Zamri Adam
(kanan) mencabar Mokhtar beraksi untuk Selangor pada perlawanan Piala Malaysia
di Seremban pada 19 Januari 1986. FOTO NSTP
Kuala Lumpur:
Legenda bola sepak kebangsaan dan Selangor, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari
yang digelar SuperMokh sudah 25 tahun meninggalkan kita.
Sehingga kini,
kaki bola masih belum dapat melupakan aksi lincah, kredibiliti dan kehebatannya
di padang mempersona serta menambat hati pelbagai pihak dan segenap lapisan
masyarakat tanpa mengira keturunan dan latar.
Bagi peminat,
rakan sepasukan, lawan mahu pun pengulas dan wartawan bola sepak, hanya ada
satu SuperMokh saja pernah dilahirkan oleh Malaysia.
Dikenali antara
terbaik Asia pada era 70-an, Mokhtar dianugerahkan kemahiran tinggi, kerap
meledak gol menarik pada perlawanan kompetitif disertainya di peringkat
kebangsaan atau liga tempatan.
Gandingan
bersama rakan sepasukan, mencetus aura menjulang Malaysia muncul pasukan
digeruni lawan di rantau Asia, pernah membuatkan Jepun dan Korea Selatan
berputih mata.
Allahyarham
berjabat tangan dengan legenda Argentina, Diego Maradona sebelum perlawanan
persahabatan Selangor FA menentang Boca Juniors.
Sehingga kini,
anak kelahiran Setapak meninggal dunia pada usia 37 tahun itu tiada galang
ganti.
SuperMokh tetap
SuperMokh. Al Fatihah.
(13 November
1953 – 11 Julai 1991)
Sumber-Artikel
ini disiarkan pada : Selasa, 12 Julai 2016 @ 8:33 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan