Sabtu, 19 Ogos 2017

Kisah Nabi pertama ialah Kisah Nabi Zulkifli.

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Nama sebenar Nabi Zulkifli ialah Basyar bin Ayub. Oleh kerana keyakinan dan telah menjalankan tanggungjawab yang disanggupinya, Allah telah mengangkatnya sebagai nabi dan dimasukkan dalam kalangan orang-orang yang sabar.[1]Nama Zulkifli bererti Saya sanggup berpunca daripada suatu peristiwa. Raja negeri tempat Nabi Zulkifli tinggal telah tua dan tidak berdaya lagi untuk memerintah. Raja tua itu ingin menyerahkan tanggungjawabnya memerintah negeri itu kepada sesiapa sahaja yang menyanggupi syarat-syaratnya, iaitu berpuasa pada waktu siang, beribadat pada waktu malam, memerintah dengan adil dan tidak marah-marah ketika menjalankan pemerintahan.[2]

      Raja tersebut mengadakan perhimpunan dan titahnya disambut oleh seorang pemuda bernama Bashar.Oleh yang demikian, Basyar yang telah digelar Zulkifli telah ditabalkan menjadi raja yang telah tua tadi. Setelah Zulkifli ditabalkan menjadi raja, maka baginda pun menyusun jadual-jadual pentadbirannya. Pada waktu siang, Nabi Zulkifli berpuasa dan pada waktu malam dia menjalankan pentadbirannya di samping beribadat. Ketika peperangan antara negerinya dengan orang-orang yang menderhaka kepada Allah, Zulkifli meminta rakyat negerinya  pergi berperang dan mendoakan keselamatan nyawa mereka dalam peperangan tersebut.[3]  



[1]Abdul Raof Dalip, Pengajaran dari Kisah Nabi,Progressive Publishing House Sdn. Bhd., Kuala Lumpur,2011, hlm.ii.
[2] Ibid,2.
[3] Ibid, 4.

Tok Ku Paloh Al-Aidrus pejuang Islam dan bangsa Melayu


 

ARKIB : 18/09/2006
Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah 
Pahlawan Datuk Bahaman pernah meminta perlindungan daripada Tok Ku Paloh Al-Aidrus.
DALAM halaman Agama Utusan Malaysia keluaran Isnin lalu, nama Tok Ku Paloh ada disebutkan. Peranan penting ayah beliau, Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar di Terengganu, dilanjutkan pula oleh Tok Ku Paloh.

Beberapa riwayat tulisan yang terdahulu daripada ini, termasuk percakapan lisan, ada memperkatakan tentang sumbangan tersebut. Bagaimanapun, saya menemui beberapa dokumen yang menunjukkan Tok Ku Paloh bukan berpengaruh di Terengganu saja, tetapi juga di Patani.

Hubungan beliau sangat erat dengan Haji Wan Ismail bin Syeikh Ahmad al-Fathani, iaitu Kadi Jambu. Walau bagaimanapun, Haji Wan Ismail al-Fathani (lahir 2 Jamadilawal 1304 H/27 Januari 1887 M) dari segi perbandingan umur adalah peringkat cucu kepada Tok Ku Paloh (lahir 1233 H/1818 M).

Tahun lahir Tok Ku Paloh itu sama dengan tahun lahir Syeikh Wan Muhammad Zain al-Fathani (lahir 1233 H/1817 M). Beliau ini ialah datuk kepada Haji Wan Ismail al-Fathani. Hubungan antara Haji Wan Ismail al-Fathani, Kadi Jambu, dengan Tok Ku Paloh hanyalah kesinambungan hubungan yang terjalin sejak zaman datuknya itu, dan meneruskan hubungan antara Tok Ku Paloh dengan ayah beliau, iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani.

Darah perjuangan Tok Ku Paloh dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu tidak dapat dinafikan mempunyai kesan tersendiri dalam tubuh Syeikh Ahmad al-Fathani. Isu kemaslahatan Islam dan bangsa Melayu yang menghadapi pelbagai masalah penjajah pada zaman itu perlu dilihat dalam konteks hubungan antara Syeikh Ahmad al-Fathani, Tok Ku Paloh dan Sultan Zainal Abidin III, Terengganu.

Tok Ku Paloh dirahmati berumur panjang. Beliau meninggal dunia pada bulan Zulhijjah 1335 H/September 1917 M. Bererti ketika meninggal dunia Tok Ku Paloh berusia sekitar 102 tahun menurut perhitungan tahun hijrah atau 100 tahun menurut tahun masihi.

Nama penuh beliau ialah Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus. Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus mempunyai beberapa nama gelaran, yang paling popular ialah Tok Ku Paloh. Gelaran lain ialah Engku Saiyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan Syaikh al-Islam Terengganu. Tok Ku Paloh mempunyai beberapa orang adik-beradik. Ada yang seibu sebapa dan ada juga yang berlainan ibu. Adik-beradik kandung Tok Ku Paloh ialah Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus yang digelar dengan Engku Saiyid Seri Perdana, Saiyid Ahmad al-Aidrus digelar Tok Ku Tuan Ngah Seberang Baruh dan Saiyid Mustafa al-Aidrus yang digelar Tok Ku Tuan Dalam.

Beliau ialah seorang ulama dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Adik-beradiknya selain yang disebut itu ialah Tuan Embung Abu Bakar atau digelar dengan nama Tuan Embung Solok atau Tok Ku Tuan Kecik, Tuan Nik (Senik). Antara nama-nama tersebut, ramai yang memegang peranan penting dalam Kerajaan Terengganu tetapi nama yang paling masyhur ialah Tok Ku Paloh.

Pendidikan

Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus atau Tok Ku Paloh berketurunan ‘Saiyid’. Oleh itu sudah menjadi tradisi keturunan itu untuk lebih mengutamakan usaha mempelajari ilmu-ilmu daripada orang yang terdekat dengan mereka. Ayah beliau, Saiyid Muhammad al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar, pula merupakan seorang ulama besar yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam urusan Islam di Terengganu. Dapat dipastikan Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus telah belajar pelbagai bidang ilmu daripada orang tuanya sendiri.

Hampir semua orang yang menjadi ulama di Terengganu pada zaman itu memperoleh ilmu melalui jalur daripada ulama-ulama yang berasal dari Patani. Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus, selain belajar daripada ayahnya, juga berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani atau Tok Syeikh Duyung (lihat Utusan Malaysia, Isnin, 6 Mac 2006).

Saiyid Muhammad al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar dan Tok Syeikh Duyung bersahabat baik dan sama-sama belajar daripada Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani di Bukit Bayas, Terengganu. Mereka juga sama-sama belajar dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani di Mekah.

Dalam artikel ini saya terpaksa menjawab satu e-mel dari Brunei Darussalam yang bertanyakan apakah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani berketurunan Nabi Muhammad s.a.w.? Sepanjang dokumen yang ditemui ada tulisan meletakkan nama ‘Wan’ pada awal nama beliau. Ada saudara pupu saya di Mekah memberi maklumat bahawa beliau menemui satu catatan Syeikh Ismail al-Fathani (Pak De 'El al-Fathani) bahawa ulama Patani itu juga berketurunan marga ‘al-Aidrus’.

Sejak dulu saya mengetahui ada catatan lain menyebut hal yang sama bahawa Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani di Bukit Bayas, Terengganu juga termasuk marga ‘al-Aidrus’. Dengan keterangan ini bererti antara ulama Patani dengan ulama Terengganu yang diriwayatkan ini selain ada hubungan keilmuan mereka juga ada perhubungan nasab.

Perjuangan

Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus (Tok Ku Paloh) melanjutkan pelajarannya di Mekah. Di sana beliau bersahabat dengan Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani (kelahiran Sungai Duyung Kecil, Terengganu) dan ramai lagi. Antara orang yang menjadi guru mereka di Mekah ialah Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.

Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus setelah pulang dari Mekah memusatkan aktivitinya di Kampung Paloh, Terengganu. Menurut Muhammad Abu Bakar, Kampung Paloh didatangi orang daripada pelbagai jurusan, bukan saja dari sekitar Kuala Terengganu, tetapi juga dari Kelantan, Pahang dan Patani (Ulama Terengganu, hlm. 181). Diriwayatkan bahawa salah seorang murid Tok Ku Paloh ialah Sultan Zainal Abidin III. Riwayat lain pula mengatakan antara muridnya yang terkenal dan menjadi pejuang antipenjajah ialah Haji Abdur Rahman Limbung dan Tok Janggut.

Tok Ku Paloh ialah ulama yang tidak takut menanggung risiko tinggi dalam perjuangan demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu. Beliau melindungi pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada zaman itu. Semangat jihadnya sungguh indah, menarik dan ada hembusan segar seperti yang diriwayatkan oleh Muhammad Abu Bakar.

Katanya: “Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British yang dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan daripada kerajaan.

“ Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka, tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang. Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad.

“Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh, serta penambahan kekuatan, pasukan pahlawan menjadi lebih besar dan tersusun.” (Ulama Terengganu, hlm. 184)

Daripada riwayat ini, kita dapat mengambil iktibar berdasarkan peristiwa dunia terkini bahawa ramai tokoh Islam menjadi pejuang Islam dan bangsanya, dan ramai pula yang menjadi pengkhianat. Afghanistan, Iraq, Palestin dan Lebanon menjadi sasaran bom yang dilancarkan oleh bangsa-bangsa bukan Islam. Ada ramai pejuang Islam di sana. Pengkhianat pun banyak. Bangsa kita, bangsa Melayu yang beragama Islam, patut mencontohi perjuangan bijak Tok Ku Paloh. Janganlah ada manusia Melayu yang khianat terhadap agama Islam dan bangsanya.

Tok Ku Paloh sangat berpengaruh terhadap murid dan saudara ipar beliau iaitu Sultan Zainal Abidin III. Beberapa pandangan dan nasihat Tok Ku Paloh kepada Sultan Zainal Abidin III tentang pentadbiran kerajaan banyak persamaan dengan surat-surat dan puisi Syeikh Ahmad al-Fathani kepada Sultan Terengganu itu. Semasa Tok Ku Paloh dan Sultan Zainal Abidin III masih hidup, Inggeris tidak berhasil mencampuri pentadbiran negeri Terengganu.

Tok Ku Paloh wafat pada bulan Zulhijjah 1335 H/September 1917 M dan Sultan Zainal Abidin III mangkat pada 22 Safar 1337 H/26 November 1918 M. Sesudah itu, tepat pada 24 Mei 1919 M barulah Inggeris dapat mencampuri kerajaan Terengganu.

Penulisan

Ahli sejarah, Datuk Misbaha ada menyebut bahawa risalah 'Uqud ad-Durratain adalah karya Tok Ku Tuan Besar, berdasarkan cetakan tahun 1950 oleh ahli-ahli Al-Khair dan cetakan pada tahun 1978 oleh Yayasan Islam Terengganu (Pesaka, hlm. 91). Tetapi pada cetakan yang jauh lebih awal berupa selembaran dalam ukuran besar yang diberi judul Dhiya' 'Uqud ad-Durratain, ia merupakan karya Tok Ku Paloh. Tertulis pada cetakan itu, “Telah mengeluar dan mengecapkan terjemah ini oleh kita as-Saiyid Abdur Rahman bin Muhammad bin Zain bin Husein bin Mustafa al-Aidrus....”

Di bawah doa dalam risalah itu dinyatakan kalimat, “Tiada dibenarkan sekali-kali siapa-siapa mengecapkan terjemah ini melainkan dengan izin Muallifnya dan Multazimnya Ismail Fathani. Tercap kepada 22 Ramadan sanah 1335 (bersamaan dengan 11 Julai 1917 M).”

Yang dimaksudkan Ismail Fathani pada kalimat ini ialah Kadi Haji Wan Ismail bin Syeikh Ahmad al-Fathani. Risalah cetakan ini saya terima daripada salah seorang murid Haji Wan Ismail Fathani.

Beliau menjelaskan bahawa risalah itu diajarkan di Jambu, Patani secara hafalan. Orang yang menyerahkan risalah itu bernama Nik Wan Halimah yang berusia lebih kurang 78 tahun (Oktober 2000). Ketika beliau menyerahkan risalah itu kepada saya, beliau masih hafal apa yang termaktub dalam risalah itu.

Kemuncak penulisan Tok Ku Paloh yang sering diperkatakan orang ialah kitab yang diberi judul Ma'arij al-Lahfan. Sungguhpun kitab ini sangat terkenal dalam kalangan masyarakat sufi sekitar Terengganu, Kelantan dan Pahang namun ia belum dijumpai dalam bentuk cetakan.

Saya hanya sempat membaca tiga buah salinan manuskrip kitab itu. Ilmu yang terkandung di dalamnya adalah mengenai tasawuf.

Sebagaimana telah disebutkan, Tok Ku Paloh ialah seorang pejuang Islam dan bangsa. Beliau ialah penganut Thariqat Naqsyabandiyah.

Antara anak Tokku Paloh ialah Saiyid Aqil bin Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus. Beliau inilah yang bertanggungjawab mentashhih dan menerbitkan kitab nazam Kanz al-Ula karya datuknya, Tok Ku Tuan Besar, terbitan Mathba'ah al-Ahliyah Terengganu, 1347 H.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0918&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz4qDQ3ZF9f
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jelaskan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan di Malaysia.


A. Pengenalan.
Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Baginda merupakan Raja Berperlembagaan dan tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Jawatan baginda diwujudkan sejak tahun 1957 mengikut Perlembagaan Malaysia. YDPA merupakan lambang kedaulatan dan ketertinggian kuasa negara. Baginda menjadi tumpuan taat setia seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan kaum. YDPA dipilih oleh Majlis Raja – Raja dalam kalangan sembilan orang sultan Melayu mengikut peraturan pemilikan yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Jawatan YDPA dipegang secara bergilir – gilir dan bukan diwariskan mengikut keturunan. Jawatan YDPA dipegang selama lima tahun oleh setiap raja yang dipilih untuk memegang jawatan tersebut. YDPA tidak memiliki kuasa mutlak kerana baginda terikat dengan kuasa Perlembagaan Persekutuan. YDPA menjalankan kuasa pemerintahan negara berdasarkan nasihat Perdana Menteri.

B. Isi-isi.
YDPA merupakan ketua negara. Antara peranan atau tugas yang dilaksanakan oleh YDPA ialah pemerintah tertinggi angkatan tentera bersenjata Persekutuan Malaysia. Baginda merupakan lambang kedaulatan dan menjadi penaung kepada kekuatan negara. Majlis Angkatan Tentera dibawah kuasa am YDPA bertanggungjawab untuk memerintah, menjaga tatatertib, mentadbir dan menguruskan segala perkara yang berhubung dengan angkatan tentera. Baginda juga berkuasa untuk menjatuhkan hukuman, mengampunkan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan dalam mahkamah tentera. YDPA juga berkuasa mengampunkan kesalahan – kesalahan lain di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan dan segala hukuman dijatuhkan dalam mahkamah syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.
Dari aspek agama, YDPA ialah ketua agama Islam bagi negeri - negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. YDPA merupakan pelindung dan penaung agama Islam di kawasan – kawasan tersebut. YDPA juga menjadi ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri.
Dalam bidang perundangan, YDPA bertanggungjawab untuk memperkenankan rang undang – undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum diisytiharkan menjadi undang – undang yang sah. Semua perlaksanaan undang – undang yang diluluskan oleh Parlimen memerlukan pengiktirafan baginda sebelum dikuatkuasakan. Baginda mestilah mengiktiraf undang – undang yang baharu dalam tempoh 30 hari selepas diluluskan oleh Parlimen. Sekiranya baginda tidak bersetuju dengan rang undang – undang, baginda boleh merujuknya kepada Parlimen untuk dibincangkan semula.
Selain itu, YDPA mempunyai kuasa untuk melantik Perdana Menteri, Hakim dan Jemaah Menteri. Baginda juga berkuasa melantik dan mewujudkan jawatan Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri. Baginda berkuasa melantik anggota Jemaah Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja – Raja. YDPA juga bertanggungjawab untuk melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Agong  dan hakim – hakim mahkamah tinggi. YDPA turut bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa masyarakat Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Seterusnya, YDPA juga berkuasa untuk memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri. Tiada orang lain yang berhak melaksanakan tanggungjawab tersebut. Baginda juga boleh menolak permintaan untuk membubarkan Parlimen jika belum cukup tempoh lima tahun. Baginda boleh memberikan ucapan dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Di samping itu, YDPA boleh meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja – Raja tentang keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja – Raja Melayu.
Di samping itu, YDPA juga bertanggungjawab mentauliahkan duta – duta yang dihantar ke luar negara dan menerima tauliah duta dari negara asing. Baginda juga perlu menyambut tetamu luar negara yang setaraf dengan baginda seperti Ratu England atau Maharaja Jepun. Baginda juga berperanan menganugerahkan pingat kehormat kepada orang yang telah berjaya atau berjasa kepada negara.
Baginda juga mempunyai kuasa mengisytiharkan Undang-undang Darurat di bawah “Undang-undang X” jika didapati keselamatan negara terancam. YDPA juga bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan rakyat secara menyeluruh.

C. Kesimpulan
 YDPA sebagai ketua negara memikul peranan dan tanggungjawab tidak terhad di dalam dan luar negara. Namun dalam menjalankan kuasa eksekutif, baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri. YDPA adalah simbol keunikan sistem pemerintahan beraja berpelembagaan yang diamalkan di negara kita sejak mencapai kemerdekaan sehingga hari ini.
SUMBER-SKEMA 
PERCUBAAN SEJARAH STPM P3 NEGERI PAHANG 2016

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ANCAMAN KOMUNIS

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil Pembelajaran-Menghuraikan langkah-langkah mengatasi ancaman Parti Komunis Malaya.
Parti Komunis Malaya (PKM) dan Darurat.
Komunisme adalah ideologi yang dikemukan oleh Karl Marx pada penghujung abad ke-19.Pada tahun 1919, Communist International (Comintern) ditubuhkan di Moscow. Pembentukan Parti Kuomintang menyebabkan ideologi komunisme berkembang pesat di Tanah Melayu dan Singapura.Pada tahun 1930 Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan di Singapura. Pada bulan Mac 1948 , Moscow mengarahkan supaya PKM melancarkan pemberontakan bersenjata.[1]

Perkembangan PKM 1930-1948
1.PKM mengamalkan dasar yang tgas di Tanah Melayu untuk mengguling British.
2.Pada tahun 1930 British mengharamkan PKM, PKM bergerak secara sulit.
3.Taktik
Menyusup ke dalam kesatuan sekerja, sekolah swasta dan pertubuhan belia Cina.
Menganjurkan pemogokan.
4.Pengaruh PKM meningkat pada tahun 1937 apabila Jepun menyerang China, kedudukan PKM semakin mantap.
5.British bekerjasama dengan PKM untuk menentang kemasukan Jepun ke Tanah Melayu.
6.PKM menjadi pelindung orang Cina daripada kekejaman Jepun.
7.Unit-unit rahsia ditubuhkan.
8.Gerakan Rakyat atau “Min Yuen”, PKM menggunakan penduduk Cina di di tepi hutan untuk menghantar bekalan makanan,ubat-ubatan dan maklumat kepada mereka.
9.Kekosongan pentadbiran dari 15 Ogos 1945-12 September 1945 digunakan PKM untuk membalas dendam.
10.PKM melancarkan pemberontakan bersenjata bermula 12 Jun 1948.

Darurat 1948
Darurat ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada keadaan huru-hara di Tanah Melayu akibta kebangkitan komunis antara tahun 1948-1960. Kekacauan itu dicetuskan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang berjuang untuk menubuhkan sebuah negara komunis secara kekerasan di Tanah Melayu.[2]
1.Pada 7 Julai 1948 Undang-Undang Darurat dilaksanakan.
2.Kerosakan semakin bertambah akibat keganasan PKM.
3.Pengganas komunis meningkat dari 5000 orang kepada 8000 pada tahun 1950.
4.Masyarakat Cina menyokong PKM dengan memberi bantuan kepada mereka melalui “Min Yuen”.
5.Pada 7 Oktober 1951 Pesuruhjaya Tinggi, Sir Henry Gurney ditembak mati oleh PKM.

Langkah-langkah kerajaan British membenteras Komunis.
i.Langkah-lanhkah ketenteraan
1.Menguatkuasa undang-undang Darurat.
2.Memperkukuhkan bidang ketenteraan.
3.Bantuan ketenteraan negara Komanwel.
4.Pasukan polis khas, Pasukan Polis Persekutuan, Home Guard serta Mata-Mata Khas ditubuhkan dan dipertingkatkan jumlah anggota.
5.Perintah berkurung dikuatkuasa di kawasan yang disyaki terancam oleh pengganas komunis.
6.Konsep kawasan putih dan kawasan hitam diiytiharkan.

ii.Langkah-langkah bukan ketenteraan
1.Sekatan jalan raya dan kawalan kampung.
2.Penggunaan kad pengenalan.
3.Rancangan Briggs.
4.Perpindahan setinggan Cina ke Kampung Baru.
5.Catuan makanan.
6.Kerjasama antara kaum.
7.Jawatankuasa Kerja Perang.
8.Perang psikologi.[3]




[1]“Perjuangan Mencapai Kemerdekaan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) ,75.   
[2]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2013) ,184.
[3]“Perjuangan Mencapai Kemerdekaan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,77.

Ahad, 13 Ogos 2017

Kesan Perang Dunia Kedua

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Dalam Perang Dunia Kedua, Britain, Rusia, Perancis dan Amerika Syaikat membentuk pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Berikat. Jerman, Itali dan Jepun pula mewujudkan pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Paksi. Peperangan ini meninggalkan kesan yang amat mendalam teutama dalam bidang politik,ekonomi dan sosial

a.Penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Selepas Perang Dunia Kedua, Pertubuhan Bangsa-Bangsa, PBB ditubuhkan kerana kegagalan Liga Bangsa memainkan peanan berkesan untuk menghalang pepeangan. Matlamat PBB ialah untuk memelihara keamanan dunia dan menghalang peperangan, menggalakan kerjasama antarabangsa dalam bidang sosial dan ekonomi serta memberi bantuan kemanusiaan dan mencegah wabak penyakit dalam kalangan negara anggota.    
b.Eropah tebahagi kepada dua blok
Selepas tamat Perang Dunia Kedua muncul dua kuasa besa bahau iaitu Ameika Syarikat  dan Soviet Union. Kedua-dua kuasa tesebut berada dalam pakatan yang sana semasa Perang Dunia Kedua. Persaingan kedua-dua kuasa dalam kancah Peang Dingin menyebabkan dunia berpecah kepada tiga kelompok iaitu negara Pro-Amerika, Pro Rusia dan Negara Berkecuali.  Eropah terbahagi kepada dua blok iaitu Eropah Timur yang pro-komunis dan Eropah Barat yang pro-demokrasi.
c.Dekolonisasi
Perang Dunia Kedua membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk Asia dan Afrika. Muncul gerakan untuk membebaskan tahan air daripada penjajah bagi membentuk negara dan bangsa mereka sendiri.

Kos peperangan yang tinggi menyebabkan negara-negara Eropah menghadapi masalah kewangan untuk menguruskan tanah jajahan. Selepas tamat perang negara-negara Eropah memulakan poses dekolonisasi dengan membei kemerdekaan kepada tanah jajahan mereka.Antara tahun 1945-1970 banyak tanah jajahan di Asia dan Afrika mencapai kemedekaan.
    
d.Pepecahan Jerman
Perang Dunia Kedua menyebabkan perpecahan Jerman kepada empat zon yang dikuasai oleh Britain, Perancis, Ameika Syarikat dan Rusia. Pada bulan Disember 1946 , Britain, Perancis  dan Amerika Syarikat menggabungkan zon-zon mereka. Rusia membangunkan Jerman Timur sebagai zon komunis. Pada bulan Mei  1949 Persekutuan Republik Jerman ditubuhkan dan ibu kotanya di Bonn. Demokratik Jerman ditubuhkan pada bulan Oktober dengan ibu kotanya di Berlin.

e. Jepun –Supreme Comander for the Allied Powers
Selepas menyerah kalah Jepun diduduki oleh Pihak Bersekutu.Pentadbian ini dikenali sebagai Supreme Commader fot the Allied Powers (SCAP) yang berlangsung dari bulan September 1945 hingga bulan April 1952. Pentadbiran SCAP dipimpin oleh Jeneral Douglas MacAthur. Pembubaran angkatan tentera Jepun merupakan objektif utama SCAP. Menjelang bulan Disember 1945, angkatan tentera daat, laut dan udara Jepun telah dibubarkan. Hampir dua juta tentera Jepun kembali ke dalam kehidupan awam. Tiga juta tentera Jepun dan tiga juta orang awam diseberang laut telah dibawa pulang ke Jepun. Kilang-kilang senjata juga dimusnahkan.  Jepun dibangunkan semula melalui SCAP sebagai sebuah kuasa ekonomi dunia.  

f.Kematian dan kemusnahan harta benda.
Perang Dunia Kedua mengobankan banyak nyawa. Dianggarkan 600 000 rakyat Jerman terkoban akibat serangan bom. Manakala tenteranya berjumlah 500 000 oang terbunuh dalam pertempuran. Kadar kehilangan nyawa yang tinggi juga dialami oleh Rusia. Lebih kurang 7 juta orang awam dan 11 juta orang tentera terkorban. Britain dan negara-negara Komanwel kehilangan 445 000 tentera, lebih separuh daripada jumlah itu ialah tentera Bitain. Amerika Syarikat pula kehilangan 325 000 orang tentera. Jumlah keseluruhan orang awam dan tentera yang terkorban ialah antara 25 juta hingga 30 juta orang.  

g.Perang Dingin  
Selepas tamat perang Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia. Ameika Syaikat memperjuangkan penubuhan kerajaan  demokrasi di Eropah Barat . Rusia berjuang untuk mengasaskan pemerintahan komunis di negara-negara Eropah Timur. Pertentangan ini menyebabkan hubungan kedua-dua kuasa besar ini semakin tegang sehingga mencetuskan Perang Dingin. Semasa Perang Dingin belangsung, kedua-dua kuasa besar ini menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengukuhkan ideologi dan pengaruh masing-masing.
   
Kesimpulannya, Perang Dunia Kedua meninggalkan kesan yang mendalam dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perang ini menyebabkan Amerika Syaikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia. Hubungan tegang antara kedua-dua kuasa besa dunia ini menyebabkan tercetus Perang Dingin yang berlarutan hingga tahun 1989.



Isnin, 7 Ogos 2017

Sejauh manakah dasar kerajaan Meiji mendorong perkembangan perindustrian di Jepun pada abad ke-17-18.

Pendahuluan
Menjelang abad ke-19 Jepun mengalami perkembangan pesat dalam bidang perindustrian. Kerajaan Meijitelah melaksanakan pelbagai pembaharuan bagi merangsang petumbuhan ekonomi. Dasa kerajaan merupakan faktor utama yang mendorong pertumbuhan sektor perindustrian di Jepun. Namun terdapat faktor-faktor lain yang merangsang pertumbuhan industi di Jepun.
Isi-isi penting
1.Dasar kerajaan Meiji
Kerajaan Meiji memberi bantuan modal, menyediakan latihan industi dan khidmat nasihat kepada pengusaha industri serta mendapatkan khidmat pakar dari luar negara untuk memodenkan sektor peindustian. Galakan dan bantuan dari kerajaan telah menyebabkan sektor perindustrian berkembang pesat.
2.Kemajuan pengangkutan.
Kerajaan Meiji mengambil langkah membangunkan kemudahan pengankutan di Jepun. Pada tahun 1872, landasan keretapi sepanjang 26 batu menghubungkan Tokyo dan Yokohama dibina. Pada tahun 1878 pula landasan keretaapi dibina bagi menghubungkan Kyoto, Otsu, Tsuruga dan Nagahama. Kemajuan dalam bidang pengangkutan merangsang perkembangan sektor peindustian.
3.Sistem perhubungan
Kerajaan Jepun mengambil langkah untuk membangunkan sistem pehubungan seperti telegaf bagi memudahkan perhubungan dan komunikasi. Menjelang tahun 1893 talian telegaf sepanjang 4000 batu didirikan di seluruh Jepun.Kemajuan telegaf  merangsang perkembangan sektor peindustian Jepun.
4.Perkembangan pertanian.
Kemajuan dalam bidang pertanian meletakkan asas bagi pertumbuhan sektor  perindustrian. Antara langkah yang diambil ialah dengan menghantar pelajar dalam bidang pertanian ke luar negara, mendirikan sekolah dan maktab pertanian serta menggalakkan pengajian serta penyelidikan dalam pertanian di seluruh negara. Pertumbuhan pesat dalam bidang pertanian menyediakan modal bagi pelaburan dalam sektor perindustian.
5.Dasar kewangan
Pengurusan kewangan yang teratur dan sistematik merangsang pertumbuhan bidang perindustrian. Kerajaan memperkenalkan institusi kewangan seperti bank dan mata wang bagi membangunkan ekonomi negara.Bank ditubuhkan pada tahun 1873 manakala Bank Pusat Jepun didirikan pada tahun 1882. Menjelang akhir abad ke 19, tedapat lebih kurang 200 bank di seluruh negara.Institusi bank menyediakan pinjaman kewangan bagi membantu    perkembangan sektor peindustian Jepun.
6.Kemunculan pengusaha baru.
Perkembangan sektor perindistrian didorong oleh kemunculan pengusaha-pengusaha baru yang kaya-raya. Pada awal abad ke-20 terdapat empat buah keluarga   dikenali sebagai Zaibatsu yang  menguasai sektor perindustrian di Jepun. Zaibatsu menjadi penaung kepada perkembangan sektor perindustian di Jepun.
Kesimpulan
Dasar kerajaan Meiji merupakan faktor utama yang menggalakkan pertumbuhan perindustrian di Jepun.Bantuan kewangan, latihan perindustrian dan khidmat nasihat yang diberikan oleh kerajaan menyebabkan sektor perindustrian berkembang pesat di Jepun.

SUMBER- Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),462-463.

Ahad, 6 Ogos 2017

ANALISIS TAJUK BAHAGIAN B: SEJARAH ASIA TENGGARA 2013-2016

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
1 Masyarakat
1.1 Institusi pemerintahan.
Membincangkan corak kehidupan tradisional masyarakat peribumi dari segi politik, sosial dan ekonomi.
1.1 Institusi pemerintahan di Vietnam dan Thailand abad ke-19
a)memerihalkan konsep dan peranan raja
1.1.1 Raja di Thailand
4.Bincangkan peranan raja dalam sistem pemerintahan beraja yang diamalkan di Thailand pada abad ke-19. STPM 2013
Raja di Vietnam
4.Perihalkan institusi kemaharajaan di Vietnam dan institusi perajaan di Thailand pada abad ke-19. 20 2016
1.1.2 Pembesar –konsep, hirarki dan peranan pembesar
1.Pembesar di Thailand.
4.      Jelaskan sistem pembesar di Thailand sebelum kedatangan kuasa Barat.STPM 2014 U
2.Pembesar di Vietnam.

1.2 Sistem sosial di Vietnam dan Indonesia  pada abad ke-19.
Menjelaskan konsep dan susun lapis masyarakat.
1.Sistem sosial di Vietnam   pada abad ke-19.
4.      Bincangkan struktur sosial masyarakat di Vietnam sebelum campur tangan Barat.
2. Sistem sosial di  Indonesia  pada abad ke-19.

1.3 Sistem ekonomi di Vietnam dan Indonesia pada abad ke-19.
1.Menerangkan ciri-ciri ekonomi tradisional Vietnam
4.Bincangkan ciri-ciri ekonomi tradisional di Vietnam sebelum berlakunya perluasan kuasa Perancis [20]    STPM 2013.
1.Menerangkan ciri-ciri ekonomi tradisional Indonesia.
                                                                                                                            
2.menerangkan ciri-ciri ekonomi komersial.
i.menerangkan ciri-ciri ekonomi komersial di Vietnam.
ii. menerangkan ciri-ciri ekonomi komersial di Indonesia. STPMU 2016

2.Trasfomasi masyarakat.
2.1 Peluasan kuasa asing di Indonesia dan Myanmar abad ke-19.
Membincangkan faktor dan cara peluasan kuasa asing.
1.faktor dan cara peluasan kuasa asing di Indonesia.
2.faktor dan cara peluasan kuasa asing di Myanmar.
2.2 Penentangan terhadap kuasa asing di Indonesia dan Myanmar.
Menganalisis sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa asing.
1.Penentangan terhadap kuasa asing di Indonesia
5.Bincangkan faktor meletusnya penentangan masyarakat tempatan di Indonesia terhadap pentadbiran Belanda pada abad ke-19. 20 2016
 2.Penentangan terhadap kuasa asing di Myanmar.
Menilai peranan tokoh
1.Diponegoro
2.Thibaw.

2.3 Pengubahsuaian dalam pentadbiran,ekonomi dan pendidikan di Indonesia dan Myanmar abad ke-19.
1.menghuraikan kesan penjajahan asing terhadap pentadbiran tempatan.STPM 2015
2.membincangkan perkembangan ekonomi.
5.      “Penjajahan Belanda di Indonesia pada abad ke-19 telah mengakibatkan transformasi ekonomi berlaku di negara itu.” Bincangkan pernyataan tersebut.STPM 2014.

3.membincangkan  perkembangan pendidikan
5.Bincangkan perkembangan dasar pendidikan Belanda di Indonesia pada abad ke-19.STPM 2013U.
3.Nasionalisme dan pembentukan Negara Bangsa.
3.1 Gerakan nasionalisme.
3.1.1 Faktor kemunculan di Indonesia dan Myanmar abad ke-19.
Menganalisis faktor-faktor kemunculan nasionalisme.
1.Pengaruh agama.
2.Peranan bahasa dan kesusasteraan.
3.Pengaruh kewartawanan.
4.Peranan pendidikan.
5.Peranan golongan intelektual.
6.Pengaruh luar.
5.Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan kesedaran nasionalisme di Indonesia pada abadke19. [20]    STPM2013        
3.1.2 Parti politik dan persatuan di Indonesia dan Myanmar abad ke-19.
Menerangkan sebab penubuhan dan matlamat persatuan dan parti politik yang mendukung gerakan nasionalisme.
1.Sarekat Islam.
2.Parti Nasional Indonesia.
3.Young Men Buddhist Association –YMBA STPMU 2016
4.Poor Man’s Party.

3.2 Perjuangan mencapai kemerdekaan
3.2.1 Pendudukan Jepun 1941-1945 di Myanmar dan Indonesia abad ke-20.
Menghuraikan dasar dan kesan pendudukan Jepun ke atas pejuang mencapai kemerdekaan.
5. “Pendudukan Jepun dari tahun 1941 sehingga tahun 1945 di Indonesia telah mempengaruhi perkembangan gerakan nasionalisme di Indonesia.” Jelaskan.

3.2.2 Perjuangan secara berperlembagaan dan bersenjata di Myanmar dan Indonesia abad ke-20.
1.menilai penentangan terhadap penjajah secara berperlembagaan.
2.menggalurkan penentangan rakyat secara bersenjata.
3.2.3 Kemerdekaan di Myanmar dan Indonesia abad ke-20.
1.Langkah-langkah mencapai kemerdekaan.

4.Pengisian Kemerdekaan.
4.1 Sistem pemerintahan di Filipina dan Thailand abad ke-20
Menghuraikan bentukpemerintahan
1.Republik.
6.Huraikan bentuk pemerintahan sistem republik di Filipina pada abad ke-20
2.Raja Berperlembagaan.
3.Demokrasi berparlimen.
4.2 Pembangunan
Menjelaskan dasar-dasar ekonomi negara.
4.2.1 Pembangunan ekonomi di Filipina dan Thailand abad ke-20
Menjelaskan dasar-dasar ekonomi negara.

4.3  Pembinaan negara bangsa
 menerangkan sistem pemerintahan negara bangsa.
4.3.1 Bentuk pemerintahan Filipina dan Thailand pada abad ke-20.
Bentuk pemerintahan  Thailand pada abad ke-20.STPM2015
6.Jelaskan dasar ekonomi di Thailand dan tahap perkembangannya dari tahun 1958 hingga 1990-an. 20m 2016
6.Huraikan bentuk pemerintahan sistem republik di Filipina pada abad ke-20

1.Demokrasi
2.Ketenteraan.
4.3.2 Sumbangan  tokoh Filipina dan Thailand pada abad ke-20.
Menilai sumbangan tokoh
1.Macapagal
2.Phipun Songkram.
6.   Nilaikan sumbangan Phibun Songkram terhadap perkembangan nasionalisme di Thailand dari tahun 1938 hingga tahun 1944.

4.4 Perhubungan luar.
4.4.1 Penglibatan dalam organisasi antarabangsa di Filipina dan Thailand abad ke-20
Membincangkan penglibatan negara Thailand dalam organisasi antarabangsa.
6.Nilaikan dasar luar Filipina dari tahun 1945 hingga 1963. [20] STPM 2013
6.   Bincangkan penglibatan Filipina dalam organisasi antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua
1.Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu-PBB
2.Penglibatan  Thailand dalam South East Asia Treaty Organisation –SEATO STPM U 2016
3.Association of South East Asia.