OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Ciri-ciri masyarakat
agraria di China.
SISTEM EKONOMI FEUDAL
Sistem ekonomi yang diamalkan
di China pada abad ke-16 dan 17 bersifat saradiri. Sebahagian besar penduduk
China terlibat dengan aktiviti bercucuk tanam.Kebanyakkan petani menyewa tanah
daripada tuan-tuan tanah yang kaya.
Tanaman
utama masyarakat agraria di China ialah penanaman padi sawah. Kawasan penanaman
padi sawah ialah di lembah sungai Yangtze dan Sungai Kuning.
PEMILIKAN TANAH PERTANIAN
Tanah adalah milik kerabat
Diraja atau golongan bangsawan. Pada zaman kerajaan Ming, tanah yang dimiliki kerabat
Diraja seluas 1.28 juta mu. Keluasan tanah milik keluarga Diraja telah
meningkat kepada 20 jota mu pada tahun 1522.
Menjelang
zaman Ching, tanah pertanian diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal
ehwal Kerabat Diraja.Pada masa pemerintahan Jiaqing jabatan ini
menguruskan tanah seluas 4 juta mu.[1]
PENGKHUSUSAN PENGELUARAN
PERTANIAN
Masyarakat agraria China
mengamlkan pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau
kawasan seperti tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung, Fukien
dan Szechan. Teh dan daun mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang dan
Selatan Kingsu. Kapas di Kiangsu dan daerah Utara. Kegiatan perlombongan di
Yunnan, perusahaan kain kapas, kain sutera dan pakaian diusahakan oleh petani
di Kiangnan dan hasil hutan iaitu kayu balak di Manchuria.
Petempatan
Masyarakat agraria dalam
tamadun China mendirikan petempatan di kawasan lembah sungai Kuning dan Sungai
Yang Tze. Kawasan ini mempunyai mendapan tanah loes yang subur dan sesuai untuk
menjalankan aktiviti pertanian. Kesuburan tanah menyebabkan petani mendirikan
petempatan di lembah sungai tersebut.
Petani
yang menetap di kawasan lembah sungai terlibat dalam penanaman padi secara
meluas.Petempatan masyarakat agraria terdapat di kawasan tanah pamah yang
terletak di bahagian Selatan China. Di samping itu masyarakat agraria
mendirikan petempatan di kawasan dataran tinggi yang terletak di Utara China.
Antara kawasan yang menjadi tumpuan masyarakat agraria di bahagian Utara China
ialah wilayah Anhui, Hupeh, Shansi dan Shensi.[2]
SISTEM CUKAI
Petani yang tidak memiliki tanah
dengan tuan-tuan iaitu golongan bangsawan dengan kadar yang ditetapkan oleh
tuan-tuan tanah. Menjelang zaman Ming-Qing petani-petani membayar
sewa tanah dengan dalam bentuk hasil pertanian.
Petani
dikehendaki menyerahkan antara 50%-60% daripada hasil pertanian yang diperolehi
sebagai cukai. Petani juga dikehendaki berkhidmat sebagai buruh paksa kepada
tuan tanah. Pada tahun 1581 sistem cukai baru diperkenalkan dan dikenali
sebagai ‘cukai tunggal’ melalui cukai baru ini petani hanya dikehendaki
membayar satu jenis sahaja iaitu dalam bentuk wang perak.
SSTEM PENGAIRAN
Petani di China berkemahiran
dalam pembinaan terusan dan mengawal aliran air sungai. Terusan juga dibina
untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian dan mengelak banjir. Terusan juga
digunakan untuk mengangkut hasil pertanian ke bandar-bandar. Petani
di China juga mahir membina teres di lereng-lereng bukit bagi penanaman padi.[3]
Bekalan
air disalurkan ke kawasan pertanian dari terusan dan kolam takungan air. Pam
yang menggunakan tenaga binatang ataupun manusia digunakan untuk mengepam air
ke kawasan pertanian. Empangan dibina untuk membekalkan bekalan air yang
mencukupi bagi mengairi kawasan pertanian.
Selain
itu, tambak juga dibina untuk mengelak banjir memusnahkan kawasan pertanian.
Projek pengairan juga dijalankan oleh pemerintah untuk mengairi kawasan
pertanian. Projek pengairan di Sichuanmengairi kawasan tanah pertanian seluas 2
000 000 hektar.[4]
PENGKHUSUSAN PEGELUARAN BARANGAN
Masyarakat agraria China
mengamal pengkhususan barangan mengikut daerah atau kawasan seperti tebu
dikeluarkan di daerah Kwangtung. . Fukien dan Szechwan. Teh dan mulberry untuk
makanan ulat sutera di Chekiang dan Selatan Kiangsu. Kapas ditanam di Kiangsu
dan daerah Utara. Kegiatan perlombongan di Yunnan, perusahaan kain kapas, kain
sutera dan pakaian dusahakan oleh petani di Kiangnan dan hasil hutan iaitu kayu
balak di Manchuria.[5]
PENINGKATAN TEKNOLOGI
Masyrakat agraria di China
mempunyai kemahiran dalam teknologi pertanian. Pelbagai jenis
peralatan baharu telah dicipta untuk menigkatkan pengeluaran hasil pertanian.
Tenggala penabur benih digunakan untuk menabur benih dalam barisan yang lurus.
Selain
tenggala kayu, mereka juga mencipta peralatan lain seperti penyisir anah,
penggiling dan kolar kuda. Kereta sorong beroda dua telah dicipta untuk
memudahkan barang-barang diangkut. Mereka memperkenalkan kaedah baharu dalam
pertanian seperti sistem penanaman bergilir, tanaman dua pusingan dan pengkhususan
dalam pertanian. Pengenalan kaedah baru telah meningkatkan pengeluaran hasil
pertanian.[6] Pengenalan kaedah baharu ini telah
meningkatkan pengeluaran hasil peertanian. Sistem penanaman bergilir telah
diamalkan di China sejak zaman Han lagi.
[1]“Masyarakat Agraria”, dalam
Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, (Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)16.
[2] Sivachandralingam
Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 Edisi Keriga,36
[4] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah
Dunia 1500-1955 Edisi Keriga (Shah Alam: Oxford Fajar
2016),.22.