Pada hari ini dalam tahun 1955,
Raja-Raja Melayu telah mengadakan persidangan di Kuala Lumpur bagi
membincangkan mengenai rombongan yang akan mengadakan rundingan berkaitan
perubahan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang akan diadakan di
London pada awal tahun 1956. Turut hadir adalah Pesuruhjaya Tinggi British di
Persekutuan Tanah Melayu dan YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri
Kerajaan Perikatan. Persidangan ini telah memutuskan bahawa rombongan tersebut
adalah terdiri daripada wakil Raja-Raja Melayu dan kerajaan Perikatan.
Rombongan ini yang dinamakan ‘Rombongan Malaya Merdeka’ telah belayar ke London
pada 1 Januari 1956. Ia terdiri daripada YTM Tunku Abdul Rahman Putra; Dato’
Abdul Razak Hussein; Dr. Ismail Abd. Rahman dan Kol. H.S. Lee sebagai wakil
kerajaan Perikatan. Manakala wakil Raja-Raja Melayu pula terdiri daripada Dato’
Panglima Bukit Gantang; Dato’ Nik Ahmad Kamil; Encik Abd. Aziz Abd. Majid;
Dato’ Mohd. Seth serta Encik T.H. Tan selaku setiausaha rombongan. Mereka akan
mengadakan rundingan bersama wakil baginda Queen.[1]
Label
- BADMINTON MALAYSIA
- BALASUNGKAWA
- HARI INI DALAM SEJARAH
- JEPUN DI TANAH MELAYU
- KARTUN
- MERDEKA
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH
- PKM
- REKOD EKSPEDISI
- RENCANA
- RENCANA SEJARAH
- RUMAH TRADISIONAL
- SEJARAH BOLA SEPAK PIALA DUNIA 98
- SEJARAH DUNIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH ISLAM
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH PENDIDIKAN
- SEJARAH SMKJ2
- SEJARAH STPM P1
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH SUKAN
- SENIMAN
- SIRAH NABI
- TOKOH MALAYSIA
- TOKOH SEJARAH ISLAM
- TOKOH TEMPATAN
- WIRA ATM
- WIRA DARURAT
- WIRA MENENTANG PENJAJAH
Ahad, 29 September 2019
Selasa, 24 September 2019
SULTAN MUZAFFAR SYAH III MANGKAT
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada hari ini 25 September 1754,
Sultan Muzaffar Syah III mangkat. Sultan
Muzaffar Syah memerintah Perak di antara tahun 1728-1752. Baginda menaiki
taktha pada tahun 1928 apabila Sultan Alauddin Munghayat Shah yang memerintah
Perak di antara tahun (1920-1928) mangkat.
Baginda merupakan saudara kepada Sultan Alauddin Mughayat Shah. Pada
masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah telah berlaku perselisihan baginda dengan Raja Muda Bisnu. Perselisihan ini telah membawa kepada Perak
terbahagi kepada dua dan Pacat menjadi sempadan pemerintahan Sultan Muzaffar
Syah dan Raja Muda Bisnu. Namun begitu atas usaha-usaha yang dijalankan oleh
anak Raja Muda Bisnu, Raja Muda Iskandar, akhirnya pedamaian dicapai di antara
Sultan Muzaffar Syah III dan Raja Muda Bisnu dan akhirnya Sultan Muzaffar Syah
III kembali bersemayam di Brahaman Indera. Setelah kemangkatan Sultan Muzaffar
Syah III, Raja Muda Iskandar telah dilantik menaiki taktha pada tahun 1752
dengan gelaran Paduka Seri Sultan Iskandar Zulkainal Syah Khalifur Rahman Johan
Berdaulat Zilullahfi Alam.[1]
Sabtu, 21 September 2019
Selasa, 17 September 2019
SEJARAH MAJALAH JAYA SMK JENGKA 2 1978-2006
MAJALAH JAYA TAHUN 1978
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Menurut Rosli Mat Khamis, Majalah Jaya
sepatutnya diterbitkan pada tahun 1977 lagi. Tetapi memandangkan terdapat
masalah kritikal, keluaran tahun 1977 tidak dapat diterbitkan. Antara masalah
tersebut ialah sambutan dingin para pelajar untuk menghantar karya pelajar dalam
Bahasa Melayu kepada Ridaksi Majalah Jaya. Karya Bahasa pula tidak dapat
diterbitkan dalam keluaran sulung ini kerana pelajar-pelajar merasa rendah diri
kerana merasakan penguasaan Bahasa Inggeris mereka masih lemah.[1]
Penertbitan Majalah Jaya ini juga terpaksa
ditangguhkan kerana Sekolah Menengah Kebangsaaan Jengka 2 telah mengadakan Hari
Ucapan dan Penyampaian hadiah dan Pameran. Ini menyebabkan penerbitan Majalah
Jaya pada bulan Ogos 1978 telah tertangguh kepada bulan September 1978. Majalah
Bil. 1 Jilid 1 Tahun 1978 ini mempunyai 163 halaman. [2]
Ahad, 8 September 2019
1994-PENETUAN TERAKHIR PIALA DUNIA 1994
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Penentuan terakhir Piala Dunia tahun 1994 di antara pasukan plihan Brazil dan di Itali diadakan di Rose Bowl, Pasadeda Amerika Syarikat jam 3.30 pagi. Bberdasarkan statistik penjaring gol Brazil di Piala Dunia 1994 ialah Romario 5 gol, Bebeto 3 gol, Rai, Marcio Santos dan Branco satu gol. Manakala penjaring gol Itali ialah Roberto Baggio lima gol, Dino Baggio dua gol dan Daniele Massaro satu gol.[1]
Selasa, 3 September 2019
Ikon manusia sejagat
MyMetroNuansa
Zaitie Satibi
zaisa@hmetro.com.my
DALAM usaha dakwah menerusi riwayat insan agung, Nabi Muhammad, Manhajj
Brothers mengambil inisiatif menganjurkan Pameran Artifak Rasulullah SAW bagi
mengupas keistimewaan baginda melalui pelbagai perspektif berbeza supaya tidak
hanya dikenali sebagai nabi malah ikon manusia sejagat.
Menerusi pameran yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) bermula 22 Julai sehingga 4 Ogos ini, orang ramai berpeluang mengenali
dengan lebih dekat peninggalan dan sejarah Rasulullah dan sahabat baginda.
Banyak artifak dan peninggalan berkaitan sumbangan Islam terhadap dunia
masih boleh dilihat hingga kini dan tidak lain adalah bertitik tolak daripada
peranan serta amanah besar yang dimainkan rasul terakhir itu.
Antara artifak Rasulullah yang akan dipamerkan ialah rambut, janggut, kesan
tapak kaki, capal, serban, tongkat, bekas air zamzam, bekas celak, cop mohor,
kunci makam, pasir makam dan kain penutup makam.
Pengarah Projek, Razali Bachik berkata, penganjuran pameran itu adalah satu
langkah yang positif dalam memberi pendedahan dan menambah pengetahuan
masyarakat khususnya golongan muda berkenaan Islam.
“Ini satu usaha yang baik dalam menarik minat masyarakat supaya lebih
mengenali sejarah Rasulullah dan Islam menerusi pameran artifak sarat dengan
pelbagai maklumat berkaitan.
“Peluang menjejakkan kaki ke ruang pameran berkenaan bukan saja dapat
mendekatkan diri dengan Nabi Muhammad, malah dapat meningkatkan rasa cinta
terhadap baginda.
“Malah, pengisian pameran berkenaan sedikit sebanyak menerbitkan rasa
rendah diri dan keinsafan untuk lebih mengenali Islam,” katanya yang
menyediakan khidmat mutawif bagi memberi penjelasan berkenaan
perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW dari awal kelahiran sehingga
kewafatannya.
Razali berkata, selain mempamerkan 16 artifak berkaitan Nabi Muhammad, pihaknya
turut menampilkan artifak berkaitan sahabat baginda dan Kerajaan Uthmaniah yang
juga kerajaan Islam terakhir mengamalkan sistem pemerintahan khalifah.
PEDANG milik Amr al-As.
Pedang Mu’adz bin Jabal, pedang Amr al-As, pedang Saidina Hussein, kiswah
Kaabah merah, kiswah Kaabah hijau, serban Imam Syafie, capal Imam Ghazali,
kunci makan Saidatina Fatimah, batu dinding Kaabah dan batu dinding Masjid
Quba’ iaitu masjid pertama yang dibina Nabi Muhammad SAW ketika berhijrah dari
Makkah ke Madinah antara yang boleh dilihat.
Artifak pada zaman Kerajaan Uthmaniah pula seperti kunci Kaabah, baju
perang, tandu, kiswah Kaabah, kiswah pintu taubah, kiswah pintu kecil, Makam
Ibrahim dan al-Quran emas.
“Dalam pameran ini, masyarakat berpeluang mendapat ilmu menarik berkaitan
semua artifak yang dipamerkan antaranya sirah Rasulullah, peristiwa peperangan
dalam sejarah Islam, gerakan penyebaran Islam dan maklumat mengenai sahabat
baginda.
“Contohnya Makam Ibrahim adalah binaan yang mengandungi batu hampar kecil
terletak berdekatan Kaabah. Ia bukanlah kubur Nabi Ibrahim AS sebagaimana
dugaan atau anggapan sebahagian orang.
“Sebaliknya dalam binaan kecil itu ada sebiji batu yang diturunkan Allah
dari syurga bersama-sama dengan batu kecil lain yang terdapat pada Hajar Aswad.
“Di atas batu Makam Ibrahim ini, Nabi Ibrahim pernah berdiri ketika baginda
membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail AS memberikan bongkah batu
kepadanya,” katanya.
Maklumat menarik lain seperti kisah kunci makam Nabi Muhammad SAW yang
diganti kali pertama pada 1411 dan penggantian kedua pada 1847 ketika zaman
Kerajaan Uthmaniah.
Kunci makam baginda digantikan semula pada 1937 oleh Kerajaan Arab Saudi.
Kunci yang dipamerkan itu dipengerusikan Ali Zainal Abidin Toeh dan ia dipegang
keturunan Saidina Ali hingga sekarang.
Amr’ Al Aas pula seorang sahabat Nabi Muhammad yang dilantik sebagai
panglima perang sebanyak 12 kali. Beliau adalah panglima dalam angkatan barisan
hadapan dan menjadi gabenor yang akhirnya dihantar ke Yaman untuk menjadi
pendakwah.
Koleksi artifak selain dimiliki sendiri pihak penganjur, ia juga diperoleh
secara pinjaman daripada pemilik asal dari beberapa negara antaranya Brunei,
Arab Saudi, Turki, Jordan, India dan Syria. Semua artifak diyakini tulen dan
disahkan sendiri pihak Muzium Dinar Islam, Makkah.
“Pameran ini akan memberi peluang kepada masyarakat untuk melihat sendiri
artifak yang turut menjadi rakaman sejarah kehidupan dan perjuangan baginda
selain bermatlamat untuk memberi pendidikan, sumber inspirasi serta pengetahuan
kepada pengunjung mengenai kegemilangan tamadun Islam,” katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Julai 2019 @ 10:25 AM
Langgan:
Catatan (Atom)