Sabtu, 15 Mac 2014

SEJARAH KEGEMILANGAN PENJAGA GOL BOLASEPAK MALAYSIA

R.ARUMUGAM PENJAGA GOL TERBAIK ERA 1970-an dan 1980-an
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
R. Arumugam (31 Januari 1953 - 18 Disember 1988) merupakan seorang pemain bola sepak 
legenda Malaysia yang berasal dari Selangor. Beliau juga dikenali sebagai "Spiderman" 
kerana tangannya yang panjang dan kebolehannya menangkap cantik percubaan-percubaan
 pasukan lawan. Beliau telah dilahirkan pada 31 Januari 1953 di Pelabuhan Klang. Beliau 
telah memulakan kerjaya bola sepaknya ketika umur yang sangat muda. Beliau 
memulakan penampilannya dengan pasukan Selangor FA apabila berusia 18 tahun 
iaitu ketika pertandingan Piala Remaja Burnley pada tahun 1971. Beliau kemudiannya 
mewakili Selangor FA dalam pertandingan Piala Malaysia dari tahun 1972 hingga 1988. 
Ketika itu Selangor yang turut diwakili oleh Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh Singh 
merupakan sebuah pasukan yang kuat dan Selangor FA telah memenangi Piala Malaysia 
sebanyak lapan kali.

IMBASAN SEJARAH KEJAYAAN ANAK-ANAK SIDEK 1982

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

1.MISBUN SIDEK - JUARA TERBUKA SWEDEN MENEWASKAN ICUK SUGIARTO
                                9-15, 18-14, 15-13.
2.RAZIF -JAILANI SIDEK- JUARA BEREGU TERBUKA ENGLAND. MEREKA MENGALAHKAN
 BILL GILLIAD- DAN TRAVERS 8-15, 15-9 , 15-10
SUMBER- DUNIA SUKAN 1982

Jumaat, 14 Mac 2014

BIOGRAFI FRANK SWETTENHAM
























Patung Frank Athelstane Swettenham di Muzium Negara Malaysia.
Sir Frank Athelstane Swettenham (1850 - 11 Jun 1946) ialah Residen-Jeneral pertama untuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (kini sebahagian Malaysia) antara 1 Julai 1896 hingga 1901. Beliau merupakan salah satu daripada hampir empat puluh orang pegawai Empayar British yang menentangi Malayan Union. Disebabkan pengalamannya di Tanah Melayu, Swettenham mencipta kamus "Perbendaharaan kata bahasa Inggeris-bahasa Melayu" ("Vocabulary of the English and Malay languages") serta menerbitkan dua buah buku, iaitu "Keterangan-keterangan Ringkas Melayu" ("Malay Sketches") dan "Surat-surat Tanpa Alamat" ("Unaddressed Letters").

BIOGRAFI SWETTENHAM
Dilahirkan di Belper, Derbyshire, England sebagai anak keempat James Oldham Swettenham, Swettenham menjadi kadet Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Selat pada tahun 1870. Tiba di Singapura pada Januari 1871, beliau lulus dalam peperiksaan akhir pengajian Melayu pada Julai 1872 dan menjadi Penolong Pemungut Hasil Tanah. Jawatan-jawatan yang dipegangnya kemudian termasuk:
1872 - 1873: Pemungut Hasil Tanah bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai
1874: Duta khas negeri Perak pada bulan Januari, Jun, dan Julai; Penolong Residen Negeri Perak pada bulan Disember
1876: Penolong Setiausaha Kolonial bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
1881: Setiausaha Kolonial
1882: Residen Inggeris di Selangor
1886: Pesuruhjaya bagi Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu di Pameran Kolonial dan India
1889: Residen Perak
1901: Ketua Residen bagi Tanah-Tanah Melayu Bersekutu.
Swettenham bersara pada tahun 1904, dan dilantik menjadi pengerusi Suruhanjaya Diraja Mauritius.

C.M.G.
K.C.M.G.
C.H. (Darjah Kebesaran Teman-teman Mulia)
G.C.M.G. (Darjah Kebesaran St Michael dan St George)
Sumber-  Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Khamis, 13 Mac 2014

Perhimpunan Kongres Melayu seluruh Tanah Melayu

Tarikh Peristiwa : 01-03-1946

sumber-Arkib Negara

Perasmian Terowong dan Lebuh raya Karak-Kuala Lumpur

Tarikh Peristiwa : 07-01-1978
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       

Rabu, 12 Mac 2014

PERASMIAN PELAYARAN ULUNG KAPAL BUNGA SIANTAN

Pada  hari  ini 12.3  dalam  tahun  1991,  Perdana  Menteri,  Y.A.B  Dato’  Seri  Dr.  Mahathir  Mohamad  telah  merasmikan  Pelayaran Ulung Kapal ‘Bunga Siantan’ di Pelabuhan Kelang Utara, Selangor.  ‘Bunga Siantan’ merupakan pelayaran ulung Kapal Tangki Minyak Sawit terbaru syarikat  Perbadanan  Antarabangsa  Malaysia  Berhad  (MISC).  Turut  serta  dalam  majlis  tersebut  ialah  Pengerusi MISC, YM Raja Tan Sri Muhammad Alias,  Menteri-Menteri  dan  dif-dif Kehormat.   Pada  majlis  tersebut  juga  Perdana  Menteri  telah  melancarkan  perkhidmatan  pengangkutan kontena, MISC Haulage Services  Sendirian  Berhad  iaitu  anak  syarikat  MISC  yang  mengendalikan  kargo  tangki  minyak  sawit.  Perdana Menteri  dalam ucapan perasmiannya, berasa bangga kerana MISC mampu untuk mempertahankan kedudukannya sebagai syarikat perkapalan  Nasional yang  terbesar  serta  melaksanakan  program  pembesaran  angkatan kapalnya.  Beliau  menyeru  agar  semua  pihak  berusaha  untuk  menawarkan  kadar  yang  kompetitif  bagi  menarik  pelanggan,  disamping  memberi  perkhidmatan  yang  cekap.  Dato’ Seri  Dr.  Mahathir  Mohamad,  juga  berharap  penyertaan  MISC  Haulage Services  akan  membuka  era  baru  dalam  persaingan  antara  syarikat-syarikat  kontena  tempatan  dan  mengimbangi  kuasa  perusahaan  perkapalan  asing  di  Malaysia.

http://hids.arkib.gov.my/

PENGUMUMAN PENGAMBILAN PELAJAR PERTAMA KOLEJ PERHUTANAN

Pada   hari   ini  12.3 dalam   tahun  1972     ,  Menteri  Perusahaan  Utama,  Y.B.  Tuan  Haji  Abdul  Taib  Mahmud  teleh mengumumkan  pengambilan  pelajar  pertama,  Kolej  Perhutanan  yang  terletak  di  Institut  Perhutanan  Kepong.  Seramai  lebih  kurang  27  orang  telah  mendaftar  bagi  seisi  pertama pengajian  yang  dijalankan  pada  peringkat  diploma.  Kursus  yang  dilaksanakan  selama  3  tahun  ini  diadakan dengan  kerjasama  Institut  Teknologi  Mara  bagi  menyediakan  gunatenaga  kepakaran  perhutanan  kepada Institut  Penyelidikan  Perhutanan  negara.   Dasar  Perhutanan negara  telah  mula  diperkatakan  pada  tahun  1952  apabila  satu  dasar  perhutanan  sementara  telah  dirangka  bagi  Persekutuan  Tanah  Melayu   yang menekankan  kepada  keperluan  mengadakan  kawasan  hutan  simpanan secara  berkekalan  bagi  pengeluaran  dan  pelindungan.   Akhirnya,  pada  tahun  1978  Dasar  Perhutanan negara  telah  menjadi  kenyataan  dan  ianya  digunapakai oleh semua  Kerajaan  Negeri  di  Semanjung Malaysia.   Sesungguhnya  setelah  50   tahun  kemerdekaan  negara,  bidang  perhutanan  terus  diberi  penekanan  bagi  memenuhi  keperluan-keperluan  pembangunan  sosio-ekonomi,  perlindungan  alam  sekitar,  pemeliharaan  dan  penggunaan  sumber  hutan  secara  berkekalan.

SUMBER:http://hids.arkib.gov.my/