Isnin, 21 Mac 2016

Pendidikan pada zaman Khalifah Abbasiyah

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Zaman pemerintahan Bani Abbasiyah dikenali sebagai zaman keemasan dan kegemilangan pendidikan Islam. Dasar pendidikan Islam berteraskan wahyu al-Quran dan hadis. Manakala sumber  pendidikan berasal daripada sumber al-Quran dan Hadis serta sumber ilmu luar seperti dari India, Parsi dan Greek. Selain daripada ilmu keagamaan ilmu lain ialah sains,peubatan, fizik, kimia, matematik , geografi, falsafah, asronomi, falak dan sebagainya.[1]    

Ciri-ciri pendidikan  zaman Khalifah Abbasiyah
Pada zaman Abbasiyah perkebangan ilmu dan sekolah telah mencapai kemajuan yang pesat. Zaman ini juga disebut sebagai keemasan dan kegemilangan pengajian Islam.  
a. Institusi  pendidikan dan bentuk  pengajaran
Masjid merupakan pusat  bagi pelajaran rendah,menengah, dan tinggi.
      Masjid merupakan  sekolah utama bagi mempelajari al-Quran,  hadis dan fiqah. Di Basrah masjid telah digunakan sebagai kelas-kelas pengajian bagi pelajaan tafsir, hadis,fiqah,kesihatan dan lain-lain. Orang ang hadir kekelas-kelas tersebut terdiri dari pelbagai bangsa dan agama termasuklah putera-putera raja , pembesar-pembesar dan para hartawan.[2] Di masjid juga    diadakan majlis munazarah(perbincangan dan perbahasan  isu semasa) oleh para ulama,  sarjana danpujangga.
. Sekolah-sekolah  tinggi (madrasah) ditubuhkan  zaman Nizam  al-Mulk seperti di Baghdad dan Basrah
. Istana khalifah sebagai  institusi pendidikan. Istana berfungsi sebagai  gedung ilmu dan pusat pengkajian sastera  berbanding  pusat pemerintahan.
. Perpustakaan  - menjalankan  aktiviti pengkajian buku ilmiah dan tempat perbincangan.  Contoh - Baitul Hikmah
b. Bidang pengajian
. Keagamaan dan bidang lain seperti ilmu nisab, fizik, kimia, ahli falak, ilmu logikal, ilmu falsafah  dan lain-lain.
. Kurikulum  peringkat rendah merangkumi pelajaran al-Quran, sirah Nabi SAW, membaca, menulis dan puisi.
. Kurikulum  peringkat menengah dan tinggi.
merangkumi  ilmu tafsir, ilmu hadis,  ilmu kalam,falsafah,  perubatan  dan lain-lain
. Aktiviti  penterjemahan  dan pengkajian buku-buku ilmiah. Menggalakkan  perkembangan  ilmu.
Tenaga pengajar
. Muncul ramai cendiakawan  Islam yang mempunyaipengetahuan yang berbeza-beza  antara satu sama lain.
Pakar ilmu hadis
- al-Kindi, al-Farabi, Imam empat
Mazhab, al-Bukhari, al-Muslim  dan lain-lain
Pakar perubatan
- Ibn Sina, al-Razi danAli  al-Tabari.
Ibn Sina terkenal dalam bidang perubatan. Karya Ibn Siana iaitu al-Qanum fil-tib dan kitab al-Sifa merupakan karya penting dalam bidang peubatan Islam.[3]

Dasar dan perkembangan  pendidikan  :
Dasar pelajaran  yang digunakan ialah al-Quran danhadis.
. Sumber pengetahuan Islam berasal daripada  duajurusan  : sumber internal (dalam) - al-Quran danhadis manakala  sumber external (1uar - ilmu-ilmudari India, Parsi dan Greek.[4]



[1] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 214.
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua,235
[3] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2,227.
[4] “Falsafah Pendidikan Islam ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, 

Bincangkan ciri-ciri sistem pendidikan Islam pada zaman kerajaan Umayyah dan Abbasiyah.

Rangka Jawapan
Pendahuluan
. Pendidikan dalam perspektif Islam merupakan suatu proses yang berlaku sepanjang hayat.
. Tidak dinafikan pendidikan Islam mengalami perkembangan pesat pada zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah. Hal ini disebabkan penglibatan dan sikap pemerintah yang mencintai ilmu pengetahuan sama ada ilmu agama mahupun ilmu-ilmu berkaitan dengan keduniaan.
Isi-isi penting
. Sebagaimanazaman awal Islam, sumber utama pendidikan Islam ialah al-Quran yang merupakan suatu sumber yang sah dan hakiki, diikuti sunnah atau hadis. Selain itu, pendidikan Islam juga berpandukan kepada sumber akal dalam bentuk ijtihad dan qias bagi menjelaskan perkara yang tidak diterangkan secara jelas oleh sumber al-Quran dan sunnah.

      Sesuai dengan perkembangan semasa, pendidikan Islam pada zamar. kerajaan Umayyah dan
kerajaan Abbasiyah bertujuan untuk mewujudkan pembangunan yang seimbang antara aspek aqliah dan naqliahbagi membolehkan manusia mengenali pencipta-Nya serta mentaati segala perintah dan suruhan-NYa.

      Pendidikan Islam pada kedua-kedua kerajaan tersebut berlangsung secara forma| dan tidak
formal. pendidikan tidak formal berlaku dimasjid, manakala pendidikan formal berlangsung di
institusi yang didirikan oleh kerajaan seperti kuiabdan institusi pengajian tinggi serta madrasah
seperti Bait al-Hikmah di Baghdad.

      Kandungan kurikulum pendidikan yang terdapat pada kedua-dua kerajaan ini merangkumi ilmu naqli dan llmu aqli.Aniara ilmt naqli sepertitafsir, hadis, fikah, dan usuluddin' manakala ilmu aqii seperrifalsaiah, sejarah, bahasa (nahu), matematik dan ilmu alam.

    Ciri seterusnya pendidikan Islam pada zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah ialah munculnya ulama-ulama tersohor yang menjadi tenaga pengajar di institusi pendidikan seperti Abdullah bin Abbas, Hassan al-Basri, wasil uin Ata" Imam Malik bin Anas' Imam Syafie'
Imam Abu Haniffah dan Imam Ahmad bin Hambal.

      Ciri pendidikan Islam lain yang ketara pada kedua-dua kerajaan ini ialah kewujudah kaedah
halaqah.Melalui kaedah ini, murid-murid akan berkumpul membentuk bulatan yang mengelilingi
guru; mendengar apa yang disampaikan oleh guru sambil menadah kitab yang menjadi bahan pembelajaran.

      Pada zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah, pendidikan Islam mendapat sokongan padu daripada para pemerintah. Umpamanya , pada zaman kerajaan Umayyah, Khalifah umar bin Abdul Aziz telah mendirikan banyak masjid dan meneruskan pendidikan percuma di kuttab bagi golongan yang tidak berkemampuan. Pada zaman kerajaan Abbasiyah pula, muncul tokoh-tokoh pemerintah yang mencintai ilmu pengetahuan seperti Khalifah Harun al-Rasyid dan Khalifah al-Makmun.

      Ciri lain yang ketara pada sistem pendidikan kedua-dua kerajaan ini ialah kewujudan aktiviti
penterjemahan karya-karya asing khasnya daripada bahasaYunani. Di Baghdad,aktiviti tersebut giat dilakukan di bait al-Hikmah manakala di Nisabur, Universiti Nizamiyyah bukan sahaja berperanan sebagai institusi pengajian tinggi bagi umat Islam mendalami ilmu pengetahuan malah juga sebagai pusat penterjemahan.
Kesimpulan
Faktor utama yang membawa kepada perkembangan pesat sistem pendidikan pada zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah ialah sokongan padu daripada pemerintah di sampingkemunculan golongan ulama yang menjadi tenaga pengajar.

Sumber ujukan-Mohd Zaki Ahmad, Score in SPM Sejaah Islam (500-1918) Keas 2 940/2 Keas Model, , (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,52-53.

Ciri-ciri Pendidikan

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Pendidikan Islam merupakan  tanggungjawab  peribadi,Islam tanggungjawab masyarakat  dan tanggunglawab pemerintah.
Pendidikan Islam bersifat pragmatis - teori dan praktik sekaligus.
Pendidikan Islam zaman Khalifah Umayyah mencapai  tahap kecemerlangan.
 Faktor-faktor  yang mendorong  peningkatan kemajuan pendidikan  pada zaman  kerajaan Umayyah  
a. Perkembangan  kerajaan  Islam itu sendiri
b. Perkembangan  ilmu
c. Perkembangan  masyarakat  Islam.
Faktor-faktor  yang menyumbang  kepada perkembangan pendidikan  pada zaman Umayyah 
a. Gerakan agama
b. Gerakan falsafah
c. Gerakan  sejarah.[1]

Ciri-ciri Pendidikan
Pendidikan Islam merupakan  tanggungjawab  peribadi,Islam tanggungjawab masyarakat  dan tanggunglawab pemerintah.
Pendidikan Islam bersifat pragmatis - teori dan praktik sekaligus.
Pendidikan Islam zaman Khalifah Umayyah mencapai  tahap kecemerlangan.
 Faktor-faktor  yang mendorong  peningkatan kemajuan pendidikan  pada zaman  kerajaan Umayyah  :
a. Perkembangan  kerajaan  Islam itu sendiri
b. Perkembangan  ilmu
c. Perkembangan  masyarakat  Islam.
Faktor-faktor  yang menyumbang  kepada perkembangan pendidikan  pada zaman Umayyah 
a. Gerakan agama
b. Gerakan falsafah
c. Gerakan  sejarah.[2]
 Ciri-ciri  pendidikan  pada zaman khalifah  Umayyah  :
a. Institusi pendidikan  dan bentuk pengajaran
. Masjid-masjid, istana khalifah  dan Kuttab.
. Kurikulum  - ilmu tafsir, hadis, fiqh, bahasa,
kesusasteraan  Arab dan lain-lain. Pengajaran dalam bentuk syarahan.
, Cara penyamapaian  ilmu berbentuk  halaqah
Terdapat pengajaran qira'ah al-Quran dan qasidah yang berpusat di Kota Makkah  dan Madinah.
Terdapat tujuh  jenis bacaan mengikut  loghat suku kaum Arab. Bagi membolehkan  orang Islam bukan Arab membaca ak-Quran,  diwujudkan  tanda-tanda bunyi seperti fathah,  dammah dan kasrah.  Al-Quran kemudian dibariskan dengan  lengkap  serta ditanwimkan serta diletakkan tanda syaddah.
. Masjid-masjid  di Basrah dan Kufah (Iraq) – pusat pengajian  bahasa
. Istana khalifah berfungsi sebagai tempat belajar dan perpustakaan
' Subjek yang diajar - sejarah,  kesusasteraan,  ilmu pidato dan lain-lain
. Kuttab - sekolah permulaan.  Dua jenis
- Kuttab  untuk orang awam yang dikenakan  yuran dan kutttab alSabil untuk kanak-kanak  miskin  yang diberi percuma.
. Penekanan  kepada  pengajian  al-Quran dan asas-asas ilmu agama.
Tenaga-tenaga pengajar  :
-Mempunyai  pengetahuan  yang berbeza-beza  antara satu sama lain
-Guru-guru di masjid mempunyai asas-asas  ilmu pengetahuan  yang kukuh  dan pelbagai  kemahiran berbanding  dengan  guru-guru di istana dan kuttab.
Guru-guru di masjid mengajar tanpa sebarang ganjaran.
Guru-guru yang mengajar di istana  khalifah dikenali sebagai muaddih
- guru yang mengajar berkenaan budi pekerti, adab-adab  dan sahsiah. Mereka ditugaskan  mengajar  putera-putera  khalifah dan anak
pembesar.
c. Bidang-bidang  pengajian :
. Pengajian  senik muzik dan puisi - berpusat di KotaMakkah  dan Madinah. Pemuzik dan penyanyimenjadikan istana khalifah sebagai  tempat untukmendapat ganjaran.
. Pengajian  kesusasteraan  dan ilmiah
- berkembangpesat  di masjid-masjid  di Basrah dan Kufah
. Pengajian  sains dan perubatan  - mencapai  kemajuantinggi hingga melahirkan pakar-pakar  perubatan
. Pengajian  seni ukir dan seni pahat
- banyak ayatQuran,  hadis,  syair dan kata-kata  hikmat dipahat  dandiukir  pada dinding dan mimbar masjid, istana danlain-lain.
. Pengajian membuat  kertas, kompas  dan mensiu  (alatmillliliter)
d. Dasar dan perkembangan pendidikan  :
. Percuma bagi golongan kurang berkemampuan  dikuttab dan percumabagi  pengajian secara terbuka dimasjid-masjid. Kebanyakan rakyat menuntut ilmuwalaupun tiada  dasar wajib belajar. Berbeza denganputera mahkota  yang diberikan pendidikan wajib diistana atau mereka  dihantar  ke halaqah pengajian.
. Tiada sukatan pelajaran  ditetapkan.
. Perkembangan  ilmu pengetahuan  seiring denganpenyebaran  agama Islam.
. Lahir tokoh-tokoh  agama  dan cendiakawan  Islam.[3]
Peranan  khalifah dalam perkembangan  ilmu dan penyebaran  Islam.
Kemunculan  ilmu falsafah (suatu ilmu yang banyakmenggunakan  akal untuk berhujah) menyumbangperkembangan  sistem pendidikan.

. Akhir zaman pemerintahan Bani Umayyah, ulamaIslam terpaksa menggunakan  falsafah  sebagai  senjata bagi menentang hujah-hujah orang yahudi danNasrani.  Bentuk pendidikan mengalami  perubahanmengikut tuntutan dan situasi  semasa.
. Ilmu sejarah menjadi salah satu faktor penting dalam perkembangan  sistem  pendidikan. Ilmu ini dikhususkan  untuk putera-putera  khalifah kerana mereka bakal memimpin kerajaan. Dengan adanya pengetahuan berkenaan sejarah, mereka dapat memahami ilmu ketatanegaraan, sistem pemrintahan, pentadbiran dan menjadikan pengalaman pemerintahan terdahulu sebagai pengajaran bagi mengukuhkan pemerintahan pada masa hadapan.[4]   



[1]“Falsafah Pendidikan Islam ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),61.
[2]Ibid, 61.
[3] Ibid,64
[4] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 234.

2.2.1 Falsafah pendidikan Islam.

2.2.2 Perkembangan pendidikan
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
2.2.1 Falsafah pendidikan Islam.
Hasil pembelajaran-membincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan Islam.
Falsafah pendidikan Islam
a.Falsafah pendidikan Islam.
Falsafah pendidikan Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Falsafah pendidikan Islam bertujuan untuk menyediakan manusia dengan ilmu pengetahuan ang cukup agar ia kenal akan dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya atau mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan anggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini.

      Ringkasnya falsafah pendidikan Islam adal satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah swt yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah kebaikan di dunia dan kesejaheraan di akhirat.[1]     


Definisi pendidikan Islam - tarbiah,  taklim, ta'dib, irsyad dan tadris. Tarbiyah ialah proses pembenukan peribadi individu dari satu tahap sehingga mencapai matlamat akhir iaitu insan sempurna yang mengabdi diri dengan tulus ikhlas kepada Allah SWT.

Taalim dikaitkan dengan pemindahan ilmu kepada manusia untuk merealisasikan fungsi, tugas dan statusnya sebagai khalifah Allah SWT di bumi ini.   Tadris membawa maksud pengajaran sesuatu cabang ilmu yang ditujukan kepada seseorang individu.Tadib dihubungkait dengan pembentukan adab atau sahsiah sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Irsyad pula bermakna petunjuk berasaskan syariah.[2]

Surah al-Alaq  ayat I hingga 5 membuktikan pendidikan dan berilmu pengetahuan merupakan risalah  terpenting dalam Islam.
Islam menekankan pengetahuan berbentuk  fardu ain dan fardu kifayah  di samping tidak mengetepikan  pengetahuan lain.
Berbeza dengan  pendekatan sekularisme.
Islam memandang tinggi orang-orang  berilmu (ulama).
Sumber Pendidikan Islam : al-Quran, as-Sunnah  dan ijmak ulama.
Tujuan Pendidikan Islam  :
a. Mencari  keredhaan Allah
b. Membentuk  akhlak dan keperibadian mulia
c. Perwujudan diri (sempurna  kendiri - roh dan jasad)
Pendidikan Islam menekankan  keseimbangan  antara roh,jasad  dan akal.
Lima punca pengetahuan yang diakui oleh falsafah  Islam -deria,  akal, institusi, ilham dan wahyu.
Dr. Said Ismail Ali - enam  punca Pendidikan Islam :
a. al-Quran
b. Hadis
c. Sahabat-sahabat  Rasulullah SAW
d. Permasalahan sosial
e. Adat istiadat dan etika masyarakat  (sejarah)
f. Para pemikir Islam

Ciri-ciri Pendidikan
Pendidikan Islam merupakan  tanggungjawab  peribadi,Islam tanggungjawab masyarakat  dan tanggunglawab pemerintah.
Pendidikan Islam bersifat pragmatis - teori dan praktik sekaligus.
Pendidikan Islam zaman Khalifah Umayyah mencapai  tahap kecemerlangan.
 Faktor-faktor  yang mendorong  peningkatan kemajuan pendidikan  pada zaman  kerajaan Umayyah  :
a. Perkembangan  kerajaan  Islam itu sendiri
b. Perkembangan  ilmu
c. Perkembangan  masyarakat  Islam.
Faktor-faktor  yang menyumbang  kepada perkembangan pendidikan  pada zaman Umayyah 
a. Gerakan agama
b. Gerakan falsafah
c. Gerakan  sejarah.[4]



[1] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 221.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam: Oxford Fajar.2012)  ,112.
[3]“Falsafah Pendidikan Islam ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),60.
[4]Ibid, 61.

Ahad, 20 Mac 2016

PERJANJIAN PENARIKAN KELUAR TENTERA BRITISH DARI MALAYSIA

Hubungan dalam bidang ketenteraan di antara Malaysia dan British masih lagi terjalin, walaupun negara telah mencapai kemerdekaan.  Hasil daripada hubungan ketenteraan, bantuan bukan sahaja dalam bentuk peralatan dan kepakaran, tetapi juga askar sendiri, gerakan menghapus Komunis di zaman darurat banyak mendapat bantuan askar-askar daripada luar negara terutama daripada British. Pada hari ini 20.3.1968, satu perjanjian penarikan keluar tentera British dari Malaysia telah ditandatangani, Malaysia diwakili Yang Dipertua Persatuan Kakitangan Jabatan Perang En. S.J.H. Zaidi, manakala pihak British diwakili oleh Setiausaha Pasukan Tentera E.C.E. Starling. Berikutan penarikan tentera British dari Malaysia telah mengakibatkan 20,000 orang kehilangan pekerjaan.  Menurut perjanjian yang ditandatangani bekas anggota tentera akan dibayar faedah-faedah pemberhentian kerja mengikut lama masa bekerja.  Dianggarkan sebanyak 60 juta akan dibayar kepada yang terlibat dalam pasukan ini. Dengan termeterainya perjanjian ini, tamatlah hubungan ketenteraan Malaysia dengan pihak British.  Namun begitu usaha-usaha telah dijalankan sejak daripada awal kemerdekaan lagi mewujudkan pasukan pertahanan negara sendiri, sekaligus membuktikan kemampuan Malaysia berdikari di bidang pertahanan tanpa sebarang campur tangan asing.

Sumber-http://hids.arkib.gov.my/

Khamis, 17 Mac 2016

PERJANJIAN WILAYAH PERAIRAN ANTARA INDONESIA DAN MALAYSIA

Pada hari ini 17.3.1970, satu perjanjian Wilayah Perairan Antara Indonesia dan Malaysia telah ditandatangani di Kuala Lumpur. Di samping itu satu Perjanjian Persahabatan Indonesia-Malaysia juga telah ditandatangani dalam upacara yang sama. Kedua-dua perjanjian ini ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak dan Menteri Luar Indonesia, Adam Malik. Upacara tersebut telah disaksikan bersama oleh Presiden Suharto dan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Perjanjian yang telah dibuat adalah merupakan kemuncak kepada usaha-usaha kerjasama yang telah mempereratkan hubungan kedua-dua negara yang telah terjalin selama ini dalam berbagai bidang dan lapangan. Dalam ucapan di upacara tersebut, Tun Abdul Razak telah mensifatkan bahawa perjanjian-perjanjian yang ditandatangani itu boleh dianggap sebagai sebuah jabatan emas yang menghubungi selat dan lautan di antara kedua buah negara. Ianya akan memberi galakan dan kemudahan kepada rakyat Malaysia dan Indonesia untuk hidup bersama dan mencapai kemajuan, kemakmuran serta ketenteraman di Wilayah ini. Dengan kukuhnya tali persahabatan dan hubungan kedua negara sebagai jiran tetangga, maka sumbangan yang besar dapat diberi untuk mencapai kesetabilan dan cita-cita, bersama negara-negara di Wilayah ini dalam bentuk Piagam Persatuan Negara-Negara Tenggara Asia (ASEAN). Upacara menandatangani perjanjian ini telah diadakan dalam suasana yang bersejarah iaitu sempena dengan lawatan Presiden Suharto ke Malaysia. Ketua-ketua kerajaan dari kedua-dua buah negara juga telah turut serta menyaksikannya. Ini membuktikan bahawa kedua-dua kerajaan sedang memberi perhatian dan tumpuan yang utama terhadap peri mustahaknya tali persahabatan dan perhubungan serta kerjasama yang erat diantara kedua buah negara untuk memelihara dan menjamin kepentingan bersama. Semenjak Merdeka, Malaysia telah menandatangani perjanjian persahabatan cuma dengan sebuah negara sahaja iaitu Indonesia. Ini menjelaskan betapa pentingnya tali persahabatan antara kedua buah negara. Perjanjian Wilayah Perairan yang ditandatangani adalah satu-satunya bidang kerjasama yang telah dicapai dalam suasana yang penuh kemesraan, saling mengerti, persefahaman dan persaudaraan. Selat Melaka merupakan selat yang bersejarah yang meriwayatkan tali perhubungan sejak zaman berzaman. Perjanjian Wilayah Perairan yang ditandatangani pada hari ini dalam tahun 1970, bersama perjanjian Persahabatan antara Malaysia dan Indonesia adalah lahir dari hasrat untuk memperbaharui tali persahabatan dan perhubungan antara kedua negara. Kebetulan pula upacara yang bersejarah ini telah berlangsung ketika lawatan Presiden Suharto ke Malaysia.


SUMBER- http://hids.arkib.gov.my/

Rabu, 16 Mac 2016

PERJANJIAN ANTARA PAHANG DAN BELANDA DI TANDATANGANI 16.3.1637

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1637,  satu  perjanjian  antara  kerajaan  Pahang  dan Belanda  mengenai  kerjasama  dalam  bidang  pertahanan  telah  ditandatangani  di  negeri  Pahang.  Sebelum  perjanjian  ini  ditandatangani,  hubungan  Pahang  dan  Belanda  kurang  memuaskan.  Pahang  dan  Belanda  serta  Aceh  dan  Portugis,  seringkali  bermusuhan  antara  satu  sama  lain  sehingga  membawa  kepada  meletusnya  peperangan.  Dalam  tahun  1629,  persengketaan  bermula  apabila  Acheh  menyerang  Portugis  di  Melaka  dan  Pahang  turut  terlibat  dengan  membantu  Portugis  mengalahkan  Acheh.  Pada  10  Disember  1632,  Pahang  bersama-sama  Belanda  dan  Acheh  telah  bersatu  dan  menyerang  Portugis.  Namun permusuhan  antara  Pahang  dan  Belanda  berterusan,  apabila  pada  9 November  1634,  angkatan  perang  Pahang  dan  Johor  telah  berangkat  ke  Patani  untuk  membantu  Patani  memerangi  Siam.  Setelah  wujudnya  permusuhan  yang  berpanjangan di antara  Pahang  dan  Belanda, maka  satu  perjanjian  telah  ditandatangani  pada  hari  ini  di  antara  kedua-dua  kuasa  dalam  usaha  menjaga  keamanan  bersama.  Dalam  perjanjian  ini  Pahang  telah  berjanji  untuk  mendirikan  kubu  pertahanan  yang  kuat  di  Johor  dalam  usaha  mereka  menentang  Portugis  di  Melaka.

SUMBER-http://hids.arkib.gov.my/