Isnin, 5 September 2016

TV3 siar program menarik sepanjang Jun

ARKIB : 14/05/1998
TV3 siar program menarik sepanjang Jun
SEMPENA menyambut Ulangtahun ke-14 penubuhannya, stesen TV3 mengadakan slot Carnival Filem yang menyediakan banyak filem menarik untuk tontonan peminat sepanjang Jun.

Pada 5 Jun, filem Putera lakonan Erma Fatima, Joe Wings dan Vanidah Imran akan ditayangkan pada pukul 9 malam.

Sebuah lagi filem menarik berjudul Jimi Asmara akan ditayangkan pada 12 Jun. Jimi Asmara menampilkan Maizurah Hamzah, Hani Mohsin, Rosyam Noor dan Jalaluddin Hassan.

Bagi kategori filem Hollywood, TV3 menyediakan filem hebat lakonan Richard Gere dan Jodie Foster, berjudul Sommersby pada 7 Jun, pukul 9 malam.

Ia sebuah kisah misteri mengenai seorang lelaki bernama Sommersby yang telah dikatakan mati, tetapi muncul semula dengan sikap yang lebih baik membuatkan orang sekitarnya menjadi hairan.

Filem Forever Young lakonan Mel Gibson dan Jamie Lee Curtis akan ditayangkan pada 9 Jun ini mengisahkan mengenai seorang juruterbang yang menjalani ujikaji membuatkan dia sentiasa muda walaupun usianya telah tua.

The Fugitive lakonan Sela Ward dan Joe Pantoliano yang akan menemui penonton pada pukul 9 malam, 8 Jun, manakala filem Major League II akan ditayangkan di waktu yang sama, pada 10 Jun.

Charlie Sheen dan Ron Silver akan muncul di saluran itu pada 11 Jun menerusi filem lakonan mereka The Arrival yang juga terpilih untuk karnival tersebut.

Peminat filem Cina dan Tamil juga tidak dilupakan. TV3 menyediakan filem Cina, The Adventures pada 6 Jun, bermula pukul 10 malam, manakala filem Tamil, Devathai bermula pukul 1.30 petang, pada 12 Jun pukul 1.30 petang.

Sementara itu, TV3 juga menjadualkan beberapa siri baru menggantikan siri lama yang ditamatkan siarannya.

Setiap Isnin mulai 1 Jun ini, siri Just Kidding akan disiarkan pada pukul 9.30 malam menggantikan siri Benson & Hedges Golden Dreams diikuti siri L.A Heat pada pukul 11 malam menggantikan The New Adventures Of Robin Hood.

Pada setiap Rabu, TV3 menyediakan siri dokumentari National Geographic menggantikan Kingdoms Of Survival setiap pukul 10.32 pagi, mulai 3 Jun. Siri Smart Guy lakonan Tahj Mowry dan John Marshall Jones disiarkan pada pukul 12.30 tengah malam.

Rancangn menarik Caught In Camera akan disiarkan setiap hari Khamis, mulai 4 Jun ini bagi menggantikan siri Tarzan The Epic Adventures. Ia disiarkan pada pukul 10 malam.

Siri komedi tempatan Sambal akan disiarkan semula setiap hari Jumaat pukul 4.32 petang mulai 5 Jun, manakala pada setiap hari Sabtu satu lagi siri baru, Adventures Of Quasimodo akan ditayangkan mulai 6 Jun ini.

Kongsi Konten di :

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0514&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=et_05.htm#ixzz4JO1wUsw6 © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan