Rabu, 17 Jun 2015

Masyarakat Agraria di Belanda abad ke-16 hingga abad ke- 17

Unit 1.2 : Masyarakat Agraria
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Menghuraikan definisi dan ciri-ciri Masyarakat Agraria
PENGENALAN
Masyarakat Agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17.
Kajian menunjukkan  Belanda mengalami perkembangan pesat dalam bidang pertanian pada abad ke-16 dan ke-17. Catatan pengembara dari England, Perancis, Jerman, Itali  dan Sweden yang melawat Belanda pada abad ke-16 dan ke 17 membuktikan kenyataan tersebut. Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan teknik pertanian yang lebih maju berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain.Selain dari itu mereka juga memperkenalkan pelbagai jenis tanaman seperti biji kol, semanggi dan hop ke negara Eropah. Belanda juga membekalkan hasil pertanian dan produk tenusu ke negara-negara lain sejak abad ke-16 dan ke 17 lagi. Perkembangan pesat dalam aktiviti pertanian dan penternakan menyebabkan muncul masyarakat agraria di Belanda.[1]
Definisi Masyarakat Agraria
      Masyarakat Agraria bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber kehidupan mereka. Masyarakat agraria mengutamakan aktiviti bercucuk tanam dan penternakan sebagai sumber ekonomi mereka.Masyarakat agraria menetap di kawasan pertanian yang subur dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian. Mereka tinggal di kawasan lembah sungai yang mempunyai mendapan tanah lanar yang subur.[2]
Ciri-ciri masyarakat Agraria di Belanda
Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian. Aktiviti pertanian yang diusahakan terdiri daripada pelbagai jenis tanaman,antaranya sayur-sayuran, dan bijirin.Hasil sayur-sayuran yang diusahakan seperti bawang, biji kol, ketumbar, lobak dan teasel. Hasil bijirin pula seperti barli, gandum dan oat. Hasil tanaman berlebihan akan dijual.

Pada peringkat awal barli merupakan tanaman utama tetapi merosot pada abad ke-I7 dan peranannya diambil alih oleh tanaman gandum.

Tanaman bukan makanan pula terdiri daripada tanaman dagang seperti hemp, biji kol, dan mader.[3]

Masyarakat Belanda juga menjalankan kegiatan pentenakan secara meluas. Antara ternakan yang dijalankan ialah lembu dan kambing. Mereka juga mengusahakan perusahaan tenusu iaitu menghasilkan susu, mentega dan keju.Kawasan  tenusu utama ialahdi utara Amsterdam dan di wilayah Waterland. Hasil tenusu Belanda juga banyak dieksport ke kawasan selatan.

PETEMPATAN
Masyarakat membina penempatan di lembah-lembah sungai kerana tanahnya yang subur. Antara kawasan tanah lanar yang subur dan menjadi tumpuan penempatan masyarakat agraria di Belanda ialah di wilayah Friesland, Zeeland', Flanders dan Utrect.
PEMBINAAN SISTEM PENGAIRAN
Masyarakat Belanda berkemahiran dalam pembinaan terusan, kolam takungan air dan tali air dengan tujuan untuk mengairi kawasan pertanian. Mereka berkemahiran menyalurkan air dari sungai untuk tujuan pertanian.
Dengan adanya sistem pengairan kawasan pertanian dapat diperluaskan dan diusahakan secara insentif'.Masyarakat agraria Belanda juga membina kincir angin untuk menyalurkan air daripada tanah yang ditebus guna bagi tujuan pertanian.

BERKEMAHIRAN MENGEKALKAN KESUBURAN TANAH
Mereka mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian' Baja asli digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian.Antara baja asli yang digunakan ialah najis binatang ternakan yang diperoleh daripada kawasan ternakan.[4]
PENGENALAN KAEDAH PERTANIAN BARU
Antara kaedah petanian yang dijalankan ialah menjalankan kegiatan pemugaran tanah pertanian bagi mengekalkan kesuburan tanah. Peralatan tenggala baru
telah dicipta.
      Kaedah penggiliran tanaman juga mula dipraktikkan pada abad ke-16 dan 17 bagi mengekalkan kesuburan tanah. Antara tananaman yang digilirkan ialah menanam tanaman sengkuang dan kekacang berselang dengan tanaman bijirin. Sistem ini dipraktikkan dengan meluas di Wilayah Wales pada tahun 1644. Sistem ini terus diamalkan di selatan Edegem di wilayah Brabant pada tahun 1800.
Pengenalan sistem pengiliran tanaman telah menyebabkan sistem tanah rang yang diamalkan sebelum ini dimansuhkan.
PENAMBAKAN LAUT UNTUK KAWASAN PERTANIAN
      Aktiviti penambakan laut telah dijalankan untuk meluaskan kawasan pertanian.Kesannya pada suku pertama abad ke-17 kerajaan Belanda bukan sahaja berjaya meningkatkan keluasan kawasan pertanian tetapi juga meningkatkan hasil pertanian.Seterusnya penggunaan teknologi kincir angin telah membolehkan air dari kawasan tanah rendah dialirkan ke kawasan pertanian.[5]
Untuk tujuan memugar dan membajak tanah pertanian.Penciptaan peralatan baru telah membolehkan kegiatan pertanian dij alankan secara


[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2013),hlm.22.  
[2] Iibid.
[3]“Masyarakat Agraria”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)12.
[4]Ibid,13
[5] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Begum Ahamed, Pra-U Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,25.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan