Selasa, 29 November 2016

Dua beradik berjalan kaki di Kutub Utara

ARKIB : 27/03/1999
JUSTIN Read (kanan) menunjukkan tempat bermulanya ekspedisi berjalan kaki ke Darjah Terakhir di Kutub Utara sambil diperhatikan oleh abangnya, Gerald di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 26 Mac - Dua adik-beradik akan menempuh cuaca dan keadaan topografi yang sukar bagi merealisasikan impian mereka berjalan kaki sejauh 111 kilometer di Kutub Utara, bulan depan.

Gerald Malcolm, 25 dan Justin Maurice Read, 19, yang merupakan rakyat tempatan pertama berusaha mencatatkan rekod tersebut, dijadualkan akan berjalan sejauh 111 kilometer dalam keadaan suhu antara negatif 10 sehingga 30 darjah manakala ketebalan salji pula dari 0 hingga enam meter.

Usaha mereka yang dikenali sebagai ''Percubaan Darjah Terakhir - Kutub Utara'' itu ditaja oleh Impian Keemasan Benson & Hedges.

Pengurus Jenama Benson & Hedges, Bernice Choo berkata, usaha mereka akan dirakamkan untuk dikongsi bersama oleh para penonton siri program tersebut apabila musim ketujuh siri itu ke udara menerusi televisyen tempatan pada Julai ini.

''Sungguhpun musim ketujuh siri Impian Keemasan Benson & Hedges akan menampilkan impian-impian yang menarik dan pelbagai, impian Justin dan Gerald adalah yang paling menonjol kerana usaha mereka adalah pertama bagi warga Malaysia dan turut mencerminkan semangat ''Malaysia Boleh,'' katanya pada sidang akhbar hari ini.

Kedua-dua adik-beradik itu turut hadir pada sidang akhbar tersebut.

Bernice juga berkata, percubaan oleh Justin yang memperoleh keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Isnin lalu manakala Gerald, penuntut bidang perakaunan di kolej swasta, akan memulakan percubaan mereka pada 14 April.

Kata Bernice lagi, Justin dan Gerald akan berlepas dari Malaysia untuk memulakan ekspedisi pada 4 April ini.

Mereka akan mengambil masa selama dua minggu termasuklah latihan pra permulaan selama lima hari di pengkalan kutub ekspedisi di Resolute Bay, Kanada.

Sebelum ini, adik-beradik tersebut telah menjalani kursus persediaan kutub selama empat hari di England.

Mereka akan mengharungi cabaran berjalan kaki bersama-sama dengan dua krew Benson & Hedges yang berpengalaman, bermula pada 12 April ini pada kedudukan 86 darjah utara yang mengambil masa 40 hari untuk sampai ke destinasi bagi mengibarkan bendera Malaysia dan Benson & Hedges.

Pada 5 April, mereka akan menuju ke Base Eureka dari Edmonton, Kanada pada kedudukan 80 darjah utara dengan menggunakan sebuah pesawat kecil, Twin Otter.

Jika keadaan cuaca mengizinkan, mereka akan meneruskan perjalanan menuju ke Fuel Cache yang merupakan lokasi permulaan percubaan tersebut pada 12 April.

''Walaupun menyedari risiko tinggi yang bakal kami hadapi, kami akan memastikan nama Malaysia megah di mata dunia,'' kata Gerald ketika ditemui pada sidang akhbar tersebut.

Tambah Gerald, dia mendapat idea tersebut semasa menonton satu rancangan ekspedisi yang disiarkan di televisyen.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0327&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_02.htm#ixzz4ROImZZgh © Utusan Melayu (M) Bhd

Isnin, 28 November 2016

Huraikan kesan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Uthmaniah dengan kuasa-kuasa lain antara abad ke-17 hingga 19. [20m]

Selepas pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih,kerajaan Uthmaniyah mula mengalami zaman kemerosotan.Keadaan semakin ketara antara abad ke-17 hingga 19. Kerajaan Uthmaniyah mula menghadapi tekanan kuasa-kuasa Barat termasuk menandatangani beberapa perjanjian bagi menamatkan konflik yang timbul.
      Pada tahun 1672, Sultan Muhammad IV (1648-1687) telah menerajui ekspedisi menentang poland yang berakhir dengan perjanjian damai (1796).Dalam perjanjian ini, Poland bersetuju menyerahkan Ukraine kepada kerajaan Uthmaniyah. Namun,perj'anjian damai ini telah membawa kepada konflik dengan Rusia. Kerajaan Uthmaniyah terpaksa campur tangan ke atas wilayah Ukraine yang membawa kepada peperangan dengan Rusia. Setelah kedua-duanya mengalami kerugian teruk, akhimya mereka berdamai pada tahun 1681.
      Sultan Muhammad IV telah menandatangani perjanjian dengan Rusia (1681) setelah kalah teruk dalam peperangan. Melalui perjanjian ini, kerajaan Uthmaniyah terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Rusia dan membuka perniagaan Cossack di Laut Hitam. Ini bermakna, orang Turki, telah kehilangan kuasa mereka di Laut Hitam.

      Sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad III (1703), kerajaan Uthmaniyah terdedah kepada serangan tentera Kristian di bawah pimpinan Tsar Peter yang sebelum ini berperang dengan tentera Uthmaniyah pada zaman Sultan Mustafa II. peperangan ini berakhir dengan Perjanjian Karlowitz (1710). Kesan daripada perjanjian ini, sebahagian besar dari wilayah Uthmaniyah di Hungary dan kawasan Laut Hitam termasuk Azov diserahkan semula kepada Habsburg dan Poland. .

      Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh Venice dan Austria tetah berjaya mengalahkan tentera Uthmaniyah pada tahun 1716 dalam Perang Petewarden. Melalui Perjanjian passarowit, kerajaan Uthmaniyah telah kehilangan Timsuar, Belgrade, sebahagian besar Serbia dan Romania. Manakala Venice menduduki kawasan pantai Dalmatia.

      Walau bagaimanapun, dalam satu lagi siri peperangan yang berlaku, kerajaan Uthmaniyah memperoleh semula wilayah Serbia Utara dan Belgrade setelah termeterainya perj anjian Belgrade pada tahun 1739.

      Pada tahun 1770, sewaktu kerajaan Uthmaniyah berada di bawah pemerintahan Sultan Mustaffa III, tercetus Perang Chesme di pantaiAsia Kecil dengan Rusia. Peperangan yang ditamatkan dengan suatu perjanjian pada tahun 1774 mertyaksikan kerajaan Uthmaniyah kehilangan wilayah-wilayah seperti Kinbum, Venikala dan Kertoh di Crimea. Keadaan kerajaan Uthmaniyah semakin parah apabila wujud jalinan kerjasama antara Rusia dan Austria yang berusaha mewujudkan semula kerajaan Greek-Byzantine. Ini terbukti apabita perikatan ini berjaya merampas Moldovia dan Wallachia. Sewaktu pemerintahan Sultan Salim III pula,termeterai Perjanjian Jassy antara kerajaan Uthmaniyah dengan Rusia. Moldovia dan Wallachia diserahkan semula kepada kerajaan Uthmaniyah dan Sungai Dnister diisytiharkan sebagai kawasan sempadan.

      Pada tahun I 876, menyaksikan kerajaan Uthmaniyah diperintah oleh Sultan 'Abd al-Hamid II. Setahun selepas itu, Rusia telah mengisytiharkan perang ke atas kerajaan Uthmaniyah. Konflik ini diselesaikan melalui Perjanjian San Stefeno pada tahun l878 . Perjanjian ini menguntungkan Rusia sedangkan kerajaan Uthmaniyah semakin mengecil ekoran pembebasan wilayah kekuasaannya yang kini berpindah milik kepada Rusia. Justeru, kehilangan kuasa dan kerugian besar dialami oleh kerajaan Uthmaniyah.

Kesimpulannya kegagalan kerajaan Uthmaniyah menyerap tekanan kuasa-kuasa Barat telah membawa kepada kebangkitan golongan Turki Muda yang menuntut agar kuasa sultan dihadkan dan mengamalkan prinsip demokrasi. . Keengganan Sultan Abdul al-Hamid II melayan permintaan perjuangan gerakan Turki Muda yang mendapat sokongan golongan tentera telah menyebabkan baginda digulingkan

Huraikan perlaksanaan sistem naungan pada zaman Khulafah al-Rasyidin dan kerajaan Umayyah pada abad ke-7 hingga 19 [20m]

Kewujudan sesebuah negara yang dinaungi oleh kerajaan Islam berkait rapat dengan jizyah.Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas golongan kafir dhimmi.Tujuan pelaksanaan cukai ini adalah sebagai balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa orangorang bukan Islam.Sumber jizyah ini sebenamya telah pun dipraktikkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, namun pelaksanaannya lebih formal pada zaman Khulafa' al-Rasyidin.

      Pelaksanaan cukai jizyah ini sememangnya amat ketara pada zaman Khulafa' al-Rasyidin berikutan banyak ekspedisi dakwah dan ketenteraan dijalankan sama ada dalam mahupun luar Semenanjung Tanah Arab.Melalui ekspedisi yang dijalankan ini, golongan kafir yang enggan menerima agama Islamdiwajibkan membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah naungan kerajaan Islam.

      Zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, kejayaan mengalahkan beberapa buah kawasan yang diperintah oleh Parsi di Iraq telah menyebabkan penduduk seperti di Hirah, Anbar dan Ain al-Tamar sanggup membayar jizyah sebagai simbol.berada di bawah naungan kerajaan Islam Madinah.

    Zaman Khalifah Umar bin al-Khattab pula menyaksikan semakin banyak negara menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam.Mesir contohnya, sanggup berada di bawah naungan kerajaan Islam setelah Amru bin al-As menghapuskan penjajahan Byzantine di sana. Penduduk Baitulmuqaddis melalui pemimpinnya telah menandatangani perjanjian damai dengan Khalifah Umar bin al-Khattab dengan menyatakan kesanggupan membayar jizyah dengan syarat kerajaan Islam memberi jaminan keselamatan jiwa,nyawa, harta benda, jaminan kebebasan beragama serta amalan ibadat bagi semua penduduk di Baitulmuqaddis di samping bersedia menyerahkan segala masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh penduduk BaitulmuQaddis kepada pemerintahan Islam.

   Selain itu, Syam, Palestin dan Jordan turut sama menyatakan kesanggupan membayar jizyah berikutan kejayaan tentera Islam di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid dan Abu Ubaidah al-Jarrah mengalahkan Byzantine dalam beberapa siri peperangan.

      Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan pula, beberapa buah kawasan di utara Afrika menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam serta sanggup membayar jizyah. Umpamanya, penduduk di kawasan Qairawan, Tripoli dan Nubah.

    Pada zaman kerajaan Umayyah terutama sewaktu pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, kejayaan ekspedisi ketenteraan merentasi benua Asia, Afrika dan Eropah telah menyebabkan beberapa buah kawasan menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam.

      Kempen ketenteraan di India di bawah pimpinan Muhammad al-Qasim, bukan sahaja telah berjaya mengalahkan Raja Dhaha, iaitu pemerintah Sind, malah kemaraan tentera Islam ke Multan telah menyebabkan penduduknya menyerah diri dan bersetuju membayar jizyah dengan kadar  tertentu.

      Begitu juga dengan kejayaan ekspedisi ketenteraan di Asia Tengah, Marw, Karminiyah dan Bukhara. Penduduknya yang enggan menganut agama Islam sanggup membayar jizyah sebagai balasan atau jaminan keselamatan daripada kerajaan Umayyah melalui Gabenomya, Qutaibah bin Muslim dan saudaranya, Bahar bin Muslim.
      Di Afrika Utara pula, kejayaan panglima Musa bin Nusair mengalahkan bangsa Barbar dan Zeutes membolehkan beliau menguasai Tangier dan Ceuta sekaligus membolehkan kerajaan Islam memungut cukai jizyah dan menjadi batu loncatan kemaraan tentera Islam ke Andalus.

      Kesimpulannya naungan yang diperoleh daripada kerajaan Islam amnya akan membawa kepada pengiktirafan negara-negara lain termasuk Parsi dan Byzantine meskipun kerajaan ini mempunyai sikap anti-Islam.Melalui hubungan yang dijalankan ini, legasi atau keunggulan kerajaan Islam telah terserlah melangkaui sempadan geografi

FOKUS STPM P2U 2016 ZAKAT ZAMAN KHULAFAH AL-RASYIDIN

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
a.Definisi zakat
Dari segi bahasa bermaksud penyucian atau penyuburan. Penyucian dikaitkan dengan menghapuskan sifat-sifat kedekut atau bakhil dalam diri seseorang individu.Penyuburan pula dikaitkan dengan penambahan pahala serta keberkatan dalam harta yang dimiliki.Dari segi syarak pula, zakat dikaitkan dengan pemberian atau pengeluaran yang diwajibkan ke atas umat Islam termasuk dalam rukun Islam.[1]
Kefarduan zakatelah disyariatkan pada tahun kedua setelah Nabi Muhammad saw berhijrah ke Kota Madinah. Zakat ialah satu daripada rukun Islam kelima. Keengganan membayar zakat boleh membawa kepada hukuman bunuh atau mereka juga dipaksa membaa zakat oleh pemerintah.[2]
b.Syarat wajib zakat
      Zakat wajib dikeluarkan bagi mereka yang mampu dan memenuhi syarat-syarat tertentu dan fardu ain ke atas orang yang cukup syaratnya. Namun kedudukan mereka yang tidak mengeluarkan zakat dikategori kafir sekiranya ingkar dengan kefarduan zakat dan fasiq sekiranya enggan mengeluar zakat kerana sifat bakhil dan kedekut. Zakat wajib dikeluarkan sekirana seseorang itu Islam, cukup nisab iaitu kadar tertentu ang diwajibkan zakat dan genap haul iaitu setahun mengikut bulan hijrah.[3]

c.Jenis zakat
Zakat terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah yang diwajibkan ke atas semua individu Muslim bermula daripada bulan Ramadhan hingga sebelum solat sunat Aidilfitri.Manakala zakat harta hanya diwajibkan ke atas individu yang mampu apabila harta yang dimiliki cukup kadar (nisab) serta haulnya (genap setahun dimiliki).
      Zakat harta terbahagi kepada zakat pertanian, zakat binatang temakan, zakat pemiagaan, zakat emas dan perak dan harta rikaz (harta karun).Harta yang dikeluarkan sebagai zakat akan diagihkan kepada lapan golongan asnaf.[4]

d.Kadar zakat
Kadar zakat fitrah ialah sebanyak segantang  kira-kira 2.7 kilogram yang dikeluarkan daripada jenis bahan-bahan makanan yang mengenyangkan dan makanan asasi penduduk sesebuah negara seperti beras, gandum, barli dan seumpamanya. Imam Abu Hanifah dan Mazhab Hanafi mengharuskan zakat fitrah dikeluarkan melalui mata wang dengan mengikut kadar atau nilai harga bahan makanan asasi tersebut. Manakala kadar zakat harta pula dikeluakan dengan kadar yang di tetapkan oleh syarak. Contoh kadar nisab pertanian ialah lima ausuq.Kadar ausuq ialah kira-kira 900 liter secara timbangan. Manakala kadar zakat tanaman ialah 1/10 jika menggunakan air hujan atau air sungai dan 1/20 jika diusahakan sendiri menggunakan ala penyiram.[5]
e.Asnaf zakat
(a) golongan fakir
(b) golongan miskin
(c) musafir
(d) mualaf
(e) hamba yang membebaskan diri
(f1 orang yang berhutang
(g) orang yang bejihad
(h) amil

f.Pelaksanaan zakat zaman Khulafah al-Rasyidin
Pelaksanaan zakat pada zaman ini diteruskan sebagaimana pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Sumber zakat diagihkan kepada lapan golongan asnaf. Pada zaman pemerintahan 
Zaman Abu Bakar
Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, timbul kontroversi berhubung dengan pelaksanaan zakat disebabkan wujudnya golongan al-Riddah yarag enggan membayar zakat. Golongan yang enggan membayar zakat ini ialah penduduk Yaman, Yamamah dan Oman. Mereka menganggap zakat sebagai cukai yang dipaksa. Sementara itu ada yang enggan membayar zakat kerana tersalah tafsir terhadap ayat-ayat al-Quran yang mewajibkan zakat. Mereka menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW sahaja yang berhak mengutip zakat, jadi apabila baginda wafat, maka dengan sendiri zakat tidak wajib dibayar. Antara yang termasuk dalam golongan ini ialah Malik bin Nuwairah iaitu ketua Bani Hanzlah yang memberi bantuan kepada Sajah. 

Khalifah Abu bakar al-Siddiq bersikap tegas ke atas orang yang cuba memisahkan antara kewajipan sembahyang dengan kewajipan zakat kerana sembahyang merupakan tiang agama, manakala zakat pula jambatannya. Walaupun Umar al-Khattab cuba menasihatinya supaya berbincang terlebih dahulu, tetapi Khalifah Abu Bakar  tetap dengan pendiriannya yang tegas berdasarkan dalil al-Quran dan hadis. Khalifah Abu Bakar bertindak  tegas menggempur golongan tersebut. Golongan ini telah ditangani melalui pembentukan 11  buah pasukan tentera. Misi ini telah bejaya termasuklah membunuh golongan yang mengaku merjadi nabi.

Zaman Umar
Zaman Khalifah Umar, pelaksanaan zakat diteruskan.Pada zaman. pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pula, sumber zakat meningkat disebabkan kesan kejayaan kempen dakwah dan ketenteraan yang dijalankan. Contohnya selepas menyerang Parsi dan syiar Islam berkembang di Parsi kerana mendapat layanan yang baik daripada pemerintahan Khalifah Umar.  Rakyat Parsi dibenarkan menjalankan upacara keagamaan dan ibadat mengikut agama mereka dan membayar jizyah. Mereka diberi jaminan keselamatan harta benda. Kesannya mereka memeluk agama Islam dan dikenakan bayaran zakat.Hasil zakat telah dihantar ke seluruh tanah jajahan yang dikuasai Islam dan sumber zakat  telah dapat diagihkan kepada lapan  golongan asnaf yang layak menerimanya. 

Zaman Uthman
Zakat dilaksanakan dengan  jayanya zaman Khalifah Uthman. Khalifah Uthman memperkenalkan zakat ternakan kepada pemilik kuda. Pengenalan zakat kuda ini tidak pernah dilakukan sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Namun Khalifah Uthman menjelaskan perkembangan ekonomi yang dinikmati oleh masyarakat Islam sehingga berjaya memiliki kuda wajar dikenakan zakat sejajar dengan zakat yang dikenakan ke atas binatang unta. Segala sumber zakat dimasukkan  ke dalam Baitulmal sebagaimana zaman Khalifah Umar.

      Masalah timbul apabila Khalifah Uthman dituduh menyalahgunakan pengagihan wang zakat ketika dana perbendaharaan merosot. Tindakan ini tidak dipersetujui oleh sebilangan pihak dan menganggap Khalifah Uthman sebagai bidaah. Namun, Khalifah Uthman menjelaskan bahawa wang tersebut diambil sebagai wang pendahuluan yang akan dikembalikan.
Zaman Ali
Pada zaman Ali, walaupun menghadapi konflik dalaman, namun pelaksanaan zakat tetap dijalankan seperti biasa.[6]

[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kemaskini,(Shah Alam:Oxford Fajar.2015)  ,103
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,208.
[3] Ibid,209.
[4]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kemaskini,113.
[5] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,210.
[6] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kemaskini,114.

FOKUS STPM P2U 2016-Sistem ekonomi zaman Kesultanan Melaka (abad ke-15).

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
1.Ekonomi saradiri dan  ekonomi perdagangan
      Ekonomi sara diri melibatkan kegiatan seperti bercucuk tanam, menanam padi,mengerjakan dusun,memungut hasil hutan, berburu dan menternak binatang. Kegiatan pertanian di Melaka dilihat menerusi aktiviti penanaman padi. Fasal 20 Undang-Undang Melaka ada menyatakan  wujudnya tanah perhumaan, bendang sawah dan ladang.

2.Pertanian-becucuk tanam ,penanaman padi
      Kegiatan penanaman padi dikatakan wujud di Melaka bermula dengan kemunculan kerajaan Melaka.Oleh sebab pengeluaan beras di Melaka tidak mencukupi bagi menampung penduduknya Melaka telah mengimpot beras dari Siam, Palembang dan Jawa.[1]
3.Berdusun-pisang, pinang
Orang Melaka juga berdusun. Tanaman yang diusahakan ialah anaman seperti pisang, jagung,ubi kayu dan buah-buahan.
4.Menternak binatang- kerbau,lembu dan kambing.
     Masyarakat Melayu Melaka juga menternak binatang. Binatang yang diternak ialah kerbau, lembu dan kambing.Semasa pemerintahan Sultan Mahmud, Bendahara Seri Maharaja menternak berkandang-kandang kerbau di Kayu Ara.Malahan . fasal 11.4 Hukum Kanun Melaka menanyaakan hukuman ke atas oramg yang mencuri binatang ternakan seperti kerbau, lembu dan kambing.[2]  
5.Memungut hasil hutan- rotan, damar dan getah jelutung
     Aktiviti memungut hasil hutan juga merupakan salah satu aktiviti ekonomi sara diri yang dilakukan oleh masyarakat Melayu Melaka. Kegiatan ini memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu Melaka ketika itu kerana mereka bergantung hidup dengan persekitaran sungai, bukit dan hutan. Antara hasil hutan ang dikutip ialah makanan seperti pucuk-pucuk kayu dan buah-buahan serta keperluan lain seperti ubat-ubatan daripada akar-akar kayu ,damar, rotan dan getah jelutung.

      Apabila masyaakat Melayu Melaka sudah terdedah dengan aktiviti perdagangan hasil damar, rotan dan getah jelutong mendapat permintaan yang tinggi daripada pedagang luar.[3]    
6.Memburu-kegiatan tradisi Raja-raja Melayu.
Kegiatan berburu juga dijalankan oleh masyaakat Melayu Melaka sebagai aktiviti sara diri,malah menjadi aktiviti sampingan untuk menambah pendapatan. Kegiatan memburu juga merupakan aktiviti tradisi raja-raja Melayu Melaka.[4]
7.Menangkap ikan
      Masyarakat Melayu Melaka juga menjalankan kegiatan menangkap ikan. Ikan dijadikan sumber proin utama bagi masyarakat Melayu. Oleh itu, Raja Iskandar Syah dan para pengikutnya menjadi nelayan semasa berada di Muar. Aktiviti perikanan elah dijalankan oleh Orang Laut di Melaka sebelum ketibaan Parameswara. Catatan Ma Huan turut menyokong 
aktiviti  menangkap ikan di Melaka. Beliau menyatakan pada tahun 1433, ramai penduduk Melaka bergantung hidup dengan menangkap ikan. Mereka ke laut menangkap ikan dengan menggunakan sampan ang diperbuat daripada sebatang kayu bulat bertebuk.[5]

[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kedua,188
[2] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 168.
[3]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, 189
[4] Ibid, 188.
[5]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, 168.

FOKUS STPM P2 U 2016-SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Latar belakang Al-Khawarizmi
     Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Selain dipanggil al-Khawaizmi, beliau terkenal juga dengan gelaran Abu Abdullah. Namun di Barat, Al-Khawarizmi dikenali sebagai al-Cowarizmi, al-Ahawizmi al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lain.Beliau dilahirkan pada tahun 780M di daerah Khawarizmi yang sekarang dikenali sebagai Khiwa. Ibu bapa beliau berhijrah ke sebuah kawasan di Selatan Baghdad. Beliau meninggal dunia pada tahun 840 Masihi.[1]

     Kepakaran beliau dalam ilmu matematik diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyah iaitu Khalifah Harun al-Rashid yang melantiknya sebagai pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul Hikmah. Khalifah al-Makmum melantik belaiu sebagai pengarah arkib di perpustakaan istana. Al-Khawarizmi mengemaskini sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku di perpustakaan tersebut di Baitul Hikmah. Beliau turut bertugas mengetuai dan mengawasi kerja penterjemahan buku-buku Matematik daldm bahasa Yunani yang diperoleh daripada kerajaan Byzantine.Al-Khawarizmi seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik,kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.[2]

 Sumbangan al-Khawarizmi :
a. Matematik:
      Memperkenalkan sistem nombor India (kini dikenali angka Arab) yang digunakan sehingga kini iaitu 0 hingga 9.Angka-angka tersebut menggunakan simbol-simbol yang mewakili nilai-nilai tertentu.
      Beliau memperkenalkaan beberapa proses pengiraan termasuk operasi dan pecahan.Tokoh pertama yang memperkenalkan algebra danmatematik. Antara cabang matematik yang diperkenalkan beliau seperti geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain.

      Memperkenalkan penggunaan angka dalam karyanya DeNumero Indorum yang berkaitan dengan aritmetik. Beliau menerangkan tentang angka sifar. Dengan adanya angka sifar, operasi tambah, tolak, darab, bahagi, kuasa, log, kosinus dan lain-lain dapat diselesaikan dengan mudah,malah membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat.Angka sifar yang diperkenalkan olehnya dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan cifre,chiffre danzero. Melalui angka sifar akan terbitkan nombor yang mencapai infiniti.

     Sistem angka juga dapat dikaitkan dengan bidang lain termasuk astronomi yang membolehkan meramal gerhana,menentukan planet-planet atau planet-palent dan lain-lain.

      Dalam konsep algebra (aljabar - ilmu persamaan), alKhawarizmi memperkenalkan kaedah penyelesaian tersusun dan sistematik sehingga digelar Bapa Ilmu Algebra. Karya algebra beliau - Hisab al-Jabal wa al-Muqabalah.Buku beliau yang memperkenalkan kaedah arimetik al-Jabar telah diterjemahkan dalam bahasa Latin dan menjadi rujukan di universiti-universiti Eropah sejak abad ke 12 hingga 16M.

      Beliau orang pertama yang mengajar algebra dalam bentuk mudah dan menyelesaikan banyak permasalahan seperti pewarisan, pembahagian harta pusaka dan perniagaan melalui karyanya.

      Al-Khawarizmi telah membangunkan bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segi tiga yang mengandungi fungsi sin.Beliau menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang membantunya menguasai konsep perbezaan.Karya beliau yang lain - Kitab al-Jam'a bil Hisab al-Hindiberkaitan dengan konsep aritmetik.

Geografi :
      Al-Khawarizmi telah membetulkan pandangan Ptolemy mengenai geografi termasuk dalam melakar peta dunia.Beliau adalah saintis pertama melakar peta dunia pada tahun 830M.Menghasilkan karya geografi - Kitab Surat al-Ard. Kitab ini telah diterjemahkan bersama petanya ke dalam bahasa lain.

Menulis tentang takwim Yahudi yang berjudul Istikhraj Tarikh al-Yahudi.
c. Astronomi:
      Pembangunan ilmu kaji bintang dan ilmu falak oleh AlKhawarizmi memberi sumbangan besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi.
Hasil kerjaya beliau turut meliputi kerja-kerja berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta alat kaji bintang.

      Beliau banyak menghasilkankarya astronomi dan diterjemahkan ke pelabagai bahasa asing. Antaranya Kitab al-Tarikh dan Kitab al-Rukhmat (buku berkenaan alat yang menunjukkan waktu dengan baay arragan matahari).Khalifah al-Makmum telah melantik al-Khawaizmi sebagai penasihat astronomi dan bertugas di balai cerap yang didirikan oleh baginda di Baghdad.[3]

[1] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 284.
[2] “Sumbangan tokoh” , dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 2, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),73.
[3] Ibid,82.

fokus STPM P2 U-PERANAN DAN PELAKSANAAN ZAKAT ZAMAN KHULAFAH AL-RASYIDIN

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
a.Definisi zakat
Dari segi bahasa bermaksud penyucian atau penyuburan. Penyucian dikaitkan dengan menghapuskan sifat-sifat kedekut atau bakhil dalam diri seseorang individu.Penyuburan pula dikaitkan dengan penambahan pahala serta keberkatan dalam harta yang dimiliki.Dari segi syarak pula, zakat dikaitkan dengan pemberian atau pengeluaran yang diwajibkan ke atas umat Islam termasuk dalam rukun Islam.[1]
Kefarduan zakatelah disyariatkan pada tahun kedua setelah Nabi Muhammad saw berhijrah ke Kota Madinah. Zakat ialah satu daripada rukun Islam kelima. Keengganan membayar zakat boleh membawa kepada hukuman bunuh atau mereka juga dipaksa membaa zakat oleh pemerintah.[2]
b.Syarat wajib zakat
      Zakat wajib dikeluarkan bagi mereka yang mampu dan memenuhi syarat-syarat tertentu dan fardu ain ke atas orang yang cukup syaratnya. Namun kedudukan mereka yang tidak mengeluarkan zakat dikategori kafir sekiranya ingkar dengan kefarduan zakat dan fasiq sekiranya enggan mengeluar zakat kerana sifat bakhil dan kedekut. Zakat wajib dikeluarkan sekirana seseorang itu Islam, cukup nisab iaitu kadar tertentu ang diwajibkan zakat dan genap haul iaitu setahun mengikut bulan hijrah.[3]

c.Jenis zakat
Zakat terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah yang diwajibkan ke atas semua individu Muslim bermula daripada bulan Ramadhan hingga sebelum solat sunat Aidilfitri.Manakala zakat harta hanya diwajibkan ke atas individu yang mampu apabila harta yang dimiliki cukup kadar (nisab) serta haulnya (genap setahun dimiliki).
      Zakat harta terbahagi kepada zakat pertanian, zakat binatang temakan, zakat pemiagaan, zakat emas dan perak dan harta rikaz (harta karun).Harta yang dikeluarkan sebagai zakat akan diagihkan kepada lapan golongan asnaf.[4]

d.Kadar zakat
Kadar zakat fitrah ialah sebanyak segantang  kira-kira 2.7 kilogram yang dikeluarkan daripada jenis bahan-bahan makanan yang mengenyangkan dan makanan asasi penduduk sesebuah negara seperti beras, gandum, barli dan seumpamanya. Imam Abu Hanifah dan Mazhab Hanafi mengharuskan zakat fitrah dikeluarkan melalui mata wang dengan mengikut kadar atau nilai harga bahan makanan asasi tersebut. Manakala kadar zakat harta pula dikeluakan dengan kadar yang di tetapkan oleh syarak. Contoh kadar nisab pertanian ialah lima ausuq.Kadar ausuq ialah kira-kira 900 liter secara timbangan. Manakala kadar zakat tanaman ialah 1/10 jika menggunakan air hujan atau air sungai dan 1/20 jika diusahakan sendiri menggunakan ala penyiram.[5]
e.Asnaf zakat
(a) golongan fakir
(b) golongan miskin
(c) musafir
(d) mualaf
(e) hamba yang membebaskan diri
(f1 orang yang berhutang
(g) orang yang bejihad
(h) amil

f.Pelaksanaan zakat zaman Khulafah al-Rasyidin
Pelaksanaan zakat pada zaman ini diteruskan sebagaimana pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Sumber zakat diagihkan kepada lapan golongan asnaf. Pada zaman pemerintahan 
Zaman Abu Bakar
Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, timbul kontroversi berhubung dengan pelaksanaan zakat disebabkan wujudnya golongan al-Riddah yarag enggan membayar zakat. Golongan yang enggan membayar zakat ini ialah penduduk Yaman, Yamamah dan Oman. Mereka menganggap zakat sebagai cukai yang dipaksa. Sementara itu ada yang enggan membayar zakat kerana tersalah tafsir terhadap ayat-ayat al-Quran yang mewajibkan zakat. Mereka menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW sahaja yang berhak mengutip zakat, jadi apabila baginda wafat, maka dengan sendiri zakat tidak wajib dibayar. Antara yang termasuk dalam golongan ini ialah Malik bin Nuwairah iaitu ketua Bani Hanzlah yang memberi bantuan kepada Sajah. 

Khalifah Abu bakar al-Siddiq bersikap tegas ke atas orang yang cuba memisahkan antara kewajipan sembahyang dengan kewajipan zakat kerana sembahyang merupakan tiang agama, manakala zakat pula jambatannya. Walaupun Umar al-Khattab cuba menasihatinya supaya berbincang terlebih dahulu, tetapi Khalifah Abu Bakar  tetap dengan pendiriannya yang tegas berdasarkan dalil al-Quran dan hadis. Khalifah Abu Bakar bertindak  tegas menggempur golongan tersebut. Golongan ini telah ditangani melalui pembentukan 11  buah pasukan tentera. Misi ini telah bejaya termasuklah membunuh golongan yang mengaku merjadi nabi.

Zaman Umar
Zaman Khalifah Umar, pelaksanaan zakat diteruskan.Pada zaman. pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pula, sumber zakat meningkat disebabkan kesan kejayaan kempen dakwah dan ketenteraan yang dijalankan. Contohnya selepas menyerang Parsi dan syiar Islam berkembang di Parsi kerana mendapat layanan yang baik daripada pemerintahan Khalifah Umar.  Rakyat Parsi dibenarkan menjalankan upacara keagamaan dan ibadat mengikut agama mereka dan membayar jizyah. Mereka diberi jaminan keselamatan harta benda. Kesannya mereka memeluk agama Islam dan dikenakan bayaran zakat.Hasil zakat telah dihantar ke seluruh tanah jajahan yang dikuasai Islam dan sumber zakat  telah dapat diagihkan kepada lapan  golongan asnaf yang layak menerimanya. 

Zaman Uthman
Zakat dilaksanakan dengan  jayanya zaman Khalifah Uthman. Khalifah Uthman memperkenalkan zakat ternakan kepada pemilik kuda. Pengenalan zakat kuda ini tidak pernah dilakukan sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Namun Khalifah Uthman menjelaskan perkembangan ekonomi yang dinikmati oleh masyarakat Islam sehingga berjaya memiliki kuda wajar dikenakan zakat sejajar dengan zakat yang dikenakan ke atas binatang unta. Segala sumber zakat dimasukkan  ke dalam Baitulmal sebagaimana zaman Khalifah Umar.

      Masalah timbul apabila Khalifah Uthman dituduh menyalahgunakan pengagihan wang zakat ketika dana perbendaharaan merosot. Tindakan ini tidak dipersetujui oleh sebilangan pihak dan menganggap Khalifah Uthman sebagai bidaah. Namun, Khalifah Uthman menjelaskan bahawa wang tersebut diambil sebagai wang pendahuluan yang akan dikembalikan.
Zaman Ali
Pada zaman Ali, walaupun menghadapi konflik dalaman, namun pelaksanaan zakat tetap dijalankan seperti biasa.[6]

Peranan dan pelaksanaan zakat zaman Abbasiyah
Tafsiran zakat mengikut mazhab.
Pelaksanaan zakat fitrah dan harta
Ketua Kadi-menasihati sultan dalam urusan zakat.
Kadar zakat
Harta yang dikenakan zakat
Golongan penerima zakat
Zakat digunakan untuk pembangunan dan kemajuan negara.