Isnin, 5 September 2016

Perayaan 50 tahun PBSMM dilancar


 

ARKIB : 09/05/1998
Perayaan 50 tahun PBSMM dilancar
LIMA anggota PBSM Selangor bergambar bersama logo 50 tahun PBSMM selepas majlis perayaan sambutannya dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ja'afar di Muzium Negara Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 8 Mei - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Ja'afar hari ini melancarkan perayaan sambutan 50 tahun Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) sempena Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia hari ini.

Baginda yang merupakan penaung PBSMM turut berkenan melancarkan setem kenangan 50 tahun PBSMM serta merasmikan pameran PBSMM bertempat di Muzium Negara.

Sehingga kini, PBSMM mempunyai 200,000 ahli sukarela terlatih dalam pelbagai bidang kemahiran di 15 cawangan seluruh negara untuk memberi khidmat kepada masyarakat.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dalam perutusan perayaan tersebut, mengingatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan agar tidak mudah terpengaruh atau menjadi suara NGO luar yang mempunyai niat serong terhadap negara ini.

''Kerajaan berharap tidak ada NGO tempatan dijadikan alat oleh anasir luar yang cuba merosak dan memburukkan nama negara kita di mata dunia,'' katanya.

Beliau juga tidak menafikan peranan PBSMM yang sama pentingnya dengan NGO lain dalam pembangunan negara.

''Ia boleh berperanan positif seperti membantu usaha-usaha kerajaan menangani gejala sosial dan menjaga hak dan kebajikan rakyat jelata.

''Kerajaan sentiasa memberi kerjasama kepada NGO yang aktiviti mereka membawa kesejahteraan kepada hidup masyarakat,'' katanya.

Sempena ulang tahun tersebut, Pos Malaysia Berhad telah mengeluarkan setem pos kenangan bernilai 30 sen yang menggambarkan bantuan kecemasan ketika bencana

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_02.htm#ixzz4JNLRSRkg © Utusan Melayu (M) B

Tiada ulasan:

Catat Ulasan