Sabtu, 14 November 2015

SOALAN 5 PERBEZAAN TANGGAPAN TERHADAP ISU PERDAGANGAN ANTARA CHINA DAN KUASA BARAT TELAH MENIMBULKAN PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN DI CHINA. BINCANGKAN PERNYATAN DI ATAS.

PENGENALAN

Perang Candu juga dikenali sebagai Perang Anglo-China merupakan kemuncak pertelingkahan perdagangan yang tercetus antara China di bawah pemerintahan kerajaan Manchu untuk menghalang British memasuki China dengan mengenakan pelbagai sekatan terutamanya menerusi Dikri Lapan Peraturan. Pelbagai isu atau faktor telah menimbulkan pertembungan antara kedua pihak antaranya isu perdagangan. Walaubagaimanapun terdapat juga isu-isu lain seperti perselisihan hubungan diplomatik, isu candu, perbezaaan sistem kehakiman atau perundangan turut menyebabkan penentangan masyarakat tempatan terhadap barat berlaku.  Di China dua siri peperangan telah berjaya menyebabkan barat campur tangan di China. Beberapa masalah telah berlaku antara China dan Barat menyebabkan Perang Candu I meletus pada 1839-1842 dan Perang Candu II berlaku pada 1856-1860.

FAKTOR-FAKTOR PERANG CANDU 1 DI CHINA
1.      Masalah perdagangan
   Kawalan ketat ke atas perdagangan aing oleh orang Cina adalah berpunca daripada konsep perdagangan yang berbeza. Kerajaan China tidak berminat untuk menjalinkan hubungan perdagangan dengan mana-mana negara barat kerana China lebih mementingkan ekonomi sara diri. Sebagai sebuah negara pertanian, perdagangan dengan negara barat tiadak perlu kerana China dapat membekalkan sendiri keperluan negara. Tambahan pula perdagangan mengikut masayarakat China dianggap sebagai satu kegiatan yang hina dan dipandang rendah.Akibatnya Maharaja Chien Lung telah mengeluarkan satu dekri pada 1757 bagi menghadkan hubungannya dengan orang-orang barat terutama dari segi perdagangan. Kawalan yang ketat dikenakan ke atas pedagang-pedagang barat di Canton. Pada tahun 1835 sekali lagi Kerajaan Manchu telah mengenalkan undang-undang baru yang dikenali sebagai ‘Lapan Peraturan’ bagi melarang saudagar-saudagar barat berdagang di China.
  
Bagi orang-orang barat pula mengamalkan konsep perdagangan yang berbeza dengan China. Mereka mengamalkan perdagangan bebas atau laissez faire. Bagi Inggeris perdagangan antarabangsa sangat penting dan masyarakat pedagang dipandang tinggi. Inggeris perlu kepada perdagangan untuk mendapatkan bahan mentah untuk kilang dan pasaran barang keluaran kialng mereka. Inggeris memerlukan teh dan sutera dari China kerana ia mendapat permintaan yang tinggi di Britain.  Perdagangan dengan China penting tetapi China mengamalkan dasar isolasi.Sekatan-sekatan yang dibuat oleh China menyukarkan Inggeris dan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pedagang tambahan cohong selalu melakukan penyelewengan dan penyalah gunaan kuasa melibatkan orang asing. Dengan kedudukan istemewa cohong telah  mengenakan cukai yang tinggi, rasuah dan berhutang dengan pedagang asing. Rundingan-rundingan melalui utusan juga gagal dan akhirnya memaksa Inggeris melancarkan peperanggan.

2.      Kegagalan hubungan diplomatic

Orang-orang Cina menganggap negara mereka sebagai pusat tamadun dunia (middle kingdom). Mereka menganggap semua orang asing sebagai orang gasar atau barbarian dan negara-negara asing dianggap sebagai kurang bertamadun dan patut tunduk kepada kedaulatan negeri China. Maharaja China dianggap sebagai son of heaven yang diberi mandat memerintah. Semua duta asing dianggap sebagai pembawa ufti yang mesti melakukan kowtow di depan maharaja. Penghantaran ufti dan amalan kowtow oleh pembawa ufti asing dianggap oleh China sebagai tanda pengiktirafan serta ketuanan China. Negara China juga menganggap kuasa-kuasa barat perlu menerima China sebagai kuasa ketuanan dan patut disanjung tinggi.
   Bagi kuasa barat konsep dan sikap ini tidak dapat diterima. Bagi mereka hubungan diplomatic di antara negara-negara patut dijalankan atas konsep persamaan taraf. Dasar ini dijalankan di Eropah akibat perkembangan aliran politik baru iaitu sosialisme, demokrasi dan liberalisme. Malangnya ia tidak dapat diterima oleh rakyat China kerana dianggap akan meruntuhkan keagungan peradaban mereka. Walau apapun tindakan Kerajaan Manchu Inggeris tetap menghantar utusan untuk mewujudkan hubungan diplomatic atas konsep persamaan taraf.  Beberapa utusan telah dihantar ke China antara tahun 1793-1816 namun gagal mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dari China.
a)      1793 King George 111 telah menghantar George Ma Cartney ke Peking untuk berunding
dengan Maharaja Chien Lung mengenai perdagangan dan hubungan diplomatic. Walaupun disambut baik tetapi rundingan gagal kerana masalah adat. Setiba di Peking beliau enggan melakukan kowtow kerana dianggap asing dan bertentangan dengan kebudayaan negaranya. Beliau juga tidak dapat menerima hakikat bahawa utusan dan hadiah dianggap sebagai tanda tunduk kepada Kerajaan Manchu. Sikapnya menimbulkan kemarahan Maharaja Chien Lung dan menolak perwakilan Mac Cartney.

b)  Pada tahun 1816, Lord Amherst telah dihantar ke Peking. Robongannya terus belayar ke
Tientsin tanpa singgah di Canton. Utusan ini juga mengalami kegagalan kerana kengganan melakukan kowtow. Beliau juga dikatakan telah melanggar peraturan yang melarang orang asing berhubung terus dengan pegawai-pegawai kerajaan China sedangkan mereka perlu berhubung melalui Cohong di pelabuhan Canton.

c)Lord William John Napier telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Perdagangan Inggeris di Canton
pada tahun 1834 untuk menjaga kepentingan pedagang-pedagang dan ditugaskan juga untuk mewujudkan hubungan diplomatic atas konsep persamaan taraf. Beliau telah ditolak kerana tidak mengemukakan ‘surat ping’ iaitu surat kebenaran dari Cohong untuk berjumpa Gabenor Jeneral Canton. Akibatnya beliau terpaksa berundur ke Macao dan meninggal pada Oktober 1834.

d) Sekali lagi Inggeris telah melantik
Charles  Elliot bagi mengantikan Napier pada 1839 dan beliau juga gagal. Kegagalannya menjalin hubungan secara langsung dengan pegawai-pegawai China telah menjadikan hubungan antara Inggeris dan China bertambah runcing. Akibatnya pihak Inggeris membuat keputusan untuk menggunakan kekerasan ke atas China iaitu melalui peperangan.

3.      Masalah perundangan
Perbezaan sistem perundangan juga menyulitkan lagi keadaan. Dalam sistem perundangan China, tidak wujud Badan Penasihat Undang-Undang sebagaimana yang diamalkan di barat dan kehakiman tertakluk kepada kuasa kerajaan semata-mata. Mengikut sistem keadilan China ‘ seseorang yang dituduh melakukan jenayah adalah dianggap salah sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan’. Kerajaan China juga menjatuhkan hukuman berdasarkan ‘Doktrin Tanggung jawab Berkumpulan’. Mengikut doktrin ini jika terdapat individu  yang melakukan kesalahan tidak dapat dikesan, ahli kumpulan bertanggungjawab untuk menggantikan dengan orang lain.  Undang-Undang China juga menuntut nyawa dibalas nyawa. Lazimnya hukuman yang dikenakan kepada orang asing ialah cekik sampai mati.
  
Undang-undang barat pula menekankan konsep Tanggungjawab Individu dan seseorang yang dituduh melakukan kesalahan akan dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Masalah berlaku apabila beberapa kes atau kejadian melibatkan orang-orang Inggeris. Contohnya peristiwa Lady Hughes pada  4 November 1784. Di mana kapal tersebut telah melakukan tembakan pengormatan apabila memasuki pelabuhan Whampoa malangnya tembakan tersebut secara tidak sengaja telah menyebabkan kematian dua orang Cina dan seorang cedera. Pihak berkuasa Canton meminta supaya anak kapal terlibat diserahkan dan dibicarakan mengikut undang-undang China jika enggan mereka akan menyerang kilang Inggeris dan memutuskan hubungan perdagangan. Anak kapal tersebut terpaksa diserahkan kepada kerajaan Manchu dan telah dicekik sampai mati. Pada tahun 1821 berlaku pula Peristiwa Terranova. Ia adalah bangsa Itali yang bekerja di atas kapal Amerika bernama Emily. Beliau dituduh menyebabkan kematian dua orang wanita Cina. Demi memelihara hubungan perdagangan beliau diserahkan kepada Kerajaan China dan ia juga dicekik sampai mati. Peristiwa seterusnya yang mencetuskan ketegangan ialah Peristiwa Lin Wei His yang telah dipukul hingga mati oleh anak-anak kapal Inggeris yang mabuk dan bergaduh di Kowloon. Inggeris enggan menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa China dan dibicarakan mengikut undang-undang barat.  China pula mendesak supaya mereka diserahkan kepada China untuk diadili. Keengganan Inggeris telah mencetuskan ketegangan antara dua pihak dan akhirnya membawa kepada perang.
4.      Masalah candu
               Oleh kerana penolakan hubungan perdagangan dan sekatan-sekatan yang dikenakan menyebabkan hubungan per dagangan satu hala yang menyebabkan kerugian kepada Inggeris.Inggeris terpaksa mengelurkan perbelanjaan yang lebih untuk membeli teh dan sutera. Tambahan pula Inggeris hanya dibenarkan menggunakan wang emas dan perak untuk berdagang. Untuk mengimbangi aliran keluar wang ke China dengan banyak Inggeris telah membawa masuk candu dengan banyak secara haram dari India dan Turki. Candu kemudian menjadi barang kegemaran masyarakat China. Pada tahun 1839 dianggarkan sebanyak 4 juta rakyat China menghisap candu. Bagi British perdagangan candu telah membawa keuntungan yang besar. Pada tahun 1832 SHTI telah mengaut keuntungan sebanyak 10 juta rupee dan pada 1838 menjadi 30 juta rupee.
           
Perdagangan candu menyebabkan aliran wang keluar China tidak dapat mengimbani perdagangannya dengan barat. Pada tahun 1838 dan 1839 nilai wang perak yang dialirkan keluar berjumlah 37.9 juta paund.  Kemasukan candu juga menyebabkan masalah kesihatan dan sosial. Berbagai usaha dijalankan untuk menghalang perdagangan ini contohnya 2 Jun 1838 Maharaja Tao Kuang telah mengharamkan perdagangan candu dan hukuman berat akan dikenakan kepada siapa yang melanggar arahan. Lin Tze Hsu Pesuruhjaya Tinggi di Canton pula telah dilantik untuk menghapuskan candu. Antaranya beliau telah merampas dan memusnahkan candu pada 3 Jun 1839 di Hu Men dan saudagar-saudagar asing diminta menandatangani surat untuk tidak berdagang candu di China. Kapten Charles Elliat selaku Ketua Penguasa Perdagangan Inggeris tidak bersetuju dan telah membawa Lord Palmerstone untuk menuntut ganti rugi dari Kerajaan China terhadap candu yang dimusnahkan tetapi gagal. Hubungan semakin runcing apabila Lin telah mengenakan larangan penjualan makanan dan keperluan lain kepada Inggeris di Macao dan meminta bantuan Perancis mengusir Ingeris. Ogos 1839 orang-orang Inggeris meninggalkan Macao dan berpindah ke Hong Kong. Kedegilan keduanya akhirnya menyebabkan peperangan tidak dapat dielakkan.

               KESIMPULAN
   Peperangan telah menyebabkan China kalah ditangan British. Kekalahan China menyebabkan mereka terpaksa menandatangani Perjanjian Nangking yang menyebabkan Inggeris dapat memulakan langkah  di China dan  menyebabkan maruah China sebagai negara yang bertamadun tinggi jatuh seterusnya terpaksa membuka negaranya kepada perdagangan barat dan menamatkan dasar isolasi secara terpaksa.
sumber-SKEMA PP P1 PAHANG

Rabu, 11 November 2015

SOALAN 4 SEJAUH MANAKAH IDEA YANG DISUMBANGKAN OLEH ADAM SMITH TELAH MEMBERI KESAN YANG BESAR KEPADA EKONOMI PADA ABAD KE-18 HINGGA KE 19.

PENGENALAN
Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah dari Scotland. Beliau terkenal kerana pengaruh bukunya The Wealth of Nation dan dianggap sebagai Bapa Ekonomi moden. Dilahirkan di Kirkcaldy, Fife, Scotland. Beliau mendapat pendidikan di Burgh School of Kirkcaldy dan seterusnya  di Universiti Glasgow dan mempelajari bidang falsafah moral seterusnya  pada tahun 1740 memasuki Kolej Balliol, Universersiti of Glasgow. Beliau memegang jawatan sebagai Reaktor Universiti Glasgow dari tahun 1787 hingga 1789. Beliau meninggal dunia pada 17 Julai 1790. Adam Smith merupakan seorang tokoh terkenal dalam zaman pencerahan terutamanya dalam bidang ekonomi moden apabila beliau mengasaskan displin ekonomi moden, polisi merkantalisme, monopoli negara, memperkenakan kerajaan berasaskan pasaran bebas dan menekankan kepentingan buruh/pengkhususan pekerjaan.

Sumbangan Adam Smith kepada pemikiran ekonomi di Eropah.
Beliau berpendapat tiada siapa yang menjalankan perdagangan jika mereka menjangkakan akan mengalami kerugian. Faedah perdagangan perlu dinikmati oleh kedua-dua pihak. Kekayaan sesebuah negara bukan dalam kuantiti emas dan perak dalam bilik kebal, tetapi bergantung kepada jumlah pengeluaran dan perdagangan. Adam Smith mempunyai pemahaman dan pandangan yang radikal tentang bagaimana masyarakat manusia bekerja. Beliau menyedari bahawa keharmonian sosial akan muncul secara semula jadi apabila manusia berusaha mencari jalan untuk tinggal dan bekerja bersama.

Adam Smith menerbitkan buku yang bertajuk The Theory of Moral Sentiments atau Teori Sentimen Moral. Antara yang dibincangkan dalam karyanya tentang kesedaran terhasil daripada perhubungan sosial. Beliau mengemukakan Teori Simpati yang menerangkan bagaimana pemerhatian terhadap orang lain yang menyebabkan seseorang menyedari tentang diri dan kelakuan sendiri.

 Adam Smith menulis buku Wealth of Nations yang mempengaruhi ahli-ahli politik pada zamannya dan menjadi asas intelektual pada zaman kegemilangan abad ke 19. Buku ini juga telah membuka dimensi baru dalam displin ekonomi moden.  Memperkenalkan  teori ekonomi  yang sistematik  yang menentang teori lama ekonomi perdagangan yang menekankan perlunya negara memiliki jongkong emas. Beliau juga menolak pandangan golongan physiokrat  yang menyatakan tanah adalah sumber utama. Beliau juga berpendapat  bahawa pasaran bebas bergerak menurut mekanisme secara automatik, di mana pengeluar akan mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh masyarakat dan permintaan terhadap  barang tersebut akan meningkat. Beliau juga menyatakan bahawa campur tangan pemerintah akan menjejaskan kecekapan ekonomi dan akhirnya akan menaikkan harga. Konsep ini kemudiannya dikenali dengan istilah laissez faire. Doktrin laissez faire dikembangkan oleh Adam Smith di England dengan menubuhkan institusi yang dikenali sebagai School of Political Economy.

Adam Smith menekankan pentingnya meritokrasi. Meritokrasi mendorong masyarakat agar selalu memperbaiki dirinya sendiri dan mewujudkan pengkhususan dan kecekapan dalam ekonomi. Beliau percaya bahawa pembahagian kerja adalah titik permulaan dari teori pertumbuhan ekonomi.  Dengan adanya pembahagian kerja, maka  berlaku peningkatan produktiviti tenaga kerja, yang akhirnya meningkatkan keterampilan pekerja, menjimatkan waktu dalam pengeluaran barang dan penemuanyang menjimatkan tenaga kerja.

Adam Smith menekankan bahawa proses  pengumpulan modal harus dilakukan lebih dahulu daripada pembahagian kerja.  Pengumpulan modal merupakan syarat utama terjadinya  proses pembangunan ekonomi. Modal diperolehi daripada tuan tanah atau bangsawan. Para pengusaha atau kapitalis akan mengembangkan modal daripada tuan tanah atau bangsawan. Modal akan digunakan untuk perdagangan.

Adam Smith menyatakan prose pertumbuhan ekonomi bersifat kumulatif. Ini bermakna apabila wujud kemakmuran kesan dari kemajuan dalam bidang pertanian, industri pengeluaran dan perniagaan  akan menarik pelaburan modal, kemajuan teknologi, meningkatkan jumlah penduduk, perluasan pasaran, pembahagian kerja dan peningkatan keuntungan secara berterusan. Idea beliau menjadi reality apabila lebihan barangan kapas di Mancester  dipasarkan ke India menjelang awal abad ke 19.

Kesimpulan
Adam Smith percaya bahawa kerajaan cuma mempunyai tiga fungsi utama iaitu melindungi rakyat daripada penaklukan tentera, melindungi warganegara daripada ketidakadilan dan menyediakan kemudahan seperti jalanraya dan sebagainya yang tidak boleh disediakan oleh individu.  Jelas Adam Smith telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan sistem ekonomi moden hingga ke hari ini apabila idea-iea ekonomi baru yang diperkenalkan telah memberi kesan besar terhadap perkembangan ekonomi moden.
SUMBE-SKEMA PP P1 PAHANG













SOALAN 3 HURAIKAN SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI NEGARA JEPUN PADA ABAD KE-16

PENGENALAN
Sistem ekonomi bercorak feudal masih diamalkan secara meluas di  Jepun pada abad ke 16. Sistem ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi golongan pemerintah di negara tersebut.Feudalisme lahir kerana keperluan golongan lemah mendapatkan perlindungan daripaada golongan kuat.Kedudukan geografi Jepun yg mempunyai banyak kepulauan menyukarkan maharaja Cina mengawal tuan-tuan tanah yang dikenali sebagai Daimyo.Oleh itu Jepun menjalankan dasar tutup pintu.Seterusnya mengawal ekonomi Jepun.Ekonomi Feudalisme yang diamalkan ialah pertanian, perindustrian, atau perusahaan tempatan,perikanan, perlombongan dan perdagangan.

SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI JEPUN ABAD KE 16
PERTANIAN
           Sepanjang  abad ke-16 Jepun di perintah oleh tiga orang shogun iaitu  Kesyogunan Ashikaga(1490-1573) Kesyogunan Nobunaga (1573-1582), dan Kesyogunan Hideyoshi(1582-1598).  Semasa pemerintahan Ashikaga kegiatan pertanian mengalami perkembangan yang sangat pesat. Dalam bidang pertanian penanaman dua tanaman setiap tahun mula dilaksanakan.  Selepas penanaman padi petani-petani menanam tanaman seperti gandum dan barli. Penanaman padi dan memelihara ulat sutera ialah    pekerjaan di kawasan luar bandar. Sungguhpun barli dan gandum ada ditanam di kws tanah tinggi dan biasanya menjadi tanaman yang kedua selepas padi.  Sistem pengairan secara semulajadi digunakan dalam kaedah penanaman padi iaitu air dibawa terus dari sungai atau anak sungai.

Semasa era pemerintahan Tokugawa, Jepun dikatakan Jepun dikatakan sebagai ekonomi beras. Hasil pendapatan daimyo dan samurai diukur mengikut banyak beras yang dimiliki dan bukannya mata wang. G.B Samson menyatakan bahawa kekayaan diukur mengikut banyak beras yang  dimiliki dan bukannya mata wang. Petani dianggap sebagai jentera untuk menghasilkan beras bagi mengisi perut golongan samurai.Tanaman teh juga penting dalam ekonomi Jepun.  Ladang-ladang di negara Jepun kecil dan kegiatan pertanian   secara padat dijalankan berbanding negara China. Mereka menggunakan hampas dan bahan buangan tanaman untuk menyuburkan tanah.

PERIKANAN
Kegiatan perikanan juga penting. Ikan menjadi  sumber protin utama masyarakat Jepun.  Persimpangan Arus Hitam yang panas dengan  Arus Kamachatka yang sejuk berhampiran pantai Jepun menyediakan tempat perikanan yang baik. Oleh itu, perusahaan menangkap ikan menjadi salah satu pekerjaan utama kepada penduduk Jepun. Aktiviti ini telah lama menjadi sumber pendapatan dan merupakan sumber penting dalam diet harian masyarakat




PERLOMBONGAN
Kegiatan perlombongan turut berkembang pesat dengan pertambahan pengeluaran emas, perak dan tembaga. Semasa pemerintahan Oda Nobuga pengeluaran emas, perak dan tembaga bertambah untuk perdagangan. Perkembangan perindustrian telah membawa kepada perkembangan bandar di hujung timur laut Inland yang dikenali sebagai Osaka. Sehingga penghujung abad ke-16, Osaka menjadi bandar bebas di luar domain bangsawan feudal dan hanya dikuasai oelh pedagang tempatan dan istana kuil.

PERUSAHAAN TEMPATAN
Selepas petani, terdapat golongan tukang-tukang termasuk ahli seni (lukisan dan sbgnya) yang sememangnya tukang yang terbaik. Perusahaan ditubuhkan mengikut kesatuan peniaga Jepun sebagaimana juga di negara-negara lain. Namun, kesatuan peniaga di Jepun tidak mengembangkan kuasa seperti yang dijalankan oleh kesatuan peniaga China.  Orang-orang perseorangan mempunyai kualiti pertukangan yang tinggi dan terbaik dalam bidang seni. Biasanya golongan veteran yang memiliki  kemahiran tinggi.

PERDAGANGAN
Saudagar(Chonin) mengembara secara bebas di seluruh Jepun untuk menjalankan kegiatan perniagaan mereka. Perdagangan berkembang pesat apabila penggunaan syiling tembaga dengan meluas di seluruh negara. Nobunaga memainkan peranan penting dalam perkembangan perdagangan. Beliau telah memecahkan pemerintahan Hideyoshi yang menggantikan Oda Nobunaga telah menggalakkan lagi aktiviti     perdagangan. Beliau telah menambahkan pengeluran emas, perak, tembaga untuk memudahkan percetakan syiling-syiling ini (emas, perak, dan tembaga) bagi  meningkatkan perdagangan. Beliau telah memperkenalkan pendaftaran tanah  baru untuk memudahkan pemungutan cukai. Beliau juga memperkenalkan sistem cukai tanah yang teratur berasaskan pendaftaran tanah. Namun Jepun berjaya memberi sumbangan ke arah pertumbuhan ekonomi pada zaman pemerintahan Sengoku Jidai. Orang Jepun mengimport barang tropika dari China termasuk sutera, porcelin, buku, manuskrip, lukisan dan barangan tembaga. Jepun juga mengeksport sejumlah barangan siap ke China dan negara-negara lain. Antara barangan utama termasuklah pedang, kipas berlipat dan pemidang. Kipas berlipat dan pemidang mendapat permintaan tinggi di China.  Tambahan pula pedang buatan Jepun yang melengkung dan di perbuat dari besi keluli yang bersadur dikatakan lebih baik buatannya daripada pedang  damaskus atau toledo dan mendapat permintaan tinggi serta dieksport dalam jumlah yang besar. Pada abad ke 16, pedagang Eropah mendapati bahawa laut telah dikuasai oelh pedagang Jepun berbanding China. Pada masa yang sama, Jepun telah mengistiharkan diri mereka sebagai pedagang dan penjelajah di bandar-bandar seluruh Asia Tenggara.

Hubungan perdagangan juga dijalankan dengan Portugal pada abad ke-16. Menjelang tahun 1550, ramai pedagang Portugal telah memasuki Jepun dan menjalankan aktiviti perdagangan. Pada masa yang sama Jepun mula menerima teknologi barat seperti teknologi kapal, teknik perang, persenjataan seperti senapang dan meriam, kesenian dan penyebaran agama Islam. Pemerintahan Hideyoshi turut memberi keistemewaan kepada William Adams, seorang rakyat British yang mempunyai kepakaran dalam bidang perkapalan. Hideyoshi turut mengutamakan pembinaan senjata seperti senapang dan meriam dalam persaingan politiknya dan sedang berlangsung di kalangan daimyo.


Kesimpulan
            sistem ekonomi feudal di Jepun, didominasi oleh bidang pertanian kerana beras merupakan sumber utama jepun.namun keadaan ini berubah pada tahun 1868 apabila pemerintahan Shogun tokogawa berakhir dan digantikan dengan maharaja Meiji. Meiji telah menjalankan dasar permodenan yang membawa satu era baru dalam perkembangan ekonomi jepun seterusnya beralih kepada negara industri.
SUMBER-SKEMA PPP1 PAHANG






SOALAN 2 BINCANGKAN SISTEM PEMERINTAHAN PERSEKUTUAN AMERIKA SYARIKAT PADA ABAD KE 18 HINGGA 19

PENGENALAN
 Persekutuan merupakan gabungan beberapa wilayah atau negeri di bawah satu perlembagaan pusat.  Sistem persekutuan adalah satu sistem pemerintahan yang mengandungi  dua   kerajaan iaitu kerajaan pusat dan negeri yang mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara tertentu. Persekutuan Amerika dibentuk paa 4 Julai 1776.  Apabila Kongres meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan di Philadelphia. Amerika Syarikat mengamalkan sistem Demokrasi Berperwakilan.  Di bawah perlembagaan ini sebuah kerajaan persekutuan akan diwujudkan,   Kerajaan pusat menguasai perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri, pertahanan, cukai dan mata wang,  Hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa negeri masing-masing dan   Pentadbiran kerajaan akan dibahagi kepada eksekutif, perundangan dan kehakiman.                   

ISI

PILIHANRAYA

1.      PERLEMBAGAAN NEGARA

Pada Julai 1776, kongres yang bersidang di Philadelphia telah meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson. Melalui pengisytiharan ini, 13 koloni telah digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang merdeka. Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh tentera Britian seperti di Saratoge (1777) dan Yorktown (1781). Pada tahun 1783, perang telah ditamatkan melalui Perjanjian Versailles iaitu Britian mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat dan menyerahkan kesemua 13 tanah jajahannya dan bermulalah proses kewujudan Amerika sebagai sebuah negara Persekutuan

Amerika merupakan satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan pemerintahan bercorak Presiden-Kongres. Sistem pemerintahan Amerika turut mengamalkan pengasingan kuasa dengan tujuan untuk mengawal dan menyeimbang tiga cabang kuasa iaitu  legislative, eksekutif dan kehakiman supaya kuasa sebenar pemerintah negara tidak tertumpu pada satu badan atau individu tertentu sahaja. Tugas setiap badan digalurkan secara terperinci di dalam perlembagaan yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa.  Konsep pengasingan kuasa ini bertujuan menjamin hak dan kebebasan, keadilan dan untuk mempertahankan system demokrasi. Oleh kerana Amerika pernah berada di bawah Britain  yang mengamalkan pemerintahan beraja dan kuasa mutlak, maka Bapa-bapa Kemerdekaan Amerika seperti Benjamin Franklin, George Washington, John Adams, Alexander hailton, James Madison dan George Mason yang menggubal perlembagaan ini iaitu Undang-Undang Hak (Bill of Rights) memastikan tidak ada peluang yang wujud bagi memungkinkan pemerintahan dictator dalam politik dan pemerintahan negara. Antaranya ialah memberi kebebasan beragama, kebebasan bersuara dan kebebasan berakhbar. Menurut perlembagaan kerajaan pusat menguasai perkara-perkara yang penting seperti dasar-dasar luar negeri, pertahanan, cukai dan mata wang. Manakala hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing. 

Perlembagaan Persekutuan juga membenarkan kerajaan negeri menggubal undang-undang berkaitan adat dan undang-undang tempatan.

STRUKTUR KERAJAAN PERSEKUTUAN

                     Struktur kerajaan persekutuan Amerika Syarikat terdiri daripada tiga badan utama iaitu Eksekutif, Perudangan dan Kehakiman. Menurut perlembangan Persekutuan Amerika, Badan Eksekutif diterajui oleh Presiden.

         PRESIDEN

 Presiden Amerika Syarikat dipilih untuk tempoh empat tahun. Selepas tamat tempoh perkhidmatan presiden boleh dilantik semula untuk penggal kedua juga selepas empat tahun. Segala urusan pentadbiran negara Amerika dipusatkan kepada Presiden. Dalam hal ini Presiden memegang kuasa yang begitu tinggi dan unggul. Demokrasi perwakilan yang diamalkan oleh Amerika menyaksikan penyerahan kuasa yang banyak ke tangan Presiden. Tempat presiden akan diambilalih oleh Naib Presiden jika beliau meninggal dunia atau meletak jawatan sehingga cukup tempoh untuk diadakan pilihan raya semula. Kuasa seorang Presiden cukup besar termasuk menjadi ketua turus angkatan tentera, merunding perjanjian, menerima duta asing, mencalonkan pegawai tinggi persekutuan termasuk hakim persekutuan, mempunyai kuasa pembatal undang-undang, mentadbir undang-undang persekutuan, mengampun kan orang perseorangan yang bersalah di peringkat persekutuan dan akhir sekali mentadbir kongres dan negara.

                     Kuasa Presiden juga kadang kala mengatasi kuasa Kongres apabila berupaya mengistiharkan peperangan terhadap negara luar, sedangkan tugas ini berada di bawah Kongres. Presiden walau bagaimanapun boleh dipecat jika terlibat rasuah, pengkhianatan atau jenayah besar maka Dewan berhak untuk mendakwa Presiden. Dewan Perwakilan mesti mendapat sokongan 2/3 dalam dakwaan rasmi. Presiden akan didakwa di Dewan Senat dan perbicaraan diketuai oleh Ketua Hakim Mahkamah Agung. Kesimpulannya Presiden mempunyai kuasa yang kuat dalam menjalankan tugasnya meliputi Kabinet-Eksekutif, Pengurusan Rumah Putih dan sebagainya. Bahkan Presiden boleh dikatakan sebagai pusat pentadbiran negara bagi Amerika Syarikat yang meliputi kuasa seperti Yang Di Pertuan Agong dan Perdana Menteri di Malaysia.
        

BADAN PERUNDANGAN(LEGISLATIF)

Badan Perundangan(Legislatif) Amerika dikenali sebagai Kongres. Tugas utama Kongres adalah menggubal undang-undang. Kongres terdiri daripada Dewan Rakyat(Perwakilan) dan Dewan Senat. Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Senat dipilih oleh rakyat. Tiap-tiap negeri akan memilih dua ahli bagi Dewan Senat. Tiap-tiap negeri juga memilih ahli Dewan Rakyat mengikut jumlah penduduknya. Kongres pada dasarnya mempunyai kuasa yang kuat dalam politik Amerika. Dewan Perwakilan (House of Representative) mempunyai 435 ahli dan ianya mengikut saiz dan kapasiti penduduk sesebuah negeri Amerika. Setiap ahlinya dipilih  untuk mewakili 30 000 orang rakyat bagi tiap-tiap dua tahun. Bagi mereka yang berjaya akan mendapat keistemewaan seperti tidak boleh didakwa di mahkamah serta tidak boleh menjadi saksi atau juri bagi apa juga kes di mahkamah. Dewan Perwakilan empat kali lebih besar dari Dewan Senat. Anggota dewan berhak untuk membawa sebarang usul ke Kongres, berkuasa menggubal undang-undang biasa, meminda perlembagaan dan memberi kebenaran kepada sebuah negeri baharu yang mahu menyertai persekutuan. Dewan ini turut berkuasa menentukan Presiden jika timbul kekurangan majoriti undi calon Presiden dalam pilihanraya. Dewan Perwakilan mempunyai peraturan sendiri iaitu Jawatankuasa Peraturan Dewan atau House Rules Committee.
        
Ahli Dewan Senat dipanggil Senator. Ahli-ahlinya berjumlah 100 orang iaitu kira-kira dua orang bagi setiap negeri. Senator akan berkhidmat selama 6 tahun. Mereka yang dipilih akan berkhidmat selama enam tahun dan mestilah berumur 30 tahun serta bermastautin di kawasan yang diwakili dan menjadi warganegara sekurang-kurangnya sembilan tahun. Dewan Senat diketuai oleh Timbalan Presiden Amerika. Dewan Senat         mempunyai kuasa pemutus undang-undang kewangan dan berupaya untuk menolak atau pun menerima rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan perwakilan. Dewan ini turut berperanan dalam pemilihan Presiden yang mana pengesahan Dewan Senat diperlukan untuk tujuan tersebut. Sekalipun kedua-kedua Dewan mempunyai perbezaan namun kedua-duanya memainkan peranan yang begitu bermakna dalam pentadbiran Amerika

        
 BADAN KEHAKIMAN

Badan Kehakiman Amerika terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain. Ia merupakan sebuah badan yang bebas. Mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap Presien sekiranya beliau melanggar perlembagaan.  Di Amerika sistemm kehakiman terbahagi kepada dua iaitu Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Negeri. Mahkamah Negeri mempunyai kuasa kehakiman bagi semua kes yang melibatkan undang-undang negeri kecuali terdapat percanggahan antara undang-undang negeri dengan persekutuan. Mahkamah Negeri berfungsi untuk menghakimi perkara yang bersangkutan dengan penetapan hak-hak di bawah perlembagaan negeri. Badan Kehakiman i Amerika mempunyai kuasa untuk mengistiharkan tindakan-tindakan kongres, keputusan presiden, tindakan diplomasi ataupun syarat-syarat perjanjian mahupun dokumen undang-undang di sesetengah perudangan negeri sebagai melanggar Perlembagaan. 
                    

KESIMPULAN
Selepas mencapai kemerdekaan perlembagaan baharu telah digubal bagi 13 buah koloni tanah jajahan pada tahun 1789. Perlembagaan Amerika memperuntukan penubuhan sebuah kerajaan persekutuan. Struktur kerajaan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Eksekutif, Perundangan dan kehakiman. Dalam Pilihanraya pertama George Washington telah dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat. Beliau telah mengambil langkah untuk mewujudkan perpaduan antara negeri-negeri dalam Persekutuan. Dalam usaha menjalankan dasar perluasan kuasa Amerika telah berjaya meluaskan wilayah melalui pembelian, perjanjian dan peperangan. Menjelang aba ke-19 Amerika berkembang menjadi sebuah negara yang terdiri daripada 50 buah negeri. 
SUMBER-SKEMA PP P1 PAHANG

Selasa, 10 November 2015

1.HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN PADA ABAD KE 18 – 19.

PENGENALAN
Revolusi perindustrian di Jerman berlaku pada tahap kedua di Eropah, iaitu berlakunya selepas Revolusi Perindustrian di England. Revolusi di Jerman bermula pada tahun 1860an hingga 1914. Bagi memajukan perindustrian, kerajaan Jerman telah memberikan tumpuan untuk memajukan kemudahan infranstruktur seperti sistem pengangkutan dan komunikasi. Kepesatan dalam bidang industri telah membawa kesan yang besar ke atas masyarakat di Jerman. Perubahan –perubahan yang berlaku telah mengubah ciri masyarakat daripada  feudal kepada masyarakat industri. Antara ciri masyarakat industri di Jerman ialah lahirnya masyarakat urban, muncul kelas masyarakat baru, berlakunya mobiliti sosial, lahir masyarakat berpendidikan, munculnya masyarakat yang mempunyai pengkhususan pekerjaan, masyarakat yang memberikan tumpuan kepada kegiatan ekonomi berasaskan industri, perubahan gaya hidup masyarakat  dan masyarakat yang mempunyai semangat keusahawanan.
 ISI

1.      Masyarakat Urban /Bandar

Masyarakat industri ialah masyarakat yang tinggal di bandar-bandar seperti
London , Manchester, Liverpool dan Munich. Dalam hal ini, selepas berlakunya Revolusi Perindustrian di Eropah, masyarakat luar bandar telah berhijrah secara beramai-ramai ke bandar-bandar dan mereka bekerja di kilang-kilang. Fenomena ini menyebabkan kemunculan proses pembandaran khususnya di bandar-bandar perindustrian. Per kembangan ini menyebabkan berlaku per tambahan penduduk secara mendadak di kawasan-kawasan bandar. Kesannya, penghijrahan secara beramai-ramai telah mengakibatkan kesesakan yang teruk di bandar-bandar industri tersebut.

Revolusi industri telah memberi impak yang cukup besar terhadap pertumbuhan penduduk di Eropah terutama nya England. Populasi penduduk Eropah berkembang pada kadar yang perlahan pada awal kurun ke-18 tetapi mula menunjukkan pertumbuhan yang agak pesat pada tahun 1780. Menjelang kurun ke-18, populasi penduduk Eropah telah meningkat pada kadar tertinggi. England merupakan contoh terbaik bagi melihat pertumbuhan positif penduduk ini kerana pada tahun 1688, jumlah penduduk di England hanyalah 5.5 juta orang tetapi menjelang tahun 1801, populasi penduduk di England bertambah menjadi 9 juta orang dan pada tahun 1851, jumlah ini meningkat lagi menjadi 18 juta orang iaitu peningkatan sekali ganda berbanding 50 tahun sebelumnya.

Industrilisasi dan pertumbuhan penduduk saling memperkukuhkan antara satu sama lain. Bekalan makanan dan peluang pekerjaan yang lebih baik menggalakkan orang untuk berkahwin pada usia yang lebih muda dan memperolehi anak yang ramai. Kadar kelahiran yang tinggi bermakna jumlah kanak-kanak juga ramai dan seterusnya menyumbang kepada bekalan buruh kanak-kanak yang menjadi tenaga penting di lombong-lombong arang batu. Pada kurun ke-19, kanak-kanak yang berusia kurang daripada 15 tahun adalah seramai 40 peratus daripada penduduk seluruh Britain. Pertumbuhan penduduk yang pesat di kawasan-kawasan industri Eropah juga disebabkan oleh proses migrasi yang berlaku. Berjuta-juta orang melakukan migrasi atau perpindahan semasa berkembangnya revolusi industri dengan ada di antara mereka yang berpindah dari kampung ke bandar dengan harapan mencari pekerjaan ataupun mencari kehidupan yang lebih baik.

Sebelum penyatuan Jerman, ¾ daripada penduduk Jerman menetap di bandar. Hanya terdapat  lapan buah bandar dengan penduduk melebihi 100,000 orang pada tahun 1871 tetapi ianya telah meningkat kepada 48 buah bandar pada tahun 1910 dan peningkatan ini telah membantu industri Jerman.

2.      Masyarakat Yang Menggunakan Teknologi Moden

Masyarakat di England dan Jerman merupakan masyarakat yang menggunakan peralatan-peralatan moden  hasil daripada kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Dalam hal ini, terdapat minat yang mendalam untuk menerapkan unsur-unsur sains dan teknologi dalam bidang perindustrian dan hal ini memungkinkan pengenalan beberapa rekaan dan ciptaan peralatan-peralatan moden  seperti mesin-mesin. Penciptaan mesin-mesin ini menyebabkan perkembangan kegiatan perindustrian di mana hasil hasil ini dipatenkan untuk mengelakkan peniruan daripada orang lain.

 Dalam hal ini, pelbagai mesin telah direka oleh ahli sains seperti enjin wap yang dihasilkan daripada penghasilan tenaga wap melalui pembakaran arang batu. Sebagai contoh, enjin berkuasa wap yang dihasilkan oleh Thomas Newcomen dan James Watt. Masyarakat Jerman juga telah menghasilkan pelbagai ciptaan baru dan menjadikannya lebih mudah. Hal ini  telah membantu kelahiran industri berskala besar-besaran kerana ahli kimia Jerman berpendapat teknik boleh dimajukan tanpa batas. Kesannya, syarikat-syarikat kimia dan elektrik  Jerman memonopoli penubuhan makmal-makmal penyelidikan yang dilengkapi dengan ahli-ahli kimia dan fizik di universiti-universiti dan golongan terpelajar inilah yang telah memberikan sumbangan yang besar kepada kemajuan industri Jerman. Dalam hal ini, para saintis Jerman telah mencipta pelbagai peralatan baru dan pekembangan ini membolehkan Jerman memimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik pada akhir abad ke 19.

3.      Masyarakat Yang Berkerja di Kilang-Kilang

Revolusi Perindustrian yang bermula di England juga telah menyebabkan perubahan pekerja dan keadaan  kerja di kilang-kilang di Eropah. Sebelum Revolusi Perindustrian di Eropah kebanyakan golongan bawahan masyarakat Eropah berkerja sebagai petani dan mereka dikongkong oleh tuan tanah. Menjelang Revolusi Perindustrian keadaan ini berubah kerana pada masa itu golongan bawahan yang tertindas kebanyakan bukan berkerja sebagai petani tetapi mereka yang berkerja di kilang-kilang yang pesat dibangunkan ketika itu. Pada kebiasaanya, seorang pekerja kilang berkerja selama 12 jam sehari dan enam jam tiga puluh minit pada setiap hari minggu. Manakala upah yang dibayar kepada pekerja-pekerja ini hanya mencukupi untuk mengisi perut. Keadaan ini membawa kesan yang buruk kepada masyarakat bawahan di Eropah kerana mereka bukan sahaja tidak berpeluang untuk memperbaiki hidup tetapi terus berada dalam keadaan terhimpit dan dibelenggu kemiskinan.

Penindasan terhadap golongan bawahan pada ketika itu adalah amat teruk. Masa berkerja yang terlalu lama dan masa rehat yang singkat menyebabkan kebanyakan pekerja, khususnya kanak-kanak berasa amat letih dan ada yang terjatuh ke dalam mesin lalu terbunuh. Kanak-kanak yang menjadi buruh juga berkerja dalam suasana yang gelap dan berbahaya di dalam lombong arang batu. Tempat tinggal yang disediakan oleh pengusaha kilang kepada pekerja mereka juga adalah amat teruk. Nasib golongan para pekerja kilang ini hanya terbela pada awal tahun 1790. Pada ketika itu kadar penindasan terhadap golongan bawahan mula bekurangan dan pada 1802 Parlimen telah melarang dan mengharamkan penindasan terhadap golongan bawahan. Pada ketika itu juga, mula muncul beberapa majikan dan golongan sosial reformis yang memperjuangkan nasib para kanak-kanak dan buruh-buruh yang ditindas oleh majikan mereka. Mereka mula mempersoalkan tentang nasib golongan yang tertindas dan menuntut piawaian kemanusiaan diwujudkan.

  Dalam memperjuangkan nasib pekerja-pekerja kilang golongan ini juga menggunakaan risalah-risalah kepada masyarkat umum di Eropah bagi menyedarkan mereka tentang penindasan yang berlaku terhadap golongan bawahan. Di samping itu, golongan reformis sosial juga mendesak Parlimen di Eropah agar dapat mewujudkan satu sistem perundangan yang melindungi golongan tertindas khususnya kanak-kanak. Hasil daripada usaha golongan ini, akhirnya mereka berjaya memperbaiki nasib golongan bawahan dan pekerja kilang yang ditindas oleh para pengusaha kilang dan lombong.

 Pencapaian terbesar golongan reformis adalah dengan terbentuknya akta kilang 1833. Akta ini telah menetapkan masa berkerja kanak-kanak yang berusia 9 hingga 13 tahun adalah 8 jam sehari. Dalam pada itu, golongan remaja yang sebelumnya bekerja 14 hingga 18 jam sehari telah dilonggarkan waktu bekerja nya menjadi 13 jam sehari. Peraturan tersebut juga melarang semua kilang-kilang mengambil kanak-kanak yang berusia kurang daripada 9 tahun untuk berkerja. Kanak-kanak dalam lingkungan usia ini akan didaftarkan di sekolah-sekolah rendah yang ditubuhkan oleh pengusaha-pengusaha kilang. Akhirnya usaha perjuangan untuk membela nasib golongan pekerja kilang mula terbela dan secara perahan-lahan penindasan terhadap golongan tersebut mula berkurangan.

4.      Taraf  Hidup Masyarakat Mengikut Kelas

Masyarakat industri  tergolong kepada dua kelas iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja. Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah dan pengusaha lombong. Dalam pada itu, golongan pekerja amat bergantung kepada golongan kapitalis. Dalam hal ini, pada peringkat awal, proses perindustrian membawa kesengsaraan kepada rakyat biasa yang bekerja sebagai buruh di kilang dan selepas berlakunya peningkatan dalam pengeluaran, muncul pula golongan profesionalisme. Perkembangan ini menyebabkan taraf kehidupan golongan pekerja meningkat.

Revolusi Perindustrian di Eropah juga menyaksikan kemunculan golongan baru dalam hierarki masyarakat Eropah. Sebelum Revolusi Perindustrian, masyarakat di Eropah terdiri daripada masyarkat petani tradisional yang meliputi golongan bangsawan dan pemilik tanah, sekumpulan kecil pedagang dan tukang, dan sekumpulan besar golongan petani. Golongan kelas pertengahan baru merupakan kelompok penting dalam strata sosial di Eropah menjelang abad ke-18 dan kemunculan mereka adalah disebabkan oleh perkembangan revolusi industri pada abad berkenaan. Golongan kelas pertengahan baru ini termasuklah pemilik kilang, peniaga, ahli-ahli bank, peguam dan jurutera. Kewujudan mereka ini telah membawa perubahan yang amat besar dalam sistem hierarki di Eropah. Mereka bukan sahaja menyebabkan perubahan dalam masyarakat Eropah tetapi golongan ini juga banyak menyumbang kepada pendapatan ekonomi negara-negara Eropah. Golongan pertengahan ini ber keinginan mencuba idea baru dan bersedia menerima risiko dalam urusan perniagaan baru yang diceburi. Semangat dan keberanian golongan pertengahan ini menjadi salah satu faktor yang menyebabkan bidang industri di Eropah berkembang dengan pesat.

Menjelang abad ke-17 dan ke-18, kemunculan golongan pertengahan atau lebih dikenali sebagai golongan borjuis telah mula mencabar kedudukan golongan aristokrat di Eropah. Golongan borjuis atau menengah pada asalnya terdiri daripada kalangan orang bandar yang bergiat dalam berbagai-bagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan, perniagaan bank, pembuatan, guaman, kedoktoran dan sebagainya. Lama–kelamaan hasil daripada penglibatan dalam pelbagai bidang golongan ini menyebabkan mereka dapat mengumpul kekayaan. Dari segi ekonomi golongan kelas pertengahan ini mula menyaingi kekayaan golongan bangsawan di Eropah. Daripada kekayaan yang mereka perolehi golongan ini telah membeli banyak tanah di kawasan luar bandar. Keadaan ini bukan sahaja memberi saingan ekonomi kepada golongan aristokrat tetapi juga telah mula mencabar kedudukan golongan aristokrat dari segi kuasa politik.

Pada peringkat awal, golongan pertengahan di Eropah tidak mempunyai kuasa dalam bidang politik, tetapi apabila kegiatan perdangangan semakin berkembang, peranan golongan ini menjadi semakin penting. Dasar merkantlisme yang diamalkan oleh kebanyakan negara Eropah selepas abad ke-16 juga menyebabkan peranan dan pengaruh golongan ini semakin berkembang. Pada ketika itu raja-raja di Eropah mula memberi kerjasama kepada golongan borjuis kerana melalui aktiviti yang dijalankan oleh golongan tersebut, raja-raja dapat mengukuhkan dan memperkembangkan ekonomi negara.      Perkembangan ini agak ketara di England, tetapi di negara lain seperti Jerman dan Perancis kedudukan golongan pertengahan masih lagi lemah pada abad ke-16. Di Perancis walaupun pengaruh politik golongan pertengahan masih lemah pada abad ke-16, tetapi dari segi ekonomi pengaruh golongan ini semakin kuat.


5.      Perubahan Sosial Masyarakat Ke Arah  Materialistik dan Masalah Sosial

Sebelum zaman revolusi, masyarakat Eropah merupakan masyarakat yang sangat terikat dengan tradisi kekeluargaan yang kuat dan kebanyakkan mereka tinggal di kawasan luar bandar. Mereka hidup secara ringkas dan seadanya dan tidak ada usaha untuk melakukan mobiliti sosial dan cara hidup mereka yang mudah. Ibu bapa memainkan peranan yang cukup jelas dalam keluarga dan mereka juga mempunyai hak mutlak dalam menentukan jodoh anak mereka. Setelah tercetusnya revolusi industri, keadaan tersebut mula berubah dan golongan muda mula beremigrasi menuju ke kawasan yang giat dengan kegiatan industri atau kawasan bandar. Ikatan kekeluargaan yang sebelum ini erat mula menjadi longgar. Keadaan di kawasan bandar melahirkan gaya hidup yang sangat mencabar. Keadaan ini menyebabkan golongan yang berada di bandar lebih berdikari dan cekal dalam menghadapi cabaran.

Bakat dan kekayaan menjadi kayu ukur kepada standard sosial seseorang manakala skala kehidupan feudal yang bergantung kepada status keturunan untuk sampai ke satu tahap sosial sudah semakin lemah. Dalam pada itu, kehidupan yang bebas di bandar mendedahkan penduduknya dengan pelbagai permasalahan sosial yang kritikal seperti masalah pelacuran dan jenayah berat. Pelacuran menjadi penyakit sosial di Eropah menjelang abad ke-19 dan di Vienna sahaja terdapat lebih 15,000 orang pelacur manakala di Perancis pula, pelacur memiliki lesen perniagaan dengan jumlah pelacur menjangkau 50,000 orang pelacur; dan London 80,000 orang pelacur. Golongan wanita menjadi golongan yang begitu rendah kedudukannya dalam carta sosial di zaman revolusi industri.

Sebelum revolusi industri isteri para pegadang boleh bergiat aktif dalam perniagaan tetapi setelah revolusi industri mereka adalah ditegah daripada terlibat dengan sebarang aktiviti perniagaan dan mereka hanya perlu bertanggungjawab terhadap rumah tangga, hamba-hamba, pendidikan anak-anak dan kehidupan sosial keluarga. Golongan pelabur menjadi golongan penting dalam zaman revolusi industri kerana mereka berperanan sebagai penjana ekonomi kerajaan. Golongan ini juga menjadi pendukung aktiviti penjelajahan dan penerokaan ke Timur dengan menyediakan modal untuk tujuan ekonomi.

6.      Masyarakat Literasi

Masyarakat industri juga merupakan masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan berpendidikan. Oleh yang demikian, mereka terdedah kepada unsur-unsur demokrasi dalam kehidupan seharian mereka dan masyarakat ini menggunakan ilmu secara sistematik dan teratur untuk merancang tugas dan menjalankan aktiviti sosial yang lain.

7.      Masyarakat Keusahawanan

Semangat keusahawanan dalam kalangan tokoh-tokoh perindustrian membantu perkembangan industri di England. Semangat keusahawanan ini menentukan daya kreativiti dan inovatif tokoh-tokoh perindustrian. Antara tokoh-tokoh yang memiliki sifat-sifat ini seperti James Watt dan Matthew Boulton. Sebagai contoh, James Watt telah memperbaiki enjin ciptaan Thomas Newcomen pada 1763 dan enjin tersebut berupaya menghasilkan tenaga wap yang lebih berkesan. Dalam hal ini, James Watt telah menubuhkan syarikat usahasama dengan Matthew Boulton dan syarikat itu telah mengeluarkan enjin berkuasa untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Dalam hal ini, ramai pengusaha kaya di England yang mampu membeli mesin-mesin baru untuk kilang-kilang mereka. Manakala di Jerman pula, industri perkapalan dimajukan di Bremen, Hamburg, Stettin, Danziq dan Elby. Selepas tahun 1880, berlaku peningkatan dalam pembinaan kapal wap dan jumlah muatan juga meningkat.

8.      Perubahan Politik Dalam Masyarakat

  Akibat daripada kemunculan beberapa golongan baru iaitu golongan pertengahan atau borjuis dan golongan pekerja atau proletariat pada zaman industri maka pemikiran politik masyarakat Eropah menjadi lebih terbuka yang akhirnya mencambahkan idea-idea politik yang baru. Golongan pertama atau kelas pertengahan merupakan golongan yang sentiasa menambahkan kekayaan dan kekuasaan. Manakala golongan pekerja atau proletariat adalah tidak terurus dan berada dalam kemiskinan. Akibat kemiskinan dalam kalangan golongan pekerja mula terdapat golongan yang mempercayai bahawa golongan kaya mengeksploit golongan miskin dan golongan ini merupakan golongan yang memiliki sebahagian besar daripada sumber kekayaan dalam masyarakat. Golongan ini telah mendesak kerajaan di Eropah supaya campur tangan dalam perdagangan dan industri bagi membendung penindasan yang berlaku terhadap golongan proletariat dan seterusnya melahirkan masyarakat yang adil. Perjuangan golongan ini akhirnya membawa kepada kemunculan fahaman sosialisme.

Fahaman sosialis ini berpendapat persamaan dari segi sivil dan politik tidak bermakna tanpa persamaan  dalam bidang ekonomi. Pada peringkat awal terdapat penganut sosialisme ini terbahagi kepada dua. Perbezaan kedua-dua penganut ini bukanlah dari segi matlamat akhir tetapi berbeza dari segi teknik bagi mencapai matlamat. Kumpulan pertama lebih mementingkan cara damai bagi mencapai matlamat mereka. Golongan ini menetang pemusatan kuasa di dalam pemerintahan dan menaruh kepercayaan kuat kepada manusia untuk menguruskan kemasyarakatan. Golongan ini juga percaya bahawa revolusi industri boleh membawa kepada zaman kemakmuran. Berpandukan keyakinan ini, maka mereka mengagungkan pekerjaan dan pekerja, serta memandang rendah terhadap golongan yang menyara hidup tanpa berkerja dengan tulang empat kerat. Kumpulan ini diwakili oleh pemikir seperti Saint Simon, Cabet dan Fourier.

Kumpulan kedua merupakan kumpulan yang menggunakan rampasan kuasa sebagai suatu taktik politik yang sah bagi mempraktikkan kepercayaan mereka. Golongan ini juga menyokong campur tangan kerajaan dalam urusan ekonomi bagi menjamin hak dan keselesaan hidup kaum pekerja yang selama ini ditindas oleh pengusaha kilang dan lombong. Para pemimpin utama kumpulan ini terdiri daripada Babeuf (1760-1797), Bounarotti (1761-1837), Louis Augute Blanqui (1805-1881) dan Louis Blanc (1811-1822). Golongan ini merupakan golongan yang betul-betul berazam untuk mengubah peraturan sosioekonomi dan politik di Eropah pada masa revolusi-revolusi 1848.

 Lanjutan daripada tradisi sosialis akhirnya membawa kepada kemunculan fahaman Marxisme atau Komunis. Marx adalah ahli sosialis pertama yang menerangkan politik dan sejarah dalam konteks ekonomi. Menurut Marx semua masyarkat manusia melalui tahap yang sama dalam perkembangan sejarah. Setiap tahap tersebut ditandakan oleh perubahan dalam kaedah pengeluaran dan pergelutan antara kelas masyarakat iaitu antara pemerintah dan yang diperintah. Idea utama yang didukung oleh Marx ialah teori materialisme. Teori tersebut menyatakan keadaan ekonomi sesebuah masyarakat akan menentukan bentuk institusi yang terbaik, negara, undang-undang, dan agama dalam masyarakat. Oleh itu, sebarang perubahan dalam bidang ekonomi akan turut mempengaruhi sesuatu institusi. Dalam hal ini perjuangan kelas untuk mengawal punca-punca pengeluaran akan membawa masyarakat kepada kedudukan yang lebih tinggi dan keadaan ini akan menyebabkan berlakunya revolusi.       

Selain itu, Marx turut menyatakan bahawa pertentangan antara kelas masyarakat adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam golongan pertengahan kerana golongan tersebut sentiasa memburu keuntungan. Bagi mendapatkan keuntungan golongan pertengahan akan menindas golongan proletariat. Manakala puak proletariat pula akan bersatu untuk mempertahakan diri dan kemudianya akan mampu membentuk sebuah masyarakat tanpa kelas ataupun masyarakat komunis.

Kemunculan fahaman baru dalam pemikiran politik ini telah menyebabkan berlaku berlaku pertelingkahan antara masyarakat Eropah. Keadaan ini berpunca daripada fahaman antara beberapa pihak yang cuba untuk memperbaiki beberapa golongan khususnya golongan pekerja di Eropah. Dalam hal ini, Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah bukan sahaja membawa impak yang menyebabkan perubahan dalam pemikiran politik di Eropah tetapi turut membawa kepada perjuangan golongan pekerja dalam politik untuk memperbaiki kehidupan mereka.



9.      Masyarakat Kapitalis / Pemodal
Terdapat modal yang mencukupi untuk pelaburan dalam sektor perindustrian di England di mana kerajaan England memiliki modal yang banyak yang dipusatkan di Bank of England. Kemunculan institusi perbankan menyebabkan terdapat kemudahan pinjaman bagi membiayai projek-projek perindustrian. Dalam pada itu, Revolusi Pertanian menyebabkan muncul peladang-peladang yang kaya dan peladang-peladang ini sanggup melaburkan lebihan modal  dalam sektor perindustrian.  Di Jerman, koperasi ditubuhkan untuk memberi bantuan kewangan di kawasan luar bandar. Persatuan Kredit Schulze Delitzsch ditubuhkan untuk menyediakan bantuan kewangan bagi penduduk bandar.

Pada tahun 1911, terdapat 25,000 kesatuan kredit di Jerman dengan empat juta ahli. Menjelang pertengahan kedua abad ke 19 masihi, telah muncul Bank Joint Stock Baru di Jerman yang menbantu dalam perkembangan industri moden yang memerlukan modal bersifat boleh digerakkan.

10.  Kemunculan Golongan Proletariat
Selain daripada kemunculan kelas pertengahan, Revolusi Perindustrian di Eropah juga telah melahirkan golongan kelas pekerja kilang dan lombong yang dikenali sebagai proletariat. Golongan proletariat ini terdiri daripada penganggur, pemintal dan penenun. Pada zaman Revolusi Perindustrian mesin yang pada asalnya dikerjakan oleh golongan proletariat dengan menggunakan tenaga mereka tidak lagi diperlukan. Sebaliknya mesin pada zaman Revolusi Perindustrian yang menggunakan kuasa wap telah mengambil alih peranan sebahagian besar golongan ini. Oleh itu, golongan tersebut hanya mampu menawarkan tenaga buruh. Akibatnya, menjelang penghujung abad ke-18 dan ke-19 golongan proletariat tadi dibayar gaji yang amat rendah kerana mesin telah menggantikan kerja-kerja yang dijalankan oleh golongan tersebut sebelum ini.     Di Britain dan negara-negara Eropah yang lain walaupun golongan ini berkerja lebih masa dari yang sepatutnya mereka tetap tidak dapat mengatasi masalah kemiskinan. Keadaan ini menyebabkan golongan para pekerja ataupun golongan proletariat berada dalam kemiskinan walaupun pada ketika itu Eropah berada pada zaman Revolusi Industri.

KESIMPULAN
 Revolusi industri yang melanda Eropah pada abad ke-18 dan ke-19 telah membawa pelbagai impak terhadap perkembangan ekonomi, sosial, dan politik masyarakat Eropah. Sebelum revolusi industri, kegiatan ekonomi masyarakat Eropah masih lagi berpusatkan kepada pertanian ataupun industri primer. Namun demikian, setelah tercetusnya revolusi industri, masyarakat Eropah mula mengorak langkah ke arah penglibatan dalam kegiatan ekonomi yang lebih pelbagai dan pada ketika ini industri sekunder dan sektor ekonomi yang melibatkan perlombongan dan perkilangan semakin berkembang maju. Perkembangan positif dalam kedua-dua sektor ekonomi tersebut akhirnya turut mempengaruhi perkembangan sosial dan politik di Eropah.