Jumaat, 27 Mac 2020

KEHIDUPAN AWAL PENEROKA JENGKA 4

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

       Ketika itu peneroka masuk ke Felda Jengka 4 pada tahun 1971, kawasan perumahan yang telah siap dibina dan ladang telah ditanam dengan tanaman pokok kelapa sawit. Sementara menunggu hasil ladang, para peneroka dan isteri mereka terpaksa ke ladang pada awal-awal pagi untuk diambil kedatangan dan seterusnya melaksanakan tugas masing-masing. Menurut Muhamad Salleh bin Ismail, peneroka dan isteri masing-masing wajib datang untuk bekerja di ladang kelapa sawit pada pukul lapan pagi. Mereka membuat kerja ladang dan diberi wang sebanyak RM2.50 sehari ini kos sara hidup.[1]

       Untuk mendapat pendapatan lebih peneroka boleh bekerja lebih masa. Pihak pengurusan Felda Jengka 4 akan  membayar elaun bayaran kerja lebih masa kepada peneroka yang rajin bekerja. Oleh itu mereka walaupun ramai daripada mereka belum mempunyai anak, tetapi mereka terpaksa mengambil bekalan makanan di Kantin secara berhutang.  Pada tahun 1972 barulah para peneroka Felda Jengka 4 mendapat hasil yang pertama. Ini bermakna kuasa beli 448 keluarga peneroka Felda Jengka 4 semakin bertambah.[2]



[1] Temuramah dengan Muhamad Salleh Ismail pada 21 Mac 2013.
[2] Ibid.

Rabu, 18 Mac 2020

1978-SEJARAH MASJID FELDA JENGKA


Menurut  Imam 1 Felda Jengka 4, ketika  mula memasuki Felda Jengka 4 pada tahun 1973 bangunan Masjid sekarang belum ada. Solat Jjumaat ketika itu diadakan didua buah rumah peneroka yang masih kosong berhampiran Masjid Jengka 4 sekarang.  Beliau yang berkelulusan Maahad Muhamadi Kota Bharu dan sekolah pondok di Kelantan memohon kerja sebagai imam. Pada tahun 1973 beliau dilantik sebagai Imam II Masjid Jengka 4. Imam I ketika itu ialah Hj Hassan yang berasal dari Pahang.[1]

      Pada 27 Oktober 1978, Masjid Felda Kemboja Jengka 4 telah dirasmikan oleh Sultan Haji Ahmad Shah Ibni al-Marhum Ssultan Abu Bakar Sultan Pahang ketika itu. Ini bermakna Masjid Felda Kemboja Jengka 4 baru baru dua bulan lebih dibuka ketika saya kali pertama solat Jumaat di situ.[2]


[1]Temu ramah Hj Wan Abdullah bin Wan Yahya pada 1 Mac 2013.
[2] Plat Masjid Felda Kemboja Jengka 4.