Bulan Ramadhan adalah bulan di
perintahkannya ibadah puasa kepada umat Islam pada tahun kedua hijrah.
Allah SWT berfirman dalam Surah
Al-Baqarah, ayat 183:
Maksudnya: “Wahai orang-orang
yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas
orang-orang sebelum kamu agar kamu menjadi insan yang bertakwa (QS. Al-Baqarah
: 183)
Namun demikian, tidak kalah
pentingnya dalam bulan Ramadhan juga mencatat banyak sejarah yang penting yang
berlaku. Hal ini bertujuan untuk menjadikan bulan Ramadhan sebagai inspirasi
kepada kejayaan dan kecemerlangan dalam kehidupan. Bukan dijadikan alasan
kemunduran dan kelemahan dalam kehidupan.
Ada 8 peristiwa yang penting
dalam sejarah Islam yang berlaku di bulan Ramadhan. D iantara peristiwa
tersebut adalah:
1.BULAN DITURUNKAN AL-QURAN
Para pakar tafsir dan hadis
merekodkan, bahawasanya Allah SWT menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab
kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran kepada para rasul terdahulu pada
bulan Ramadhan.
Allah SWT berfirman dalam Surah
Al-Baqarah, ayat 185:
Maksudnya: “Pada bulan Ramadhan,
bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi
manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara
yang hak dan yang bathil). ( QS. Al-Baqarah : 185 )
2. PERISTIWA PERANG BADAR
Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun
2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar.
Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang
terdapat di daerah itu.
Tentera Islam seramai 313
berhadapan dengan 1000 tentera musyrikin Makkah yang lengkap bersenjata.
Tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70
lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.
Peperangan ini luar biasa.
Tentera Islam kurang jumlahnya, lemah daripada sudut kelengkapan persenjataan
dan dalam keadaan berpuasa, akan tetapi dapat memenangi peperangan Badar.
Hal ini membuktikan puasa bukan
faktor penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi
mencapai keredhaan Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam Surah
Ali-Imran, ayat 123:
Maksudnya: “Sungguh Allah SWT
telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu)
orang-orang yang lemah. Karena itu bertakwalah kepada Allah, agar kamu
mensyukuri- Nya”. (QS. Ali-Imran : 123 ).[1]