Rabu, 12 September 2018

Peluasan kuasa asing di Indonesia dan Myanmar pada abad ke-19

2. TRANSFOMASI MASYARAKAT
2.1 Peluasan kuasa asing di Indonesia dan  Myanmar pada abad ke-19
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelajaran-membincangkan faktor dan cara perluasan kuasa asing di Indonesia dan Myanmar pada abadke-19
Pengertian/konsep.
Perluasan kuasa asing merupakan aktiviti memperluaskan autoriti sesebuah negara menerusi perolehan tanah jajahan  bagi menguasai politik dan ekonomike atas negara lain. Menurut George Nadel dan Perry Curtis, imperialisme ialah proses perkembangan kuasa melalui campur tangan secara langsung atau tidak langsung terhadap politik dan ekonomi sesebuah kerajaan, bangsa atau masyarakat ke atas bangsa dan masyarakat yang lain.[1]  
Abad ke-19 merupakan zaman imperialisme Barat terhadap negara-negara Asia Tenggara. Pada mulanya, peluasan kuasa Barat adalah untuk menguasai kepentingan perdagangan rempah sahaja tetapi   berlaku Revolusi Perindustrian di Eropah, peluasan kuasa Barat semakin rancak sehingga berjaya menjajah hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Thailand.

       Di samping tercetusnya Revolusi Perindustrian yang menyebabkan peluasan kuasa Barat, terdapat juga faktor-faktor lain. Indonesia di bawah kuasa Belanda manakala Myanmar di bawah kuasa British. British juga meluaskan pengaruh dan'kuasanya di Kepulauan Indonesia terutamanya Pulau ]awa setelah termeterai Surat-surat Kew. Indonesia dikuasai oleh Belanda melalui perjanjian dan peperangan manakala di Myanmar, tercetusnya Perang Inggeris-Myanmar I yang memperlihatkan British berjaya menguasai Myanmar Hilir melalui Perjanjian Yandabo. Kawasan Pegu dikuasai selepas Perang Inggeris-Myanmar II dan seluruh Myanmar Hulu jatuh ke tangan British selepas Raja Thibaw kalah dalam Perang Inggeris-Burma III.
2.1.1 Peluasan Kuasa Asing di Indonesia
a.Faktor-faktor dan cara perluasan kuasa asing di Indonesia.
Belanda mula bertapak di Kepulauan Indonesia selepas peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Ambon pada tahun 1623. Pengaruh Belanda diperkukuhkan melalui peranan Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C.). Belanda menubuhkan pusat pentadbirannya di Betawi.Namun, penguasaan Belanda tertumpu di Pulau Jawa yang kaya dengan tanah yang subur untuk kegiatan pertanian kopi, padi, dan sebagainya.Belanda meluaskan kuasanya ke pulau-pulau luar pada pertengahan abad ke-19 atas sebab-sebab tertentu.Belanda berjaya meluaskan kuasanya ke seluruh Indonesia pada awal abad ke-20.Selain Belanda, kuasa British juga bertapak di Indonesia terutamanya di Pulau Jawa.[2]
Peluasan Kuasa British di Indonesia
Faktor Peluasan Kuasa British
I Surat-surat Kew
Negara Belanda jatuh ke tangan Perancis pada tahun 1795 semasa Perang Napoleon meletus di Eropah. Raja Belanda, iaitu Raja William V melarikan diri ke Britain.
Raja Wiliam V menandatangani Surat-surat Kew dengan Britain.Berdasarkan Surat-surat Kew semua jajahan takluk Belanda di seberang laut akan diserahkan kepada British buat sementara sehingga tamatnya Perang Napoleon. Usaha ini bertujuan untuk mengekalkan jajahan takluk Belanda dikuasai oleh Perancis.
 Ini bermakna semua pegawai Belanda di seberang laut mesti menyerahkan jajahan takluk Belanda kepada British. Berikutan daripada arahan tersebut, Sir Stamford Raffles telah menduduki Pulau Jawa,Palembang,Makasar,dan kawasan lain di Kepulauan lndonesia.
Ancaman Perancis
Memang menjadi cita-cita kerajaan British di India untuk menawan Pulau Jawa bagi menghapuskan kekuasaan dan pengaruhPerancis di Hindia Timur khasnya di Pulau Jawa.
Jika British dapat menawan Pulau Jawa, mereka akan dapat menghalang Perancis daripada menggunakan Jawa sebagai pangkalan untuk menyerang British di India.
British juga memerlukan sebuah pangkalan di Timur kerana pangkalannya di Pulau Pinang dan Bangkahulu tidak begitu berkesan.
Cara Peluasan Kuasa British di Indonesia
Amalan dasar liberal
Raffles dilantik sebagai Leftenan Gabenor Jawa setelah berjaya menduduki Pulau Jawa pada tahun 1811.Beliau mentadbir Pulau Jawa dengan bantuan Dewan Penasihat yang dianggotai oleh pegawai-pegawai British dan bekas pegawai Belanda semasa pemerintahan  Marshal Daendels seperti Munthinghe, Gillespie, Grassen dan Runtingle.

Raffles mengamalkan dasar liberal terhadap pembesar-pembesar tempatan. Pada tahun 1811, beliau telah menandatangani perjanjian dengan Susuhunan Surakarta untuk memulangkan semula wilayah yang dahulunya  diambil oleh Daendals (Gabenor Jeneral Hindia Timur). Sebagai balasan, Susuhunan Surakarta mengakui kedaulatan dan kekuasaan British.

Melalui peperangan
Pada tahun 1811, Muthinghe menjalin perjanjian dengan Sultan Hamengkubuwono II tetapi sultan tidak mematuhi perjanjian tersebut. Sultan Hamengkubuwono II berusaha memperkukuh tenteranya dan membina kubu pertahanan untuk menentang kekuasaan British.

Disebabkan tindakan Sultan Hamengkubuwono  berlaku perang antara pihak Sultan Hamengkubuwono dengan Rafiles. Raffles memperoleh kemenangan dan berjaya menangkap Sultan Hamengkubuwono.

Sultan dibuang negeri dan puteranya menaiki takhta Jogjakarta dengan gelaran Sultan Hamengkubuwono III.Kemenangan Rafiles dalam perang tersebut berjaya mengukuhkan kekuasaan British terhadap Pulau Jawa.

Pada tahun 1812, Raffles berjaya mengalahkan Palembang dalam satu peperangan. Palembang menyerahkan Pulau-pulau Bangka dan Bellinton kepada British. Selain itu, Raffles juga meluaskan kuasa British ke Madura, Bali, Banjarmasin, dan Borneo Barat.
Bantuan Kepada Pemerintah.
 Rakyat Bantam yang diketuai oleh Pangeran Ahmad bangun menentang Sultan Muhammad kerana tidak bersetuju dengan pelantikan Sultan Muhammad sebagai raja.
 Raffles membantu Sultan Muhammad menghapuskan penentangan Pangeran Ahmad dan berjaya menangkap Pangeran Ahmad dan beliau dibuang negeri ke Banda.
Pembukaan Terusan Suez 1869
 Perkembangan ini menjadikan Selat Melaka semakin penting sebagai kerana pulau-pulau dijadikan pelabuhan jalan perdagangan antara Timur dan Barat.
Keadaan tersebut membimbangkan Belanda kerana pelabuhan Iuar yang berhampiran dengan Jawa sesuai menjadi tempat persinggahan oleh mana-mana kuasa Barat.
Perkembangan kegiatan perdagangan
Beberapa peristiwa yang berlaku di Timur mendorong perkembangan kegiatan perdagangan antara Timur dengan Barat.
Negara Cina dipaksa membuka lebih pelabuhannya kepada perdagangan luar selepas kekalahannya dalam Perang Candu I (1839- 1842).
Jepun telah menamatkan dasar pemencilannya selepas kejatuhan Shogun Tokugawa dan bangkitnya Maharaja Meiji dalam Gerakan Pemulihan Meiji. OIeh sebab perkembangan tersebut jalan Iaut antara Eropah dengan negara Timur jauh melalui Asia Tenggara menjadi semakin Penting. Oleh itu, pulau-pulau luar yang belum dikuasai oleh mana-mana kuasa pasti akan meniadi sasaran kuasa Barat lain untuk dijadikan pangkalan persinggahan bagi kapal-kapal yang berulang alik di sepanjang jalan iaitu antara negara Timur Jauh dengan Eropah.
Perubahan dasar kerajaan
Sehingga pertengahan abad ke- I 9, pengaruh Belanda hanya tertumpu di Pulau Jawa dan beberapa buah pangkalan seperti Maluku, Palembang dan Makasar. Pengaruh Belanda ke atas pulau-pulau luar tidak jelas.
Mengikut Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, semua pulau ke selatan Singapura terletak di bawah pengaruh Belanda.Akantetapi,Belanda tidak meluaskan kuasanya ke pulau-pulau ini.
 Sistem Tanaman Paksa yang diperkenalkan di Pulau Jawa bukan sahaja berjaya mengatasi masalah kewangan negara Belanda malah dapatm membangunkan ekonominya.
Golongan iliberal dan kapitalis Belanda mula mendesak supaya kerajaan Belanda meluaskan kegiatan pertanian dan perdagangan ke pulau-pulau Iuar. Mereka mendesak supaya dasar perdagangan bebas diamalkan untuk mengaut lebih keuntungan.
Perluasan kuasa Belanda ke pulau-pulau luar bermula melalui pelaksanaan Dasar Liberal.




[1] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2013) ,294..  
[2]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2013),302.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan