Jumaat, 9 September 2016

PENUBUHAN MAJLIS BELIA MALAYA 9.9.1950

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1950,  Majlis  Belia  Malaya  telah  diisytiharkan  penubuhannya  secara  rasmi  dalam  Mesyuarat  Agung  pertamanya.  Mesyuarat  yang  telah  dihadiri  oleh 11 buah  badan gabungannya,  yang  disertai oleh  gabungan  daripada  Majlis  Belia  Negeri  Kedah, Terengganu,  Pulau  Pinang,  Perak,  Selangor, Negeri  Sembilan, Pahang, Persekutuan  Budak  Pengakap  dan  Pandu  Puteri.  Keputusan menubuhkan  Majlis  Belia  Malaya  ini  telah  dicapai  hasil  pertemuan  seramai  75  orang  wakil-wakil  pertubuhan  belia  dari  seluruh  Persekutuan  Tanah  Melayu  dalam  satu   persidangan  yang   telah  diadakan  pada  Julai  1948 di  Victoria  Institution,  Kuala  Lumpur.  Pada  persidangan itu juga Abdul Razak bin Datuk Hussein dan Tuanku  Jaafar  ibni Almarhum Jaafar  Tuanku Abdul Rahman telah dipilih  mewakili Tanah Melayu  ke Persidangan Perhimpunan Belia Sedunia (World Assembly of Youth – WAY) di Brussel.  Berikutan  daripada  itu  pada  tahun  1951,  kerajaan  telah  mengiktiraf  Majlis Belia  Malaya  sebagai  Majlis  Kebangsaan  bagi  pertubuhan  belia  di  negara  ini  bertujuan  untuk  menggalakkan  kemajuan  belia  dalam  bidang  ekonomi, sosial, pendidikan  dan  politik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan