Banglo misteri Villa Nabila cetus kegemparan
SEBUAH banglo terbiar dikenali sebagai Villa Nabila di Jalan Skudai, Johor Bahru menjadi tumpuan ramai apabila seorang remaja lelaki dilaporkan ‘hilang’ selepas memasuki premis itu bersama beberapa rakannya pada awal pagi 18 November.
Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, tidak pulang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Hajah Hasnah Majidee sejak tiga hari sebelumnya. Berita itu menarik minat orang ramai yang berpusu-pusu melawat tapak banglo di atas bukit tersebut tetapi Mohamad Izzat kemudian didapati selamat kerana dia sebenarnya tidur di rumah kawan.
SUMBER RUJUKAN: KOSMO ONLINE 31.12.13
Villa Nabila, Johor Bharu
Villa yang bertempat di Danga
Bay ini mempunyai ceritanya tersendiri. Terdapat banyak versi mengenai villa
ini. Cerita sebenar Villa ini tidak dapat dipastikan. Tetapi tempat ini
dikatakan agak keras berdasarkan pengalaman beberapa orang pelajar UTM yang
terserempak entiti sewaktu melalui kawasan ini.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan