25 November 2014
ALEXANDRIA - MESIR. Sebelum ini
ramai menyangka bahawa kota purba, Thonis-Heracleion hanyalah sebuah kota
lagenda
Namun penemuan ke atas kota
tersebut pada tahun 2000 sekaligus menyangkal dakwaan pelbagai pihak,
menjadikan kota yang selama ini dikatakan mitos, sebenarnya wujud di bumi ini!
Kota purba ini dikatakan lenyap
di sekitar kawasan Mediterranean sekitar 1,200 tahun dahulu.
Menurut laporan yang dipetik
menerusi portal Mirror.co.uk, ciri-ciri yang terdapat pada sejarah, ukiran dan
binaan yang terdapat di kota tersebut hampir menyerupai kota purba Atlantis.
Sekumpulan penyelidik yang
merupakan ahli arkeologi berkata, penemuan tersebut bermula di bahagian utara
pantai Mesir.
Kata seorang penyelidik, Franck
Goddio, kumpulannya mula menjejak semula kota tersebut sebelum menemui
bahagian-bahagian kota lama itu yang berada jauh di dasar laut.
“Setakat ini, pihak kami telah
menemui serpihan-serpihan yang mempunyai hubung kait dengan kota tersebut.
“Pihak kami menemui 64 bangkai
kapal pedagang yang dipercayai menjalankan urus niaga dengan penduduk kota
tersebut, syiling emas dan patung-patung gergasi sebesar 16 kaki,"
katanya.
Selain itu, pihaknya melaporkan
turut menemui kepingan batu berukir tulis purba Yunani dan Mesir Purba di tapak
penemuan kota tersebut.
Berdasarkan teori awal
penyelidik, kota tersebut dikatakan ‘tergelincir’ ke dasar laut 1,000 tahun
selepas ia dibina pada abad kelapan sebelum Masihi.
Sebelum kota Thonis-Heracleion
hilang, ia dikatakan dibina di sekitar muara Sungai Nil.
“Andaian itu dibuat berdasarkan
patung granit merah Dewa Hapi iaitu dewa Sungai Nil yang dijumpai bersama
dengan penemuan kota tersebut.
“Patung tersebut juga merupakan
antara patung terbesar pernah ditemui oleh pihak kami,” jelasnya seperti yang
dipetik menerusi laporan tersebut.
Antara teori lain yang turut dikemukakan
termasuklah kenaikan paras air laut dan tragedi bencana alam yang menimpa,
menyebabkan kota tersebut ‘terkubur’ ribuan tahun lamanya.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 25 November 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan