Ahad, 11 September 2016

150 penduduk Sepang pertama mendarat di KLIA

ARKIB : 26/06/1998
KUALA LUMPUR 25 Jun - Sebanyak 150 penduduk kampung sekitar Sepang mencatat sejarah tersendiri apabila mereka menjadi penumpang pertama mendarat secara rasmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sempena perasmiannya oleh Yang di-Pertuan Agong Sabtu ini.

MAS dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, kesemua penduduk terbabit yang akan menjadi tetamu khas MAS, terlebih dahulu.

Mereka akan dibawa melawat sekitar bandar raya Kuala Lumpur termasuk ke Menara Kuala Lumpur dan Perkampungan Sukan Komanwel di Bukit Jalil sebelum 'pulang' dengan pesawat Boeing 777.

Menurutnya, pendaratan pesawat itu merupakan sebahagian program sempena perasmian KLIA, yang juga menandakan pendaratan rasmi yang pertama di lapangan terbang itu.

Katanya, penduduk terbabit akan menaiki penerbangan MH 5407 yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada pukul 8.45 malam.

Mereka akan menikmati penerbangan joy ride selama satu jam sebelum pesawat itu mendarat di KLIA pada pukul 9.45 malam.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_09.htm#ixzz4K1J8WuIB © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan