MyMetroUtama
Norhayati Nordin
norhayati_nordin@hmetro.com.my
PENDAKWAH bebas, Ustaz Rahim
Nasir menyeru masyarakat Islam mengambil iktibar daripada kematian pelawak
popular Abam Bocey, Isnin lalu.
Rahim dalam ceramahnya bertajuk
‘Kematian Sangat Dicemburui, Jom Ambil Iktibar’ semalam, turut berkongsi betapa
bertuah individu yang meninggal dunia dan Allah naikkan darjatnya.
Katanya, dalam kehidupan seorang
manusia, apa yang penting adalah pengakhirannya.
“Macam Abam, apa yang berlaku
pada hari kematiannya apabila diziarah ramai orang hingga tidak terkira
banyaknya. Itu adalah rezeki arwah.
“Dia bukan ilmuan agama tetapi
hanya seorang pelawak. Namun, di pengakhiran hidupnya Allah anugerahkan nikmat
kematian sangat dicemburui itu. Kenapa begitu? Iktibar yang boleh diambil
adalah kembali pada akhlak atau perangai arwah. Dia seorang yang suka meraikan
ulama dan ilmuan agama,” katanya.
Rahim yang mengakui terkilan
tidak dapat mengiringi perjalanan akhir Abam, turut berkongsi dengan jemaah
mengenai keperibadian Allahyarham.
“Saya pernah berkesempatan
bertemu arwah beberapa tahun lalu. Ketika itu kami terbabit dalam forum agama.
Saya selaku salah seorang penceramah dan arwah adalah moderator.
“Abam memang seorang pelawak yang
bagus. Saya akui dia memiliki pekerti akhlak sangat baik seperti sangat
menghormati orang lain dan suka meminta maaf.
“Selain itu, arwah juga gemar
menghadiri majlis ilmu. Dia tidak melihat bayaran diterima tetapi sanggup hadir
kerana sukakan ilmu,” katanya.
Dalam ceramahnya, Rahim turut
memuji sikap Abam yang tidak pernah meninggalkan ibunya dan sentiasa mengingati
orang tua.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Rabu, 12 Februari 2020 @ 1:01 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan