Sabtu, 3 Oktober 2015

202 penerjun catat rekod dunia

 
SERAMAI 202 penerjun dari serata dunia mencipta rekod apabila melakukan formasi pada ketinggian 2,130 meter di udara.

CALIFORNIA – Seramai 202 penerjun mencatatkan rekod dunia baharu apabila berjaya melakukan formasi sambungan di udara terbesar pada ketinggian 2,130 meter di sini baru-baru ini.

Formasi itu dilakukan oleh kumpulan penerjun di Skydive Perris yang terletak kira-kira 130 kilometer dari Los Angeles pada Selasa lepas.

Menurut pengurus kumpulan berkenaan, Dan Brodksy-Chenfeld, lebih banyak rekod akan dicipta bersama ahli kumpulan tersebut dalam masa beberapa hari akan datang.

“Kumpulan penerjun elit yang sama akan melakukan terjunan udara dalam minggu ini dengan melakukan tiga formasi berasingan,” ujarnya.

Sementara itu, pasukan penilai daripada The Federation Aeronautique Internationale mengesahkan kumpulan itu berjaya memecahkan rekod terdahulu melibatkan seramai 122 orang penerjun.

Kumpulan penerjun itu mempunyai ahli daripada serata dunia termasuk Amerika Syarikat, Rusia, Brazil, Itali, Perancis dan Jerman. – Agensi

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3nYiZSbp9 Hakcipta terpelihara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan