Ahad, 7 April 2019

3.2 Reaksi masyarakat tempatan di Algeria abad ke-19-20

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Reaksi masyarakat Algeria terhadap kuasa Barat.
Pada abad ke 16 hingga 19M, Algeria merupakan sebahagian wilayah khilafah Uthmaniyyah Turki. Pernah dijajah Perancis selama I32 tahun. Algeria merupakan negara terbesar di Afrika dan di dunia Arab. Kaya dengan sumber minyak dan gas. Pada tahun 1827 tentera Perancis mula menceroboh Algeria.Serangan Marshall Bugeud ke atas Sidi Faraj 13 Jun 1830 telah membawa kepada penjajahan Perancis.[1]

Penaklukan Perancis di Algeria 1830.
 Algeria memiliki simpanan minyak yang besar dan posisi strategik sebagai pelabuhan di Mediterranean. Kempen asimilasi budaya Perancis - percakapan dan pengajaran bahasa Arab
diharamkan.Bahasa perancis menjadi bahasa rasmi menggantikan bahasa Arab dan Barber. polisi ini telah menghapuskan identiti kebangsaan dan warisan budaya rakyat Algeria.

Perancis memberikan tekanan kepada rakyat Algeria dalam semua bidang kehidupan termasuk politik, ekonomi, pendidikan dan sosial. Beribu pendatang Eropah telah berhijrah ke Algeria untuk membuka kebun kerana keluasan tanahyang dimiliki oleh Algeria. Mereka menduduki semua kota di Algeria.

Dasar pendidikan menyebabkan kadar pandai membaca, menulis dan mengira Rakyat Algeria jatuh ke tahap paling rendah. Dasar perancis ini menimbulkan reaksi tidak puas rakyat tempatan kerana hak mereka telah dirampas.[2] Lahir golongan nasionalis Algeria yang cuba menghidupkan semula bahasa sendiri, memperkasakan identiti nasional berdasarkan Islam dan mendaulatkan bahasa Arab.

Penentangan oleh Syeikh Abdur Qadir ar-lazair,Gabenor Mascara pada tahun 1832.
Sebagai ulama besar Algeria, beliau mengeluarkan fatwa kewajipan jihad mempertahankan negara dan mengisytiharkan negara Islam Algeria. Beribu umat Islam dibunuh dalam penentangan tersebut. Jihad berterusan telah berraku di Algeria menelan korban sejuta syuhada sehingga Algeria digelar sebagai ' Negara Sejuta Syuhada' .

Gerakan Persatuan Ulama Algeria pimpinan Syeikh Abdul Hamid Ben Badis.
Keahlian terdiri daripada guru-guruagama. Gerakan ini bertujuan menyatukan umat Islam.Gerakan ini menyelar pegawai-pegawai pentadbiran agamayang dilihat menjadi alat penjajah Perancis.

Penaklukan Jerman ke atas Algeria - era Perang Dunia
Kedua, Jerman berjaya mengalahkan Perancis dan menakluki Algeria. Ramai pemimpin dan nasionalis Algeria yang ditahan Jerman telah dibunuh dan ada yang dihantar ke kem-kem tahanan.

Pembunuhan Beramai-ramai Setif 1945.
Apabila Pihak Bersekutu berjaya mengalahkan Jerman pada 1942M dalam Perang Dunia Kedua, pihak nasionalis membayangkan kemerdekaan Algeria. 1943, Ferhat Abbas memberikan empat cadangan kepada Pihak Bersekutu, antaranya memberikan kemerdekaan serta penggubalan perlembagaan baharu Algeria. Rakyat Algeria menyokong dan berjuang bersama Pihak Bersekutu menentang penjajahan Jerman dengan harapan permintaan mereka dipenuhi namun ditolak. 8 Mei 1945,rakyat Algeria berkumpul sambil mengibarkan bendera bagi meraikan tamatnya peperangan. Namun,kemuncaknya tentera Perancis telah melepaskan tembakan rambang kepada orang awam. 45,000 umat Islam mati dalam pembunuhan kejam itu dan ramai yang cedera.Ekoran itu, segala aktiviti politik di Algeria diharamkan dan beribu rakyat ditahan tanpa alasan. Kezaliman Perancis membangkitkan reaksi rakyat tempatan di seluruh negara.Penentangan semakin meningkat dan Perancis bertindak balas.

Perang Kemerdekaan Aljazair 1954 -1962 (Revolusi Algeria).
1950an, gerakan nasionalisme Algeria semakin matang dengan menggabungkan semangat nilai Islam  yang dipelopori Syeikh Abdul Qader dengan fahaman moden Perancis seperti demokrasi. Justeru Revolusi Algeria mengambil inspirasi dari keduanya. perang gerila (perang Kemerdekaan Aljazair) merupakan peperangan berdarah dan sengit.

Pelindung pembebasan Kebangsaan (FLN) dan Tentera Pembebasan Kemerdekaan (ALN) ditubuhkan pada 1954M untuk mengetuai perang gerila. perancis enggan kehilangan Algeria kerana negara ini kaya dengan simpanan minyak dan gas asli.

Kemerdekaan Algeria juga memberi impak kepada gerakan nasionalisme negara-negara Arab
lain. Terjadi pembunuhan beramai-ramaidi mana banyak perkampungan dibakar oleh tentera perancis, tanaman dimusnahkan, ribuan haiwan ternakan dibunuh, sekolah-sekolah dan masjid-masjid dirobohkan. Situasi ini berterusan sehingga Algeria mencapai kemerdekaan pada 5 Julai 1962.

Kemerdekaan Algeria 1962M
Perancis akhirnya menerima kehendak rakyat Algeria yang mahukan kemerdekaan.Perancis meletakkan syarat kemerdekaan supaya FLN melaksanakan dasar sekular dalam pemerintahan negara di Algeria. Pergerakan FLN dan ALN bermesyuarat di Kaherah 1958 dan seterusnya membentuk kerajaan sementara Algeria. FLN dan perancis mengiytiharkan genjatan senjata melalui peranjian Evian dan Algeria akhirnya mengisytiharkan kemerdekaan pada 1962.

      Perjuangan kemerdekaan selama hampir tujuh setengah tahun menyaksikan kira-kira 1.5 juta rakyat Algeria terbunuh. Perjuangan panjang rakyat Algeria pimpinan ulama dan nasionalis berjaya membentuk Algeria ke arah berkerajaan sendiri.

Algeria Selepas Era penjajahan.
FLN melantik Ahmed Ben Bella (bekas pelajar di sekolah perancis) sebagai presiden Algeria pertama. Beliau mendapat sokongan golongan elit sekular dan pihak elit tentera yang sekular yang mendapat latihan di Perancis. Kepimpinan Ben Bella digulingkan oleh Kol. Hawari Boumedienne pada 1965 ekoran kegagalan memberi kemakmuran ekonomi dan demokrasi. Nilai-nilai Islam juga kurang diendahkan.

FLN muncul sebagai parti yang mengongkong dalam bentuk sistem bernegara satu parti. Dasar sosialisme menjadi asas utama dalam pemerintahan Kol. Hawari Boumedienne. Beliau mengamalkan dasar anti-penjajah  dan sistem satu parti iaitu pembolotan kuasa oleh FLN.

Gerakan  Islam Algeria.
 Awal 1980an, muncul gerakan Islam yang dipelopori anak-anak muda Algeria akibat kecewa dengan sistem kediktatoran dan sosialisme. Gerakan Islam Algeria ini menubuhkan Barisan Penyelamat Islam (FIS) dan dalam pilihanraya tempatan, FIS telah mengalahkan FLN. FIS cuba memerintah kerajaan tempatan dalam lingkungan demokratik dan Islamik. Kemenangan
FIS mengejutkan dunia Barat, khasnya Perancis dan Amerika Syarikat. Atas sokongan mereka, kerajaan Algeria mengharamkan FIS dan menangkap pemimpinnya.[3]




[1]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 192.
[2]“ Reaksi Masarakat Tempatan ”, dalamModul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah P2, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),112.
[3] Ibid,115

3.2 Reaksi masyarakat tempatan di Mesir pada abad ke-19 dan 20

Pada abad ke-18M, Mesir masih sebahagian wilayah empayar Uthmaniyah. Sepanjang abad ke-17 dan ke-18M, Mesir mengalami beberapa konflik politik akibat perebutan kuasa antara pemerintah tempatan.[1] Suasana politik yang tidak stabil inilah yang membawa kepada kekacauan dan menjejaskan ekonomi Mesir pada keika itu. Bermula abad ke-18, Mesir bukan lagi sebuah wilayah yang kaya-raya sebagaimana zaman kemuncak kegemilangan Islam. Mesir telah hilang keistimewaannya sebagai sebuah pusat kebudayaan dan ketamadunan.[2]         
Penaklukan Perancis
Pada akhir abad ke-18, Perancis telah menawan Mesir.Peristiwa ini berlaku pada tahun 1798. Ekspedisi ketenteraan ini diketuai oleh Napoleon Bonaparte berikutan tercetusnya Revolusi Perancis.Walau bagaimanapun, penguasaan Perancis ke atas Mesir tidak lama, iaitu hanya sekitar tiga tahun sahaja.Perancis kemudiannya dapat diusir keluar dari Mesir oleh tentera Uthmaniyah dengan bantuan Britain pada tahun 1801.Pendudukan Perancis di Mesir membuka senario baharu kerana ia merupakan kuasa Barat pertama yang menceroboh Mesir.[3]

     Walaupun penguasaan Perancis hanya sekitar tiga tahun sahaja,namun kesan jangka panjangnya telah berjaya mengubah demografi politik Mesir. Penaklukan Perancis ke atas Mesir 1798 - 1801M meninggalkan kesan mendalam dalam bidang ekonomi,politik, sosial dan pemikiran rakyat Mesir. Penaklukan ini merupakan peristiwa penting yang mengubah landskap sosiopolitik Mesir. Konsep modenisme dan sekularisme meresap dalam pemikiran rakyat.

      Ia juga  telah membawa kepada kejayaan penjajahan Britain ke atas Mesir pada tahun 1882. Sebelum ini, Britain pernah cuba menjajah Mesir pada tahun 1807, namun usaha tersebut tidak berjaya.Selama tiga tahun Perancis di Mesir, beberapa perubahan telah dilakukan. Antaranya adalah seperti berikut:
(a) membuka kilang senjata.
(b) mengadakan perkhidmatan percetakan.
(c) menggalakkan pengkajian sains, termasuk menghantar para pelajar Mesir untuk belajar di Barat.

      Sejak tahun 1879, Britain dan Perancis semakin giat mencampuri hal ehwal Mesir, terutama yang berkaitan dengan soal kewangan.Isu hutang yang dihadapi oleh Mesir dijadikan alasan untuk campur tangan. Namun, sebenarnya perhatian kuasa Eropah adalah tertumpu pada Terusan Suez.

Zaman pemerintahan Muhammad Ali Pasha di Mesir.
Gerakan memisahkan Mesir dari Turki Uthmaniyyah. Meletus dua siri peperangan Mesir - Turki pada 1832-1833M dan 1839-1840M. Mesir mencapai kemenangan hasil bantuan Perancis.
Penaklukan British ke atas Mesir pada 1882 - 1918M.
Sebelumnya, berlaku perjanjian memorandum Mesir dengan British pada 1840M melalui Konvensi Alexandria.Perjanjian ini menyebabkan Mesir secara perlahan-lahan terpaksa menerima kehadiran British. Konsesi pembinaan Terusan Suez yang diberikan kepada Perancis pada 1857 menambahkan curiga British terhadap Perancis dan Mesir.Kemerosotan ekonomi mendorong Mesir menjual saham
      Terusan Suez kepada British. Sejak itu, British mulai mencampuri politik dan ekonomi serta hal ehwal Mesir.British terus melaksanakan misi ketenteraan di Mesir hingga berjaya menguasai Kaherah pada 1882. Bermula penjajahan British di Mesir.

Penjajahan Britain
Penjajahan Britain merujuk kepada kekalahan tentera Mesir ditangan British pada bulan September 1882. Bermula pada tahun 1914-1918, Britaian mempunyai pengaruh yang kuat di Mesir.Pentadbiran Britain di Mesir pada peringkat awal dipelopori oleh Lord Cromer yang dilantik sebagai Consul General antara tahun 1883-1907. Dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh British membawa jurang yang besar kepada masyarakat Mesir.

      Mereka yang mendapat pendidikan Barat terpisah dari segi sikap dan pemikiran yang berteraskan kebudayaan tempatan yang didukung oleh ulamak dan juga rakyat biasa.   

Pentadbiran ekonomi yang teruk, sikap tamak pemerintah yang menaikkan cukai sesuka hati, dasar
menjadikan tanah milik negara dan kerahan tenaga menyebabkan rakyat Mesir menderita. Golongan ulama memimpin gerakan rakyat menentang kezaliman kerajaan.

Perjuangan kebebasan Mesir
Penaklukan perancis ke atas Mesir mencetuskan beberapa pemberontakan rakyat yang mewujudkan situasi politik yang tidak stabil. Antaranya, pemberontakan pimpinan Syeikh Muhammad sadat ekoran
Majlis Syura al-Azhar membuat keputusan melancarkan jihad.

Gerakan penentangan
Faktor agama merupakan faktor utama kebangkitan menentang Perancis. Muncul Gerakan Islah oleh tokoh-tokoh pemikir Islam seperti Sayyid Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Gerakan Islah ini berhadapan dengan arus sekularisasi Barat. Muncul gerakan dakwah diMesir seperti al-Ikhwan al-Muslimun yang lebih tersusun
Gerakan Kolonel Urabi Pasha l88l - 1882M :
gerakan menuntut kemerdekaan Mesir. Dikenali sebagai pemberontakanUrabi. Gerakan ini menjadi tonggak kepada semangat nasionalisme Mesir. Awal perjuangan, gerakan ini adalah sebuah gerakan anti orang asing (perancis, British danTurki). Namun, akhimya gerakan ini menuntut perubahan
dalam pentadbiran dan pemerintahan. British menyerang Urabi Pasha kerana ia mengancam kedudukan British di Mesir dan berjaya mengalahkan Arabi pasha.Urabi Pasha telah dibuang ke Sri Langka. Syeikh Muhamad Abduh turut diusir keluar dari Mesir.
Gerakan Islah
 Gerakan pemulihan Islam yang dipelopri oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. ciriciri
utama gerakan ini termasuk gagasan al-Jamiah al-Islamiah (Pan Islamisme) dan perjuangan kemerdekaan.Kesemua idea dan program islah dilaksanakan melaluipelbagai kaedah termasuk melalui proses pengajaran, pidatodan media massa (majalah dan akhbar) serta karya-karya ilmiah. Gerakan Islah juga dilakukan melalui jawatan-jawatan yang disandang. Kempen-kempen yang dijalankan oleh tokoh-tokoh ini membangkitkan semangat perasaan anti-penjajah.
Revolusi 1919M –
 Tamatnya Perang Dunia Pertama memperlihatkan semangat nasionalisme rakyat Mesir terus berkobar. Muncul Parti Wafd 1919 pimpinan Saad Zaghlul Pasha yang berjuang menuntut kemerdekaan penuh.Penangkapan Saad Zaghlul membangkitkan revolusi besar menentang British di seluruh Mesir.
Kemerdekaan Mesir
 Akhirnya British terpaksa mengeluarkan Deklarasi Unilateral 1922 yang memberi kemerdekaan separa penuh Mesir. Britain mengistiharkan kemerdekaan Mesir pada 22.2.1922. Kerajaan baru yang ditubuhkan bersifat raja berperlembagaan. Pilihanraya pertama diadakan dan Saad Zaghlul dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 1927. Tetapi pentadbiranya hanya berlangsung dalam tempoh yang singkat. Antara tahun 1922-1936 pola yang sama berlaku, iaitu raja membubar parlimen dan pilihan raya diadakan yang selalunya membawa kemenagan kepada Parti Wafd. !927 Saad Zaghlul meninggal dunia dan Parti Wafd mula lemah.  Golongan nasionalis tetap menentang deklarasi ini kerana menuntut kemerdekaan penuh. 1932 Mesir beroleh kemerdekaan penuh. Pada tahun 1952 golongan nasionalis mengguling  Raja Faouk yang zalim, korup dan bersekongkol dengan Britain. Revolusi ini dipimpin oleh Jeneral Muhamad Naguib. Kekuasaan British berjaya diruntuhkan sepenuhnya pada 1952M. Mesir menjadi sebuah republik pada tahun 1953.

Gerakan Islah Ikhwanul Muslimin
Sebahagian senario politik Mesir hasil daripada reaksi rakyat tempatan terhadap penjajahan Barat serta kejatuhan khilafah Uthmaniyyah di Turki. Dipelopori dan ditubuhkan oleh Hassan al-Banna pada 1928. Matlamat awal untuk menggulingkan penguasaan British di Mesir dan menyelamatkan rakyat daripada pengaruh pemikiran Barat. Menerbitkan majalah al-Manar untuk menyampaikan idea perjuangan. Peringkat awal menumpukan kepada isu-isu keagamaan, pendidikan dan khidmat kepada masyarakat. Peringkat seterusnya perjuangan politik dengan menganjurkan protes kepada kerajaan Mesir bagi menentang kezaliman dan idea-idea sekular kerajaan yang boleh melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral tradisional.

      Perjuangan Ikhwanul Muslimin amat tersusun dan konsisten meskipun ramai ahlinya dipenjara dan dibunuh. Pada 1946 - 1948M, gerakan Ikhwanul Muslimin mengisytiharkan perang terhadap British. Gerakan ini diharamkan oleh kerajaan Mesir atas tuduhan merancang pemberontakan menjatuhkan Kerajaan British.[4]




[1] “Reaksi Masarakat Tempatan”, dalamModul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah P2, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),109.
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 348.
[3]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 187.
[4] “Reaksi Masarakat Tempatan”, dalamModul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah P2,112.

Unit 3. Peluasan kuasa Barat

HP- Membincangkan faktor-faktor peluasan kuasa Barat Zaman Khalifah Uthmaniyah abad ke-18 hingga 20M.
Faktor peluasan kuasa Barat
Politik
a. Dasar Imperialisme - meluaskan empayar – kuasa hegemoni
b. Persaingan kuasa-kuasa Barat seperti British, Perancis,Rusia dan lain-lain - pakatan Eropah
c. Dasar campur tangan ekoran pergolakan politik dalam wilayah Uthmaniyah - sebelumnya Dasar persahabatan (Dasar Tidak Campur Tangan / Berkecuali) dan Dasar Perlindungan terhadap kepentingan perdagangan Barat.
d. Permasalahan Timur (The Eastern Question)
e. Polisi luar terpenting - dasar pecah dan perintah. Bangsa Islam Turki, Arab, Armenia, Kurd dan bangsa-bangsa Islam lain mula membina jenama kebangsaan mereka sendiri.
f. Dasar pembaharuan (Tanzimat) - gerakan reformasi ala Barat
Ekonomi
a. Revolusi industri di Eropah
b. Kepentingan Terusan Suez
c. Krisis kewangan dan ekonomi Mesir yang berpunca daripada usaha pembangunan Terusan Suez, Empangan Aswan dan industri gula yang giat dijalankan.
d. Monopoli bahan mentah dan pasaran
e. Konflik hutang kerajaan Uthmaniyyah.[1]
Agama
a. Sentimen agama - kesan Perang Salib
b. Gerakan kristianisasi - peranan pihak gereja di sebalik misi penjajahan kuasa Barat
c. Isu layanan kerajaan Uthmaniyyah terhadap penduduk beragama Kristian
o Faktor-faktor lain :
a. Perkembangan bidang sains dan teknologi, perhubungan dan pengangkutan.[2]


[1] “Peluasan Kuasa Barat”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah P2, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),106.
[2] Ibid,107.

Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perluasan kuasa Barat semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyah di Turki pada abad ke-20.

Sejak abad ke-16, negara-negara Eropah giat melaksanakan perluasan kuasa mereka. Penjelajahan dan penerokaan kuasa Eropah seperti Portugal, Sepanyol, Belanda, Perancis dan Britain mengakibatkan kawasan-kawasan di Benua Afrika, Asia dan Amerika menjadi jajahan takluk negara-negara Barat. Menjelang abad ke-19, orang-orang Eropah mengalihkan perhatian mereka kepada empayar Turki Uthmaniyah. Mereka ingin menguasai wilayah-wilayah Eropah yang ada di bawah penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah.Empayar ini diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 128l. Kerajaan Turki Uthmaniyah yang dipimpin oleh 37 orang khalifah selama lebih 600 tahun mula merosot pada abad ke-20. Kemerosotan empayar ini adalah kerana dasar perluasan kuasa negara-negara Barat yang didorong oleh beberapa faktor.

      Antara faktor perluasan kuasa Barat ialah persaingan antara negara-negara Eropah. Negara-negara seperti Britain, Perancis, Jerman, Austria-Hungary dan Rusia berlumba-lumba untuk merebut wilayah-wilayah empayar Turki Uthmaniyah.Keluasan tanah jajahan membangunkan kekuatan negara-negara Barat. Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diberikan. Perancis telah menceroboh dan menakluki Algeria dan Tunisia. Pemimpin Kerajaan Turki Uthmaniyah tidak dapat mempertahankan kawasan ini kerana masalah dalaman. Rusia juga berperang dengan Kerajaan Turki Uthmaniyah untuk mendapatkan wilayah-wilayah di kawasan Balkan. Britain pula menguasai Mesir dan Teluk Arab. Britain juga mengadakan perjanjian dengan penguasa wilayah Kuwait dan Amerika untuk menentang pemimpin Keraj aan Turki Uthmaniyah.

      Revolusi Perindustrian telah mendorong perluasan kuasa Barat di Turki Uthmaniyah. Sektor perindustrian berkembang pesat pada abad ke-18. Penciptaan enjin berkuasa wap, perlombongan arang batu dan kemajuan dalam sistem pengangkutan merancakkan lagi Revolusi Perindustrian. Kekayaan sumber dari tanah jajahan memenuhi keperluan kilang-kilang. Perdagangan antarabangsa juga berkembang pesat akibat sistem kewangan yang dinamik. Pinjaman kredit kepada golongan usahawan dan pemodal mendorong perluasan kuasa. Pemodal-pemodal Eropah banyak melabur di Afrika Utara dengan terlibat dalam sektor pertanian, perlombongan dan penyediaan jalan raya dan jalan kereta api. Perluasan kuasa Barat di wilayah-wilayah boleh membawa keuntungan yang besar untuk penjajah Barat.

      Selain itu, pembinaan Terusan Suez juga mendorong perluasan kuasa Barat. Kuasa-kuasa Barat telah menguasai terusan ini kerana terusan ini merupakan jalan perdagangan laut yang paling penting pada masa itu. Tidak dapat dinafikan bahawa perdagangan antarabangsa berkembang pesat kerana laluan. perdagangan dipendekkan dan dapat menjimatkan kos. British berjaya menguasai terusan ini dengan membeli 45 peratus jumlah saham syarikat awam yang membina terusan ini. British membeli saham ini daripada Khedif Ismail, iaitu Gabenor Mesir yang hampir muflis. Dengan memiliki Terusan Suez, British dapat meluaskan kuasanya di Mesir.

      Keperluan terhadap sumber bahan mentah, iaitu petroleum juga menyebabkan perluasan kuasa.Kawasan Turki Uthmaniyah kaya dengan petroleum. Sumber ekonomi ini mendorong kuasa-kuasa Barat menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan konsesi melombong petroleum. Britain, Perancis dan Jerman menggunakan muslihat dan tipu helah untuk mencapai impian mereka. Sultan Abdul Hamid II kehilangan takhta baginda kerana isu cari gali minyak petroleum. Pada awal abad ke-20, petroleum ditemui di Iran, Iraq, Arab Saudi,Kuwait dan Bahrain. Penemuan ini menimbulkan persaingan dan konflik attara kuasa-kuasa Barat. Jerman danAmerika Syarikat juga mula melibatkan diri dalam perluasan kuasa di Turki Uthmaniyah.

      Kuasa Barat mengagumi para tokoh yang menerima baik konsep hidup moden dan menganggap Kerajaan Turki Uthmaniyah yang menolak konsep modenisme sebagai manusia yang kolot dan mundur. Kuasa-kuasa Barat ini menguatkan lagi konsep modenisme melalui sistem pendidikan dan komunikasi. Negara-negara Barat ini juga memburukkan Islam sebagai agama yang ketinggalan zaman . Mereka juga ingin meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyah yang dipimpin oleh orang Islam kerana menolak konsep modenisme.


      Kesimpulannya, Empayar Turki Uthmaniyah runtuh selepas Perang Dunia Pertama. Empayar ini berpecah-belah kerana negara-negara Eropah yang meraih kemenangan membahagi-bahagikan empayar ini. Sistem pemerintah khalifah dihapuskan dan Kerajaan Turki menjadi sebuah republik.

Sabtu, 30 Mac 2019

Skuad Olimpik 1980: Generasi emas bola sepak Malaysia


 SKUAD Olimpik 1980 negara yang mencatat sejarah layak ke sukan berprestij itu. MINGGUAN/AZMAN ASMAYA
SKUAD Olimpik 1980 negara yang mencatat sejarah layak ke sukan berprestij itu. MINGGUAN/AZMAN ASMAYATIM
KU SYAFIQ KU FOZI

31 Mac 2019 3:00 AM

Olimpik Moscow. Itu kali kedua pasukan bola sepak Malaysia layak ke Sukan Olimpik. Kali pertama, pasukan negara beraksi penuh megah di Munich, Jerman (ketika itu Jerman Barat) pada 1972 walaupun terkandas di peringkat kumpulan.

Misi layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 penuh emosi dan sentimen. Empat tahun sebelum itu, misi layak ke Sukan Olimpik Montreal gagal apabila Malaysia tewas kepada Indonesia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Malaysia hanya perlu seri dengan Indonesia untuk me­nempah tempat ke perlawanan akhir menentang Korea Utara namun sorakan gamat 100,000 penyokong Indonesia di Stadium Gelora Senayan terlalu gagah untuk ditumbangkan. Malaysia tewas 2-1 dan Indonesia layak ke perlawanan akhir sebelum tewas dengan Korea Utara.


Malaysia membariskan pasukan terkuatnya untuk menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Moscow 1980 walaupun tiada kelibat bintang utama negara, Mokhtar Dahari. Mokhtar ketika itu bersara sementara daripada pasukan kebangsaan.

Berbeza dengan hari ini, pa­sukan Malaysia ketika itu dibarisi pemain daripada pelbagai kaum. Diketuai Soh Chin Aun, maruah Malaysia ketika itu turut digalas beberapa bintang seperti Santokh Singh, R. Arumugam, James Wong, Hassan Sani dan Bakri Ibni .

Mingguan Malaysia 6 April 1980 memaparkan gambar ke­semua 11 pemain utama Malaysia dan Korea Selatan. Akhbar itu turut mendapatkan ramalan pengurus dan jurulatih negara-negara yang bertanding dan kebanyakannya menilik Malaysia akan menang berdasarkan prestasi pasukan yang cemerlang di peringkat kumpulan.

Ramalan-ramalan itu benar belaka. Malaysia menundukkan Korea Selatan dengan jaringan 2-1. Seluruh Malaysia berpesta meraikan kejayaan itu.

Pasti ramai yang pernah menonton rakaman jaringan akhir James ketika perlawanan akhir kelayakan menentang Korea Selatan. Ulasan bertenaga Zulkarnain Hassan yang ikonik mengiringi kepantasan larian Hassan yang menewaskan dua pertahanan Korea Selatan sebelum bola dilorongkan ke kaki James.

“Dapat kepada Hassan....masih lagi Hassan....cucuk Hassan!” ulas Zulkarnain dengan penuh teruja.

Dalam detik yang getir dan mendebarkan itu, bukan mudah untuk menjadi James. Gemuruh boleh memerangkapnya bila-bila masa kerana ketika itu kedudukan terikat 1-1.

Di hadapan James ada dua pemain Korea Selatan, seorang pertahanan dan seorang penjaga gol. Ketenangannya mendebarkan penonton, namun James tahu apa yang dia sedang lakukan.

Dia tidak terus menyepak ke arah gol sebaliknya membuat gelecekan yang mengelirukan kedua-dua pertahanan dan penjaga gol Korea Selatan. Gawang sebelah kirinya terbuka luas dan dengan tenang, James melorong bola memasuki gawang.

Seluruh Stadium Merdeka bergema dengan sorakan. Zulkarnain menjerit di bilik pengulas.

“Gol!... Gol....” Zulkarnain terdiam. Detik membanggakan itu dinikmati sepenuhnya. Di tengah padang, pemain Malaysia berpelukan. Sinar obor Olimpik mula kelihatan dalam minda. Alhamdulillah, sejarah 1972 berulang.

Namun, langit tidak selalu­nya cerah. Obor juga boleh terpa­dam. Harapan pasukan Malaysia dirobek keputusan kerajaan untuk memboikot Sukan Olimpik Moscow kerana membantah pencerobohan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan. Walaupun sudah layak, Malaysia gagal beraksi di Sukan Olimpik.

Tempat Malaysia diambil alih pasukan Iraq. Pingat emas temasya itu dirangkul pasukan Czechoslovakia manakala Jerman Timur meraih perak dan pasukan tuan rumah, Kesatuan Soviet berpuas hati dengan gangsa.

Untuk mengubati duka, kerajaan menyediakan program gantian untuk skuad Malaysia. Mereka diterbangkan ke Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah untuk mengikuti latihan serta perlawanan persahabatan.

Skuad kelayakan Sukan Olim­pik 1980 boleh dianggap sebagai generasi emas bola sepak negara. Tanpa umpan gaji mewah, mereka tetap menumpahkan seluruh usaha dan semangat untuk menjulang nama negara. Perbezaan bangsa dan agama juga tidak menjadi halangan.

Pujian perlu diberikan kepada arkitek kejayaan negara pada masa itu, mendiang Karl Heinz Weigang. Dikenali sebagai seorang yang teliti dan tegas, strategi latihan jurulatih dari Jerman itu menghasilkan keputusan yang menakjubkan.

Kisah manis itu diabadikan dalam filem Ola Bola (2016). Walaupun tidak sepenuhnya tepat, kisah kejayaan pasukan negara layak ke Sukan Olimpik seperti yang ditampilkan dalam filem itu berjaya menghidupkan kembali memori dan memberi inspirasi kepada ramai lagi anak muda untuk mengulangi kejayaan silam.
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/80-tahun-utusan/sejarah-utusan/skuad-olimpik-1980-generasi-emas-bola-sepak-malaysia-1.873182#ixzz5jhsYyauH
© Utusan Melayu (M) Bhd

Ahad, 17 Mac 2019

Sebab-sebab Perang Dunia Kedua 1941-1945


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
1.Sebab-sebab Perang Dunia Kedua di Eropah
a.Petembungan ideologi
Selepas Perang Dunia Pertama ideologi-ideologi baharu seperti Fasisme dan Nazisme mula bertapak di Eropah. Ideologi-ideologi baharu ini merupakan cabaran kepada negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Perkembangan ideologi Fasisme di Itali dan ideologi Nazisme di Jerman merupakan salah satu faktor yang menyebabkan tecetus Perang Dunia Kedua.


Benito Mussolini telah menubuhkan Parti Fasis di Itali pada tahun 1919. Golongan Fasis percaya kepada nasionalisme yang melampau temasuk menjalankan peperangan bagi mengharumkan nama negara. Pada 28 Oktober 1922 Benito Mussolini telah mengambil alih kuasa dan membentuk kerajaan Fasis di Itali. Beliau menjalankan sistem pemerintahan diktator. Beliau menjalankan dasa perluasan kuasa bagi menjadikan Itali kuasa besar di Eropah. Pada tahun 1936, Mussolini menawan Habsyah. Sejak 1936 beliau menjalin hubungan rapat dengan Hitler. Apabila Perang Dunia Kedua meletus beliau menyertai Pakatan Paksi yang terdii daripada Jerman, Jepun dan Itali.

Pada tahun 1933 Hitler dilantik sebagai Canselor Jerman setelah Pati Sosialis akyat pimpinan Hitler menang dalam Pilihanraya Umum November 1932. Hitler berhasat untuk mewujudkan satu bangsa, satu parti dan satu pemimpin. Pada tahun 1935Hitle melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles dengan membesakan angkatan tentera Jeman. Pada tahun 1936 Jerman menduduki Rhineland dan 1939 Jerman menguasai Czechoslovakia. Tindakan Hitler menyerang Poland 1939 telah mencetuskan Perang Dunia Kedua. Kemunculan fahaman-fahaman baru ini melahirkan sentimen kebangsaan dalam kalangan negara-negara di Eropah.

Sabtu, 16 Mac 2019

SENI BINA ISLAM DI INDIA ABAD KE-16-17

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada abad ke-19 India diperintah oleh kerajaan Islam Mughal yang mengambil alih kerajaan Kesultanan Delhi. Kerajaan Mughal memerintah India dari tahun 1526 sehingga tahun 1857 apabila British membuang negeri pemerintah terakhir Bahadur Shah II. Tokoh terhebat kerajaan Mughal, Syah Jehan  1627-1658 telah menyumbang kemajuan dalam bidang seni bina di India. Pada zaman Syah Jehan, pelbagai bangunan telah didirikan yang menggambarkan kemajuan bidang seni bina pada era tersebut. Antaranya Istana Taj Mahal, Masjid Moti, Istana Fathpur, kompleks-kompleks kerajaan, kubu di Agra dan taman-taman bunga di Delhi, Lahore dan Kashmir.[1]
Ciri-ciri  seni bina di India
Seni bina India abad ke 16 hingga  l7M.
Abad ke-16 menyaksikan India diperintah oleh kerajaan Islam Mughal.Syah Jehan (1627-1658) telah menyumbang kemajuan dalam bidang seni bina di India.[2] Monumen  seni bina terkenal  di India  seperti Taj Mahal  di Agra, Kota Merah di Delhi, Masjid Jama di Delhi dan Makam Humayun di Delhi.ciri-ciri paling menonjol dalam  seni bina Islam di India ialah binaannya  banyak yang berkonsepkan masjid.[3]
 Ciri-ciri  seni bina India :
a. Bahan binaan - batu dan kayu sebagai  sumber asas.
b. Senibina tempatan - dipengaruhi oleh budaya dan persekitaran, agama dan cuaca.
c. Pengaruh parsi,
Turki dan Arab dalam  seni bina tempatan.
d.Motif corak hiasan
- ukiran dan karigra fi ayat-ayat  arQuran di istana dan masjid. Juga dihiasi dengan ukiran
geometri dan ukiran berasaskan  alam seperti bunga dantumbuhan.
e.Binaan  kubah
- kebanyakan  binaan masjid atau istana di India memakai  kubah berbentuk  bawang.
f.  Unsur  air dalam  seni bina India pengaruh tamadun Islam.
g. Pembinaan menara dalm seni bina India
h. Seni bina masjid khasnya Masjid Jama Delhi
- dua menara, tiga pintu gerbang, tiga kubah, ruang solat terbuka, lantai mannar dan batu merah, kolam takungan air dan dihiasi  kaligrafi  al-Quran khasnya pada mimbar di mihrab.
i.  Senibina  Taj Mahal
Taj Mahal yang
- merangkumi bahagian makam,dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain.
j.  Seni bina Kota Merah / Kubu Merah
- Dewan Umum
(Ruang Diwan - i- Aam),  D ew an Khu sus (D ew an - i -Khas),
Ruang peribadi maharaja (Nahr-i-Behrsft),  Ruangan Maharani (Zenana),  Masjid Moti, Hayat Bakhsh Bag,tempat bersiram diraja (Hammams),  Menara  Melati (Muthammam Bur), tempat  tinggal gundik-gundik dan isteri-isteri maharaja (Rang Malah), tempat tinggal peribadi maharaja  (Khas Mahal), Naqqar Khana dan ruang  kerja maharaja  (Shahi Burj).
k. Seni bina Makam Humayum
- mengandungi kubah, mihrab, ukiran  ayat-ayat al-Quran dan kedudukan makam  mengarah  ke kiblat. Terdapt juga beberapa monumen lain sepertiNai-ka-Gumbad,  makam dan Masjid Isa Khan, makam  dankebun Bu Halima, makam dan Masjid Afsarwala danArab sarai.[4]




[1]Mahayudin Hj Yahya et, al, Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, ,(Shah Alam:Oxford Fajar.2015)151
[2] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kedua,(Shah Alam:Oxford Fajar.2016)  ,172.
[3] “Seni Bina”,  , dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 2, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),73.
[4]“Seni Bina”, dalamModul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,102