Rabu, 26 Oktober 2016

FOKUS STPM 2016 NAT0

North Atlantic Treaty Organization-NATO
Latar belakang Nato
Pada Februari 1947, perjanjian damai antara Blok Barat dengan Itali, Hungary, Romania, Bulgaria dan Finland ditandatangani Tujuan perjanjian damai ini adalah untuk menamatkan permusuhan yang tercetus akibat Perang Dunia Kedua. Perjanjian ini merupakan kerjasama terakhir melibatkan Blok Barat dan Soviet Union sebelum tercetus Perang Dingin.

      Pada tahun 1949, Pertubuhan Perjanjian Atlantik  Utara (North AtlanticTreaty Organization) telah ditubuhkan. Amerika Syarikat dan 11 buah negara Barat lain menubuhkan pertubuhan ini sebagai satu pakatan anti-Rusia. Ibu pejabat NATO terletak di Paris. NATO memperlihatkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang memainkan peranan dalam pertahanan Eropah Barat. Negara-negara yang menggotai NATO termasuklah Britain, Kanada, Perancis, Belanda, Belgium, Luxembourg, Norway, Denmark, Icelanda, Portugal, Iceland, Itali , Greece dan Turki. Jerman menyertai NATO pada tahun 1955. 

Matlamat utama NATO ditubuhkan adalah;
1.Meyujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua negara anggota.
Strategi NATO ialah bagi mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua negara anggota terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara anggota. Pada dasarnya NATO bertujuan membendung pengaruh komunis yang diterajuai oleh Soviet Union. Tambahan pula, negara-negara Eropah Timur yang prokomunis sudah menambah kekuatan tentera bagi menandingi negara jiran mereka di Eropah Barat. Jadi, rancangan pihak Rusia dan sekutunya perlu dikawal di peringkat awal lagi.  
2.Mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara anggota.
Matlamat penubuhan NATO juga ialah untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara anggota.
3.Membendung pengaruh komunis yang diterajui oleh Soviet Union.
Faktor utama penubuhan NATO adalah untuk membendung penyebaran fahaman komunis yang diterajui oleh Rusia.Rusia berjaya menyebar dan mengukuhkan pengaruh komunis di negara-negara Eropah Timur.Perkembangan ini membimbangkan Amerika Syarikat dan Britain.
4.Menghalang kebangkitan semula kuasa ketenteraan Jerman di Eropah.
Kebangkitan Jerman selepas Perang Dunia Kedua merupakan salah satu faktor yang mendorong penubuhan NATO.Kebangkitan Jerman melahirkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Eropah seperti Britain dan Perancis; dikhuatiri mencetuskan pergolakan dunia.
5.Mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB.
NATO ditubuhkan bagi Mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB samada dari sudut ketenteraan mahupun dari sudut pendekatan dan strategi bagi menyelesaikan atau mengatasi pelbagai konflik antarabangsa, khususnya dalam konteks dunia secara berkesan.

Struktur NATO
Penglibatan dan kerjasama United Kingdom dan Amerika Syarikat dari segi;
a.Keselamatan Eropah.
b.Menghadapi Pakatan  Warsaw.
c.Kerjasama ketenteraan

d.Kerjasama Perisikan.

Selasa, 25 Oktober 2016

Peranan Raja Thibaw dalam penentangannya terhadap British pada abad ke-19

Raja Thibaw 1878-1885
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Peranan Raja Thibaw dalam penentangannya terhadap British pada abad ke-19.
Raja Thibaw dilahirkan pada tahun 1858 di Mandalay, Myanmar. Raja Tihibaw merupakan anak Raja Mindon Min dengan Puteri Laungshe. Raja hibaw mendalami ajaran agama Buddha di tokong sejak kecil lagi. Baginda pemerintah terakhir Dinasti Konbaung di Myanmar. Beliau memerintah antara tahun 1878-1885. Pemerintahannya berakhir detelah pendudukan Hulu Myanmar oleh British. Beliau meninggal dunia pada 19 Disember 1916 di Ratnagiri Fort, India.[1]

Peranan dalam penentangan terhadap British
Raja Thibaw sangat dikuasai oleh Permaisuri Supayalat dan Taingda sehingga Hluttaw, sebuah badan yang berpengaruh dalam sistem pemerintahan pusat merasa terancam lalu terpaksa mengikut sahaja dasar Raja Thibaw dan permaisurinya.
Raja Thibaw mengamalkan pemerintahan yang keras, menekan, dan menindas berbanding dengan pemerintahan ayahandanya yang bertolak ansur dengan istana, rakyat, dan kuasa asing. Sikap Raja Thibaw menyebabkan saudagar-saudagar British merasa tidak puas hati lalu mendesak kerajaan British di India supaya menguasai Myanmar Hulu.

Pada zaman pemerintahan Raja Thibaw perbendaharaan Myanmar Hulu mengalami masalah kekurangan sumber pendapatan. Sebagai menyelesaikan masalah tersebut, Raja Thibaw meningkatkan cukai terhadap golongan masyarakat.[2]

Dari segi pentadbiran, Raja Thibaw menambahkan jumlah jabatan dalam Hluttaw daripada empat menjadi empat belas. Satu unit pentadbiran baharu di peringkat daerah, iaitu khayaing dibentuk mengikut model pentadbiran British di India. Tujuannya adalah untuk memusatkan pentadbiran di istana Myanmar Hulu. Myanmar Hulu dibahagikan kepada sepuluh daerah di
bawah Menteri Daerah. Raja Thibaw juga memperkenalkan jawatan Myo-ok mengikut sistem pentadbiran yang diamalkan oleh British di Myanmar Hilir.[3]
Dasar Luar Raja Thibaw
Hubungan dengan Perancis dan British
      Raja Thibaw mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kuasa Perancis sebagai usaha untuk menangani ancaman dan kemaraan British. Beliau memahami bahawa British tidak senang dengan kehadiran Perancis di Annam dan Tongking. Beliau telah bertindak menjalinkan perjanjian perdagangan dengan Perancis dan menghantar wakilnya, Atwinwun ke Paris untuk membuat perjanjian yang ditandatangani pada 1 Januari 1885. Sebenarnya, Raja Thibaw ingin membeli senjata dari Perancis.

      British mendapat tahu tentang usaha Raja Thibaw tersebut. Duta British telah menemui dengan wakil Perancis, Fules Ferry dan menyatakan British akan menggunakan kekerasan ke atas Myanmar sekiranya pihak Perancis masih lagi terlibat dalam perkara senjata ini. Pihak Perancis telah memberi jaminan bahawa isu senjata tidak disentuh dalam perjanjian dengan Myanmar kerana yang ditandatangani hanyalah perjanjian perdagangan yang tidak mengandungi apa-apa implikasi politik atau bantuan ketenteraan kecuali wakil Perancis akan ditempatkan di Mandalay.[4]

       Perancis melalui wakilnya, Frederic Haas pernah menasihati Raja Thibaw supaya mengeratkan hubungan dengan British. Raja Thibaw tegas dengan pendirian tidak mahu menerima semula Residen British.Raja Thibaw berpendapat beliau boleh menangani kekuasaan British dengan bantuan Perancis. Oleh itu, beliau banyak memberi keistimewaan seperti kebenaran menubuhkan bank di Mandalay kepada pihak Perancis. Pembinaan jalan kereta api dari Mandalay ke Toungoo adalah atas pembiayaan Perancis.

Terdapat khabar angin bahawa orang Perancis akan mengambil alih pengurusan hak monopoli diraja, mengawasi perkhidmatan pos, menjalankan kapal-kapal di Sungai Irrawady, dan dapat menyewa lombong-lombong batu delima. Semua perkara tersebut membimbangkan pihak British di Myanmar Hilir. Yang memburukkan Iagi hubungan Raja Thibaw dengan British ialah berita yang menyatakan bahawa Perancis akan menghantar senjata ke Myanmar sebaik sahaja keamanan di Tongking berjaya dipulihkan.[5]

Tindakan Raja Thibaw terhadap Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar
Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar mengusahakan perdagangan kayu jati di kawasan Myanmar Hulu. Raja Thibaw yang tidak menyukai British telah mengambil tindakan terhadap syarikat ini dengan mengemukakan perkara berikut terhadap syarikat tersebut:
(a) Mengeluarkan kayu jati melebihi dua kali ganda daripada yang
dibenarkan.
(b) Memberi rasuah kepada pegawai kerajaan.
(c) Tidak memberi upah yang sewajarnya kepada pekerja-pekerja Myanmar seperti yang dijanjikan.
Syarikat ini didenda sebanyak 23 juta rupee dan ini menyebabkan pihak British berasa tidak berpuas hati walaupun penipuan syarikat tersebut agak benar seperti yang dibuktikan oleh Majlis Hluttaw.British dengan segera meminta diadakan rundingan tetapi Raja Thibaw menolaknya kerana beliau yakin Perancis akan menyokong dan membantu Myanmar dalam saat-saat seperti itu. Akan tetapi, pada bulan September, Freycinet (menggantikan fules Ferry) telah mengubah dasar Ferry dengan serta-merta. Raja Thibaw terpaksa menghadapi sendiri masalahnya dengan pihak British.

British menganggap hukuman Raja Thibaw terhadap syarikat tersebut tidak adil lalu bersiap sedia untuk bertindak secara kekerasan terhadap Myanmar. Duta Myanmar di Perancis dan duta China di London cuba menawarkan diri untuk berunding tetapi British enggan.British menghantar kira-kira 10 000 orang tentera ke Myanmar. British memberi kata dua supaya Raja Thibaw mencari orang tengah bagi menyelesaikan masalah Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar dan pada masa hadapan dasar luar Myanmar akan ditentukan oleh kerajaan British. Raja Thibaw diberi tempoh masa sehingga l0 November 1885 untuk memberi jawapan.[6]
Raja Thibaw membalas dengan reaksi berikut:
(a) Bersetuju menerima wakil British.
(b) Meneruskan hubungannya dengan Perancis.
(c) Memberi hak perdagangan yang sama kepada semua kuasa Barat.British tidak puas hati dengan jawapan Raja Thibaw lalu mengisytiharkan perang ke atas Myanmar Hulu pada 11 November 1885. British berjaya menakluki Myanmar Hulu pada 1 Januari 1886.Kejayaan ini menyebabkan Myanmar menjadi tanah jajahan British sepenuhnya.[7]





[1] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,310.  
[2] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2013),326.
[3] Ibid,326.
[4] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),324.
[5] Ibid,325.
[6] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2013),327.
[7]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, 311.

FOKUS STPM P1 2016 PERANAN PEMBESAR PERINGKAT PUSAT DI RUSIA.

Golongan pembesar ialah pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang telah diberikan atau diarahkan kepadanya.Kamus Dewan pula mentakrifkan pembesar bermakna orang yang berpangkat tinggi. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan pemerintah yang melaksanakan segala urusan pemerintahan dan pentadbiran yang diarahkan oleh raja atau maharaja. Tanggungjawab yang diberikan kepada pembesar dalam melaksanakan tugasnya akan menjadi kayu pengukur dalam pengenalan tugas sebagai pembesar.

PERANAN PEMBESAR PERINGKAT PUSAT DI RUSIA.
1.Membantu pentadbiran raja dalam Majlis Tertinggi.
2.Peter mewujudkan Majlis Senate menggantikan Duma dan Zemskii Sabor.
3.Memberi perkhidmatan ketenteraan.
4.Menganggotai institusi gereja Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.
5.Menganggotai Jawatankuasa tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.
6.Golongan bangsawan menjadi ahli Dewan Perhimpunan Wilayah membantu zar dalam urusan pentadbian.
7.Polis Khas Diraja Okhrana untuk mengawal penyebaran propaganda yang boleh gugat pemerintahan.

PERANAN PEMBESAR PERINGKAT PUSAT DI RUSIA.
1.Membantu pentadbiran raja dalam Majlis Tertinggi.
       Tzar Rusia menggunakan khidmat pembesar sebagai bantuan kepada pemerintah dalam mentadbir negara. Pemerintahan Tzar di Rusia rnenggunakan kaedah lantikan untuk melantik pembesar berkhidmat dengan mereka. Di Rusia banyak bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan. Mereka memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada raja atau maharaja Rusia.

       Pembesar Rusia dilantik untuk menjalankan tugas tanpa perlu melalui sistem peperiksaan awam.Pentadbiran raja di peringkat pusat dibantu oleh Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi. Duma ialah penasihat tertinggi manakala Zemskii Sabor pula ialah Majlis Penasihat yang kuasanya lebih rendah daripada Duma. Prikazi pula merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar yang diluluskan Duma.
2.Peter mewujudkan Majlis Senate menggantikan Duma dan Zemskii Sabor.
Seterusnya semasa pemerintahan Peter, Durna dan Zemskii Sabor telah digantikan dengan Majlis Senate. Colleges pula dibentuk untuk membantu Majlis Senate dan menggantikan Prikazi. Seterusnya, pemerintahan Alexander I memperlihatkan beliau melantik Jawatankuasa Tidak Rasmi sebagai penasihat berhubung dengan dasar negara.

3.Memberi perkhidmatan ketenteraan.
Di Rusia banyak bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan. Mereka memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada raja atau maharaja Rusia.

4.Menganggotai institusi gereja Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.
Peranan institusi gereja dalam empayar Rusia tidak dapat dinafikan. Pada zaman Kiev dan Moscow, institusi gereja Kristian Ortodoks  memainkan peranan penting dalam hal ehwal keagamaan, ekonomi, dan politik.

      Namun, peranan institusi gereja Kristian Ortodoks telah berkurangan dan diletakkan di bawah kekuasaan pemerintahan Peter. Peter tidak begitu menyenangi pembabitan institusi gereja dalam pemerintahan kerana inginkan pembaharuan dilakukan di Rusia. Buktinya, Peter tidak melantik Patriarch baharu pada tahun 1700 dan selepas 21 tahun dalam pemerintahan, Peter memperkenalkan Holy Synod untuk mengambil alih peranan Patriarch.

      Semasa pemerintahan Catherine, beliau telah memiliknegarakan harta dan kekayaan gereja dan gereja terpaksa bergantung kepada bantuan daripada kerajaan pusat. Hal ini membolehkan raja mengawal kuasa gereja dan memperkukuhkan pemerintahan diktatornya. Pembesar menganggotai institusi gereja Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.

5.Menganggotai Jawatankuasa tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.
Pembesar juga turut m enganggotai Jawatankuasa tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.

6.Golongan bangsawan menjadi ahli Dewan Perhimpunan Wilayah membantu Tzar dalam urusan pentadbian.
7.Polis Khas Diraja Okhrana untuk mengawal penyebaran propaganda yang boleh gugat pemerintahan.
Pentadbiran Tzar di Rusia  mempunyai organisasi yang menyiasat tentang pembesar mereka. Hal ini bagi menjamin taat setia dan komitmen para pembesar dalam menjalankan tugas. Rusia  mempunyai Polis Rahsia Khas yang menjadi mata dan telinga Tsar. Tugas Polis Rahsia Khas ialah mengawal penyebaran unsur propaganda yang menggugat pemerintahan Tzar , demokrasi masyarakat, mengawal jalan keluar masuk ke empayar Rusia dan maa dan telinga Tzar.  

8.Memajukan ekonomi Rusia.
Bagi membantu ekonomi Rusia, Tzar melantik menteri-menteri yang akan merancang dasar ekonomi yang membawa perkembangan ekonomi di Rusia. Pada zaman pemerintahan Nickolas II, Sergei Witte dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Pengangkutan Rusia pada tahun 1892. Antara tahun 1892-1903 Sergei Witte menjawat jawatan Menteri Kewangan Rusia. Beliau memberi keutamaan kepada pembinaan landasan kereta api yang menjadi kunci kepada ekonomi Rusia. 

PERANAN PEMBESAR PERINGKAT WILAYAH
       Pemerintahan peringkat wilayah di Rusia  ditadbir oleh Zemstvo Wilayah yang dipilih oleh ahli Zemstvo Daerah manakala daerah mempunyai majlis perundangan tempatan (Majlis Daerah) atau Zemstvo.

PERANAN PEMBESAR PERINGKAT KAMPUNG
Rusia juga mempunyai pentadbiran peringkat kampung yang diserahkan kepada Komun atau mir atau Majlis Kampung yang dijadikan wakil oleh kerajaan pusat untuk memungut cukai yang telah ditetapkan.

penggubalan dan meluluskan dasar tertentu di Rusia telah dipertanggungjawabkan kepada Duma, majlis penasihat tertinggi dalam sistem pembesar di Rusia.
     mempunyai organisasi yang
menyiasat tentang pembesar mereka. Hal ini bagi menjamin taat setia dan komitmen para pembesar dalam menjalankan tugas. Rusia pula mempunyai Polis Rahsia Khas yang menjadi mata dan telinga Tsar.


       Kesimpulannya, sistem pembesar di dua buah negara ini menunjukkan banyak perbezaan dan berbeza mengikut era pemerintahan raja atau maharaja. Kemerosotan sistem pemerintahan beraja juga turut menyumbang kepada sistem pembesar di kedua-dua buah negara. Sistem pembesar di Rusia berubah apabila Rusia menjadi sebuah negara republik. Penamatan pemerintahan Dinasti Ch'ing turut menghapuskan sistem pembesar di China. Pemerintahan seterusnya diganti dengan sistem pemerintahan bercorak republik dan kemudiannya komunis.

FOKUS STPM P1 2016 Feudalisme di Asia- Jepun dan China abad ke-16

3.1.1 Sistem eknomi Feudalisme di Jepun.
a.Feudalisme di Jepun.
Ekonomi Feudalisme di Jepun
a)Ekonomi Pertanian.
Hasil pertanian menyumbang 70% kepada pendapatan ekonomi Jepun. Tanaman yang ditanam ialah padi, buah-buahan, gandum, barli, teh, sayur-sayuran.
Mengguna sistem pengairan iaitu sungai.
b)Perusahaan tempatan
Menghasilkan hasil pertukangan.
Muncul tukang-tukang mahir. Contoh hasil pertukangan ialah barang, tembaga, tembikar, lukisan dan ukiran.
c)Perikanan
Sumber kedua dan merupakan sumber penting dalam diet harian masyarakat Jepun.
Kegiatan perikanan dijalankan di pesisir pantai.
d)Perlombongan
Melombong emas, perak dan tembaga.
e)Perdagangan
Membawa kepada pertumbuhan ekonomi wang.
Terjalin hubungan dengan negara luar.
Berlaku aktiviti impot dan ekspot.  

Sistem ekonomi feudalisme di China
a)Ekonomi pertanian
Bercorak sara diri. Tanaman yang ditanam ialah padi,gandum, barli, oat dan milet.
Pengunaan kaedah baru seperti menanam padi dua kali setahun, sistem penanman bergilir, tanaman baru iaitu jagung India, ubi kentang manis, kekacang dan penggunaan baja.

Pengenalan peralatan baru seperti seperti tenggala, penabur benih, penyisir tanah, penggiling, kolar kuda, pembinaan terusan, koam takungan air dan empangan.
Tanaman komersial seperti tembakau, kapas, mulberi, tebu.
b)Ekonomi industri kecil.
Industri berdasarkan kawasan contoh Kiangsi sebagai pusat pengeluaran porselin, Soochow pengeluar kain kapas
c)Perdagangan
Wujud persatuan dagang.
Sungai sebagai jalan perhubungan dan pengangkutan.
d)Hubungan luar dan perdagangan.
Hubungan baik dengan pedagang luar.
Aktiviti penjelajahan dibenarkan, contoh ke Asia Tenggara, Selatan India, Sri Langka, Hormuz.
Pelabuhan Canton dibuka kepada pedagang luar seperti dari Asia Tenggara, Arab dan Eropah.

FOKUS STPM P1 2016 .Bandingkan peranan pembesar di China dan di Rusia. 20m

Golongan pembesar ialah pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang telah diberikan atau diarahkan kepadanya. . Kamus Dewan pula mentakrifkan pembesar bermakna orang yang berpangkat tinggi. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan pemerintah yang melaksanakan segala urusan pemerintahan dan pentadbiran yang diarahkan oleh raja atau maharaja. Tanggungjawab yang diberikan kepada pembesar dalam melaksanakan tugasnya akan menjadi kayu pengukur dalam pengenalan tugas sebagai pembesar.

       Kedua-dua buah negara China dan Rusia menggunakan khidmat pembesar sebagai bantuan kepada pemerintah dalam mentadbir negara. Secara kasarnya, raja atau maharaja China dan Rusia rnenggunakan kaedah lantikan untuk melantik pembesar berkhidmat dengan mereka. Namury pembesar di China hanya dilantik setelah melalui sistem peperiksaan awam. Hal ini berbeza dengan Rusia iaitu banyak bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan. Mereka memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada raja atau maharaja Rusia.

       Pembesar Rusia dilantik untuk menjalankan tugas tanpa perlu melalui sistem peperiksaan awam seperti China. Pembesar-pembesar China dilantik secara rasmi oleh maharaja atas nasihat pegawai dari Kementerian Adat dan hanya dilantik jika mempunyai latar belakang peperiksaan awam kerajaan. Mereka yang lulus dalam peperiksaan awam akan diserap menjadi pembesar di China.

       Peranan pembesar di China dan Rusia mempunyai persamaan dan perbezaan daripada beberapa aspek. Antaranya ialah pentadbiran pusat. Pentadbiran pusat di China memperlihatkan maharaja China memecahkan pentadbiran kepada beberapa unit atau institusi, iaitu Sekretriat Agung, Majlis Tertinggi (Enam Badan Menteri), dan Censorate (Lembaga Penapis). Institusi Sekretariat Agung terdiri daripada setiausaha-setiausaha agung yang membantu maharaja menyelia dan menyelaras enam badan kementerian dalam pentadbiran pusat serta memaklumkan perjalanan enam badan kementerian tersebut.

       Seterusnya, maharaja dibantu oleh Mailis Tertinggi iaitu badan penasihat yang penting kepada raja atau maharaja. Ahli majlis ini juga bertanggungjawab dalam urusan pemerintahan
dan pentadbiran China dan terbahagi kepada enam badan kementerian. Enam badan kementerian ini menguruskan hal ehwal China mengikut pengkhususan masing-masing.Maharaja juga menubuhkan Lembaga Penapis bagi memastikan kesetiaan dan komitmen para pembesar terjaga.

       Sistem pembesar di Rusia berbeza daripada China iaitu pentadbiran raja dibantu oleh Duma, Zemskii Sabor dan Priknzi. Duma ialah penasihat tertinggi manakala Zemskii Sabor pula ialah Majlis Penasihat yang kuasanya lebih rendah daripada Duma. Prikazi pula merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar yang diluluskan Duma. Seterusnya semasa pemerintahan Peter, Durna dan Zemskii Sabor telah digantikan dengan Majlis Senate. Colleges pula dibentuk untuk membantu Majlis Senate dan menggantikan Prikazi. Seterusnya, pemerintahan Alexander I memperlihatkan beliau melantik Jawatankuasa Tidak Rasmi sebagai penasihat berhubung dengan dasar negara. Berbeza di ChinaPenasihat raja atau maharaja ialah Sekretariat Agung yang membantu menyelia dan menyelaras kementerian-kementerian di China.

       Selain itu, pemerintahan daerah dan wilayah di China juga berbeza dengan Rusia. China
memperlihatkan skruktur organisasi pentadbiran peringkat wilayah diketuai oleh seorang pesuruhjaya yang dibantu oleh dua pegawai, iaitu hakim dan komander tentera wilayah. Pemerintahan daerah pula diserahkan kepada pegawai awam, tentera dan pegawai pengawas kerajaan. Pegawai awam diurus tadbir oleh enam orang menteri yang dibantu oleh gabenor setiap daerah, penyelia wilayah dan pegawai-pegawai tempatan.

       Tentera pula mempunyai kuasa kawalan ke atas wilayah tertentu manakala pegawai pengawas kerajaan mengawasi aktiviti pembesar dalam semua peringkat. Pemerintahan wilayah di China semasa Dinasti Ching mempunyai persamaan dengan pentadbirair daerah semasa era Catherine yang menunjukkan khidmat gabenor atau naib gabenor digunakan dalam pentadbiran. Gabenor di China ini seterusnya dibantu oleh pegawai-pegawai daerah.

       Namun begitu, pemerintahan peringkat wilayah di Rusia berbeza dengan China yang ditadbir oleh Zemstao Wilayah yang dipilih oleh ahli Zemstuo Daerah manakala daerah mempunyai majlis perundangan tempatan (Majlis Daerah) atau Zemstao. Rusia juga mempunyai pentadbiran peringkat kampung yang diserahkan kepada Komun atau mir atau Majlis Kampung yang dijadikan wakil oleh kerajaan pusat untuk memungut cukai yang telah
ditetapkan.

       Di samping itu penggubalan dasar di negara China juga dilakukan oleh organisasi khas.
Anggota lmperial Secratariat ialah mereka yang bertanggungjawab membuat dasar negara manakala lmperial Cancelory pula bertanggungjawab meminda sesuatu dasar. Selain itu, pembesar wilayah yang dilantik daripada kalangan bijak pandai (gentry) turut dibenarkan mengubah dasar yang dibentuk oleh pemerintah pusat dengan kebenaran adat istiadat dan keadaan setempat. Berbeza dengan China penggubalan dan meluluskan dasar tertentu di Rusia telah dipertanggungjawabkan kepada Duma, majlis penasihat tertinggi dalam sistem pembesar di Rusia.
       Selain itu, raja atau maharaja di kedua-dua buah negara mempunyai organisasi yang
menyiasat tentang pembesar mereka. Hal ini bagi menjamin taat setia dan komitmen para pembesar dalam menjalankan tugas. China memperlihatkan penubuhan Lembaga Penapis atau Censorate yang menjadi mata dan telinga maharaja. Kuasa utama mereka terletak pada 110 pegawai penyiasat yang ditugaskan membendung amalan korupsi,'penyalahgunaan kuasa dan ketidakcekapan. Rusia pula mempunyai Polis Rahsia Khas yang menjadi mata dan telinga Tsar.

       Kesimpulannya, sistem pembesar di dua buah negara ini menunjukkan banyak perbezaan dan berbeza mengikut era pemerintahan raja atau maharaja. Kemerosotan sistem pemerintahan beraja juga turut menyumbang kepada sistem pembesar di kedua-dua buah negara. Sistem pembesar di Rusia berubah apabila Rusia menjadi sebuah negara republik. Penamatan pemerintahan Dinasti Ch'ing turut menghapuskan sistem pembesar di China. Pemerintahan seterusnya diganti dengan sistem pemerintahan bercorak republik dan kemudiannya komunis.


Ahad, 23 Oktober 2016

FOKUS STPM Sumbangan tokoh Filipina Macapagal

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Presiden Diosdado Pangan Macapagal menjadi Presiden Filipina antara tahun 1961 dan 1965.Macapagal memainkan peranan membangunkan negara mengikut cara tersendiri.Macapagal merupakan pemimpin yang lebih liberal dan memerintah mengikut dasar demokrasi negara.[1]
                                 
Latar Belakang
Diosdado Pangan Macapagal lahir di Lubao, Pampanga pada 28 September 1910. Beliau meninggal dunia di Makati Ciry Metro Manila pada 21 April 1997 pada umur 86 tahun Macapagal merupakan Presiden Filipina yang kesembilan (1961 - 1965) bagi menggantikan Presiden Carlos P. Garcia. Beliau dipilih oleh sebuah gabungan ahli Parti Liberal dan Parti Progresif kerana keupayaan beliau membasmi amalan rasuah.

Macapagal diberi gelaran 'Orang Terjujur' (The lnconuptable) sejajar dengan usaha membasmi kegiatan rasuah dalam pemerintahan beliau.Tempoh sebagai Presiden tamat apabila beliau kalah kepada calon Parti Nasionalis iaitu Ferdinand Marcos pada tahun 1965. Semasa pemerintahannya sebagai Presiden Filipina, Macapagal telah melaksanakan dasar ekonomi untuk melindungi rakyat.[2]
Pembaharuan yang dilakukan oleh Macapagal
Macapagal telah mengamalkan dasar laissez-faire dalam ekonomi. Beliau melaksanakan program politik, ekonomi dan sosial bertujuan untuk mengembangkan ekonomi negara seterusnya.
Program politik
(a) Dalam usahanya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, Macapagal telah menerima nasihat dari penyokong-penyokongnya yang kaya supaya membiarkan mata wang peso Filipina bergerak mengikut pasaran pertukaran wang asing. Melalui dasar kewangan ini, berjuta-juta peso dapat dipungut setiap tahun.
(b) Macapagal telah melakukan pelbagai usaha untuk menghapuskan rasuah dalam sektor-sektor tertentu.
(c) Pada tahun 1962, Macapagal mengubah tarikh perayaan rasmi Hari Kemerdekaan Filipina dari 4lutai (hari Amerika Syarikat memberikan kemerdekaan kepada Filipina pada tahun 1946 kepada 12 Jun (hari semasa Emilio Aquinaldo mengumumkan kemerdekaan dari penjajah Sepanyol pada tahun 1898).
(d) Pada dasarnya keputusan beliau ini disebabkan Amerika Syarikat enggan membayar ganti rugi ke atas kemusnahan yang dilaksanakan oleh pasukan tenteranya di Filipina semasa Perang Dunia Kedua. Tetapi Macapagal telah memberi alasan bahawa tindakan beliau tersebut merupakan keputusan hukum tentang waktu yang telah ditetapkan sebelum itu.
(e) Semasa penubuhan gagasan Persekutuan Malaysia, Macapagal telah membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah pada bulan Jun 1962.
(f) Kerajaan Macapagal dengan tegasnya membuat tuntutan dan mendakwa Sabah masih sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.
(g) Tuntutan ini dibuat berdasarkan perjanjian antara Sultan Iamalul Alam dengan Baron Von Overbeck pada22 Januari 1878.
(h) Baron Von Overbeck telah menjual haknya kepada Alfred Dent yang telah menubuhkan syarikat perdagangan. Syarikat perdagangan ini kemudian berjaya mendapat Piagam Diraja daripada kerajaan British dan pada tahun 1881, syarikat tersebut dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB). SBUB diberi kuasa mentadbir Sabah sehingga Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada kerajaan British. Sejak itu Sabah menjadi Jajahan Mahkota British.[3]
Program sosial
(a)    Memperkenalkan nilai-nilai kemasyarakatan dalam masyarakat.
Dari segi sosial beliau bertindak menghapuskan rasuah dan memperkenalkan nilai-nilai kemasyarakatan Filipina.[4]Macapagal diberi gelaran orang terjujur sejajar dengan usaha membasmi kegiatan rasuah dalam kerajaan.
Program ekonomi
(a) Meningkatkan pengeluaran makanan.
Antara matlamat pentadbiran beliau ialah meningkatkan pengeluaran makanan dan melaksanakan dasar sosioekonomi yang berani.
(b) Menjalankan program sosioekonomi yang berani.
(c) Meningkatkan pekerjaan.
Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah pengganguran yang merupakan salah satu masalah utama pentadbirannya, beliau mewujudkan Pentadbiran Pekerjaan Asas (EEA). Bantuan ini menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk Filipina bagi membolehkan mereka mengatasi masalah kemiskinan dan meningkatkan ekononi negara.
(d) Melaksanakan program reformasi tanah melalui Kod Reformasi Tanah Pertanian 1963.
Pemansuhan sewa dan program reformasi tanah yang disertakan dalam Kanun Tanah Pertanian Pembaharuan 1963 menekankan usaha untuk memerangi kemiskinan secara besar-besaran.Beliau menandatangani pemansuhan tersebut pada 8 Ogos 1963. Tujunnya adalah untuk menghapuskan perhambaan terhadap penewa tanah kepada kebebasan  dan keslamatan petani di tanah milik mereka. Walau bagaimana pun beliau gagal dalam melaksanakan reformasi tanah.[5]
Kesimpulannya, Persiden Macapagal merupakan seorang negarawan ulung Filipina. Beliau telah banyak membawa perubahan sama ada dari segi politik, sosial dan skonomi.Presiden Macapagal tidak dapat melakukan beberapa dasar ekonomi kerana mendapat bantahan dan penentangan daripada Parti Nasionalis di bawah pimpinan Ferdinand Marcos yang telah menguasai Dewan Perwakilan dan Senat dalam Parlimen Filipina. Namun demikian, pertumbuhan ekonomi telah meningkat sebanyak 5.157% semasa pemerintahan Macapagal.[6]


[1] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),410.
[2] Ibid,411.
[3] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),411.
[4] [iv]“Sumbangan Tokoh iaitu Macapagal dan Phibun Songkram”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,151.
[5] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,375.
[6] Ibid,411.

FOKUS STPM P3 2016 3.Huraikan perubahan-perubahan pentadbiran yang berlaku di Negeri-Negeri Melayu pada tahun 1874 hingga 1896. [20]

FOKUS STPM P3 2016 3.Huraikan perubahan-perubahan pentadbiran yang berlaku di Negeri-Negeri Melayu pada tahun 1874 hingga 1896. [20]
Campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu telah mengubah sistem pentadbiran tempatan kepada sistem pentadbiran Barat. Antara perubahan pentadbiran yang berlaku ialah Sistem Residen yang diperkenalkan di Negeri-Negeri Melayu bertitik tolak dari Perjanjian Pangkor di Perak pada tahun 1874, diikuti Selangor 1875, Negeri Sembilan 1895 dan Pahang 1888. Selepas itu diperkenalkan pula Persekutuan 1896 yang mengabungkan Neger-Negeri Melayu seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di bawah satu gabungan yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

      Pembaharuan terhadap pentadbiran tempatan telah dilakukan oleh Residen yang menyebabkan raja dan pembesar-pembesar Melayu kehilangan kuasa. Pentadbiran negeri diketuai oleh sultan yang dibantu oleh Residen.Residen menasihati sultan dalam segala hal pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat resam Melayu.
      Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) ditubuhkan untuk membolehkan pegawai-pegawai British berunding  dengan sultan dan pembesar-pembesar tempatan.tentang pentadbiran negeri, penggubalan undang-undang dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan orang Melayu.
      Ahli-ahli Mesyuarat seramai 10 orang iaitu Residen yang berkuasa menamakan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri yang diluluskan oleh gabenor dan dilantik secara rasmi oleh sultan seumur hidup. Majlis Mesyuarat Mesyuarat Negeri akan bersidang sebanyak 7 kali setahun.
      Kuasa Majlis Mesyuarat Negeri pada peringkat awala ialah menasihati sultan. Tetapi kemudiannya bertambah seperti menggubal dan menyusun undang-undang, menjadi Mahkamah Rayuan Tertinggi terutama berkait dengan hukuman mati yang hanya akan mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Negeri, mengurus pencen orang Melayu, perlantikan ketua tempatan dan pegawai-pegawai kerajaan serta menguruskan perubahan cukai.
      Residen paling berkuasa dalam   MMN. Residen akan menyiapkan agenda dan setelah berbincang dengan gabenor. Mereka akan mengusulkan sesuatu undang-undang yang dibincangan dan MMN. Setelah perbahasan dibuat rang undang-undang mesti ditandatangani oleh sultan setelah dipersetujui Gabenor.
      Penubuhan MMN telah menyebabkan sultan hilang kuasa. Walaupun menjadi pengerusi MMN, tetapi sultan tidak mempunyai kuasa penuh dan terpaksa mengikut nasihat Residen. Pentadbiran negeri pula telah dibahagikan kepada beberapa buah daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah. Pegawai Daerah bertugas sebagai pemungut cukai, menjaga perbendaharaan daerah, menjaga dan mengekalkan keamanan, melaksanakan keadilan dan mengawal kesihatan awam.
      Bagi melicinkan pentadbiran daerah beberapa jabatan yang diketuai oleh Pegawai British ditubuhkan. Contohnya Jabatan Kerja Raya, Jabatan Polis dan Jabatan Perubatan. Pegawai daerah bertanggungjawab mengawal jabatan tersebut. Setiap daerah dibahagi kepada mukim yang diketuai oleh penghulu. Penghulu dilantik dari alangan pembesar-pembesar dan anak-anak raja tempatan. Penghulu menerima gaji dari hasil tambahan tempatan. Tugas Penghulu ialah mengutip hasil tanah, menyelesaikan masalah dan keselamatan Mukim. Masalah dalam Mukim diselesaikan oleh Mahkamah Penghulu. Penghulu juga menyimpan kira-kira serta laporan bertulis.
      Tujuan British melantik penghulu daripada kalangan orang Melayu ialah untuk memudahkan mereka menyampaikan dasar kerajaan dan mendapat maklum balas daripada rakyat tempatan.
      Pentadbiran mukim pula telah dibahagikan kepada unit yang lebih kecil iaitu kampung yang diketuai oleh Ketua Kampung. Ketua Kampung dilantik dari kalangan orang yang berpengaruh dan dihormati oleh masyarakat. Kapitan Cina juga dilantik untuk melindungi dan menjaga orang Cina. Pentadbiran di peringkat bandar juga dibentuk untuk untuk memastikan pembangunan dan kebersihan bandar-bandar di NMB.
      Pada tahun 1890, Lembaga Kesihatan telah ditubuhkan untuk menyelia dan mentadbir bandar Kuala Lumpur. Ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai British seperti Jurutera Jabatan Kerja Raya, Ketua Polis daerah dan individu yang dilantik oleh Residen. Tugas Lembaga Kesihatan ialah mengeluarkan lesen peniaga dan penjaja, menjaga kebersihan bandar dan meluluskan pelan pembangunan.
     
      Menurut Perjanjian Persekutuan 1896, empat buah Negeri-Negeri Melayu iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan menjadi Negeri Melayu Bersekutu (NMB) dengan pusat pentadbiran di Kuala Lumpur.Persekutuan telah mengukuhkan lagi pentadbiran British di Negeri-Negeri Melayu apabla kuasa raja masih tidak dapat dikukuhkan.
      NMB ditadbir oleh Residen Jeneralyang bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi atau Gabenor Negeri-Negeri Selat. Sulta dikehendaki mengikut nasihat dalam semua hal kecuali yang berkaitan dengan agama Islam. Residen Jeneral beribu pejabat di Kuala Lumpur.
      Jawatan Residen masih dikekalkan tetapi mereka tidak boleh bertindak sesuka hatidan mesti melaksanakan arahan Residen Jeneral.
      Sultan masih berkuasa di negeri masing-masing dan bersetuju memberi bantuan kepada negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat Residen Jeneral. Sultan akan menggangotai Majlis Persidangan Raja-Raja atau DURBAR yang berperanan membincangkan perkara-perkara untuk kepentingan bersama. DURBAR dianggotai oleh empat orang Raja-Raja Melayu, Empat Orang Residen British, Pesuruhjaya Tinggi dan Ketua Setiausaha.
      Melalui DURBR Sultan Idris telah membuat teguran dan mencadangkan supaya dentralisasi dilaksanakan kerana pemusatan kuasa yang berlebihan oleh Persekutuan.
      MMN akan menjalankan tugas seperti biasa tetapiperkara yang berkaitan anggaran belanjawan tahunan dan draf undang-undang diserahkan kepada Gabenor melalui Residen Jeneral untuk disahkan.
      Jabatan Persekutuan telah ditubuhkan di Kuala Lumpur dan ketua-ketuanya berperanan untuk memberi arahan dan menyelaraskan tugas-tugas di keempat-empat buah negeri. Ketua Persekutuan bertanggungjawab kepada Residen Jeneral.
      Jabatan-jabatan yang ditubuhkan seperti Jabatan Kehakiman, Polis, Suruhanjaya Tanah dan Galian, Nazir-Nazir Sekolah, Ketua Akauntan dan Ketua Juru ukur .
      Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) 1909 ditubuhkan untuk menggantikan DURBAR akibat bantahan Raja-Raja Melayu. MMP sepatutnya berfungsi sebagai badan penasihat kepada sultan. Tetapi sultan hanya menjadi ahli biasa dan tidak mempunyai kuasa mempengerusikan mesyuarat MMP ataupun membatalkan usul-usul yang dibentangkan.
      MMP mempunyai kuasa melebihi had dan MMN  hanya berfungsi dalam perkara yang berhubung dengan adat-istiadat dan agama Islam sahaja.MMP gagal mengembalikan kuasa sebenar kepada sultan dan kuasa dipusatkan kepada Pesuruhjaya Tinggi. Oleh itu desakan semakin kuat agar dasar desentralisasi atau pengagihan kuasa dilaksanakan secepat mungkin.
      Kesimpulannya,perubahan-perubahan pentadbiran yang berlaku telah mengukuhkan lagi kedudukan British di Negeri-Negeri Melayu. Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri semakin diketepikan terutama dengan pengenalan Negeri Melayu Bersekutu yang akhirnya membawa desakan sultan agar kuasa mereka dikembalikan melalui dasar pengagihan kuasa