Ahad, 5 Januari 2020

Manusia tertua dunia sambut ulang tahun ke-117

DUNIA»Asia
Ahad, 5 Januari 2020 | 7:32pm


Kane Tanaka menyambut ulang tahun kelahiran ke-117.
Manusia tertua dunia sambut ulang tahun ke-117

TOKYO: Manusia tertua dunia, Kane Tanaka, menyambut ulang tahun kelahiran ke-117 di rumah kebajikan di Fukuoka, selatan Jepun.

Tanaka meraikan hari kelahirannya dengan parti hari ini, bersama-sama kakitangan dan rakan di rumah kebajikan itu, menurut rakaman televisyen penyiar TVQ Kyushu Broadcasting Co.

Tanaka, yang menyambut ulang tahun itu pada pada 2 Januari lalu, dilihat menggigit sepotong kek hari jadi beliau.

“Sedap. Saya mahu lagi,” katanya sambil tersenyum.

Tahun lalu, Tanaka disahkan sebagai manusia tertua dunia, berusia 116 tahun 66 hari pada 9 Mac, menurut Guinness World Records.

Rekod usia Tanaka adalah simbolik ramai warga tua di Jepun, selain kejatuhan kadar kelahiran yang meningkatkan kebimbangan mengenai kekurangan buruh dan prospek bagi ekonomi masa hadapan.

Jumlah bayi yang dilahirkan di Jepun menurun pada anggaran 5.9 peratus tahun lalu kepada tidak sampai 900,000 buat kali pertama sejak kerajaan mula mengumpulkan data pada 1899, menurut Kementerian Kebajikan Jepun.

Tanaka dilahirkan pramatang pada 1903 dan mengahwini Hideo Tanaka pada 1922, menurut Guinness World Records.

Pasangan itu mempunyai empat anak dan seorang anak angkat. - Reuters[1]



[1] https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/01/644263/manusia-tertua-dunia-sambut-ulang-tahun-ke-117?utm_source=bh&utm_campaign=recsys&utm_medium=recsys

Khamis, 2 Januari 2020

KONSEP MASYARAKAT JAHILIAH

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1 Masyarakat, Pemerintahan,Pertahanan, dan Perhubungan Luar
1.1  Masyarakat jahiliah Semenanjung Tanah Arab (abad ke-6) STPM 2013
(a)    menjelaskan konsep dan struktur masyarakat jahiliah.
MASYARAKAT JAHILIAH
KONSEP MASYARAKAT JAHILIAH
Perkataan jahiliah berpunca daripada kata akar ja ha la dan kata terbitan atau jahalatun yang membawa maksud bodoh dan sesat. Hal ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-Quran, surah al-Jumuah yang bermaksud;
“Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf (Arab Jahiliah) seorang Rasul di antara mereka yang membacakan ayat-ayat Allah kepada mereka, membersihkan mereka dan mengajarkan mereka kitab dan hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan  yang nyata”.(al-Jumuah 62:2)

      Bukti lain bagi menunjukkan masyarakat Arab Jahiliah itu bodoh,sesat dan adalah dalam surah al-Alaq yang bermaksud ;
      Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang mencipta sekalian makhluk.. Yang mengajar manusia dengan perantara pena. (al-Alaq 96:1,4)     

Daripada dua ayat tersebut, nyatalah bahawa konsep jahiliah nembawa maksud bodoh, sesat dan kufur kerana masyarakat jahiliah tidak boleh menulis dan membaca (buta huruf) serta sesat dan kufur (berpaling dari Allah SWT kerana tiada kitab suci untuk dijadikan petunjuk.[1]

ZAMAN JAHILIAH
       AI-Quran tidak membatasi masa bagi zaman jahiliah, tetapi hanya sekadar menyatakan secara umum ruang lingkup zaman tersebut dengan ungkapan,Jahiliah yang dahulu. Dalam kamus-kamus Arab juga hanya menyatakan bahawa zaman Jahiliah ialah zaman sebelum Islam, iaitu zaman sebelum turunnya al-Quran .Dalam konteks masyarakat Arab, zaman yang dipanggil zaman jahiliah ialah zaman selepas keruntuhan kerajaan Saba'. Pada masa itu tiada nabi yang diutus dan tiada kitab suci daripada Allah SWT untuk dijadikan petunjuk pada masa yang sama, tiada ciri-ciri ketamadunan atau pembangunan fizikal yang melambangkan peradaban yang tinggi. Lebih tepat, zaman jahiliah bermula selepas kejatuhan kerajaan Saba’ peringkat ketiga atau peringkat akhir  pemerintahan  Himyar pada tahun 300 M dan berakhir setelah turunnya kitab suci al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad SAW pada tahun 610 M. Dalam tempoh kira-kira tiga abad iatu masyarakat Arab pada amnya, telah.mengalami zaman keruntuhan bukan sahaja dari segi agama dan akhlak tetapi juga dari segi politik, ekonomi, sosial dan ilmu pengetahuan.[2]




[1]Mahayudin  Hj. Yahya et.al.,Sejarah Islam  (500-1918) Penggal 2, Edisi Ketiga, (Shah Alam:Oxford Fajar,2013),2.
[2] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,(Shah Alam:Oxford Fajar,2013),3.

SUKATAN PELAJARAN SEJARA 2019H STPM S2

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
1 Masyarakat, Pemerintahan,Pertahanan, dan Perhubungan Luar
1.1  Masyarakat jahiliah
Semenanjung Tanah Arab (abad ke-6)
(a) menjelaskan konsep dan struktur masyarakat jahiliah.
1.2  Masyarakat Islam
Nabi Muhammad SAW dan Khalifah al-Rasyidin di Semenanjung Tanah Arab (abad ke-6-7)
(        a)    menghuraikan konsep ummah;
(        b)   membincangkan perkembangan masyarakat Islam.
1.3  Sistem pemerintahan
 Nabi Muhammad SAW (abad ke.7)
menghuraikan kandungan dan peranan Piagam Madinah;
memerihalkan struktur pemerintahan di Madinah.
1.4  Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW abad ke 7
         a)      Menghuraikan ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW
1.5  Institusi khalifah
1.5.1        Pemilihan khalifah
khalifah al-Rasyidin dan Umayyah abad ke-7-8
a)menghuraikan konsep dan ciri-ciri khalifah
b)membincangkan kaedah pemilihan khalifah
1.5.2 Sumbangan khalifah/tokoh
Khalifah al-Rasyidin, Umayyah abad ke-7-8
Abbasiyah  abad ke-8-9
Golongan baru zaman khulafah al-Rasyidin –STPM 13 ulangan      
        c)menilai sumbangan khalifah/ tokoh.
i.Khalifah Abu bakar
ii.Khalifah Umar al-Khattab
iii.Khalifah Umar Abdul Aziz
iv.Khalifah Harun al-Rasyid.
1.6  Bentuk pemerintahan
1.6.1        Pemerintahan pusat dan wilayah khalifah al-Rasyidin abad ke-7
Membincangkan struktur pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah.
1.6.2        Pemerintahan pusat dan wilayah Andalusia abad ke-13,India abad ke 16-17
Menjelaskan sistem pemerintahan raja/sultan dan amir.
1.7  Pertahanan dan pembukaan wilayah
1.7.1        Jihad zaman Nabi Muhammad SAW, Khalifah al-Rasyidin abad ke-7
1.7.2        Peperangan
1.7.3        Kepimpinan
1.8  Perhubungan luar
Diplomatik
Naungan
Perjanjian
2.Pembangunan dan penerokaan
2.1 Ekonomi- menghuraikan konsep   dan ciri-ciri Sistem ekonomi
     Membincangkan kegiatan ekonomi.
2.1.1 Sistem ekonomi Nabi Muhammad SAW pada abad ke-7
        Sistem ekonomi Abbasiyah abad ke-11-12
        Sistem ekonomi Kesultanan Melayu Melaka abad ke-15
2.1.2 Institusi ekonomi
Mengnalisis peranan institusi ekonomi dan pelaksanaannya.
i.baitulmal
ii.cukai
iii.zakat
2.2 Pendidikan
2.2.1 Falsafah pendidikan Islam.
a.membincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan Islam
   Khalifah Umayyah abad ke-7-8
   Khalifah Abbasiyah abad ke-11-12
2.2.2 Perkembangan pendidikan
   Mesir abad ke-8
   Acheh abad ke 16-17
b.menjelaskan jenis institusi pendidikan
i.halaqah
ii.masjid/surau
iii.pondok/masrasah
iv.istana
v.universiti
c.menghuraikan sistem pendidikan
i.pendidikan fardu ain dan fardu kifayah
ii.kaedah pengajaran dan pembelajaran
2.3 Perkembangan intelektual
2.3.1 Perkembangan ilmu
Perkembangan ilmu zaman Khalifah Abbasiyah abad ke-11-13
Perkembangan ilmu zaman Khalifah Umayyah di Andalusia abad ke 11-13
A)menghuraikan ilmu naqli dan aqli
2.3.2 Sumbangan tokoh
Sumbangan tokoh Khalifah Abbasiyah abad ke-8-13
Sumbangan tokoh Mesir ababd ke-15
b)menilai sumbangan
i.al-Khwarizmi
ii.Ibn Sina
iii.al-Ghazali
iv.Ibn Khaldun
2.4 Penerokaan
Penerokaan zaman Khalifah Umayyah abad ke-7-8
Penerokaan Abbasiyah dan andalusis abad ke-14
Menilai sumbangan tokoh
i.al-Masudi
ii.Ibn Majid
iii.Ibn Battutah
2.5 Seni bina
Seni bina Andalusia abad ke-13
Seni bina India abad ke-16-17
a.menghuraikan ciri-ciri seni bina.
3 Nasionalisme dan pembentukan Negara Bangsa.
Menjelaskan proses, kesan dan respons masyarakat tempatan terhadap penjajahan dan penubuhan negara bangsa.
3.1 Perluasan kuasa Barat
Khalifah Uthmaniyah abad ke 18-20
a)membincangkan faktor-faktor perluasan kuasa Barat
3.2 Reaksi masyarakat tempatan
Reaksi masyarakat tempatan di Mesir
Reaksi masyarakat tempatan di Algeria
a)Menjelaskan reaksi masyarakat tempatan
3.3 Gerakan nasionalisme abad ke 20
Gerakan nasionalisme di Mesir ke 20
Gerakan nasionalisme di Syria abad ke 20
a)menerangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria
menerangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir
i.Pengaruh agama
ii.Peranan bahasa dan kesusasteraan
iii.Pengaruh kewartawanan
iv.Peranan pendidikan
v.Peranan golongan intelektual
vi.pengaruh luar
3.4 Perang Dunia Pertama
Khalifah Uthmaniyah abad -20
a)Membincangkan penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.
Kejatuhan kerajaan Turki
Faktor politik dan pengaruh luar
3.5 Pembentukan negara bangsa.
Pembentukan negara bangsa di Turki abad ke- 20
Pembentukan negara bangsa di Mesir abad ke- 20
a     Menghuraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa.

 SUMBER-MPM

FU TA-CHING GAGAL MEMBAWA IDEOLOGI KOMUNIS.KE TANAH MELAYU.


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
(Saya menulis sejarah perkembangan PKM di Tanah Melayu untuk menyedarkan masyarakat Malalysia tentang bahaya PKM)
Pada tahun 1925, Tana Malaka, Ketua Perwakilan Comintern di Asia Tenggara meminta Parti Komunis China (CCP) menghantar wakil untuk menyusupi golongan radikal di Singapura.  Seorang wakil khas CCP bernama Fu Ta-Ching dihantar ke Tanah Melayu. Breliau seorang intelek muda China yang pernah menuntut di Moscow ditugaskan sebagai penghubung antara Comintern dengan pertubuhan-pertubuhan di Tanah Melayu,[1] tetapi gagal.  


[1] Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia Edisi Kedua, (Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti  Sdn. Bhd. , 2003),589.


Rabu, 1 Januari 2020

KEGIATAN COMINTERN DI TANAH MELAYU


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Kejayaan Revolusi Rusia telah menjadi pendorong kepada golongan nasionalis yang cenderung kepada ideologi komunis di negara-negara Asia. Walau bagaimana pun Tanah Melayu agak terkecuali daripada arus perkembangan ini. Tidak seorang pun wakil dari Tanah Melayu yang menghadiri kedua-dua persidangan di Rusia ini. Tanah Melayu juga tidak termasuk dalam rangka tindakan awal yang digariskan oleh Comintern.[1]

      Orang Melayu ketika itu dilihat agak selesa dengan kehidupan di bawah pentadbiran British. Orang Cina pula menganggap Tanah Melayu petempatan sementara untuk mencari rezeki dan mengumpul wangsebanyak mungkin, sebelum balik ke negara asal. Gerakan nasionalisma Cina lebih merupakan cawangan badan induk yang berpusat di negara China. Semua tujuan politik tidak ditujukan bagi menyingkirkan kuasa penjajah British di Tanah Melayu, tetapi bertujuan untuk membebaskan negara china daripada penjajahan kuasa luar.[2]


[1] Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia Edisi Kedua, (Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti  Sdn. Bhd. , 2003),589.
[2] Ibid.

Isnin, 30 Disember 2019

KOMUNISME

 OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Komunisme yang diasaskan oleh Karl Marx di Eropah pada pertengahan abad ke-19 merupakan satu ideologi menentang golongan pemerintah tradisional, feudalis atau imperialis  secara kekerasan  untuk menggantikannya dengan pemerintahan yang berasaskan fahaman komunis. Ideologi ini merebak dengan pesat di Eropah dan dianuti oleh beberapa buah negara terutama Rusia dan negara China. Ideologi komunis tersebar ke Tanah Melayu sejak awal 1920-an.[1]



Ahad, 22 Disember 2019

Peristiwa 'buruh paksa' ingatkan betapa pentingnya keamanan

OLEH ZUHAYATI YAZID
pengarang@utusan.com.my
 
Tahanan perang sedang melakukan kerja-kerja mengangkat kayu untuk membina landasan kereta api pada 1942 sambil diperhatikan tentera Jepun. - AGENSI
MUNGKIN ramai generasi muda hari ini tidak mengikuti atau mengetahui tentang filem Bridge On River Kwai keluaran Amerika Syarikat (AS) pada 1957, namun filem yang mengisahkan tentang sekumpulan tahanan perang tentera British yang dijadikan 'hamba' dan 'buruh paksa' merupakan sebuah filem hebat dalam kalangan generasi lama.

Filem itu mengisahkan penderitaan ribuan tahanan yang didera sebagai buruh paksa untuk menyiapkan landasan kereta api yang dikenali sebagai 'landasan maut' dari Thailand ke Burma (kini dikenali Myanmar) yang terletak di Sungai Mae Klong di Thailand.

Pembinaan landasan sepanjang 415 kilometer yang merangkumi 60 stesen bermula dari Nong Pladuk di daerah Kanchanaburi, Thailand ke Thanbyuzayat bermula pada Oktober 1942 itu berlaku semasa zaman pemerintahan Jepun.

Mengikut catatan sejarah, selepas Jepun menakluk Tanah Melayu pada Februari 1942, mereka merencanakan projek pembinaan landasan kereta api sejauh 415 kilometer dari Thailand ke Burma bagi merealisasikan misi penting tentera Jepun untuk menakluki negara India melalui Burma.

Kira-kira 68,000 tahanan perang British, Australia, Amerika, New Zealand dan Belanda, manakala 200,000 orang lagi buruh paksa dari India, China dan orang Melayu dari Tanah Melayu terlibat dalam pembinaan projek landasan maut itu.

Dari Tanah Melayu sahaja dianggarkan 72,000 rakyat Malaya dikerah untuk menyiapkan landasan maut tersebut, dan daripada jumlah itu hanya 30,000 orang sahaja selamat pulang ke tanah air, manakala selebihnya dilaporkan meninggal dunia dan hilang.

Mengikut rekod Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946, hanya 30,000 buruh terbabit berjaya pulang semula ke tanah air mereka terdiri daripada 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.

Tahanan perang itu dipaksa oleh tentera Jepun menjadi buruh paksa dengan tenaga dan kudrat mereka diperah sepenuhnya siang dan malam untuk menyiapkan projek tersebut.

Sepanjang 'bertugas', mereka dilayan dengan teruk dan hanya diberi makan sekali sehari serta tinggal secara beramai-ramai.

Akibat teruk didera, ramai yang meninggal dunia dan dijangkiti pelbagai penyakit termasuk taun, malaria, cirit birit dan juga keletihan.

Tahanan perang itu dipaksa menebang pokok-pokok besar, membersih kawasan laluan landasan, meneres lereng-lereng bukit, menimbus kawasan rendah, menyusun landasan, mengangkut rel kereta api dan mengangkut batu-batu serta membina jambatan hanya menggunakan kudrat mereka, tanpa bantuan peralatan dan jentera.

Pada sebelah malamnya pula mereka ditempatkan di rumah panjang seperti bangsal beratapkan daun sagu atau nipah dan berlantaikan buluh. Setiap bangsal memuatkan kira-kira 100 orang.

Tentera Jepun akan memantau 'kerja-kerja' yang mereka lakukan dan jika mereka didapati melakukan 'kesalahan', lambat atau letih, mereka akan dipukul dengan buluh, rotan atau ditampar.

Buruh paksa yang meninggal dunia pula, mayat mereka diisi ke dalam guni dan ditanam di merata-rata tempat. Ada juga mayat yang dibakar atau dihanyutkan ke sungai.

Kini, biarpun peristiwa hitam itu telah berlalu selama beberapa dekad, namun tragedi itu akan mengingatkan kita betapa bahayanya jika negara kita diceroboh kuasa asing, dan kita akan lebih menghargai keamanan dan kebebasan.

SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140120/re_07/Peristiwa-buruh-paksa-ingatkan-betapa-pentingnya-keamanan#ixzz2r1z6N0ZT © Utusan Melayu (M) Bhd