Rabu, 25 Disember 2013

TEMPAT JWW BIRCH DI BUNUH DI PASIR SALAK

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

foto 1: Tempat JWW Birch dibunuh
WATAK penting yang dimainkan Dato' Sagor dalam pembunuhan JWW Birch bukan hanya dapat disaksikan pada hari pembunuhan pada 2 November 1875.Sejak mesyuarat pertama mengenai rancangan itu pada 21 Julai 1875, di rumah Haji Mat Yasin di Durian Sebatang, Dato' Sagor telah melibatkan diri.Pakar sejarah, Prof. Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali  berkata, malah belum sempat Sultan Abdullah membuat keputusan, Dato' Sagor dan Dato' Maharaja Lela antara pembesar yang tanpa banyak soal sedia melaksanakan tugas tersebut."Pada mesyuarat pertama, Laksamana mengesyorkan supaya JWW Birch diracun. Sultan Abdullah pula mencadangkan supaya 'bermain' hantu jika langkah meracuni JWW Birch gagal."Cadangan Maharaja Lela pula adalah dengan cara menikam. Dato' Sagor pula menyatakan, sekiranya Dato' Maharaja Lela menikam JWW Birch, dia akan menyerang Bandar Bahru, kediaman JWW Birch dan menurunkan bendera British," katanya.[1]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan