Memaparkan catatan dengan label SEJARAH SMKJ2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEJARAH SMKJ2. Papar semua catatan

Selasa, 24 Januari 2017

Kaedah pemilihan Khalifah

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Syariat Islam tidak menentukan bagaimana sistem pemilihan secara syura dilaksanakan secara terperinci. Disebabkan itu, terdapat berbagai-bagai bentuk syura yang dilaksanakan sepanjang pemerintahan Khulafa' al-Rasyidin.
C)Kaedah perlantikan Khulafa al-Rasyidin
a)Pelantikan secara demokrasi/musyawarah.
b)Pemilihan khalifah oleh rakyat melalui majils syura.
c)Mendapat baiah dari rakyat.

Kaedah pemilihan Khulafa al-Rasyidin
a)Khalifah Abu Bakar r.a –kaedah perundingan
b)Khalifah Umar r.a – kaedah wasiat khalifah terdahulu.
c)Khalifah Uthman r.a kaedah mengusulkan sekumpulan calon.
d)Khalifah Ali r.a kaedah pengusulan oleh sekumpulan masyarakat.

Kaedah pemilihan Khalifah Bani Umayyah
a)Perlantikan khalifah berdasakan warisan atau keturunan.
Berbentuk monarki, ketuunan atau waisan- melantik puteranya Yazid sebagai pengganti.
b)Putera Mahkota
Khalifah Marwan melantik puteanya Abdul Malik sebagai putera mahkota.
c)Dipekenalkan oleh Muawiyyah pada tahun 661M
d)Kelemahan dan kelebihan kaedah warisan,
e)Kaedah ini diteruskan pada zaman pemerintahan kerajaan Islam yang lain.[1]




[1]“Pemilihan Khalifah” dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),15.

Khamis, 21 Julai 2016

BARISAN TENAGA PENGAJAR SESI PAGI SMK JENGKA 2 TAHUN 1999

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Tahun keempat di SMK Jengka 2,saya berdiri pading kiri sekali.Guru-guru yang mengajar Tingkatan 6 ialah En Ayob Khan bin Ahmad,allahyarham Muhammad Zain bin Mat,En Zakuan Che Yusoff, Puan Arfah Ahmad,,En Ahmad bin Yaakob, Mohd Farid Mohd Ariff, Puan Siti Perwani Abdul Ghaffar, Puan Rosmawati Mohd Amin,En Shukri Sulaiman,allahyarhamah Puan Nazilah Nawi, En. Rusly Musa, Puan Mas Ibrahim dan Puan Rohana Mohd Hussin.  

      Hanya lapan orang guru sesi pagi tahun 1999 sahaja yang masih kekal mengajar di SMK Jengka 2 ialah Ahmad bin Yaakob (bekas GPK Kokurikulum), Aznan Awang Kechik, En Darussalam Taib , , (sekarang GPK 1), Ustaz  Wan Zakaria Wan Ngah, Puan Idawati Yusof  dan  Puan Noraini Hamid.

Khamis, 7 Julai 2016

NOSTALGIA 6 ATAS HAMKA TAHUN 2009

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

GURU TINGKATAN – EN. AHMAD BIN YAAKOB
KETUA TINGKATAN –TUAH AFFANDY BIN MOHD DAUD
PENOLONG KETUA TINGKATAN-NUUL EIZATI BINTI SAPRI
Pada saya memangku tugas guru GPK Tingkatan 6 jawatan baru di sekolah.Saya terpaksa  melepaskan tugas sebagai GPK Kokurikulum yang disandang sejak tahun 2003. Dalam masa yang sama saya turut dilantik sebagai Guru Tingkatan 6 Atas Hamka. Tingkatan 6 Atas Hamka tidak mengambil  mata pelajaran Sejarah. Jadi agak sukar juga untuk menguruskan kelas yang saya tidak mengajar.

Rabu, 6 Julai 2016

PENGETUA SMK JENGKA 2 KE-14 AHMAD BIN MOHD YUSOF 2009-2011.

PENGETUA SMK JENGKA 2  KE-14 AHMAD BIN MOHD YUSOF 2009-2011.
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB.
    GPK KURIKULUM TUAN MENYERAHKAN TUGAS KEPADA PENGETUA BARU.
Pada tahun 2009 Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 ditadbir oleh Pengetua baru Encik Ahmad bin Mohd Yusof. Beliau yang berasal dari Kuala Lipis Pahang dilahirkan pada tahun 1962. Beliau merupakan siswazah lepasan Universiti Pertanian Malaysia.Opsyen pertama Pengetua Ahmad bin Mohd Yusof ialah Fizik, manakala opsyen kedua ialah Matematik Tambahan.Beliau juga merupakan Ketua Pemeriksa subjek Matematik Tambahan SPM.

      Beliau berasal dai keluaga yang berlata belakang agama dan pernah menuntut ilmu agama di pondok. Beliau bertukar ke SMK Jengka kerana kenaikan pangkat sebagai Pengetua Tingkatan 6. Beliau seorang Pengetua beragama, baik hati dan mudah berusan dengan kakitangan bawahan. Antara perubahan yang dilakukan oleh beliau ialah penekanan kepada solat zohor berjemaah di Surau SMK Jengka 2. Sebagai seorang yang kuat beragama, Tuan Pengetua sendiri yang mengimamkan solat zohor. Pada hari Jumaat, Tuan Pengetua akan memimpin bacaan Yassin dan membacakan doa.      

NOSTALGIA TINGKATAN 6 ATAS ZAABA TAHUN 2003

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Semasa penggambaran Majalah Jaya Guru Tingkatan 6 Atas Zaaba tidak hadir. Saya dipanggil oleh pelajar 6 Atas Zaaba untuk menggantikan tempat guru kelas. Ketika itu saya mengajar subjek Sejarah STPM Kertas 2 dan menjawat jawatan Guru Penolong Kanan Kokurikulum pertama di SMK Jengka 2.


      Nurul Anuar Yusuf ang duduk nombor 6 dari kiri meupakan Ketua Pengawas SMK Jengka 2 tahun 2003. Kini menjadi guru Pendidikan Jasmani dan pernah mengajar di MRSM Muadzam Shah, Pahang. Ramai pelajar tingkatan 6 Atas Zaaba aktif dalam Kadet Bomba Sekolah. Pada tahun 2003 saya dilantik menjadi Pengerusi Teknikal Kadet Bomba Daerah Maran. Hafizul Che Wail merupakan Pemimpin Kadet Bomba Sekolah dan merangkap Jurulatih kawad kaki. Antara anggota Kadet Bomba yang aktif mewakili sekolah ke peringkat negeri Pahang ialah Saiful Azman, Mazli Ikmal, Azhar dan Fazuan Hamid.

Isnin, 4 Julai 2016

Sabtu, 2 Julai 2016

SMK JENGKA 2 SEKOLAH LUAR BANDAR PERTAMA DI PAHANG MEMBUKA TINGKATAN 6 RENDAH

oleh- AHMAD BIN YAAKOB 
Pada tahun 1987, Jabatan Pelajaran negeri Pahang telah membuka sebuah lagi kelas Tingkatan 6 Rendah di Sekolah Menengah Jengka 2, dekat Bandar Pusat Jengka. Pada tahun 1988,Pra-Universiti SMK Jengka 2 telah ditubuhkan. Pra-Universiti di SMKJ2 telah ditubuhkan oleh Datuk Haji Abdul Rahim Bin Mohammad. Beliau merupakan mantan Pengarah Pelajaran Pahang. Kumpulan pertama seramai 36 orang pelajar sekolah itu ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran bagi menduduki kelas Tingkatan 6 Rendah aliran Sastera. SMK Jengka 2 merupakan sekolah luar bandar yang pertama mendapat kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri untuk membuka kelas Tingkatan 6, bagi menempatkan belas pelajar yang lulus Sijil Pelajaran Malaysia tahun lepas. Sebelum ini pelajar SMK Jengka 2 terpaksa melanjutkan pelajaran Tingkatan 6 mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan Maran atau di Kuantan.[1]

      Menurut Puan Rohana Mat Ripin pelajar perintis Tingkatan 6 Rendah Sastera 1987, Kelas Tingkatan 6 Rendah mula dibuka pada tahun 1987. Seramai 39 orang pelajar yang terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan telah melapor diri di Tingkatan 6 Rendah Sastera.[2] Menurut Abdul Rahim bin Haji Mohamad, PengetuaSMK Jengka 2 ketika itu, satu sejarah yang perlu dicatat ialah tertubuhnya kelas Tingkatan 6 Rendah Sastera yang dipelopori oleh 39 orang pelajar. Pada 4 Mei 1987 pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah Sastera mula melapor diri. Pada tanggal 25 Mei 1987 pengubahsuaian bilik telah dibuat di Blok E bagi penempatan pelajar Tingkatan 6 Rendah Sastera. [3]

      Menurut Puan Rohana Mat Ripin lagi, antara pelajar Tingkatan 6 Rendah Sastera ketika itu ialah Zakuan Che Yusof, Abdul Rashid Mat, Noraini Osman, Sarina Idrus, Zuraida Hashim, Ajura Ahmad, Rosli Md Din Mior Sharifuddin M. Yaakob.[4] Ketua Tingkatan 6 Rendah Sasteraialah Manizam bin Musa, manakala Guru Tingkatan 6 Rendah Sastera pula ialah Puan Sarimah binti Mohamad. [5]



[1] MAJALAH JAYA 87,80.
[2]Temu ramah dengan  Puan Rohana Mat Ripin pada 1Mac 2010.
[3]MAJALAH JAYA 87,20.
[4]Temu ramah dengan Puan  Rohana Mat Ripin pada 1Mac 2015
[5]MAJALAH JAYA 87,20.

IMBASAN-SMK JENGKA 2 MENUMPANG DI SK JENGKA 2 TAHUN 1973.

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dibuka pada 1 januari 1973 di kawasan seluas 15 hektar dan merupakan sekolah menengah pertama di Wilayah Pembanggunan Jengka. Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 bermula dengan empat orang guru dan lapan puluh tujuh pelajar sahaja. Sekolah ini memulakan operasinya sehari selepas pengetua pertama iaitu Tuan Haji Ibrahim Haji Mohamad melaporkan diri pada 1 januari 1973. Menurut Haji Ibrahim ketika itu bangunan SMK Jengka 2 belum siap dibina sepenuhnya. Beliau diarahkan untuk untuk membuka kelas sementara di Sekolah Kebangsaan Jengka2. Dengan jasa baik Guru Besar Encik Ahmad Osman, dua buah kelas disediakan untuk SMK Jengka 2.
Kedudukan dua kelas awal SMK Jengka 2-sumber Muhammad Zain Mat pelajar tahun 1973.

         SK Jengka 2 tempat SMK Jengka menumpang diawal pembukaanya 1.1,1973
     Bangunan yang menempatkan dua kelas SMK Jengka 2
Salah satu kelas Tingkatan 1 SMK Jengka 2 tahun 1973.

SEJARAH PENUBUHAN KELAS TINGKATAN 6 SMKJ2 1987

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Foto sumbangan Puan Rohana Md Ripin
      Pada tahun 1987, Jabatan Pelajaran negeri Pahang telah membuka sebuah lagi kelas Tingkatan 6 Rendah di Sekolah Menengah Jengka 2, dekat Bandar Pusat Jengka. Kumpulan pertama seramai 36 orang pelajar sekolah itu ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran bagi menduduki kelas Tingkatan 6 Rendah aliran Sastera. SMK Jengka 2 merupakan sekolah luar bandar yang pertama mendapat kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri untuk memuka kelas Tingkatan 6, bagi menempatkan belas pelajar yang lulus Sijil Pelajaran Malaysia tahun lepas. Sebelum ini pelajar SMK Jengka 2 terpaksa melanjutkan pelajaran Tingkatan 6 mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan Maran atau di Kuantan.[1]

      Menurut Puan Rohana Mat Ripin pelajar perintis Tingkatan 6 Rendah Sastera 1987, Kelas Tingkatan 6 Rendah mula dibuka pada tahun 1987. Seramai 39 orang pelajar yang terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan telah melapor diri di Tingkatan 6 Rendah Sastera.[2]Menurut Abdul Rahim bin Haji Mohamad, PengetuaSMK Jengka 2 ketika itu, satu sejarah yang perlu dicatat ialah tertubuhnya kelas Tingkatan 6 Rendah Sastera yang dipelopori oleh 39 orang pelajar. Pada 4 Mei 1987 pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah Sastera mula melapor diri. Pada tanggal 25 Mei 1987 pengubahsuaian bilik telah dibuat di Blok E bagi penempatan pelajar Tingkatan 6 Rendah Sastera.[3]

      Menurut Puan Rohana Mat Ripin, antara pelajar Tingkatan 6 Rendah Sastera ketika itu ialah Zakuan Che Yusof, Abdul Rashid Mat, Noraini Osman, Sarina Idrus, Zuraida Hashim, Ajura Ahmad, Rosli Md Din Mior Sharifuddin M. Yaakob.[4]Ketua Tingkatan 6 Rendah Sastera ialah Manizam bin Musa, manakala Guru Tingkatan 6 Rendah Sastera pula ialah Puan Sarimah binti Mohamad.[5]




[1]Jaya 87,80.
[2]Temu ramah dengan Puan Rohana Mat Ripin pada 1 Mac 2010. 
[3] Jaya 87,20.
[4]Temu ramah dengan Puan Rohana Mat Ripin pada 1 Mac 2010.   
[5]Jaya 87,20.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN AMBANG SYAWAL

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Majlis Khatam al-Quran merupakan acara rasmi tahunan yang diadakan di Dewan al-Khindi Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2. Pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyertai majlis ini tediri dari pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 A. Majlis tadarus bermula sejak awal Ramadan lagi. Antara guru pembimbing pelajar Tingkatan 6 ialah Tuan Haji Zolkefli Sabran, Hairul Bahari Zahari, Hajah Idawati Yusof, Puan Noraini Hamid dan lain-lain.

      Pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 5 dibimbing oleh Usaz Wan Zakaria Wan Ngah, Ustaz Aidudin Md Daud, En Azman Halim dan lain-lain. Majlis khatam al-Quran ini dipi,pin oleh  Imam Muda Nuri bin Arbain. Majlis Khatam Al-Quran bermula jam 8.00 pagi. Manakala ceramah Ambang Syawal oleh Imam Muda Nuri bin Arbain bermula jam 8.40 pagi hingga 10.20 pagi

Guru pembimbing pelajar perempuan dan pelajar-pelajar perempuan yang terlibat dengan Majlis Khatam al-Quran mengambil tempat masing-masing.

    Majlis Khatam Al-Quran bermula.


Blogger bergambar besama Imam Muda Nuri  bin Arbain.


     

Jumaat, 1 Julai 2016

NOSTALGIA GURU SESI PAGI TAHUN 1999

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB



Antara guru tahun 1999 yang masih mengajar di SMK Jengka 2 ialah Zawawi Ismail, Usaz Darusslam Taib (kini GPK 1), Hassan Sanusi Musa, Ahmad Yaakob bekas Guru Penolong Ko-Kurikulum dan Pemangku GPK Tingkatan 6, Puan Zazilah telah meninggal dunia, Puan Ramlah Mustafa dan Cik Fazilah.

BANJIR KILAT DI LALUAN MASUK KE SMK JENGKA 2 TAHUN 2007

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Banjir kilat buat kali pertama melanda laluan masuk utama ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 pada tarikh 23 Januari 2007. Sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum ketika itu terpaksa membatalkan latihan sukan. Hujan lebat sejak pukul 2.00 petang menyebabkan padang sekolah dipenuhi air sedalam setengah kaki. 




SMK JENGKA 2 DI BAWAH PENTADBIRAN AHMAD TAJUDDIN ABDUL HAMID 1980-30 MAC 1985

1.BOLASEPAK
Pasukan bolasepak yang dilatih oleh Encik Ayob dan Roslan muncul juara MSSM B-18 tahun mengalahkan SMK Maran.[i]
2.BOLA JARING
Pasukan bola jaring yang dibimbing oleh Cik Wan Kamsiah Wan Osman kalah kepada SMKJ6
dan SMK Maran dan mendapat tempat ketiga.
3.BADMINTON
      Pasukan badminton lelaki yang dilatih oleh Chandran Abraham dan Mat Husain Ishak muncul naib juara MSSD Maran setelah kalah 5-0 kepada SMK Maran.
      Pada tahun 1985 SMK Jengka 2 berjaya melahirkan jaguh catur iaitu Yahya Ahmad dari Tingkatan 5 Biru yang berjaya mewakili daerah Maran ke peringkat MSSP. Pengetua baru Encik Abdul Aziz menganggap tahap pencapaian ko-kurikulum SMK Jengka 2 cuma berada ditahap sederhana sahaja. Menurut beliau pencapaian sukan bolasepak, hoki, bolatampar, sepak takraw dan olahraga cuma ditahap sederhana sahaja.[ii]




[i] Majalah Jaya 1985, hlm.76.
[ii] Wawancara, Majalah Jaya 1985, hlm.20.