Khamis, 14 Mei 2015

PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA MESIR PADA ABAD KE-20

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Pengenalan pembentukan negara bangsa di Mesir
Mesir merupakan sebuah negara yang terletak di benua Afrika. Penduduk asal Mesir ialah orang fellahin.Pembentukan negara bangsa Mesir bermula apabila Mesir cuba mengasingkan diri daripada penguasaan pemerintahan Uthmaniyyah.Berlaku beberapa percubaan untuk membebaskan beberapa kawasan dari penguasaan Turki Uthmaniah tetapi gagal kerana gerakan ini tidak mendapat sokongan rakyat berbangsa Arab yang lebih mengutamakan hubungan keagamaan.Ali Bek al-Kabir cuba membebaskan diri daripada Turki Uthmaniah pada separuh kedua kurun ke-18. Beliau menghalau Pasha Utmaniah dan mengawasi angkatan tentera Utmaniah. Beliau cuba menguasai Syria dan menggabungkannya dengan Mesir.[1]
Faktor pembentukan negara bangsa Mesir :
a. Penjajahan Perancis terhadap Mesir – membawa perubahan dalam pemikiran rakyat Mesir dengan masuknya fahaman nasionalisme dan demokrasi.[2] Walaupun penguasaan Perancis hanya sekitar tiga tahun sahaja,namun kesan jangka panjangnya telah berjaya mengubah demografi politik Mesir. Penaklukan Perancis ke atas Mesir 1798 - 1801M meninggalkan kesan mendalam dalam bidang ekonomi,politik, sosial dan pemikiran rakyat Mesir. Penaklukan ini merupakan peristiwa penting yang mengubah landskap sosiopolitik Mesir. Konsep modenisme dan sekularisme meresap dalam pemikiran rakyat.
Ia juga  telah membawa kepada kejayaan penjajahan Britain ke atas Mesir pada tahun 1882. Sebelum ini, Britain pernah cuba menjajah Mesir pada tahun 1807, namun usaha tersebut tidak berjaya.Selama tiga tahun Perancis di Mesir, beberapa perubahan telah dilakukan. Antaranya adalah seperti membuka kilang senjata.,mengadakan perkhidmatan percetakan dan menerbitkan akhbar dan menggalakkan pengkajian dalam bidang sains.[3]

b. Dasar pemerintahan Muhammad Ali Pasha –
Muhamad Ali Pasha merupakan tokoh pembaharuan dan pembangunan Mesir moden. Muhamamad Ali merupakan pemimimpin angkatan tentera yang dihantar oleh Sultan Salim III yang berpakat dengan British untuk merampas Mesir dari tangan Perancis. Selepas berjaya menghalau Perancis dari bumi Mesir, Sultan Turki Uthmaniah mengiktiraf kekuasaan Muhammad Ali Pasha di Mesir.[4]

      Pada awal pemerintahannya, Muhammad Ali berusaha mengambil hati para ketua kaum sebagai membalas jasa mereka.Sedangkan beliau sebenarnya menunggu masa yang sesuai untuk mengenepikan mereka. Akhirnya beliau mencapai matlamatnya dan memerintah Mesir secara diktator.[v] Menerusi Perjanjian London 1840, Britain menewaskan Ali Pasha dan mendesak beliau berundur dari Mesir. Era pasca Muhammad  Ali Pasha diteruskan oleh anaknya, Khedif Ismail. Namun pengganti-pengganti Ali Pasha terutamanya Ismail banyak dilanda masalah. Khedif Ismail berhutang sebanyak 100 juta pound Euro dengan bank-bank Eropah. Ini membuka pintu kuasa imperialis Barat campur tangan secara terang-terangan dalam pentadbiran Mesir.[5]  
Pembaharuan bidang ketenteraan.
Jurulatih tentera dari Barat dijemput untuk melatih tentera Mesir. Pusat latihan ketenteraan ditubuhkan.
 Pelajar Mesir dihantar ke luar negeri.
Meningkatkan ekonomi rakyat dengan pelbagai pembaharuan.
 Aktiviti penterjemahan.
c. Pemberontakan Urabi –
pemberontakan pertama oleh keturunan asal (fellahin) menentang pentadbiran Muhammad Ali Pasha berketurunan Turki kerana memberi layanan istimewa kepada tentera berketurunan
Turki-Circassia. Gerakan ini menuntut dihapuskan pengaruh asing dalam pentadbiran Mesir.
d. Dasar penjajahan British :
. Dasar diskrimanasi British dalam pentadbiran mewujudkan golongan nasionalis Mesir. Golongan ini terdedah kepada nilai politik dan sentimen kebangsaan yang dibawa British.
. British menggalakkan rakyat Mesir bertutur dalam dialek Misriyah bagi mengukuhkan idenditi Mesir.
. Di sekolah agama dan sekolah rendah, British menggalakkan penggunaan dialek tempatan (bahasaMisriyah atau Amiiyah) dalam pengajaran. Ini mengukuhkan identiti bangsa Mesir sambil menjauhkan generasi baharu Mesir memahami
bahasa Arab Fushah yang digunakan dalam al-Quran.
e. Kemerdekaan Mesir
1922 Britain isytihar kemerdekaan Mesir
18 jun 1953 Mesir menjadi republik.Jeneral Muhamad Najib mengetuai pemberontakan tentera yang disokong oleh rakyat sehingga mencetuskan Revolusi 23 Julai 1952. Raja Fuad I menyerahkan takhtanya kepada Ahmad Fuad II  dan Mesir menjadi sebuah republik. Jeneral Muhammad najib menjadi Presiden Mesir pertama



[1]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 397.
[2] “Faktor pembentukan negarabangsa Mesir”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,20.
[3] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014) ,236.
[4] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 315.
[v]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan  Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, 399.
[5] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, 315.

Rabu, 13 Mei 2015

3.2 Reaksi masyarakat tempatan di Mesir pada abad ke-19 dan 20

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pengenalan : abad ke-18M, Mesir sebahagian wilayah empayar Uthmaniyah. Sepanjang abad ke-17 dan ke-18M, Mesir mengalami beberapa konflik politik akibat perebutan kuasa antara pemerintah tempatan.
Penaklukan Perancis
Pada akhir abad ke-18, Perancis telah menawan Mesir.Peristiwa ini berlaku pada tahun 1798. Ekspedisi ketenteraan ini diketuai oleh Napoleon Bonaparte berikutan tercetusnya Revolusi Perancis.
Walau bagaimanapun, penguasaan Perancis ke atas Mesir tidak lama, iaitu hanya sekitar tiga tahun sahaja.Perancis kemudiannya dapat diusir keluar dari Mesir oleh tentera Uthmaniyah dengan bantuan Britain pada tahun 1801.Pendudukan Perancis di Mesir membuka senario baharu kerana ia merupakan kuasa Barat pertama yang menceroboh Mesir.[1]

     Walaupun penguasaan Perancis hanya sekitar tiga tahun sahaja,namun kesan jangka panjangnya telah berjaya mengubah demografi politik Mesir. Penaklukan Perancis ke atas Mesir 1798 - 1801M meninggalkan kesan mendalam dalam bidang ekonomi,politik, sosial dan pemikiran rakyat Mesir. Penaklukan ini merupakan peristiwa penting yang mengubah landskap sosiopolitik Mesir. Konsep modenisme dan sekularisme meresap dalam pemikiran rakyat.
Ia juga  telah membawa kepada kejayaan penjajahan Britain ke atas Mesir pada tahun 1882. Sebelum ini, Britain pernah cuba menjajah Mesir pada tahun 1807, namun usaha tersebut tidak berjaya.Selama tiga tahun Perancis di Mesir, beberapa perubahan telah dilakukan. Antaranya adalah seperti berikut:
(a) membuka kilang senjata.
(b) mengadakan perkhidmatan percetakan.
(c) menggalakkan pengkajian sains, termasuk menghantar para pelajar Mesir untuk belajar di Barat.
Sejaktahun 1879, Britain dan Perancis semakin giat mencampuri hal ehwal Mesir, terutama yang berkaitan dengan soal kewangan.Isu hutang yang dihadapi oleh Mesir dijadikan alasan untuk campur tangan. Namun, sebenarnya perhatian kuasa Eropah adalah tertumpu pada Terusan Suez.

Zaman pemerintahan Muhammad Ali Pasha di Mesir.
Gerakan memisahkan Mesir dari Turki Uthmaniyyah. Meletus dua siri peperangan Mesir - Turki pada 1832-1833M dan 1839-1840M. Mesir mencapai kemenangan hasil bantuan Perancis.
Penaklukan British ke atas Mesir pada 1882 - 1918M.
Sebelumnya, berlaku perjanjian memorandum Mesir dengan British pada 1840M melalui Konvensi Alexandria.Perjanjian ini menyebabkan Mesir secara perlahan-lahan terpaksa menerima kehadiran British. Konsesi pembinaan Terusan Suez yang diberikan kepada Perancis pada 1857 menambahkan curiga British terhadap Perancis dan Mesir.Kemerosotan ekonomi mendorong Mesir menjual saham
Terusan Suez kepada British. Sejak itu, British mulai mencampuri politik dan ekonomi serta hal ehwal Mesir.British terus melaksanakan misi ketenteraan di Mesir hingga berjaya menguasai Kaherah pada 1882. Bermula penjajahan British di Mesir.

Penjajahan Britain
Penjajahan Britain merujuk kepada kekalahan tentera Mesir ditangan British pada bulan September 1882. Bermula pada tahun 1914-1918, Britaian mempunyai pengaruh yang kuat di Mesir.Pentadbiran Britain di Mesir pada peringkat awal dipelopori oleh Lord Cromer yang dilantik sebagai Consul General antara tahun 1883-1907. Dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh British membawa jurang yang besar kepada masyarakat Mesir.

      Mereka yang mendapat pendidikan Barat terpisah dari segi sikap dan pemikiran yang berteraskan kebudayaan tempatan yang didukung oleh ulamak dan juga rakyat biasa.   

Pentadbiran ekonomi yang teruk, sikap tamak pemerintah yang menaikkan cukai sesuka hati, dasar
menjadikan tanah milik negara dan kerahan tenaga menyebabkan rakyat Mesir menderita. Golongan ulama memimpin gerakan rakyat menentang kezaliman kerajaan.

Perjuangan kebebasan Mesir
Penaklukan perancis ke atas Mesir mencetuskan beberapa pemberontakan rakyat yang mewujudkan situasi politik yang tidak stabil. Antaranya, pemberontakan pimpinan Syeikh Muhammad sadat ekoran
Majlis Syura al-Azhar membuat keputusan melancarkan jihad.

Gerakan penentangan
Faktor agama merupakan faktor utama kebangkitan menentang Perancis. Muncul Gerakan Islah oleh tokoh-tokoh pemikir Islam seperti Sayyid Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Gerakan Islah ini berhadapan dengan arus sekularisasi Barat. Muncul gerakan dakwah diMesir seperti al-Ikhwan al-Muslimun yang lebih tersusun
 Gerakan Kolonel Urabi Pasha l88l - 1882M :
gerakan menuntut kemerdekaan Mesir. Dikenali sebagai pemberontakan Urabi. Gerakan ini menjadi tonggak kepada semangat nasionalisme Mesir. Awal perjuangan, gerakan ini adalah sebuah gerakan anti orang asing (perancis, British danTurki). Namun, akhimya gerakan ini menuntut perubahan
dalam pentadbiran dan pemerintahan. British menyerang Urabi Pasha kerana ia mengancam kedudukan British di Mesir dan berjaya mengalahkan Arabi pasha.Urabi Pasha telah dibuang ke Sri Langka. Syeikh Muhamad Abduh turut diusir keluar dari Mesir.
Gerakan Islah
 Gerakan pemulihan Islam yang dipelopri oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. ciriciri
utama gerakan ini termasuk gagasan al-Jamiah al-Islamiah (Pan Islamisme) dan perjuangan kemerdekaan.Kesemua idea dan program islah dilaksanakan melaluipelbagai kaedah termasuk melalui proses pengajaran, pidato dan media massa (majalah dan akhbar) serta karya-karya ilmiah. Gerakan Islah juga dilakukan melalui jawatan-jawatan yang disandang. Kempen-kempen yang dijalankan oleh tokoh-tokoh ini membangkitkan semangat perasaan anti-penjajah.
Revolusi 1919M –
 Tamatnya Perang Dunia Pertama memperlihatkan semangat nasionalisme rakyat Mesir terus berkobar. Muncul Parti Wafd 1919 pimpinan Saad Zaghlul Pasha yang berjuang menuntut kemerdekaan penuh.Penangkapan Saad Zaghlul membangkitkan revolusi besar menentang British di seluruh Mesir.
Kemerdekaan Mesir
 Akhirnya British terpaksa mengeluarkan Deklarasi Unilateral 1922 yang memberi kemerdekaan separa penuh Mesir. Britain mengistiharkan kemerdekaan Mesir pada 22.2.1922. Kerajaan baru yang ditubuhkan bersifat raja berperlembagaan. Pilihanraya pertama diadakan dan Saad Zaghlul dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 1927. Tetapi pentadbiranya hanya berlangsung dalam tempoh yang singkat. Antara tahun 1922-1936 pola yang sama berlaku, iaitu raja membubar parlimen dan pilihan raya diadakan yang selalunya membawa kemenagan kepada Parti Wafd. !927 Saad Zaghlul meninggal dunia dan Parti Wafd mula lemah.  Golongan nasionalis tetap menentang deklarasi ini kerana menuntut kemerdekaan penuh. 1932 Mesir beroleh kemerdekaan penuh. Pada tahun 1952 golongan nasionalis mengguling  Raja Faouk yang zalim, korup dan bersekongkol dengan Britain. Revolusi ini dipimpin oleh Jeneral Muhamad Naguib. Kekuasaan British berjaya diruntuhkan sepenuhnya pada 1952M. Mesir menjadi sebuah republik pada tahun 1953.

Gerakan Islah Ikhwanul Muslimin –
Sebahagian senario politik Mesir hasil daripada reaksi rakyat tempatan terhadap penjajahan Barat serta kejatuhan khilafah Uthmaniyyah di Turki. Dipelopori dan ditubuhkan oleh Hassan al-Banna
pada 1928.
Matlamat awal untuk menggulingkan penguasaan British di Mesir dan menyelamatkan rakyat daripada pengaruh pemikiran Barat. Menerbitkan majalah al-Manar untuk menyampaikan idea perjuangan. Peringkat awal menumpukan kepada isu-isu keagamaan, pendidikan dan khidmat kepada masyarakat. Peringkat seterusnya perjuangan politik dengan menganjurkan protes kepada kerajaan Mesir bagi menentang kezaliman dan idea-idea sekular kerajaan yang boleh melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral tradisional.
Perjuangan Ikhwanul Muslimin amat tersusun dan konsisten meskipun ramai ahlinya dipenjara dan dibunuh. Pada 1946 - 1948M, gerakan Ikhwanul Muslimin mengisytiharkan perang terhadap British. Gerakan ini diharamkan oleh kerajaan Mesir atas tuduhan merancang pemberontakan menjatuhkan Kerajaan British.



[1]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 187..