OLEH-AHMAD YAAKOB
Selepas pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w, umat Islam diperiutah oleh para khalifah yang dikenali sebagai Khulafah al-Rasyidin. Dasar-dasar pemerintahan dan pentadbiran baginda masih diguna pakai di samping berlaku penambahan disebabkan negara dan wilayah Islam yang semakin luas dan kompleks terutamanya ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab. Impak perluasan wilayah, pemerintah kerajaan Islam telah menggubal dasar-dasar pemerintahan pada peringkat wilayah yang selari dengan pemerintahan dan pertadbiran peringkat pusat bermula zaman Khulafa' al-Rasyidin sehingga zaman kerajaan Uthmaniyah.[1]
1.6.1Pemerintahan pusat dan wilayah khalifah al-Rasyidin abad ke-7
Kerajaan Khulafah al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632, iaitu apabila Abu Bakar al-Siddiq dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah pertama. Kerajaan Khulafah al-Rasyidin diperintah oleh empat orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w, iaitu:
(a) Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.
(b) Khalifah Umar bin al-Khattab.
(c) Khalifah Uthman bin Affan.
(d) Khalifah AIi bin Abi Talib.
Gelaran Khulafah al-Rasyidin digunakan kerana mereka meneruskan dasar kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
Pentadbiran pusat zaman Khulafa al-Rasyidin :
a) Madinah sebagai pusat pemerintahan.
b) Masjid Nabawi sebagai pusat pentadbiran negara,pusat ibadat dan kegiatan dakwah Islamiah.
c) Khalifah sebagai ketua badan eksekutif, legislatif dan kehakiman.
d) Khalifah paling berkuasa tetapi kekuasaan tidak berbentuk mutlak dan terikat dengan al-Quran dan sunnah yang mengawal segala tindakan khalifah.
e) Sesuatu dasar diputuskan melalui majlis syura (badan penasihat Khalifah).
f) Majlis Syura secara rasmi dibentuk pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin al-Khattab
g) Penubuhan Baitul Mal -perbendaharaan negara untuk menguruskan harta rakyat dan negara.[2]
Pentadbiran pusat zaman Khulafa al-Rasyidin :
Pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq tidak banyak berbeza dengan zaman Rasulullah SAW kerana tempoh pemerintahannya yang singkat. Tambahan pula beliau sibuk memerangi gerakan murtad secara besar-besaran dan golongan yang enggan membayar zakat selepas sahaja kewafatan Rasulullah SAW. Pentadbiran Khalifah Abu Bakar berpusat di Madinah.
Pentadbiran wilayah zaman Khulafa al-Rasyidin :
a) Semasa pemerintahan khalifah Abu Bakar,pemerintahan wilayah dibahagikan kepada 10
wilayah - Makkah, Taif, Yaman, Hadhramaut, Khawlan, al-Jund, Nazran, Zabid, Bahrain dan Jarsh.
b)Pentadbiran perigkat wilayah telah diperkemaskan Pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin al-Khattab berikutan kejayaan kempen perluasan kuasa.
c) Negara Islam dibahagikan kepada 8 wilayah utama iaitu Madinah,Mekah, Syam, Mesopotamia, Iraan, Iraq, Mesir dan Palestin.[3]
d) Setiap wilayah mempunyai ibu negeri dan pusat pentadbiran masing-masing.
e) Khalifah Umar bin al-Khattab telah membentuk sistem birokrasi yang sistematik.
f) Setiap wilayah diketuai oleh gabenor (amil) dan dibantu oleh setiausaha dan pegawai lain seperti :setiausaha tentera, pegawai cukai (Sahib al-Kharaj)' pegawai polis (Sahib al- Syurtah), pegawai perbendaharan (Sahib Bait al-Mal) dan kadi'
g) Setiap wilayah didirikan sebuah Baitul Mal untuk menguruskan pendapatan dan perbelanjaan negara.[4]
[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014) ,58.
[2]“Bentuk Pemerintahan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),20.
[3] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,61.
[4]“Bentuk Pemerintahan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,20.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan