Ahad, 4 September 2016

2 juta saham Asnita dijual di hari pertama

ARKIB : 07/05/1998
KUALA LUMPUR 6 Mei - Sebanyak dua juta unit saham Amanah Saham Wanita (Asnita) bernilai RM1 juta berjaya dijual di hari pertama penjualannya semalam.

Jumlah ini adalah hanya bagi unit-unit yang dijual di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sehingga petang selepas pelancarannya yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Asnita adalah unit amanah saham hasil gabungan usaha Wanita UMNO dan Barisan Nasional yang diuruskan oleh Hijrah Unit Trust Management Berhad yang menawarkan 400 juta unit saham dengan harga 50 sen seunit.

Penolong Pengurus Pemasaran Hijrah Unit Trust Management Berhad (Hijrah), Nor Balkish Maenoh bagaimanapun tidak memberitahu jumlah pelabur yang terlibat.

''Setakat ini kita belum boleh memberitahu jumlah keseluruhan langganan pada hari pertama kerana kita belum mendapat talian secara terus dengan Bank Simpanan Nasional (BSN),'' katanya kepada Utusan hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, sambutan yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap skim ini amat menggalakkan kerana terdapat banyak cawangan BSN telah kehabisan borang langganan.

BSN menyediakan 464 cawangan untuk membolehkan orang ramai membuat pelaburan tersebut di samping di ibu pejabat Hijrah di Jalan Ampang di sini.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_05.htm#ixzz4JHHZJsyg © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan