Ahad, 29 Disember 2013

Gempar bangkai anak paus terdampar

Gempar bangkai anak paus terdampar
Orang ramai gempar melihat bangkai dipercayai anak ikan paus terdampar di Pantai Pasir Pandak, dekat Santubong, semalam. - Foto Mas Adib Saie
Santubong: Penduduk Kampung Pasir Panjang di sini, gempar dengan penemuan bangkai dipercayai anak paus di pantai Pasir Panjang di sini, jam 7.50 pagi semalam.

Bangkai haiwan berukuran tiga meter panjang itu ditemui terdampar kira-kira 50 meter dari laut oleh seorang pekerja Taman Keluarga D'Cove Pasir Panjang, Hamzah Pelita, 45.


Penghulu Kampung Pasir Panjang, Hadli Piee, 57, berkata ia dipercayai penemuan pertama seumpamanya di perkampungan mereka.

“Saya dimaklumkan mengenai penemuan bangkai berkenaan pada jam 8 pagi tadi (semalam) dan bergegas ke lokasi kejadian.

Mirip anak ikan paus

“Bangkai itu mirip anak ikan paus dan walaupun hampir keseluruhan bangkai itu sudah reput, bahagian kepalanya masih berkeadaan baik dan kelihatan seperti kepala paus,” katanya kepada BH, di sini.

Susulan penemuan itu, sepasukan kakitangan Jabatan Muzium Sarawak dan Jabatan Zoologi Kuching mengambil sampel tulang bangkai berkenaan bagi tujuan kajian. Hadli berkata, bangkai berkenaan akan dipindahkan selewat-lewatnya Isnin depan bagi mengelak kawasan pelancongan itu berbau busuk.

BERITA HARIAN ONLINE 29.12.13

Sabtu, 28 Disember 2013

Koleksi haiwan terawal Zoo Taiping.

GAMBAR pada 1965 menunjukkan gajah bernama 'Awang' dan 'Zimbo' yang menjadi antara haiwan-haiwan terawal dipamerkan.
DIAPIT kehijauan pemandangan Taman Tasik Taiping dan beberapa lokasi bersejarah di sekitarnya, Zoo Taiping boleh diumpamakan sebagai 'pusat' aktiviti pelancongan di bandar Taiping, Perak.

Bahkan tidak keterlaluan untuk mengatakan kunjungan ke bandar moden tertua negara itu tidak lengkap tanpa menjejakkan kaki ke taman haiwan yang terletak di utara tanah air tersebut.

Dibangunkan di atas tapak hutan seluas 13.7 hektar, Zoo Taiping yang mempunyai populasi kira-kira 1,500 haiwan daripada 160 spesies menawarkan pengalaman melihat hidupan liar terbaik di negara ini.

Walaupun dikenali sebagai tarikan utama di bandar bekas pusat pentadbiran Inggeris itu, masih ramai yang tidak menyedari keistimewaannya sebagai zoo pertama di negara ini.

Dalam konteks sejarah, kewujudannya berada sebaris dengan 10 binaan dan kemudahan awam pertama Malaysia yang terdapat di Taiping antaranya landasan kereta api, muzium, hospital, penjara dan bangunan telegraf.

Ditubuhkan pada 1962, Zoo Taiping atau nama asalnya Taman Mergastua Sultan Idris Shah diwujudkan sebagai pusat pengumpulan spesimen haiwan-haiwan terancam.

Selain itu taman hidupan liar itu turut digunakan oleh Kerajaan Negeri Perak sebagai 'alat' untuk meningkatkan kesedaran umum tentang ancaman kepupusan haiwan akibat pemburuan haram.

Penubuhan taman haiwan itu diilhamkan oleh Tan Sri Saw Huat Lye yang ketika itu memegang jawatan Pengerusi Majlis Bandaran Taiping.

Pelan jangka masa panjang beliau pada waktu itu adalah untuk menghidupkan sebuah taman haiwan yang mampu menjadi tarikan kepada orang ramai sekali gus menjadi penyumbang pendapatan kepada Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan.

Selepas cadangan pembinaannya diluluskan oleh bekas Menteri Besar Perak iaitu Datuk Shaari Shafie pada April 1962, taman haiwan tersebut menerima peruntukan pembinaan pertama berjumlah RM70,000.

Bagi menjayakan usaha itu, sebuah jawatan kuasa zoo iaitu Jawatankuasa Taman Binatang ditubuhkan bagi melaksanakan tanggungjawab pengurusan dan antara tugas-tugas terawal adalah untuk mengisi taman tersebut dengan haiwan-haiwan liar dan juga domestik.

Antara usaha pertama yang dilakukan adalah permohonan untuk mendapatkan dua ekor gajah dari Gerik kepada kerajaan negeri.

Selain itu, pihak Majlis Bandaran Taiping turut berusaha mendapatkan dua ekor Orang Utan dari Kerajaan Singapura yang dirampas atas kesalahan pemeliharaan secara haram oleh rakyat negara itu.

Pada 31 Mei 1962, Majlis Bandaran Taiping meneruskan usaha menambah koleksi haiwan di taman berkenaan dengan membuat permohonan bagi mendapatkan sepasang rusa dari Penolong Pegawai Jajahan Selama, Perak.

Seterusnya pada bulan Jun tahun yang sama, permohonan turut dibuat kepada Raja Muda Perak untuk mendapatkan sepasang angsa hitam dan putih daripada Pesuruhjaya Tinggi Australia.

Pada peringkat awal penubuhannya, taman haiwan tersebut menempatkan kira-kira 20 sangkar yang berukuran 10 meter panjang dan lima meter lebar bagi menempatkan rusa, landak, ikan, ular, burung dan babi hutan.

Dua tahun selepas pembinaan, taman haiwan itu dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 7 Mac 1964 dengan nama Taman Mergastua Sultan Idris Shah.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah Sultan Iskandar Shah Kadasallah.

Pembukaan Taman Mergastua Sultan Idris Shah pada tahun pertama mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Bayaran masuk yang dikenakan pada waktu itu adalah 30 sen untuk dewasa, 20 sen untuk kanak-kanak dan 10 sen untuk pelajar sekolah.

Pada 1965, penantian pihak pengurusan zoo untuk mendapatkan dua ekor gajah beserta dua orang penggembala berakhir.

Dua ekor gajah dari Gerik iaitu Awang dan Zimbo melangkah masuk sebagai penghuni tetap di Taman Mergastua Sultan Idris Shah sekali gus menjadi tarikan utama kepada pengunjung.

Populariti Taman Mergastua Sultan Idris Shah meningkat secara mendadak sekitar pertengahan 1970-an apabila jumlah pengunjung meningkat daripada 149,000 pada 1970 kepada lebih 220,000 pada 1974.

Pada masa kini, Zoo Taiping merekodkan jumlah pengunjung sehingga 750,000 orang setiap tahun termasuk 150,000 pengunjung yang mengikuti keunikan program Safari Malamnya.

RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20131228/lk_02/Koleksi-haiwan-terawal-Zoo-Taiping#ixzz2oogTV6ai © Utusan Melayu (M) Bhd

Kampung albino

Foto

Kampung albino
Oleh Suraya Roslan

Seremban: Siapa sangka walaupun ibu bapanya tidak mempunyai keturunan albino, namun gadis ini dilahirkan dalam keadaan cukup unik, iaitu serba putih.

Norsyazwani Mohd Ghazali, 16, yang kerap diejek ‘hantu putih’ dan ‘anak patung berjalan’ oleh rakan sekolahnya dilahirkan albino walaupun ibu bapa dan kakaknya tidak mempunyai penyakit itu.

Ibunya, Salmah Adam, 53, berkata, dia suami, Mohd Ghazali Hashim, 54, masing-masing dari Kampung Gunung Pasir, Kuala Pilah dan ramai kanak-kanak albino dilahirkan di situ.

“Mungkin ramai tidak tahu beberapa kampung di daerah Kuala Pilah seperti Kampung Gunung Pasir, Kampung Sikai, Kampung Sri Pilah, Kampung Terap, Kampung Praku, Kampung Senaling dan Kampung Ulu Pilah menjadi perkampungan albino apabila jumlah masyarakat albino di situ agak ramai
“Berkemungkinan kami terkena ‘angin’ penyakit itu ketika tinggal di sana bersama suami berikutan tiada seorang pun keturunan kami mempunyai penyakit albino,” katanya kepada Harian Metro, di sini.

Mymetro : 2013/12/28     

KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK 1

Pembinaan Komples Sejarah Pasir Salak ini bertujuan untuk menyedarkan generasi muda akan peristiwa Pasir Salak yang merupakan kemuncak dalam gerakan orang Melayu menentang penjajah Inggeris di Perak. Ia juga bertujuan untuk memperingat jasa dan pengorbanan para pahlawan yang mempertahankan maruah bangsa dan negara.[1]


PINTU MASUK KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK


PINTU GERBANG MASUK KE KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK
 KAUNTER TIKET
 TIKET  BAYARAN MASUK RM4.00 UNTUK DEWASA

Kamera tidak boleh dibawa masuk dalam Terowong Sejarah

TEMPAT BERSEJARAH













[1]Pamplet kompleks Sejarah Pasir Salak, hlm.1

Jumaat, 27 Disember 2013

KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK

OLEH- AHMAD YAAKOB - SMKJ2
1.KUBUR SEPUTUM
Kubur Seputum merupakan tempat pertama  yang saya lawati sebaik sahaja menginap di Resort Pasir Salak.Nama Seputum ditulis sebagai Si Puntum di Makam Tanah Perkuburan Pasir Salak Kubur Seputum terletak di kawasan Tanah Perkuburan di Pasir Salak bersebelahan dengan Kompleks  Sejarah Pasir Salak. Menurut Abdullah Zakaria Ghazali dalam artikelnya yang bertajuk, "Pembunuhan JWW.Birch :Suatu Kajian Tentang Pembunuhnya," menyatakan Seputum merupakan salah seorang pembunuh JWW Birch pada 2 November 1875.Pembunuh yang lain ialah Pandak Induk, Kulub Ali, Panjang Bur dan Ngah Jabor. Seputum telah menetak Birch dengan pedang di kepala. Seputum dibicarakan dijatuhkan hukuman gantung pada 20 Mei 1876.


Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Mukim Pasir Salak

Menurut Abdullah Zakaria Ghazali dalam artikelnya yang bertajuk, "Pembunuhan JWW.Birch :Suatu Kajian Tentang Pembunuhnya," menyatakan Seputum merupakan salah seorang pembunuh JWW Birch pada 2 November 1875.Pembunuh yang lain ialah Pandak Induk, Kulub Ali, Panjang Bur dan Ngah Jabor. Seputum telah menetak Birch dengan pedang di kepala. Seputum dibicarakan dijatuhkan hukuman gantung pada 20 Mei 1876.

 Makam  Si Puntum
Memorial Si Puntum



JEJAK SEJARAH DI PASIR SALAK 2

PERJALANAN KE KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK

PETA JALAN KE PASIR SALAK


KAMPUNG GAJAH


PAPAN TANDA KE PASIR SALAK





 PINTU MASUK KE KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK

Pintu masuk ke Kompleks Sejarah Pasir Salak
Pintu masuk ke Pasir Salak Resort

PASIR SALAK RESORT
Di Pasir Salak terdapat juga resort yang disediakan untuk para pengunjung dan pelancong yang datang ke Pasir Salak untuk menginap. Resort ini disediakan bagi memudahkan lagi pengurusan perjalanan dan membolehkan para pengunjung merancang perjalanan masa untuk pulang kepada destinasi mereka. Resort ini baru sahaja dibina oleh pihak penganjur tempat kerana beberapa faktor diantaranya faktor tempat, kawasan, kemudahan dan aktiviti yang disediakan.

JEJAK SEJARAH DI PASIR SALAK

KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK

OLEH: AHMAD BIN YAAKOB -SMKJ2
Pintu Masuk Kompleks Sejarah Pasir Salak
Kompleks Sejarah Pasir Salak terletak kira-kira 80 kilometer dari Bandaraya Ipoh. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh DYTM Raja Nazrin Shah, Pemangku Raja Perak, pada 26 Mei 1990 dan dirasmikan oleh DYMM Sultan Azlan Shah pada 5 Julai 2004. Kompleks ini merupakan memorial terpenting kepada sejarah terbilang Pasir Salak dan rakyat Negeri Perak.[i] I

       Konsep asal penubuhannya merupakan satu bentuk rakaman sejarah yang memperingatkan betapa pentingnya peristiwa berdarah Pasir Salak yang dianggap sebagai asas permulaan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Pembunuhan Residen British, JWW Birch telah mencetuskan peperangan di antara pihak Pentadbiran Kolonial British dengan orang Melayu.[ii]

       Perjananan saya menjejak sejarah bermula dengan bertolak dari Bandar Tun Razak Jengka jam 10.00 pagi ke UPSI untuk mengambil anak saya yang akan membawa kami ke Pasir salak. Projek ini merupakan persiapan awal untuk saya mengadakan pameran dan ceramah sempena Sambutan Hari Merdeka di SMKJ2. Saya mengambil masa selama dua hari iaitu hari Sabtu 21 Disember 2013 hingga Ahad 22 Disember 2013 untuk menjejak Sejarah Pasir Salak. Saya dan keluarga menginap di Pasir Salak Resort.
Pintu masuk Resort Pasir Salak
RESORT PASIR SALAK
Bergerak ke Bilik Penginapan
 Bilik 221-A Maharaja Saamah
Rumah penginapan

Kemudahan di bilik tidur
Surau berdekatan Pasir Salak Resort
 Kemudahan Kolam Renang
 Pemandangan sekitar resort
Kawasan pejalan kaki di tebing Sungai Perak