TEMA 1-MASYARAKAT
1.1.1
Raja
Menjelaskan konsep dan peranan raja pada abad ke-19.
1.Konsep Raja.
Merupakan satu sistem pemerintahan yang
meletakkan raja sebagai ketua pemerintah di sesebuah negeri, berkuasa mutlak.
Konsep raja diperkuatkan dengan konsep “Daulat dan Derhaka.” Raja mempunyai
beberapa keistimewaan seperti bahasa, warna, alat kebesaran dan lambang
kebesaran.[1]
Peranan Raja.
1.Politik
Ketua pemerintah tertinggi
negeri
Raja hanya berkuasa di kawasan
Dirajanya. Selain itu, baginda juga merupakan ketua negeri yang berkuasa
mutlak.[2]
Ketua undang-undang dan
kehakiman
Ketua tentera
Berkuasa melantik bakal
pengganti raja berdasarkan sistem warisan.
2.Ekonomi
Menguasai semua sumber ekonomi
negeri termasuk pertanian dan perlombongan. Menentukan sistem pungutan cukai
dan melantik wakil kerajaan untuk mengutip cukai.
Terlibat dalam perdagangan luar
negeri.
Memperkenalkan sistem mata
wang.
3.Sosial
Menduduki hierarki tertinggi
dalam susun lapis masyarakat.
Ketua agama Islam dan adat
istiadat Melayu.
Khalifah Allah di muka bumi.
Menjaga keselamatan dan
kebajikan rakyat.[3]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan