Ahad, 13 Julai 2014

SISTEM PEMBESAR DI RUSIA

SISTEM PEMBESAR DI RUSIA
Sistem pembesar di Rusia berbeza dengan sistem pembesar di China. Di Rusia, pentadbiran raja pada era Moscow dan Dinasti Ramanov dibantu oleh Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi.
DUMA
Duma ialah majlis penasihat tertinggi yang dianggotai oleh para bangsawan paling kanan dan bertindak menyelaras hal ehwal pemerintahan, membuat dan meluluskan dasar tertentu, dan sistem kehakiman. Namun begitu, kata pemutus masih lagi di tangan raja.
ZEMSKII SABOR
Zemskii Sabor merupakan majlis penasihat yang dianggotai antara 140 - 50 orang bangsawan, tetapi kuasanya lebih rendah daripada I Duma.
PRIKAZI
Prikazi merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar yang diluluskan oleh Duma.

      Pada zaman pemerintahan Peter, beliau telah melakukan penyusunan semula sistem pentadbiran bertujuan sistem pentadbiran berpusat, seragam, cekap, dan tidak berlaku pertindihan kuasa antara institusi tertentu. Oleh itu, pada tahun 1711, Duma dan Zemskii Sabor digantikan dengan Majlis Senate.

      Majlis Senate mempunyai anggota seramai 9 orang. Colleges dibentuk untuk memikul beban tugas Senate yang semakin berat. Pada tahun 1718, tanggungjawab membuat keputusan secara kolektif telah ditekankan oleh Peter. Prinsip ini dapat menggantikan Prikazi yang lebih memberi laluan kepada individu tertentu untuk membuat keputusan.[1]

      Golongan bangsawan membantu urusan pemerintahan dan pentadbiran Peter. Pada zarnan pemerintahan Peter, banyak bangsawan baru lahirterutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam ketenteraan.Golongan bangsawan baharu ini memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada Peter.Dianggarkan pada tahun 1700 sebelum perubahan dilakukan oleh Peter, bangsawan Rusia adalah seramai 2985 orang. Pada tahun 1737,keluarga bangsawan telah meningkat kepada 100 000 orang dan daripada jumlah tersebut, 500 000 adalah bangsawan lelaki dan 200 000 terdiri daripada pegawai kerajaan.

      Situasi tersebut menunjukkan berlakunya mobiliti sosial dalam kalangan masyarakat di Rusia. Peranan institusi gereja dalam empayar Rusia tidak dapat dinafikan. Pada zaman Kiev dan Moscow, institusi gereja Kristian Ortodoks  memainkan peranan penting dalam hal ehwal keagamaan, ekonomi, dan politik.[2]

      Namun, peranan institusi gereja Kristian Ortodoks telah berkurangan dan diletakkan di bawah kekuasaan pemerintahan Peter. Peter tidak begitu menyenangi pembabitan institusi gereja dalam pemerintahan kerana inginkan pembaharuan dilakukan di Rusia. Buktinya, Peter tidak melantik Patriarch baharu pada tahun 1700 dan selepas 21 tahun dalam pemerintahan, Peter memperkenalkan Holy Synod untuk mengambil alih peranan Patriarch.

      Semasa pemerintahan Catherine, beliau telah memiliknegarakan harta dan kekayaan gereja dan gereja terpaksa bergantung kepada bantuan daripada kerajaan pusat. Hal ini membolehkan raja mengawal kuasa gereja dan memperkukuhkan pemerintahan diktatornya. Dasar Peter dan Catherine ini berbeza dengan dasar maharaja China yang mengutamakan ajaran Confucius dalam sistem pentadbiran pembesar di China Pembesar di China berlatar belakang pendidikan Confucius.

      Dasar pemerintahan Alexander I pula mengambil pendekatan lebih bersifat liberat dalam segala perubahan yang dilakukan di Rusia. Alexander I telah melantik jawatankuasa khas atau lebih dikenali sebagai Mshtosa Tidak Rasmi untuk menasihatinya dalam hal ehwal berhubung dengan dasar negara. lawatankuasa Tidak Rasmi ini bukan sahaja memberi nasihat kepada Alexander I, malahan mereka menyokong dasar liberal yang dipegang oleh Alexander I dalam pemerintahannya.

      Pendekatan liberal diteruskan pada tahun1809 apabila Alexander I telah memperkenalkan perubahan dalam pemilihan anggota Duma atau parlimen.[3]
1.Alexander I mencadangkan agar diadakan pilihan raya untuk memilih anggota Duma.
2.Cadangan ini diutarakan oleh Alexander I dengan cara mengadakan pungutan suara dalam kalangan masyarakat Rusia.
3.Amalan dasar liberal amat ketara apabila Alexander I memberi hak kepada golongan petani dan hamba untuk menyatakan pandangan mereka. Namun dasar tersebut ditentang oleh golongan bangsawan yang merasakan dasar liberal Alexander I hanya merugikan mereka.
4.Pada masa yang sama, Alexander I menghadapi permasalahan dengan Napoleon dan beliau bimbang perubahan dasarnya ini akan menyebabkan kurangnya sokongan daripada golongan bangsawan.
5.Oleh yang demikian, dasar Alexander I yang mahu membawa perubahan dalam golongan atasan tidak dapat diterima oleh masyarakat Rusia.
Pengisytiharan manifesto Oktober oleh Nicholas II membolehkan Duma berfungsi sebagai Parlimen Rendah dan pemilihan keahliannya berdasarkan suara undian terbanyak masyarakat bukan dilantik oleh Tsar.
1.Duma pertama dibentuk selepas pengisytiharan manifesto Oktober dan sidang pertama diadakan pada bulan Mei tahun 1906.[4]

Ahlinya seramai 497 orang terdiri daripada 45 wakil yang prokerajaan pusat, 32 wakil masyarakat bukan Rusia seperti Poland dan orang Islam, 184 Cadet, 124 mewakili sayap kiri dan 112 wakil bebas.

Keahlian yang pelbagai dalam Duma menyukarkan kerajaan Rusia untuk mentadbir empayarnya. Pada masa yang sama, Tsar masih mendapat sokongan daripada wakil prokerajaan dan beranggapan Duma masih di bawah pengaruh Tsar.

     Oleh sebab itu, sering terdapat perbalahan keputusan kerajaan. Misalnya, apabila membincangkan isu tanah, Duma mahukan pemberian tanah dilakukan secara adil kepada petani, keluarga yang ramai, dan institusi gereja. Sedangkan, wakil prokerajaan mahukan tanah simpanan dikawal sepenuhnya oleh tuan tanah yang dilantik oleh kerajaan pusat.Kesannya, persidangan menemui jalan buntu dan selepas 40 kali perjumpaan, Nicholas II membubarkan Duma pertama. Pada bulan Mac 1907, Duma kedua ditubuhkan.[5]

PENTADBIRAN WILAYAH
Pentadbiran Alexander II dibantu oleh Dewan Perhimpunan Wilayah yang bertanggungiawab membantu Tsar dalam menentukan pentadbiran negara.Keanggotaannya terdiri daripada golongan bangsawan.Bagi mengawal golongan bangsawan dan Dewan Perhimpunan Wilayah, Alexander II telah meluluskan satu undang-undang pada tahun 1864, iaitu setiap daerah daripada 34 buah wilayah akan mempunyai majlis Perundangan tempatan (Majlis Daerah) atau Zemstvo.

     Penduduk bandar dan kaum petani diberi peluang untuk memilih ahli Majlis Daerah atau Zemstvo.Ahli Zemstvo Daerah pula akan memilih anggota Zemstvo Wilayah.Majlis ini akan bertanggungiawab memelihara jambatan, jalan raya,pendidikan, kesihatan awam, dan pemilihan pegawai undang- undang.

      Walaupun Zemstvo memiliki kuasa politik yang terhad, namun penubuhannya merupakan satu-satunya institusi separa politik yang bebas daripada kawalan birokrasi Tzar.Pentadbiran daerah turut membantu Tsardalam pemerintahan- Misalnya semasa pentadbiran Rusia di bawah Catherine, beliau telah menlrusun semula sistem pentadbiran di peringkat daerah. Setiap daerah diletakkan di bawah pentadbiran gabenor atau naib gabenor yang dilantik oleh kerajaan pusat. Alexander II mewujudkan sistem mahkamah yang berasingan daripada jabatan kerajaan yang lain demi memastikan keamanan dan kelangsungan pentadbirannya di Rusia.

      Alexander II memastikan pentadbiran hakim dan majistret terasing daripada jabatan kerajaan yang lain Rakyat harus menerima undang-undang yang sama tanpa mengira taraf sosial.Kes-kes mahkamah dibicarakan secara terbuka dan sistem perbicaraan menggunakan juri diperkenalkan.Alexander II memerintahkan agar perbicaraan mengenai perkara awam dan jenayah dipindahkan daripada tangan pegawai-pegawai pentadbir kepada kuasa mahkamah yang dibentuk mengikut Barat.Terdapat jaksa pendamai, hakim-hakim daerah, dan sebuah Senat
yang menjalankan tugas sebagai Mahkamah Rayuan.[6]

PENTADBIRAN PERINGKAT KAMPUNG
Pentadbiran kampung diserahkan kepada Komun atau mir atau majlis kampung yang dijadikan wakil oleh kerajaan pusat untuk memungut cukai yang telah ditetapkan.Memastikan setiap isi rumah petani membayar pinjaman kerajaan selama 49 tahun. Bayaran ini akan dikutip setiap tahun.

      Tugas comun juga menentukan jenis tanaman yang diusahakan oleh petani dan berkuasa mengagihkan tanah pertanian secara tahunan kepada petani yang tertentu sahaja.Comun melatih generasi muda daripada kalangan petani sebagai persediaan khidmat tentera apabila diperlukan oleh Tsar.Komun menjadi penampan kepada kemasukan pengaruh negatif di kawasan luar bandar yang boleh menjejaskan pemerintahan kerajaan pusat.

      Kerajaan pusat berupaya mencengkam tuan tanah dan petani melalui komun dan komun menjadi mata dan telinga kerajaan pusat.Pentadbiran Tsar-tsar di Rusia yang mengamalkan raja berkuasa mutlak dan menjalankan pemerintahan secara autokratik membawa kepada penubuhan Polis Rahsia Khas.

POLIS RAHSIA KHAS
Tugas Polis Rahsia Khas ialah mengawal penyebaran unsur propaganda yang menggugat pemerintahan Tsar, demontrasi masyarakat, mengawal  jalan keluar masuk ke empayar Rusia, dan serta menjadi mata dan telinga Tsar.

Polis Rahsia pada era pemerintahan Nicholas I (1825 1855), mengenakan tapisan keluar masuk Rusia secara ketat dan masyarakat penulisan yang berbaur penentangan dan menentang kewibawaan sebagai pemerintah. Pada era Alexander II, Polis Rahsia menangkap mereka yang mengkhianati Tsar. Mereka yang ditangkap kerana memberontak akan dibuang ke Siberia tanpa menjalani apa-apa perbicaraan mahkamah.

      Nicholas. II juga menggunakan polis rahsia atau okhrana dalam pemerintahannya. Okhrana ini mempunyai jaringan wakil yang luas dan menjadi pemberi maklumat dari kawasan luar bandar atau bandar. Mereka mendapat latihan khas untuk berhadapan dengan gerakan bawah tanah yang menghasut rakyat dan menyebarkan propaganda di Rusia. Penubuhan okhrana telah memperkukuhkan kekuasaan Nicholas II.[7]





[1] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Ahamed,  “Teks STPM Sejarah Penggal 1”, (Penerbitan Pelangi, Bandar Baru Bangi 2014), 117.
[2] Ibid.
[3]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Ahamed,  “Teks STPM Sejarah Penggal 1”, (Penerbitan Pelangi, Bandar Baru Bangi 2012), 117.
[4] Ibid.
[5]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Ahamed,  “Teks STPM Sejarah Penggal 1”, (Penerbitan Pelangi, Bandar Baru Bangi 2014), 119.
[6]Ibid ,120.
[7] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Ahamed,  “Teks STPM Sejarah Penggal 1”, (Penerbitan Pelangi, Bandar Baru Bangi 2012), 117.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan