Jumaat, 27 Mac 2020

KEHIDUPAN AWAL PENEROKA JENGKA 4

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

       Ketika itu peneroka masuk ke Felda Jengka 4 pada tahun 1971, kawasan perumahan yang telah siap dibina dan ladang telah ditanam dengan tanaman pokok kelapa sawit. Sementara menunggu hasil ladang, para peneroka dan isteri mereka terpaksa ke ladang pada awal-awal pagi untuk diambil kedatangan dan seterusnya melaksanakan tugas masing-masing. Menurut Muhamad Salleh bin Ismail, peneroka dan isteri masing-masing wajib datang untuk bekerja di ladang kelapa sawit pada pukul lapan pagi. Mereka membuat kerja ladang dan diberi wang sebanyak RM2.50 sehari ini kos sara hidup.[1]

       Untuk mendapat pendapatan lebih peneroka boleh bekerja lebih masa. Pihak pengurusan Felda Jengka 4 akan  membayar elaun bayaran kerja lebih masa kepada peneroka yang rajin bekerja. Oleh itu mereka walaupun ramai daripada mereka belum mempunyai anak, tetapi mereka terpaksa mengambil bekalan makanan di Kantin secara berhutang.  Pada tahun 1972 barulah para peneroka Felda Jengka 4 mendapat hasil yang pertama. Ini bermakna kuasa beli 448 keluarga peneroka Felda Jengka 4 semakin bertambah.[2]



[1] Temuramah dengan Muhamad Salleh Ismail pada 21 Mac 2013.
[2] Ibid.

Rabu, 18 Mac 2020

1978-SEJARAH MASJID FELDA JENGKA


Menurut  Imam 1 Felda Jengka 4, ketika  mula memasuki Felda Jengka 4 pada tahun 1973 bangunan Masjid sekarang belum ada. Solat Jjumaat ketika itu diadakan didua buah rumah peneroka yang masih kosong berhampiran Masjid Jengka 4 sekarang.  Beliau yang berkelulusan Maahad Muhamadi Kota Bharu dan sekolah pondok di Kelantan memohon kerja sebagai imam. Pada tahun 1973 beliau dilantik sebagai Imam II Masjid Jengka 4. Imam I ketika itu ialah Hj Hassan yang berasal dari Pahang.[1]

      Pada 27 Oktober 1978, Masjid Felda Kemboja Jengka 4 telah dirasmikan oleh Sultan Haji Ahmad Shah Ibni al-Marhum Ssultan Abu Bakar Sultan Pahang ketika itu. Ini bermakna Masjid Felda Kemboja Jengka 4 baru baru dua bulan lebih dibuka ketika saya kali pertama solat Jumaat di situ.[2]


[1]Temu ramah Hj Wan Abdullah bin Wan Yahya pada 1 Mac 2013.
[2] Plat Masjid Felda Kemboja Jengka 4.

Sabtu, 15 Februari 2020

STRUKTUR PEMERINTAHAN KHALIFAH TURKI UTHMANIYAH

PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH KHALIFAH  UTHMANIAH ABAD KE-16-17M.
LATAR BELAKANG KERAJAAN UTHMANIAH
Kerajaan Uthmaniyah memerintah dari tahun l28l hingga 1924. Pada tahun 1453, pemerintahannya berpusat di Istanbul. Kerajaan ini ditubuhkan selepas tentera Mongol berjaya menakluk kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul. Setelah itu, pemerintahan kerajaan ini diteruskan oleh 38 orang khalifah lagi. Antara pemerintah Uthmaniyah yang terkenal ialah Urkhan, Muhammad II dan Sulaiman II.[1]

STRUKTUR PEMERINTAHAN KHALIFAH TURKI UTHMANIYAH
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Sultan merupakan individu yang mempunyai kuasa tertinggi. Pada peringkat awal, sultan terdiri daripada para amir yang menjadi tuan tanah dalam kerajaan Saljuk. Umpamanya, ialah Murad II, yang menggunakan gelaran Sultan al-Baraiun wa al-Bahrain. Sultan memegang kuasa tertinggi dalam bidang agama,politik, pentadbiran dan kewangan.

Sultan dibantu oleh Wazir Agung yang bertindak sebagai ketua pentadbir dan penasihat sultan. Dalam Kanunname, bidang kuasa Wazir Agung dinyatakan amat luas. Beliau merupakan ketua segala hal ehwal pentadbiran. Beliau juga memiliki cop mohor sebagai simbol wakil sultan.
Wazir Agung dibantu pula oleh:
(a) tiga orang hakim tentera.
(b) dua orang Beylerbey (ketua turus tentera sultan).
(c) dua orang Defterdar (bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran kewangan).
(d) seorang Agha (waktl tentera darat).
(e) seorang Laksamana.
(f) seorang Nishanji bagi monogram sultan.[2]
Pada zaman pemerintahan Sultan Salim I, jawatan mufti (Shaykh al-Islam) telah diwujudkan. Tugas utamanya ialah mengeluarkan fatwa dalam semua aspek agama termasuk keputusan
berperang sesama orang Islam. Mufti juga diberikan hak melantik pegawai-pegawai istana di ibu kota Istanbul.

Kadangkala sultan turut campurtangan daram soal fatwa, misalnya ketika menentang ajaran Syiah bagi tujuan menjaga keamanan negara.Mufti juga diberikan hak merantik pegawai-pegawai istana di ibu kota Istanbul.
Penubuhan kerajaan Uthmaniyah telah diasaskan mengikut sistem feudal yang ditiru daripada kerajaanByzantine. Sistem pemerintahannya juga turut dibantu oleh golongan tentera yang dikenali sebagai fief. Fief merupakan tentera asasi kerajaan Uthmaniyah.
 Fief yang berjasa dikurniakan tanah. Tanah-tanah tersebut dikendalikan oleh para petani. Tanah kurniaan ini telah menghasilkan antara 3000-20 000 asper. Asper ialah mata wangperak.[3]
      Fief yang berkhidmat secara peribadi dengan sultan diberikan tanah yang lebih luas (ziamet) dan hasilnya mencapai 100 000 asper. Tanah kurniaan  yang lebih luas (khass) diberikan kepada gabenor wilayah. Tanah kurniaan di Eropah menyediakan sebanyak 80 000
ekor kuda, sementara di Asia 50 000 ekor kuda.
      Senjata yang.digunakan oleh fief ialah tombak, pedang, panah dan perisai. Pakaian mereka ialah baju dan serban serta menunggang kuda.Mereka ini dikelompokkan di bawah beberapa orang ketua yang membawa bendera (Sanjak atau Liwa,). Ketua ini dilanggil bey.
      Antara bey ada beberapa orang beylerbey; terbesar iaiah beylerbey Anatolia dan kedua ialah Beylerbey Rumali di Eropah.Beybey ini juga memakai gelaran Pasha.Beylerbey merujuk kepada ketua turus tentera sultan yang mempunyai kuasa yang sangat luas, malah putera mahkota terpaksa tunduk kepadanya.
      Sistem feudal runtuh setelah kerajaan Uthmaniyah bertambah luas dan sultan terpaksa menyerahkan kuasa tanah fief kepada Belerbey. Pihak Belerbey telah menyalahgunakan kuasa dengan bertindak memberikan tanah fief kepada mereka yang  menyokongnya dan merampas fief daripada orang yang melakulan kesalahan kecil.
     Penyalahgunaan kuasa ini telah dihapuskan semasa pemerintahan sulaiman al-Qanuni menerusi Kaiunname (1530 M). Walau bagaimanapun, sistem tanah fief ini diteruskan tetapi syarat syaratnya diketatkan.
Lama-kelamaan tentera feudal telah digantikan dengan tentera upahan yang menggunakan senjata yang lebih canggih termasuk menggunakan  meriam besar bermula pada akhir abad ke-16 M. Tentera thmaniyah di peringkat awarnya terdiri daripada empat pasukan (skuadron menyamai 120-200 orang) yang diasaskan oleh Orkhan sendiri. Bilangannya kemudian bertambah  sehingga 11500 orang bagi setiap skuadron (1534 M).[4].





[1]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014)  ,61
[2] ibid
[3]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,62.
[4] Ibid,63.

Pentadbiran wilayah zaman Khulafah al-Rasyidin

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pemerintahan dan pentadbiran pada peringkat wilayah wujud ekoran daripada kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam ekspedisi ketenteraan.Kerajaan wilayah ialah kerajaan yang terletak di bawah pemerintahan kerajaan Islam secara langsung. Pada peringkat awal kerajaan ini bukanlah kerajaan Islam, akan tetapi atas sebab-sebab tertentu kerajaan tersebut menjadi sebahagian kerajaan Islam. Contohnya kejatuhan Kota Makkah kepada tentera Islam Madinah menyebabkan Kota Makkah menjadi kerajaan wilayah yang berpusat di Madinah. Pada zaman Khulafa al-Rasyidin kerajaan wilayah ialah Makkah, Baghdad dan Damssyik.[1]
2. Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, negara Islam telah dibahagikan kepada l0 buah daerah, iaitu Makkah,Ta'if, Yaman, Hadhramaut, Khawlan, al-Jund, Najran, Zabid, Bahrain dan Jarsh.
3. Pentadbiran pada peringkat wilayah seterusnya diperkemas pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab berikutan kejayaan kempen peluasan kuasa.
4. Negara Islam dibahagikan kepada lapan buah wilayah utama, iaitu Madinah, Makkah, Syam, Mesopotamia, han, Iraq, Mesir dan Palestin. Setiap wilayah berkenaan mempunyai ibu negeri/pusat pentadbiran masing-masing. Bagi memastikan urusan pentadbiran berjalan lancar, Khalifah Umar bin al-Khattab telah membentuk sistem birokrasi yang sistematik.
5. Setiap wilayah akan diketuai oleh Gabenor yang akan dibantu oleh pegawai-pegawai lain seperti setiausaha dan pegawai tertentu di beberapa buah jabatan seperti Setiausaha Tentera, Pegawai Cukai (Sahib al-Kharaj), Pegawai Polis (Saftib al-Syurtah), Pegawai Perbendaharaan Negara (Sahib Bait al-Mal) dan seorang kadi.
6. Individu yang dilantik memegang jawatan berkenaan wajib melaporkan harta sebelum dan setelah selesai menjalankan tanggungjawab serta diperjelaskan mengikut bidang kuasa mereka agar tidak timbul kekeliruan kelak.
7. Di setiap wilayah, didirikan pula cawangan baitulmal bagi memudahkan urusan pendapatan dan perbelanjaan negara.[2]


[1] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2015), 104.
[2]“Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,21.

Struktur Pemerintahan Pusat Zaman Khulafa al-Rasyidin

Oleh –AHMAD BIN YAAKOB
Pentadbiran  pusat zaman Khulafa al-Rasyidin  :
Pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq tidak banyak berbeza dengan zaman Rasulullah SAW kerana tempoh pemerintahannya yang singkat. Tambahan pula beliau sibuk memerangi gerakan murtad secara besar-besaran dan golongan yang enggan membayar zakat selepas sahaja kewafatan Rasulullah SAW. Pentadbiran Khalifah Abu Bakar berpusat di Madinah.
a) Madinah  sebagai  pusat pemerintahan.
b) Masjid  Nabawi  sebagai  pusat pentadbiran  negara,pusat ibadat  dan kegiatan  dakwah  Islamiah.
c) Khalifah  sebagai  ketua badan eksekutif, legislatif dan kehakiman.
d) Khalifah paling berkuasa tetapi  kekuasaan tidak berbentuk mutlak  dan terikat  dengan al-Quran dan sunnah  yang mengawal segala tindakan khalifah.
e) Sesuatu  dasar diputuskan melalui majlis syura (badan penasihat Khalifah).
f)  Majlis Syura secara rasmi dibentuk pada  zaman pemerintahan  khalifah Umar bin al-Khattab

g) Penubuhan Baitul Mal -perbendaharaan negara untuk menguruskan  harta rakyat dan negara.[1
Pentadbiran  wilayah  zaman Khulafa  al-Rasyidin  :
a) Semasa pemerintahan  khalifah Abu Bakar,pemerintahan  wilayah  dibahagikan kepada  10
wilayah - Makkah,  Taif, Yaman, Hadhramaut, Khawlan, al-Jund, Nazran, Zabid, Bahrain dan Jarsh.
b)Pentadbiran perigkat wilayah telah diperkemaskan  Pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin al-Khattab berikutan kejayaan kempen perluasan kuasa.
c) Negara Islam dibahagikan  kepada  8 wilayah utama  iaitu Madinah,Mekah, Syam, Mesopotamia, Iraan, Iraq, Mesir dan Palestin.[2]
d) Setiap wilayah mempunyai  ibu negeri dan pusat pentadbiran masing-masing.
e) Khalifah Umar bin al-Khattab  telah membentuk sistem birokrasi yang sistematik.
f)  Setiap wilayah diketuai  oleh gabenor (amil) dan dibantu oleh setiausaha  dan pegawai lain seperti :setiausaha  tentera, pegawai cukai (Sahib al-Kharaj)' pegawai polis (Sahib al- Syurtah), pegawai perbendaharan  (Sahib  Bait al-Mal)  dan kadi'
g) Setiap wilayah didirikan  sebuah  Baitul Mal untuk menguruskan  pendapatan  dan perbelanjaan negara.[3]




[1]“Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),20.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,61.
[3]“Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,20.

Rabu, 12 Februari 2020

Kematian Abam yang dicemburui


MyMetroUtama
 
Norhayati Nordin
norhayati_nordin@hmetro.com.my
PENDAKWAH bebas, Ustaz Rahim Nasir menyeru masyarakat Islam mengambil iktibar daripada kematian pelawak popular Abam Bocey, Isnin lalu.

Rahim dalam ceramahnya bertajuk ‘Kematian Sangat Dicemburui, Jom Ambil Iktibar’ semalam, turut berkongsi betapa bertuah individu yang meninggal dunia dan Allah naikkan darjatnya.

Katanya, dalam kehidupan seorang manusia, apa yang penting adalah pengakhirannya.

“Macam Abam, apa yang berlaku pada hari kematiannya apabila diziarah ramai orang hingga tidak terkira banyaknya. Itu adalah rezeki arwah.

“Dia bukan ilmuan agama tetapi hanya seorang pelawak. Namun, di pengakhiran hidupnya Allah anugerahkan nikmat kematian sangat dicemburui itu. Kenapa begitu? Iktibar yang boleh diambil adalah kembali pada akhlak atau perangai arwah. Dia seorang yang suka meraikan ulama dan ilmuan agama,” katanya.

Rahim yang mengakui terkilan tidak dapat mengiringi perjalanan akhir Abam, turut berkongsi dengan jemaah mengenai keperibadian Allahyarham.

“Saya pernah berkesempatan bertemu arwah beberapa tahun lalu. Ketika itu kami terbabit dalam forum agama. Saya selaku salah seorang penceramah dan arwah adalah moderator.

“Abam memang seorang pelawak yang bagus. Saya akui dia memiliki pekerti akhlak sangat baik seperti sangat menghormati orang lain dan suka meminta maaf.

“Selain itu, arwah juga gemar menghadiri majlis ilmu. Dia tidak melihat bayaran diterima tetapi sanggup hadir kerana sukakan ilmu,” katanya.

Dalam ceramahnya, Rahim turut memuji sikap Abam yang tidak pernah meninggalkan ibunya dan sentiasa mengingati orang tua.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Februari 2020 @ 1:01 PM