Pelajar cemerlang
Nurul Jannah Zamberi semasa
majlis konvokesyen Rutgers University di New Jersey, Amerika Syarikat (AS)
baru-baru ini. - Foto eWarta Mara
Izzat Nasuruden
31 Mei 2019 7:34 PM
KUALA LUMPUR 31 Mei – Bukan
setakat cantik bak Puteri Gunung Ledang, malah bijak seperti Hang Nadim. Itu
gambaran yang boleh diberikan kepada Nurul Jannah Zamberi, 23, yang dinobatkan
sebagai pelajar terbaik dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan di Rutgers
University, Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan eWarta Mara yang
memetik Mara Washington, anak sulung daripada tiga adik-beradik itu menerima
pengiktirafan tertinggi dengan pencapaian Cum Laude atau The Highest Honors
selepas memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.95.
“Nurul Jannah memperoleh tempat
pertama daripada 110 orang graduan Biomedical Engineering dan dinobatkan
sebagai Samuel Welkowitz Award.
“Beliau juga berjaya memasuki
senarai khas pelajar cemerlang yang digelar ‘Matthe Leydt Society’ dengan
pencapaian tertinggi di sepuluh universiti terbesar di New Jersey,” katanya di
sini hari ini.
Sebelum ini, seorang lagi anak
tempatan, Maryam Balqis berjaya mengharumkan nama negara di Arizona State
Universiti, AS selepas memperoleh CGPA 4.00. -SUMBER UTUSAN ONLINE 31 Mei 2019
7:34 PM