NORDIANA JOHARI
19 April 2014
Harta karun biasa dijaga
makhluk halus Abd Aziz menunjukkan artifak lama yang berjaya ditemuinya sebelum
ini.
MELAKA - Seorang pencari harta
karundi negeri ini, Abd Aziz Husin, 59, tidak menafikan kewujudan harta karun
di Pulau Nangka dan Pulau Besar, di sini.
Bagaimanapun, katanya, harta
berkenaan sukar dimiliki kerana biasanya didampingi makhluk halus.
“Pulau Nangka ini memang banyak
harta, tetapi orang cukup ilmu saja boleh dapat. Jika tidak cukup ilmu,
memangtak dapat sebab ada 'benda-benda halus' yang menjaga harta ini.
“Jika tidak banyak amalan,
lupakan saja untuk mendapatkan harta,” katanya semasa ditemui di kediamannya di
Muara Sungai Duyong, dekat sini, semalam.
Abd Aziz yang gemar mencari
harta karun sejak 2006 sudah menemui pelbagai artifak lama di sekitar Muara
Sungai Duyong.
Antaranya bom, tembikar, dulang
timah dan duit syiling, sekali gus mengesahkan kesahihan teori kapal karam di
perairan Selat Melaka.
RUJUKAN – SINAR HARIAN ONLINE 19.4.14