Sabtu, 10 September 2016

Pusara orang besar?

 
KUBUR dianggarkan berusia ratusan tahun dipercayai milik seseorang berpengaruh ditemui di Kampung Chohong.
Jasin: Jabatan Warisan Negara akan menjalankan kajian secara komprehensif susulan penemuan lebih 100 batu nisan lama dan beberapa artifak di kawasan hutan di Kampung Chohong, di sini, awal tahun lalu.

Ketua Pengarahnya, Dr Zainah Ibrahim berkata, proses kajian perlu dijalankan bagi mengenal pasti dan mencari kaitan tapak kubur lama itu dengan kerajaan purba Melayu Melaka atau Lang Buana.

Beliau berkata, buat permulaan proses memasang pagar di sekeliling kawasan itu akan dilakukan dalam masa terdekat bagi mengelakkan daripada diceroboh pihak tidak berkenaan.

“Penemuan tidak sengaja ini dikatakan bermula selepas penduduk melakukan gotong-royong dan menjumpai nisan kubur lama diperbuat daripada batu merah atau ‘laterite.

“Bentuk batu nisan itu yang seperti belimbing belum pernah dijumpai di mana-mana tanah perkuburan lama di seluruh Semenanjung Malaysia.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 September 2016 @ 5:35 AM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan