Oleh WAN NOR ZURAIHAH WAN ALI
berita@kosmo.com.my
KHARLEEZ akan memulakan ekspedisi berbasikal secara solo dari Kuala Lumpur ke Kunming, China Sabtu ini.
KUALA LUMPUR – Siswazah Universiti Multimedia (MMU) Melaka, Sheikh Kharleez Bamadhaj Jaffar nekad untuk melakukan ekspedisi kayuhan basikal secara solo dinamakan Kayuh Adventure yang melibatkan perjalanan sejauh 3,200 kilometer ke Kunming, China dalam usaha murni mengumpul dana untuk membantu pesakit klef bibir dan lelangit di negara ini.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa berusia 22 tahun itu akan memulakan kayuhan tersebut Sabtu ini merentasi lima buah negara termasuk Malaysia, Thailand, Laos, Vietnam dan dijangka tiba di China pada 31 Disember ini.
Katanya, sepanjang kembara tersebut, dia akan melalui beberapa bandar utama iaitu Bangkok, Thailand; Vientiane, Laos dan Hanoi, Vietnam sebelum berakhir di Kunming, China.
Sumber-Kosmo online 20.10.14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan