggunakan kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta sejumlah wang tertentu. Ternyata kaedah inilah yang berjaya menarik ramai musuh Islam menerima agama Islam.



[1]Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini(Shah Alam:Oxford Fajar,2014),78.
[2 “Peperangan”, ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),31.
[3] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 122.

Jihad zaman Nabi Muhammad SAW, Khalifah al-Rasyidin abad ke-7

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pengertian Jihad
Kamus Dewan mentakrifkan jihad ialah suatu peperangan yang suci melawan orang-orang kafir kerana mempertahankan agama Islam atau perang sabil dan penentangan atau perlawanan terhadap anasir-anasir yang hendak merosakkan agama Islam.[1]
Dari segi bahasa jihad bererti  kesulitan  atau beban atau kesungguhan dan keupayaan terakhir.Perkataan al-Jahdu dan al-Jihad  menurut  pengertian  bahasa Arab adalah  pengerahan  segenap tenaga  manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau menolak sesuatu yang dibenci.

Menurut  istilah  syarak pula, makna jihad ialah perang  dan membantu  semua persiapan perang. Setiap mazhab mempunyai  pandangan  yang berbeza  tentang jihad.Misalnya, Mazhab Hanafi mentakrifkan jihad  sebagai mengajak orang kafir ke dalam pelukan Din al- Haq dan memerangi  mereka jika mereka menolak. Menurut pandangan Mazhab Hanafi  pula,jihad adalah mengerahkan  segala  kemampuan  dan tenaga dengan melakukan  perkara perang fi sabilillah baik dengan diri, harta,mahupun  lidah.

Sementara Mazhab Syafie pula menjelaskan jihad sebagai berperang  dijalan Allah SWT dan mengerahkan  segala  kemampuan untuk memerangi  orang-orang  kafir. Oleh itu, dengan erti kata yang luas, jihad bolehlah dimaksudkan sebagai berjuang menegakkan  kebenaran  melalui cara yang diredai-Nya, diistilahkan juga sebagai fi sabililIah.[2]
  Jenis –jenis jihad:
a) Jihad nyawa dan tenaga
b)  Jihad harta benda
c)  Jihad pemikiran, lisan dan penulisan
d) Jihad mempertahankan  kebenaran
e) Jihad melawan hawa nafsu / syaitan  (zahit dan batin)
   Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan riddah
g) Jihad menentang  golongan munafik
h) Jihad menuntut ilmu dan menghapuskan  kejahilan
i)  Jihad menentang  kemungkaran dan kezaliman
j)  Jihad ekonomi  - membasmi kemiskinan  dan kemunduran
k)  Jihad politik
- Dawlah  Islamiah - menegakkan  masyarakat dan syiar Islam
 Kepentingan  jihad dalam gerakan  dakwah Islamiah.
 Syahid.[3]
  Jenis –jenis jihad:
a) Jihad nyawa dan tenaga
Jihad nyawa  dan tenaga merupakan jihad yang paling utama, iaitu melalui  pengorbanan  jiwa dan raga.Lazimnya  jihad  sebegini  ialah jihad di medan perang  dan mereka yang terkorban  diistilahkan  sebagai  syahid.Contohnya,  Saidina  Hamzah telah gugur atau syahid  di medan Perang Uhud.
b)  Jihad harta benda
Pengorbanan  wang dan harta juga termasuk  dalam jihad fi sabillah.Bagi golongan  kaya, mereka boleh menyumbang  harta bagi menyokong usaha jihad golongan yang berperang di medan perang.Contohnya, Saidina Abu Bakar al-Siddiq  menyerahkan  semua hartanya demi menegakkan  syiar Islam.
c)  Jihad pemikiran, lisan dan penulisan
Idea yang bernas dan positif  serta memberi manfaat kepada masyarakat dan negara tergolong dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah SWT.Contohnya,  Salman  al-Farisi  yang telah menyumbangkan  idea bagi pembinaanparit  dalam Perang  Khandak.[4]
d) Jihad mempertahankan  kebenaran
Umat Islam juga digalakkan menentang kemungkaran  dan kezaliman  dalam  sesebuah pemerintahan.Oleh  sebab  itu, segala  kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah  ditentang  sama ada melalui perbuatan, perkataan ataupun dengan  hati.Terdapat  dalil daripada al-Quran  yang menggesa  umat manusia melakukan  kebaikan,  iaitu surah al-Baqarah  ayat l12,"Tidak,  barang siapa yang menyerahkan  diri sepenuhnya kepada jalan Allah dan dia berbuat baik akan mendapat pahala di sisi Tuhannya  dan tidak  ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati'.
e) Jihad melawan hawa nafsu / syaitan  (zahit dan batin)
  Berjihad melawan  nafsu ialah jihad yang paling tinggi  darjatnya  di sisi Islam.Melaluinya  seluruh tenaga disalurkan  supaya menuruti  jalan (manhaj) yang digariskan  oleh Allah SWT.Perjuangan melawan  nafsu dalam diri setiap individu Muslim adalah fardu ain.Mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu tergolong dalam jihad melawan  nafsu, iaitu berusaha tunduk dan patuh untuk beramal  kepada ajaran Islam, menyebarkan  dakwah Islamiah serta sabar di atas segala ujian dan cabaran  yang diterima.[5]
f  Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan riddah.
Sikap dan keputusan Khalifah Abu Bakar terhadapgolongan murtad  merupakan satu sikap yang sangat terpuji kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam. Keputusan Khalifah Abu Bakar bertegas memang tepat kerana sekiranya berlembut dengan golongan murtad maka ramai lagi kabilah Arab lain tidak akan membayar zakat. Walhal zakat merupakan salah satu rukun Islam yang lima dan sumber utama ekonomi umat Islam.[6]
g) Jihad menentang  golongan munafik
Jihad dalam  kategori ini bermaksud menentang  golongan  yang berselindung  di sebalik  nama Islam.Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan berkenaan golongan  munafik  ini. Misalnya,  dalam  surah ol-Munafiqun  yang menjadi panduan kepada umat Islam sewaktu berhadapan dengan golongan  ini.Antara dalil al-Quran yang  terdapat  surah at-Taubah ayat73 yang menyeru kepadajihad ke atas orang kafir dan munafik ialah"Wahai
Nabi, berjihadlah  menentang orang-orang  knfir dan orang-orang munafik,  dan bertindak keras terhadap  mereka".
h) Jihad menuntut ilmu dan menghapuskan  kejahilan
Selain berjihad di medan perang, umat manusia  juga disyariatkan berjuang  dalam  bidang keilmuan. Ini penting bagi memastikan umat  Islam tidak ketinggalan dalam  setiap lapangan.
Umat Islam digalakkan mempelajari segala ilmu yang bermanfaat sama ada fardu ain seperti fikah dan tauhid atau fardu kifayah seperti sains, perubatan dan kejuruteraan.Tujuannya  supaya  umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain, bahkan fardu kifayah boleh menjadi  wajib sekiranya tidak ada orang Islam yangunempelajarinya.



[1Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 124.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,75.
[3]“Pertahanan dan Pembukaan Wilayah”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),29.
[4]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014)  ,72.
[5]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,76.
[6]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 140.

Isnin, 6 Februari 2017

PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH ANDALUS ABAD KE-13

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pemerintahan Pusat dan wilayah kerajaan Andalusia abad ke-13M
Pemerintahandi Andalusia ditadbir oleh amir atau khalifah. Ami berkuasa melantik wakil-wakilnya untuk mentadbir wilayah. Gabenor Jeneral adalah wakil amir yang bertangungjawab melantik para pegawai untuk membantu pentadbiran.[1]

      Pemerintahan Bani Umayyah di Andalusia terbahagi kepada dua peringkat;
a)Peringkat pertama para pemerintah bergelar Amir (756-912)
b)Peringkat kedua para pemerintah bergelar khalifah. 912-1002M.
Selepas tahun 1002M, kerajaan Bani Umayyah di Andalusia mengalami kemerosotan dan berakhir pada 1031M. Kesannya muncul kerajaan-kerajaan kecil yang berpusat di pelbagai kota.

Pemerintahan di Andalusia
Pemerintahan di Andalusia ini ditadbi oleh amir atau khalifah. Mereka berkuasa melantik wakil-wakilnya untuk mentadbir wilayah-wilayah yang berada di bawah kekuasaannya. Gabenor Jeneral iaitu wakil bagi khalifah bertanggungjawab melantik para pegawainya untuk membantu mengendalikan urusan pentadbiran di Andalusia. Kerajaan Bani Umayyah di Andalusia berakhir pada abad ke 11.Selepas ituAndalusia berpecah kepada 30 negara kecil yang berpusat di pelbagai kota seperti Cordova, Sevilla dan Toledo.Pada abad ke-13 kerajaan Islam di Andalusia berada dalam keadaan kelemahan dan menghadapi asakan hebat daripada pihak Kristian yang berusaha merebut kembali wilayah-wilayah di Andalusia daripada umat Islam.[2]

1.Pemerintahan dan pentadbiran pusat kerajaan al-Muwahhidun
Sistem pemerintahan  amir dalam  kerajaan Muwahhidun :
 Pusat pemerintahan  di Maghribi.Para amir kerajaan  al-Muwahhidun  menggunakan gelaran berunsur  Syiah seperti al-Mahdi,  al-Imam,  alNasir dan al-Mansur.Amir dilantik  secara warisan (monarki). Kerajaan al-Muwahhidun telah memerintah Andalus sehingga kerajaan ini dikalahkan oleh tentera-tentera Kristian pada tahu 1212M.[3]

Pentadbiran  kerajaan  al-Muwahhidun di peringkat pusat dan wilayah berasaskan perundangan  daripadaMazhabMaliki Sistem pentadbiran adalah teratur termasuklah sistem  pengurusan kewangan, perbendaharaan dan kehakiman.[4].Al-Mahdi dibantu  10 orang berfungsi  sebagai kabinetPemerintahan Dewan 50 orang (penasihat)  dan Dewan 70 orang (Majlis  Rakyat).Majlis tentera  ditubuhkan  untuk menyelia hal ehwal ketenteraan.Amir menjalinkan  hubungan  diplomasi.Akhir pemerintahan Muwahhidun, sebuah kementerian  diwujudkan  untuk menguruskan  hal ehwal para penyair.[5]

Pentadbiran  kerajaan Nasriyah  :
Kerajaan Nasriyah diasaskan oleh Muhammad Yusuf bin Nasr yang dikenal sebagai Ibn al-Ahmar pada tahun 1235M.Pusat  pemerintahan di Granada, selatan Sepanyol. Granada ialah wilayah yang didiami oleh orang Islam Sepanyol apabila wilayah lain didduduki oleh pemerintah Kristian dan Yahudi.[6]Ibn al-Ahmar menggunakan gelaran Amir. Amir mengamalkan dasar berbaik-baik  dengan kerajaan  Kristian bagi memastikan kestabilan pemerintahannya. Kerajaan Nasriyah diperintah oleh 22  orang  amir (sultan).[7]





[1] “Pemerintahan Pusat dan Wilayah”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),24.
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 106.
[3]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014)  ,63.
[4]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 108.
[5]Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),25.
[6]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 113.
[7]Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,25.