Isnin, 19 Julai 2021

Pahlawan memburu komunis meninggal dunia

Oleh Nor Azizah Mokhtar - Julai 18, 2021 @ 10:28pm

bhnews@bh.com.my



Warga PDRM mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Datuk Leong Chee Woh. - Foto Facebook

KUALA LUMPUR: Pahlawan negara, bekas ketua Pasukan Rahsia Cawangan Khas (Pasukan E3F) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membanteras pemberontakan pengganas komunis, Datuk Dr Leong Chee Woh meninggal dunia, hari ini.

Mendiang yang berusia 92 tahun meninggal dunia di kediamannya di Seri Kembangan, Selangor petang tadi.

Berita kematian mendiang disahkan melalui satu hantaran di Facebook rasmi PDRM, hari ini.

Chee Woh dilahirkan pada 11 November 1929 di Taiping, Perak dan mula berkhidmat dalam PDRM pada 1 Disember 1950.

Selepas berkhidmat selama 34 tahun dalam PDRM, beliau bersara dengan jawatan terakhirnya sebagai Timbalan Pengarah (Operasi) Cawangan Khas Bukit Aman dengan pangkat Senior Asisten Komisioner 1 (SAC 1).

Ketokohan Chee Woh sebagai seorang pegawai polis yang cekap dan berani terserlah apabila dilantik mengetuai Pasukan E3F atau lebih dikenali sebagai Pasukan F yang ditubuhkan pada 1971.

Misi utama penubuhan Pasukan F membanteras pengganas komunis ketika kebangkitan kedua Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1968-1989 di Semenanjung Malaysia serta Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU).

Hasil kebijaksanaan beliau mengemudi Pasukan F, seramai 48 orang pengganas PKM berjaya dibunuh, 171 lagi berjaya ditahan bersama 1,432 orang tali barut.

Kejayaan Pasukan F melumpuhkan pemberontakkan pengganas PKM di negara ini turut menjadi faktor utama termeterainya Perjanjian Hatyai 1989 sehingga membawa kepada pembubaran PKM.

Komander Force E3F, Leong Chee Woh (berdiri, kanan) bersama-sama skuadnya ketika operasi dalam hutan Malaya, ketika itu. - Foto KELUARGA DATUK LEONG CHEE WOHKomander Force E3F, Leong Chee Woh (berdiri, kanan) bersama-sama skuadnya ketika operasi dalam hutan Malaya, ketika itu. - Foto KELUARGA DATUK LEONG CHEE WOH

Selain itu, beliau juga individu yang bertanggungjawab memberkas Ketua Malayan People Liberation League Mobile Unit (MPLL) atau dahulunya dikenali sebagai Malayan People's Liberation Union yang membunuh Ketua Polis Perak ketika itu, Tan Sri Khoo Chong Kong dan 16 anggota polis dalam insiden pengeboman di Kem Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), Jalan Pekeliling di sini.

Atas jasa bakti dan sifat keberaniannya, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke XV Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan anugerah Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat Panglima Gagah Berani kepada beliau pada 9 September 2017.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani serta seluruh warga PDRM, hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

"Selamat berehat buat selama-lamanya, Perwira Negaraku," katanya.

Mendiang Datuk Leong Chee Woh berbual-bual dengan rakannya, Michael Choo di depan Tugu Negara di Kuala Lumpur. - Foto KELUARGA DATUK LEONG CHEE WOH

Mendiang Datuk Leong Chee Woh berbual-bual dengan rakannya, Michael Choo di depan Tugu Negara di Kuala Lumpur. - Foto KELUARGA DATUK LEONG CHEE WOH.1

_________________________________________-

1https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/07/840872/pahlawan-memburu-komunis-meninggal-dunia

Selasa, 13 Julai 2021

England hanya ada ‘trofi berkarat 1966’



ENGLAND gagal memenangi trofi utama sejak kali terakhir menjuarai Piala Dunia 1966.

Oleh Meja Sukan

13 Julai 2021, 8:00 am

LONDON: Bekas bintang Itali, Alessandro Altobelli mendakwa, England sering menganggap diri mereka amat hebat, namun hakikatnya Three ­Lions hanya mempunyai trofi ‘berkarat’ yang sudah disimpan dalam kabinet sejak 1966.

Bekas penyerang Juventus yang membawa Azzurri muncul juara Piala Dunia 1982 itu menegaskan, kejayaan Itali mengalahkan England dalam final Euro 2020 amat memberi kepuasan buatnya.

England sering merasakan mereka hebat, paling kuat dan bermain dengan cantik tapi mereka hanya ada trofi berka­rat yang dimenangi pada 1966! Pergi lihat kabinet kami, ia penuh!” katanya yang pernah membuat 61 penampilan bersama England.

ALESSANDRO ALTOBELLI

Sementara itu, pemain sayap Juventus, Federico Bernardeschi gembira dengan kejayaan itu dan menyifatkan musim ini paling sukar buatnya.

Kami selayaknya menang. Secara peribadi, saya banyak menderita, bukan musim mudah buat saya.

Keadaan sangat sukar tetapi saya tahu, kerja keras adalah jalan penyelesaian jika perkara tidak berjalan baik.

Terima kasih rakan sepa­sukan dan kepada mereka yang mempercayai saya. Kami juara Eropah dan saya tidak pernah takut untuk berdepan cabaran baharu,” katanya. – AGENSI.1

_________________________________________

1https://www.utusan.com.my/sukan/2021/07/england-hanya-ada-trofi-berkarat-1966/

Isnin, 12 Julai 2021

Dua beradik berusia lebih seabad terima vaksin

 Oleh Hazira Ahmad Zaidi - Julai 12, 2021 @ 12:07pm

bhnews@bh.com.my



MACHANG: Hasrat dua beradik warga emas yang berusia lebih satu abad untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 tercapai apabila mereka menerima suntikan dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong, di sini, hari ini.

Munah Yunus, berusia 114 tahun dan adiknya Pah Yunus, berusia 111 tahun, dari Kampung Rengas, Labok, di sini, ditemani oleh anak mereka tiba di PPV sekitar jam 9.30 pagi.

Kedua-dua beradik itu syukur selepas nama mereka berdua terpilih pada hari yang sama untuk mendapatkan suntikan vaksin yang disediakan oleh kerajaan bagi melindungi diri dari wabak COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menurut Siti Mariam Taib, 64, ibunya, Munah begitu teruja mendapatkan suntikan vaksin kerana bimbang dengan keadaan COVID-19 pada ketika ini selain antara golongan warga emas yang berisiko.

"Pada masa sama, ibu juga bersemangat kerana dia dan adiknya sudah berjanji untuk menerima vaksin bersama-sama dan tidak menyangka hasrat mereka dipenuhi setelah dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Chondong.

"Ibu dan adiknya amat akrab sejak kecil memandangkan tidak mempunyai adik beradik yang lain. Alhamdulillah proses menerima suntikan vaksin ini berjalan lancar bermula dari pendaftaran sehinggalah petugas kesihatan datang ke kereta untuk memberi suntikan kepada mereka berdua yang sudah uzur," katanya.

Dia berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di PPV Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong. Hadir sama, ADUN Pulai Chondong, Azhar Salleh.

Siti Mariam berkata, sejak 10 tahun lalu ibunya hanya mampu mengengsot selepas terjatuh, namun tidak menghidap sebarang penyakit kronik kecuali sakit tua dan juga masalah pendengaran.

"Sejak dari usia muda, ibu sentiasa mengamalkan pemakanan sihat dan dalam masa sama kehidupan hariannya turut dihiasi dengan alunan zikir selain mengamalkan solat sunat tahjud di awal pagi.

"Saya bersyukur kerana ibu masih dikurniakan kesihatan yang baik dan dalam usianya yang sudah lebih satu abad mampu melihat 15 cucu serta 35 cicit membesar di depan mata," katanya.

Sementara itu, anak kepada Pah, Mohd Ramli Ismail, 63, berkata, ibunya sudah lama menunggu untuk mendapatkan suntikan vaksin dan lebih bersemangat apabila diberitahu kakaknya juga disuntik pada hari yang sama.

"Pagi tadi, dia bangun awal untuk bersiap dan menunggu kami menghantarnya ke PPV bagi menerima suntikan dan pada hari ini, ibu juga berpuasa kerana sudah menjadi amalannya sejak di usia muda untuk berpuasa sunat selain dari bulan Ramadan.

"Alhamdulillah, setelah hampir 10 minit dipantau oleh petugas kesihatan selepas disuntik, ibu tidak mengalami sebarang masalah dan dibenarkan pulang," katanya.

Sementara itu, Azhar berkata, pemberian vaksin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Chondong diadakan selama dua hari bermula hari ini dan juga esok dengan jumlah penerima seramai 640 orang.

"Pada hari ini, seramai 320 penerima suntikan terdiri daripada warga emas, imam dan petugas-petugas masjid serta guru Yayasan Islam Kelantan (YIK), manakala selebihnya akan menerima suntikan pada hari esok.

"Sehingga kini, sudah 25 peratus penduduk di Pulai Chondong mendapat suntikan vaksin dan pihaknya berharap dapat mempercepatkan proses vaksinasi kepada penduduk di sekitar DUN Pulai Chondong," katanya.1


Mourinho pilih Walker pemain Terbaik Euro

Agensi


Pertahanan England, Kyle Walker (kiri) berjaya menghalang pemain Itali pada aksi final Euro 2020. FOTO AFP

London: Jose Mourinho memilih menamakan Kyle Walker sebagai Pemain Terbaik Kejohanan Euro 2020 dalam senarainya.

Hero penentuan penalti Gianluigi Donnarumma memenangi anugerah khas Uefa terbabit selepas penjaga gol Itali itu beraksi cemerlang pada final menentang England.

Bercakap kepada talkSPORT Mourinho berkata: "Pemain pilihan saya pada kejohanan ini adalah Kyle Walker.

"Saya fikir Kyle Walker memberi impak besar. Dari awal hingga tamat perlawanan. Dia bertindak cemerlang di barisan pertahan dan kerap melakukan hantaran menarik.

Walker, 31, beraksi hampir keseluruhan permainan dalam enam daripada tujuh perlawanan England sepanjang kejohanan, dengan hanya disisihkan ketika pasukan itu terikat 0-0 berdepan Scotland.

Pada aksi final di Wembley, bintang Manchester City itu kemudiannya digantikan dengan Marcus Rashford pada penghujung masa tambahan menentang Itali, supaya penyerang Manchester United berkenaan dapat mengambil penalti.

Tetapi Mourinho tidak bersetuju dengan keputusan itu.

Tambah pengendali Roma itu: "Bagi Saka untuk menyerahkan nasib pasukan negaranya di bahunya agak keterlaluan.

"Banyak kali pemain bagus yang sepatutnya berada di sana mengelak daripada mengambil tanggungjawab itu.

"Dimana Sterling? John Stones? Shaw? Dan kenapa Walker dan Henderson tidak berada di atas padang? Kerana realiti agak sukar buat Rashford dan (Jadon) Sancho untuk masuk dan mengambil penalti semata-mata."

Lagi berita berkaitan Euro 2020

Disiarkan pada: Julai 12, 2021 @ 9:56pm.2

___________________________________________________

1https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/838527/dua-beradik-berusia-lebih-seabad-terima-vaksin

2https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/729850/mourinho-pilih-walker-pemain-terbaik-euro

Jumaat, 2 Julai 2021

Tongkat khutbah tulang ikan yu paus, 126 tahun

BERNAMA



Tongkat khutbah tulang ikan yu paus, 126 tahun. FOTO BERNAMA

Kuala Terengganu: Sesiapa sahaja yang melewati Masjid Losong Haji Mohd yang terletak di pinggir bandar raya Kuala Terengganu pasti tidak menyangka di dalamnya terdapat sebatang tongkat khutbah berusia 126 tahun, dipercayai diperbuat daripada tulang ikan yu paus.

Ketua Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Harleny Abd Arif berkata, selain pada bahagian hulu tongkat itu, tulang ikan yu paus dijadikan sebagai sebahagian daripada 99 gelung kecil berbentuk segi lapan dan ia disarungkan pada tongkat kayu sepanjang lebih kurang 1.5 meter itu.

"Sebahagian gelung kecil yang menyerupai cincin itu diperbuat daripada tulang ikan yu paus yang disusun berselang-seli dengan spesies kayu keras. Pada permukaan luar setiap gelung kecil itu pula dihiasi dengan ukiran bermotifkan geometrik," katanya kepada Bernama di masjid itu yang terletak di Kampung Losong Haji Mohd di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, pada permukaan setiap ukiran itu juga ditampalkan kulit tiram dengan menggunakan teknik 'inlay' (tebuk, tampal dan gosok) yang mana penggunaan kulit hidupan laut itu turut ditemukan pada barangan perhiasan dari India dan Pakistan.

Dalam pada itu katanya, terdapat ukiran aksara Arab yang tertulis 1312 Hijrah pada hulu tongkat khutbah itu dan apabila ditukar pada tahun masihi ia bersamaan dengan 1895 Masihi, yang diyakini sebagai tahun pembuatan tongkat itu.

Katanya, usia tongkat khutbah itu juga seiring dengan usia pembinaan Masjid Losong Haji Mohd yang sedia ada kini iaitu sekitar penghujung 1890-an. Masjid itu dibina baharu kira-kira 50 meter dari tapak masjid lama.

Sebelum ini, Bernama melaporkan mengenai penemuan sebuah mimbar berusia 211 tahun yang terdapat di dalam ruangan solat masjid tersebut oleh Harleny.

"Lazimnya, usia binaan sesebuah masjid bersama mimbar dan tongkat khutbahnya adalah seiring. Namun yang menariknya mengenai Masjid Losong Haji Mohd ini, usia mimbarnya (lebih 200 tahun) berselisih lebih 80 tahun daripada usia tongkat khutbah (lebih 120 tahun).

"Mimbar itu dipindahkan dari tapak masjid yang asal ke masjid sekarang, manakala pembuatan tongkat khutbah pula dihasilkan kemudiannya dan ia selari dengan usia seni bina masjid baharu," katanya.

Harleny berkata, antara faktor kemungkinan tulang ikan yu paus digunakan pada pembuatan tongkat khutbah itu adalah kerana sejak dahulu lagi perairan tanah air, menjadi lokasi laluan dan persinggahan spesies ikan itu.Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif UPSI Drs Izani Mat Il yang turut sama menjalankan kajian terhadap tongkat khutbah itu berkata, tulang ikan yu paus yang digunakan adalah daripada bahagian sirip.

Hal ini kerana jisim tulang ikan pada bahagian sirip lebih mampat berbanding bahagian tulang lain dan ia kebiasaannya digunakan oleh masyarakat zaman dahulu untuk penghasilan kraftangan, katanya.

"Tulang ikan ini hampir menyerupai gading gajah, tetapi lokasi penemuan itu (tongkat khutbah) berdekatan dengan kawasan pantai, jadi agak mustahil sekiranya ia gading gajah. Dan agak jarang kraftangan diperbuat daripada gading gajah kerana amat mahal dan jarang didapati kecuali di kawasan pergunungan," katanya.

Beliau menambah ikan yu paus yang sering dijumpai di Laut China Selatan itu adalah spesies hampir pupus dan kehadirannya yang berhijrah secara bermusim, kini sentiasa dinantikan golongan penyelam terutama di perairan Tanjung Datu, Sarawak dan perairan Temajuk di Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan masyarakat pada zaman dahulu menghasilkan kraftangan daripada sumber alam semula jadi yang terdapat di sekeliling mereka, seperti tongkat khutbah itu yang mungkin dihasilkan oleh golongan nelayan yang tinggal di pesisir pantai selepas menjumpai tulang ikan yu paus itu.

Dalam pada itu, Izani berkata, beliau percaya tongkat khutbah itu telah dihasilkan dengan penuh teliti sehingga membolehkan keindahan dan keutuhannya kekal terpelihara sampai ke hari ini.

"Pada zaman dahulu kalau berkait dengan institusi raja atau pusat ibadat, sesuatu benda itu akan dihasilkan dengan sepenuh jiwa. Begitu juga kita tengok masjid-masjid lama yang kekal hingga hari ini kerana orang-orang dahulu akan pilih kayu dan teknik terbaik untuk membina masjid. Begitu juga dengan tongkat khutbah ini yang dibuat dengan penuh teliti," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Masjid Losong Haji Mohd, Mohd Muda berkata, tongkat khutbah daripada tulang ikan yu paus itu sekian lama diketahui penduduk setempat dan kisahnya diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi.

"Sebelum ini saya dengar daripada orang-orang terdahulu sahaja bahawa tongkat ini dibuat daripada tulang ikan yu paus. Sejak sekian lama, ini kali pertama ada golongan penyelidik yang datang ke masjid buat kajian terhadap tongkat ini," katanya sambil memberitahu tongkat itu masih digunakan hingga ke hari ini.

Mohd berkata, beliau bersama ahli jawatankuasa masjid akan menjaga tongkat khutbah itu agar ia sentiasa terpelihara untuk menjadi kegunaan dan kebanggaan generasi akan datang.

Disiarkan pada: Julai 3, 2021 @ 10:17am.1

_________________________________________

1https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/725812/tongkat-khutbah-tulang-ikan-yu-paus-126-tahun

Rabu, 30 Jun 2021

Ratusan lembu mati kerana harimau ajar anak memburu

Rosli Ilham

am@hmetro.com.my



RAKAMAN harimau bersama empat anak dirakam melalui kamera Infrared Perhilitan. FOTO ihsan FB Dr Azman Ibrahim

Dungun: Sebanyak 240 ekor lembu milik penternak di Felda Kerteh 4, dekat sini, ditemui mati akibat serangan harimau sejak 2019 hingga 17 Jun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, pihaknya percaya tindakan harimau itu semata-mata untuk mengajar anak-anaknya memburu.

Menurutnya, sebahagian besar lembu yang ditemui mati terdapat banyak kesan cakaran di kepala, badan dan belakang tetapi tidak dimakan.

"Kamera infrared yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merakam ibu harimau bersama empat anaknya yang berusia sekitar dua tahun.

"Berdasarkan rakaman itu, kita percaya ibu harimau itu hanya mengajar memburu kepada anak-anaknya dan setakat ini tiada laporan haiwan itu menyerang peneroka," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dr Azman berkata, di kawasan Felda Kerteh 4 itu terdapat kira-kira 1,000 ekor lembu membabitkan 60 penternak.

SEBAHAGIAN lembu yang diternak di kawasan Felda Kerteh 4. FOTO Rosli Ilham

"Kita percaya lembu yang diternak secara integrasi dalam ladang menarik kunjungan pak belang ke kawasan itu.

"Kawasan ternakan itu terletak berdekatan dengan hutan dan kita percaya ada berbelas ekor harimau di hutan itu," katanya.

Katanya, kesan daripada serangan harimau itu menyebabkan penternak mengalami kerugian yang besar.

"Saya bersama Perhilitan serta beberapa agensi kerajaan lain sudah mengadakan perjumpaan dengan penternak bagi mencari tindakan penyelesaian.

"Unit khas Perhilitan sudah mengambil langkah memantau kawasan ternakan 24 jam termasuk memasang kamera dan perangkap, "katanya.

Dr Azman berkata, hasil pertemuan dengan penternak terbabit, pihaknya mengambil keputusan mengehadkan kemasukan penduduk ke kawasan itu."Masyarakat luar juga dinasihatkan supaya tidak pergi berkelah ke kawasan air terjun yang terletak berhampiran dengan kawasan itu," katanya.

Menurutnya, pihaknya berharap semua penternak dapat mengurung ternakan sebelum waktu senja.

"Kerajaan negeri juga bersetuju membantu penternak yang kerugian melalui Tabung Bencana Pertanian," katanya.

Disiarkan pada: Julai 1, 2021 @ 12:04pm.1

___________________________________

1https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/724979/ratusan-lembu-mati-kerana-harimau-ajar-anak-memburu

Kaya hanya 4 hari

 Agensi



WANG yang dimasukkan ke dalam akaun isteri James. FOTO Agensi

Baton Rouge: Seorang wanita di Louisiana menjadi bilionair segera apabila wang berjumlah AS$50 bilion (kira-kira RM207 bilion) dimasukkan secara tidak sengaja di dalam akaunnya.

Ini menjadikan isteri kepada Darren James sebagai individu ke-25 terkaya di dunia namun gelaran itu hanya bertahan selama empat hari.

Lelaki berusia 47 tahun dalam temu bual bersama Fox berkata, dia terkejut apabila mengetahui wang sebanyak itu didepositkan ke dalam akaun isterinya, awal bulan ini.

"Saya amat terkejut apabila isteri menunjukkan baki dalam akaun banknya. Kami menjadi bilionair sekelip mata," katanya.

Menurutnya, dia dan isteri terfikir mengenai pemilik duit berkenaan kerana tidak mengenali sesiapa yang mempunyai wang sebanyak itu.

Dia juga ada terfikir mungkin ini adalah peninggalan bapa saudara yang kaya kepadanya.

Jika benar, ini menjadikan dia sekeluarga berada di kedudukan lebih tinggi daripada bilionair yang juga pengasas Nike iaitu Phil Knight dalam senarai individu terkaya Forbes.

"Perasaan ini sesuatu yang menakjubkan kerana melihat banyak angka sifar di dalam akaun bank," katanya.

Isterinya kemudian menghubungi Chase Bank selepas wang itu terus berada di dalam akaunnya selama empat hari.

"Ia sangat mengujakan walaupun saya tidak dapat berbuat apa-apa dengan wang berkenaan," katanya.

Katanya, dia dan keluarga bagaimanapun sedar bahawa wang berkenaan bukan kepunyaan mereka.

Mereka juga boleh didakwa sebagai pencuri jika menggunakan wang berkenaan.

Dalam pada itu, Chase Bank memaklumkan isu berkenaan sudah selesai dan berlaku disebabkan masalah teknikal sistem.

"Kami menghadapi masalah teknikal minggu lalu menyebabkan beberapa kesilapan berlaku," katanya.

Disiarkan pada: Julai 1, 2021 @ 6:30am.1

___________________________________________________

1https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/724873/kaya-hanya-4-hari

Messi cipta rekod penampilan ke-148



Oleh Meja Sukan

30 Jun 2021, 11:45 am

CUIABA, BRAZIL: Ikon Argenti­na, Lionel Messi menjadi pema­in terbanyak membuat penam­pilan buat negaranya ketika dia memimpin pasukannya untuk menang mudah 4-1 ke atas Bolivia dalam perlawanan kelima Kumpulan A, Copa Ame­rica 2021 di Arena Pantanal, sema­lam.

Penampilan ke-148 itu menjadikan pemain berusia 34 tahun itu mendahului bekas kap­ten, Javier Mascherano yang ju­ga bermain bersamanya di Bar­­celona dan mempunyai 147 pe­nampilan buat Argentina.

Messi juga merupakan penjaring gol terbanyak Argentina sepanjang masa dengan 75 gol – melepasi rekod catatan lagenda, Gabriel Batistuta dengan 54 gol pada tahun 2016.

Walaupun cemerlang, penye­rang itu bagaimanapun belum pernah memenangi kejohanan antarabangsa utama bersama ne­­garanya, setelah tewas di pe­ring­kat akhir Piala Dunia 2014 dan edisi Copa America 2007, 2015 serta 2016.

Pemain itu yang meng­ula­ngi bahawa salah satu tujuan utamanya adalah untuk me­mimpin negaranya ke piala antarabangsa, mendapat liputan be­rita sejak setahun lalu menge­nai masa depannya dengan Barcelona berikutan kontraknya sekarang berakhir Jun (hari ini).

Dalam pasukan ini, hanya ada satu pemain yang mengesahkan tempat di kesebelasan utama dan semua orang tahu siapa dia. Selebihnya harus men­­dapatkannya.

Bagi kami, adalah penting agar tidak ada yang santai dan mereka terus menunjukkan pe­ningkatan permainan demi perlawanan. Mereka sangat me­ngetahuinya,” kata jurulatih Argentina, Lionel Scaloni.

Dalam perlawanan semalam, Argentina tidak perlu menunggu lama untuk membolosi benteng lawan apabila hantaran lambung Messi kepada Papu Gomez yang melakukan voli mengatasi penjaga gawang, Carlos Lampe untuk menjadikan 1-0 selepas lima minit perlawanan.

Tiga gol lagi menyusul pada minit 33, 41 dan 65. – AGENSI.1

______________________________________________

1https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/messi-cipta-rekod-penampilan-ke-148/