Khamis, 26 Disember 2013

KEPAHLAWANAN POLIS WANITA ZAMAN DARURAT

 Misi Hitam 92 tahun

Wan Hitam Wan Sulong atau misi Hitam berkhidmat sebagai polis wanita mulai tahun 1948 hingga 1962.[1] Beliau kini berusia 92 tahun dan tinggal di Kampung Bukit Perah, Batu Kikir, Negeri Sembilan.Ketika menjadi AC, gaji Misi Hitam RM102.00 sebulan. Misi hitam pernah menyertai operasi menjejak komunis dalam hutan sekitar Negeri Sembilan dan bertugas sebagai pembawa bom tangan. Misi Hitam pernah terserempak dengan Shamsiah Fakeh ketika beliau melawat bapanya yang sakit di Hospital lama Kuala Pilah. Tetapi Misi Hitam gagal menangkap Shamsiah Fakeh kerana semua anggota polis menjadi kaku dan bisu bila  dengan beliau.[2]



[1]Desi Ernita Dahnin @ Nita, Kaku , Bisu Bila Terserempak Shamsiah Fakeh, Mastika Oktober 2012, hlm.100.
[2] Ibid, hlm.101

Tiada ulasan:

Catat Ulasan