Unit 2.3 : Pengubahsuaian dalam
pentadbiran, ekonomi dan pendidikan
oleh- Ahmad bin Yaakob
Calon dapat menghuraikan
perubahan perkembanagn ekonomi di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak.
Perubahan Ekonomi
Pembentukan Ekonomi Moden
Kegiatan Melombong Bahan Galian
a)Perusahaan bijih timah
Sebelum campur tangan British
di negeri Melayu, kegiatan melombong bijih timah diusahakan oleh orang Melayu
secara kecil-kecilan.Mereka menggunakan cara mendulang dan melampan.[1]
Sebelum kedatangan orang Cina, sultan dan pembesar Melayu menguasai perlombongan bijih timah.Kebanyakan
pekerja lombong bijih timah terdiri daripada hamba berhutang dan hamba abdi.[2]
Pada awal tahun 1820-an, kegiatan melombong
bijih timah mulai berubah apabila orang Cina mula dibawa masuk untuk bekerja
sebagai buruh di lombong bijih timah.Permintaan bijih timah meningkat akibat
Revolusi Perindustrian di Eropah pada abad ke-19, menyebabkan orang Cina
membuka lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesar Melayu. Lombong
bijih timah dibuka di Larut, Klang, Lukut dan Sungai Ujong. Pada peringkat awal
pelombong Cina dikawal oleh pembesar Melayu dengan memastikan hasil bijih timah
yang dilombong dijual semula kepada mereka. Penglibatan orang Cina menyebabkan
perusahaan bijih timah berkembang pesat di Tanah Melayu. Lombong-lombong bijih
timah dibuka di Ampang, Kuala Lumpur dan
Lemba Kinta, Perak. Menjelan tahun 1820-an
terdapat 1200 orang pelombongbangsa Cina di Lukut. Pada tahun 1848, bijih timah
dijumpai dalam longgokan yang besar di Larut oleh Long Jaafar. Dengan sokongan
pemodal dari Pulau Pinang, beliau membuka lombong pertama di Kelian Pauh dan
kemudiannya di Kelian Bharu. [3]
Terdapatnya pelaburan modal saudagar di
Negeri-negeri Selat dan pengenalan teknik melombong yang baharu.Orang Cina
menggunakan kaedah lombong dedah dan pam kelikir dengan menggunakan air untuk memisahkan
bijih daripada tanah.[4]
Mereka juga menggunakan saluran air dan pam rantai yang berenjin untuk
mengeringkan lombong bagi mengatasi masalah banjir atau mengawal bekalan air.[5]
Perusahaan bijih timah semakin berkembang
pesat selepas kilang melebur bijih timah dibuka di Singapura apada tahun 1887.
Pembukaan kilang itu memudahkan bijih timah diproses di dalam negeri.[6]
Setelah orang Eropah mula
melabur dalam perusahaan bijih timah, maka uasaha mencari gali semakin
diperluskan. Mereka ( orang Eropah) menggunakan peralatan yang lebih moden
seperti kapal korek untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah.Akibatnya
merekadapat memonopoli perusahaan bijih timah pada tahun 1930-an.Permintaan
yang tinggi terhadap bijih timah menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar
timah yang terbesar di dunia pada akhir abad ke-I9.[7]
2. Kemelesetan Ekonomi Dunia, 1929-1932
Harga bijih timah bijih timah
dikuasai oleh pasaran dunia dan tidak tetap. Ini disebabkan oleh keanjalan yang
rendah dalam pembekalan dan permintaan bahan itu.[8] Industri
mengetin mengalami kemerosotan dan Kejatuhan pasaran saham di London dan New
York menyebabkan kejatuhan dalam permintaan bijih timah. Harga bijih timah di
Tanah Melayu menjunam sehingga ke paras yang rendah disebabkan kekurangan
permintaan di pasaran Eropah.
British mengambil beberapa langkah untuk
menghadapi kemelesetan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Pada tahun 1929,
permohonan untuk membuka lombong-lombong baharu dibekukan. Pengeluaran bijih
timah secara sukarela juga dihadkan tetapi tidak berkesan.
'Skim Kawalan Timah' diperkenalkan untuk mengurangkan lebihan
penawaran. Pada tahun 1931, Tanah Melayu, Bolivia, Indonesia dan Nigeria
menandatangani satu perjanjian yang dikenali sebagai ‘Skim Kawalan Timah’.[9]
Perjanjian Timah Antarabangsa
bagi menghadkan pengeluaran dan menstabilkan harga timah.[10]Melalui
perjanjian ini, negara-negara pengeluar diberi kuota pengeluaran tertentu
berpandukan angka pengeluaran.
Majlis Tanah Antarabangsa ditubuhkan pada
tahun 1934 untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah. Majlis ini menetapkan
kuota pengeluaran berdasarkan angka keluaran tahun 1929 bagi setiap negara
pengeluar. Harga timah meningkat ke $1 185 satu tan pada tahun 1935.Syarikat
tempatan mengalami kerugian besar, mankala syarikat Eropah yang mempuntai
lombong di negara lain masih boleh bertahan. Kuota yang rendah merugikan Tanah
Melayu kerana dengan kos yang rendah, Tanah Melayu masih boleh mengeluarkan
lebih daripada yang dihadkan oleh kuota itu.[11]
[1]“Pengubahsuaian
Ekonomi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 42
.
[2]Ong
Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3,
(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),105.
[3] Ibid,106
[4]“Pengubahsuaian
Ekonomi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 42
.
[5]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead
Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford
Fajar,2014) ,116.
[6] Ibid,
116.
[7]“Pengubahsuaian
Ekonomi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 3, 43 .
[8]Zainal
Abidin Abdul Wahid et al, Malaysia Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua (Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996)
,228.
[9]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead
Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini,117.
[10]“Pengubahsuaian
Ekonomi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 43 .
[11] Ong
Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3,
(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),106.