Rabu, 4 April 2018

c. Kaedah pengajaran dan pembelajaran

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Kaedah pengajaran  dan pembelajaran  di Mesir  :
a. Kaedah  lisan - kaedah imlak, ceramah, qira'ah, as'ilah(mengajukan  pertanyaan), muzakarah  (berdebat)  dan sebagainya.
b. Kaedah menghafal - kaedah penting dalam pembelajarankhasnya  merghafaz al-Quran, hadis dan syair.
c. Kaedah mencatat  dan menulis.
d. Kaedah rihlah - digunakan oleh ahli hadis  dan bahasa

Kaedah pengajaran  dan pembelajaran  di Acheh :
a. Kaedah Bercerita untuk mempelajari  ilmu sirah dansejarah.
b. Kaedah halaqah-diadakan pada semua peringkatpengajian.
c. Perbincangan  dan perdebatan-dijalankan dikalangan paraulama dan sarjana, ini bertujuan untuk berbincangmasalah berkaitan pendidikan.
d. Kaedah Tunjuk cara-Kaedah  ini digunakan  untukmenunjuk  cara pengajaran  solat.
e. Kaedah  lisan
- Kaedah  ini digunakan  untuk memantapkan  bacaan al-Quran dan al-Hadis.[1]


[1]“Pendidikan”, ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,),71.  

Sistem pendidikan fardu ain dan kifayah

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Pendidikan fardu ain dan fardu kifayah  :
a. Pendidikan fardu ain  :
Fardu bermaksud kewajipan yang dituntut oleh agama.Ilmu fardu ain ialah ilmu-ilmu tentang kebenaran objektif untuk pedoman manusia. Ilmu asas ajaran lslam seperti akidah, syariat dan akhlak.Ilmu ini wajib dipelajar  dan diamalkan oleh setiap umat Islam yang mukallaf. Sumber utama ialah al-Quran dan sunnah, manakala sumber kedua ialah ijmak dan qias.1] Ilmu-ilmu fardu ain terbahagi kepada beberapa bahagian yang utama iaitu tauhid, fiqah dan asawuf.[2]
b. Pendidikan fardu  kifayah :
      Ilmu fardu kifayah  pula bermaksud Ilmu pengetahuan yang wajib dituntut  oleh sebahagian  umat Islam. Ilmu fardu kifayah adalah semua disiplin ilmu yang diperlukan bagi menyempurnakan  keperluan  hidup manusia samada berbentuk  keagamaan  atau keduniaan  seperti perubatan, sains dan teknologi, astonomi, kejruteraan, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

      Ilmu-ilmu fardu  kifayah merupakan  ilmu yang bersandarkan akal.Oleh itu ilmu ini berada di tempat kedua selepas ilmu fardu ain.Ilmu ini sebagai pelengkap kepada umat Islam dalam menangani persoalan-persoalan kepentingan masarakat semasa dan ilmu ini dapat difahami dengan mudah oleh setiap akal yang sempurna.Sumber ilmu ini ialah al-euran dan as-Sunnahsebagai  dasar, akal, pancaindera, pengkajian,eksperimen  dan lain-lain.Ilmu fardu  kifayah  terbahagi  kepada  tiga : ilmuindera, ilmu sains dan ilmu falsafah.

o Pendidikan fardu ain dan kifayah  di Mesir :
a. tentera pembukaan Islam di Mesir erdiri daripada para sahabat besar.Sebahagian daripada mereka menetapdi Mesir setelah pembukaannya.Mereka benih utama bagi pergerakan ilmu Islam di Mesir dengan ilmu-ilmu yang mereka ajar kepada masyarakat seperti ilmu tafsir ,hadis,feqah, lughah dan sebagainya.
Di Mesir,  ilmu fardu ain dan kifayah  amat ditekankan dan dipelajari  di institusi pendidikan meskipun  pada peringkat awal penekanan berkisar  tentang akidah  dan keimanan. Abdullah ibn Amru ibn al-As antara para sahabat yang paling tekenal yang meyertai  tentera pembukaan terlibat dalam penyebaran ilmu di Mesir.
b. Perkembangan pendidikan, interaksi dengan  luar,pertembungan  budaya dan sebagainya menyebabkan sistem kurikulum asal Mesir dicampuri  dengan  ilmu fardu kifayah  seperti falsafah, perubatan, astronomi  dan sebagainya.
c. Lahir tokoh-tokoh  ilmuan Islam terkemuka  di Mesir.
Antara tokoh ilmuan  dari kalangan para sahabat di Mesir  ialah Abdullah ibn Amru al-As. Tokoh dari generasi tabiin ialah azid bin Abi Habib ang diserahkan tanggungjawab berfatwa di Mesir oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.Beliau telah menunaikan tanggungjawab tersebut dan meninggal dunia di Mesir pada tahun 128H.

      Madrasah al-Dirasat al-Syariyyah di Mesir telah imam besar dalam ilmu fiqh, iaitu al-Layth ibn Said. Setelah itu muncul Imam al-Syafii untuk menziarahi Mesir dan beliau menghabiskan bahagian akhir daripada kehidupannya di sana hingga meninggal pada tahun 204H. Mazhabnya dikembangkan oleh Abu yaakob yusuf al-Buwayti dan al-Rabi ibn Sulayman a-Jizi. Tokoh- tokoh terkemuka lain yang lahir dari Madrasah Diasat Syariyyah di Mesir ialah Uthman bin Said. Beliau berasal dari kaum Qibti. Beliau menunjol secara khusus dalam ilmu qiaati dan meninggal pada tahun 197H.

Penyebar Pendidikan Bahasa Arab.
     Penyebaran bahasa Arab di Mesir bermula sama dengan pembukaan Islam di sana.Keadaan ini dibantu oleh pergaulan orang Arab Islam dengan penduduk Mesir dan perkahwinan dalam kalangan mereka.Penduduk Mesi  yang menganut Islam wajib mempelajari bahasa Arab untuk mengenali pengajaran-pengajaan agamanya yang baharu. Penterjemah antologi syair pada zaman Abdul Malik bin Marwan mempunyai kesan yang besar dan praktikal dalam penyebaran bahasa Arab di Mesir.   

Penyebar ilmu Bahasa dan Sejarah.
      Selain Madrasah al-Dirasat al-Syariyyah di Mesir, sekolah-sekolah lain untuk bahasa Arab dan Kesusasteraanya  serta sekolah untuk ilmu sejarah turut dibina. Contoh terbaik bagi tokoh yang mewakili kedua-dua sekolah ialah Abdul Malik ibn Hisyam, penulis kitab al-Sirah al-Nabawiyyah yang terkenal dan Ibn Abdul Hakam,penulis Futuh Misra wa Akhbaruha. Antara ahli sejarah Mesir  paling terkenal pada waktu itu.

Ilmu Sains Alam  
Sekolah ilmu sains alam juga erdapat diMesir. Contohnya seperti ilmu perubatan dan kimia. Antara tokoh yang giat dalam ilmu-ilmu ini ialah Ibn Abjar al_ tayyib dan ahli sufi terkenal yang juga merupakan ahli falsafah dan ahlikimia iaitu Zunnun al-Masri.[3]
Pendidikan fardu ain dan kifayah  di Acheh  :
a. Di Acheh, ilmu fardhu  ain amat ditekankan pada peringkat awal pendidikan, pengajian  al quran, al Hadis di ajar di semua institusi,serta  ilmu-ilmu lain sepertifekah, tauhid dan tasawuf.
b. Pengajian fardhu kifayah  diajar pada peringka tmenengah  dan tinggi. Di peringkat Dayah ilmu fardhu kifayah di ajar menggunakan  kitab-kitab dari Arab.Antara  ilmu tersebut ialah geografi,  sejarah, dan matematik.
c. Pendidikan khusus untuk wanita dalam bidang pertanian,  pertukangan,  ilmu perniagaan  turut diajar diDayah.Di peringkat Dayah ilmu fardhu kifayah di ajar menggunakan  kitab-kitab dari Arab.Antara  ilmu tersebut ialah geografi,  sejarah, danmatematik.[4]



[1] “Pendidikan”, ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),70.
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, 245.
[3] Ibid,245.
[4]“Pendidikan”, ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,),70.

b.Sistem pendidikan fardu ain dan kifayah

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Pendidikan fardu ain dan fardu kifayah  :
a. Pendidikan fardu ain  :
Ilmu asas ajaran lslam seperti akidah, syariat dan akhlak.Ilmu ini wajib dipelajar  dan diamalkan oleh setiap umat Islam yang mukallaf. Sumber utama ialah al-Quran dan sunnah, manakala sumber kedua ialah ijmak dan qias.[1]
b. Pendidikan fardu  kifayah :
. Ilmu pengetahuan yang wajib dituntut  olehsebahagian  umat Islam.
. Ia adalah semua disiplin ilmu yang diperlukan bagimenyempurnakan  keperluan  hidup manusia samadaberbentuk  keagamaan  atau keduniaan  sepertiperubatan, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.
. Ilmu-ilmu fardu  kifayah merupakan  ilmu yangbersandarkan akal.
. Sumber ilmu ini ialah al-euran dan as-Sunnahsebagai  dasar, akal, pancaindera, pengkajian,
eksperimen  dan lain-lain.
. Ilmu fardu  kifayah  terbahagi  kepada  tiga : ilmu indera, ilmu sains dan ilmu falsafah.
o Pendidikan fardu ain dan kifayah  di Mesir :
a. Di Mesir,  ilmu fardu ain dan kifayah  amat ditekankandan dipelajari  di institusi pendidikan meskipun  padaperingkat awal penekanan berkisar  tentang akidah  dankeimanan.
b. Perkembangan pendidikan, interaksi dengan  luar,pertembungan  budaya dan sebagainya menyebabkansistem kurikulum asal Mesir dicampuri  dengan  ilmufardu kifayah  seperti falsafah, perubatan, astronomi  dansebagainya.
c. Lahir tokoh-tokoh  ilmuan Islam terkemuka  di Mesir.
Pendidikan fardu ain dan kifayah  di Acheh  :
a. Di Acheh, ilmu fardhu  ain amatditekankan padaperingkat awal pendidikan, pengajian  al euran, al Hadisdi ajar di semua institusi,serta  ilmu-ilmu lain sepertifekah, tauhid dan tasawuf.
b. Pengajian fardhu kifayah  diajar pada peringkatmenengah  dan tinggi. Di peringkat Dayah ilmu fardhukifayah di ajar menggunakan  kitab-kitab dariArab.Antara  ilmu tersebut ialah geografi,  sejarah, danmatematik.
c. Pendidikan khusus untuk wanita dalam bidang pertanian,  pertukangan,  ilmu perniagaan  turut diajar diDayah.Di peringkat Dayah ilmu fardhu kifayah di ajar menggunakan  kitab-kitab dari Arab.Antara  ilmu tersebut ialah geografi,  sejarah, danmatematik.




[1] “Pendidikan”, ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),70.

2.2.2 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR ABAD KE-8M

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
HP-Menjelaskan jenis institusi pendidikan : halaqah, masjid/surau,pondok/madrasah, istana dan universiti.
a. Jenis institusi pendidikan
Sejarah awal perkembangan pendidikan Islam di Mesir –
Kewujudan pelbagai institusi pendidikan merupakan sesuatu yang lumrah di sesebuah negara, begitu juga di Mesir. Masjid merupakan institusi pendidikan terawal ang pada mulanya menawarkan pemebelajaran ilmu keagamaan fardu ain diikuti ilmu-ilmu bukan agama atau fardu kifayah.[1]

       Kota Fustat sebagai pusat pentadbiran dan pusat pendidikan Islam, khasnya selepas pembinaan Masjid Amru bin al-As.Kemudian pusat keilmuan berpindah ke Kaherah dengan terbinanya Masjid al-Azhar zaman Dinasti F atimiyyah.

      Seterusnya Masjid al-Azhar menjadi pusat pengkajian Islam khasnya zaman pemerintahan khalifah Salehuddin al-Ayyubi sehingga melahirkan ramai tokoh-tokoh ilmuan Islam terkenal.

Jenis institusi pendidikan di Mesir
a. Halaqah - lingkaran iaitu proses belajar dan mengajar dilaksanakan apabila murid-murid melingkari gurunya. Kegiatan halaqah berlaku di masjid atau rumah-rumah. Halaqah adalah lanjutan daripada pembelajaran di kuttab dan kemunculannya lebih awal dari madrasah.
b. Masjid - pusat pendidikan, pusat ilmu, dakwah, kebudayaan Islam dan mahkamah keadilan. Pendidikan dan pengajaran yang berlangsung di masjid-masjid merupakan proses awal daripada terbentuknya kuttab dan halaqah di Mesir. Beberapa masjid di Kaherah berfungsi sebagai sekolah Islam (madrasah) dan hospital. Antara masjid terkenal di Kaherah adalah Masjid Jamie Amru dan Masjid Jamie Ibn Thulun.
c. Kuttab - pendidikan fardu ain dan fardu kifayah.
Penekanan kepada ilmu al-Quran, tafsir, hadis dan lain-lain. Kurikulum pendidikan di Kuttab berorientasi al- Quran sebagai buku teks yang merangkumi pengajaran membaca dan menulis, kaligrafi, sejarah Nabi Muhammad SAW dan hadis. Abad ke-8M, kuttab mulai mengajar ilmu pengetahuan umum dan agama ekoran pertembungan antara Islam dengan warisan budaya helenisme (budaya Yunani) sehingga berlaku banyak perubahan dalam kurikulum pendidikan Islam. Muncul dua aliran kuttab: pertama - kuttab yang mengajar ilmu agama (religious learning) dan kuttab yang mengajar pengetahuan bukan agama (secular learning).
d. Madrasah - madrasah hadis (sistem pendidikan hadis)
      Sejak penaklukkan Islam terhadap Mesir terdapat para sahabat Rasulullah SAW telah memasuki Mesir, misalnya Abdullah ibn Amru al-As, al-Zubair Awwam dan Miqdad al-Aswad. Terdapat riwayayang mengatakan bahawa sejumlah 34 orang sahabat telah menetap di Mesir dan ada antara sahabat ini yang terlibat dalam pembentukan madrasah hadis di negeri Mesir.

      Penglibatan para sahabat dalam pendidikan telah membuka satu ruang dakwah bagi mereka menyebarkan  Islam, bahkan telah membentuk satu sistem yang tersusun dalam menerapkan kefahaman Islam. Secara tidak langsung usaha para sahabat telah membentuk satu sistem pendidikan hadis yang tersusun (madrasah hadis). Antara para sahabat yang terlibat dalam madrasah hadis ini iaitu Abdullah Amru Al-As, Amru al-As, Ukbah bin Amir, Maslamah dan Kharijah bin Huzafah Al-Adwi.

      Abdullah bin Amru Al-As ahli hadis yang amat mahir dan alim dalam ilmu tersebut kerana beliau bukan sahaja menghafal hadis-hadis yang beliau dengar daripada Rasulullah SAW.Bahkan beliau juga turut menulis dalam buku catatannya, agar beliau idak lupa ketika ingin meriwayat hadis-hadis tersebut kepada murid-muridnya.[2]    

e. Padang pasir / badiah - badiah-badiah merupakan sumber pembelajaran bahasa Arab yang asli sehingga banyak anak khalifah, ulama dan ahli ilmu datang ke badiah-badiah untuk mempelajari bahasa kesusasteraan Arab.[3]



[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kedua(Shah Alam: Oxford Fajar.2016)  ,131.
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 241.
[3] “Pendidikan”, ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),65.

2.2.1 Falsafah pendidikan Islam.

2.2.2 Perkembangan pendidikan
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
2.2.1 Falsafah pendidikan Islam.
Hasil pembelajaran-membincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan Islam.
Falsafah pendidikan Islam
a.Falsafah pendidikan Islam.
Falsafah pendidikan Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Falsafah pendidikan Islam bertujuan untuk menyediakan manusia dengan ilmu pengetahuan ang cukup agar ia kenal akan dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya atau mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan anggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini.

      Ringkasnya falsafah pendidikan Islam adal satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah swt yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah kebaikan di dunia dan kesejaheraan di akhirat.[1]     


Definisi pendidikan Islam - tarbiah,  taklim, ta'dib, irsyad dan tadris. Tarbiyah ialah proses pembenukan peribadi individu dari satu tahap sehingga mencapai matlamat akhir iaitu insan sempurna yang mengabdi diri dengan tulus ikhlas kepada Allah SWT.

Taalim dikaitkan dengan pemindahan ilmu kepada manusia untuk merealisasikan fungsi, tugas dan statusnya sebagai khalifah Allah SWT di bumi ini.   Tadris membawa maksud pengajaran sesuatu cabang ilmu yang ditujukan kepada seseorang individu.Tadib dihubungkait dengan pembentukan adab atau sahsiah sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Irsyad pula bermakna petunjuk berasaskan syariah.[2]

Surah al-Alaq  ayat I hingga 5 membuktikan pendidikan dan berilmu pengetahuan merupakan risalah  terpenting dalam Islam.
Islam menekankan pengetahuan berbentuk  fardu ain dan fardu kifayah  di samping tidak mengetepikan  pengetahuan lain.
Berbeza dengan  pendekatan sekularisme.
Islam memandang tinggi orang-orang  berilmu (ulama).
Sumber Pendidikan Islam : al-Quran, as-Sunnah  dan ijmak ulama.
Tujuan Pendidikan Islam  :
a. Mencari  keredhaan Allah
b. Membentuk  akhlak dan keperibadian mulia
c. Perwujudan diri (sempurna  kendiri - roh dan jasad)
Pendidikan Islam menekankan  keseimbangan  antara roh,jasad  dan akal.
Lima punca pengetahuan yang diakui oleh falsafah  Islam -deria,  akal, institusi, ilham dan wahyu.
Dr. Said Ismail Ali - enam  punca Pendidikan Islam :
a. al-Quran
b. Hadis
c. Sahabat-sahabat  Rasulullah SAW
d. Permasalahan sosial
e. Adat istiadat dan etika masyarakat  (sejarah)
f. Para pemikir Islam

Ciri-ciri Pendidikan
Pendidikan Islam merupakan  tanggungjawab  peribadi,Islam tanggungjawab masyarakat  dan tanggunglawab pemerintah.
Pendidikan Islam bersifat pragmatis - teori dan praktik sekaligus.
Pendidikan Islam zaman Khalifah Umayyah mencapai  tahap kecemerlangan.
 Faktor-faktor  yang mendorong  peningkatan kemajuan pendidikan  pada zaman  kerajaan Umayyah  :
a. Perkembangan  kerajaan  Islam itu sendiri
b. Perkembangan  ilmu
c. Perkembangan  masyarakat  Islam.
Faktor-faktor  yang menyumbang  kepada perkembangan pendidikan  pada zaman Umayyah 
a. Gerakan agama
b. Gerakan falsafah
c. Gerakan  sejarah.[4]




[1] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 221.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam: Oxford Fajar.2012)  ,112.
[3]“Falsafah Pendidikan Islam ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),60.
[4]Ibid, 61.

Ciri-ciri pendidikan pada zaman khalifah Umayyah

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
a. Institusi pendidikan  dan bentuk pengajaran
. Masjid-masjid, istana khalifah  dan Kuttab.
. Kurikulum  - ilmu tafsir, hadis, fiqh, bahasa,
kesusasteraan  Arab dan lain-lain. Pengajaran dalam bentuk syarahan.
, Cara penyampaian  ilmu berbentuk  halaqah
Terdapat pengajaran qira'ah al-Quran dan qasidah yang berpusat di Kota Makkah  dan Madinah.
Terdapat tujuh  jenis bacaan mengikut  loghat suku kaum Arab. Bagi membolehkan  orang Islam bukan Arab membaca ak-Quran,  diwujudkan  tanda-tanda bunyi seperti fathah,  dammah dan kasrah.  Al-Quran kemudian dibariskan dengan  lengkap  serta ditanwimkan serta diletakkan tanda syaddah.
. Masjid-masjid  di Basrah dan Kufah (Iraq) – pusat pengajian  bahasa
. Istana khalifah berfungsi sebagai tempat belajar dan perpustakaan
' Subjek yang diajar - sejarah,  kesusasteraan,  ilmu pidato dan lain-lain
. Kuttab - sekolah permulaan.  Dua jenis
- Kuttab  untuk orang awam yang dikenakan  yuran dan kutttab alSabil untuk kanak-kanak  miskin  yang diberi percuma.
. Penekanan  kepada  pengajian  al-Quran dan asas-asas ilmu agama.
Tenaga-tenaga pengajar  :
-Mempunyai  pengetahuan  yang berbeza-beza  antara satu sama lain
-Guru-guru di masjid mempunyai asas-asas  ilmu pengetahuan  yang kukuh  dan pelbagai  kemahiran berbanding  dengan  guru-guru di istana dan kuttab.
Guru-guru di masjid mengajar tanpa sebarang ganjaran.
Guru-guru yang mengajar di istana  khalifah dikenali sebagai muaddih
- guru yang mengajar berkenaan budi pekerti, adab-adab  dan sahsiah. Mereka ditugaskan  mengajar  putera-putera  khalifah dan anak
pembesar.
c. Bidang-bidang  pengajian :
. Pengajian  senik muzik dan puisi - berpusat di KotaMakkah  dan Madinah. Pemuzik dan penyanyimenjadikan istana khalifah sebagai  tempat untukmendapat ganjaran.
. Pengajian  kesusasteraan  dan ilmiah
- berkembangpesat  di masjid-masjid  di Basrah dan Kufah
. Pengajian  sains dan perubatan  - mencapai  kemajuantinggi hingga melahirkan pakar-pakar  perubatan
. Pengajian  seni ukir dan seni pahat
- banyak ayatQuran,  hadis,  syair dan kata-kata  hikmat dipahat  dandiukir  pada dinding dan mimbar masjid, istana danlain-lain.
. Pengajian membuat  kertas, kompas  dan mensiu  (alatmillliliter)
d. Dasar dan perkembangan pendidikan  :
. Percuma bagi golongan kurang berkemampuan  dikuttab dan percumabagi  pengajian secara terbuka dimasjid-masjid. Kebanyakan rakyat menuntut ilmuwalaupun tiada  dasar wajib belajar. Berbeza denganputera mahkota  yang diberikan pendidikan wajib diistana atau mereka  dihantar  ke halaqah pengajian.
. Tiada sukatan pelajaran  ditetapkan.
. Perkembangan  ilmu pengetahuan  seiring denganpenyebaran  agama Islam.
. Lahir tokoh-tokoh  agama  dan cendiakawan  Islam.[1]
Peranan  khalifah dalam perkembangan  ilmu dan penyebaran  Islam.
Kemunculan  ilmu falsafah (suatu ilmu yang banyakmenggunakan  akal untuk berhujah) menyumbangperkembangan  sistem pendidikan.

. Akhir zaman pemerintahan Bani Umayyah, ulamaIslam terpaksa menggunakan  falsafah  sebagai  senjata bagi menentang hujah-hujah orang yahudi danNasrani.  Bentuk pendidikan mengalami  perubahanmengikut tuntutan dan situasi  semasa.
. Ilmu sejarah menjadi salah satu faktor penting dalam perkembangan  sistem  pendidikan. Ilmu ini dikhususkan  untuk putera-putera  khalifah kerana mereka bakal memimpin kerajaan. Dengan adanya pengetahuan berkenaan sejarah, mereka dapat memahami ilmu ketatanegaraan, sistem pemrintahan, pentadbiran dan menjadikan pengalaman pemerintahan terdahulu sebagai pengajaran bagi mengukuhkan pemerintahan pada masa hadapan.[2]  



[1] Ibid,64
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 234.
[3] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 214.

Selasa, 3 April 2018

Bincangkan ciri-ciri sistem pendidikan Islam pada zaman kerajaan Umayyah dan Abbasiyah.20m

Rangka Jawapan
Pendahuluan
. Pendidikan dalam perspektif Islam merupakan suatu proses yang berlaku sepanjang hayat.
. Tidak dinafikan pendidikan Islam mengalami perkembangan pesat pada zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah. Hal ini disebabkan penglibatan dan sikap pemerintah yang mencintai ilmu pengetahuan sama ada ilmu agama mahupun ilmu-ilmu berkaitan dengan keduniaan.
Isi-isi penting
. Sebagaimanazaman awal Islam, sumber utama pendidikan Islam ialah al-Quran yang merupakan suatu sumber yang sah dan hakiki, diikuti sunnah atau hadis. Selain itu, pendidikan Islam juga berpandukan kepada sumber akal dalam bentuk ijtihad dan qias bagi menjelaskan perkara yang tidak diterangkan secara jelas oleh sumber al-Quran dan sunnah.

      Sesuai dengan perkembangan semasa, pendidikan Islam pada zamar. kerajaan Umayyah dan
kerajaan Abbasiyah bertujuan untuk mewujudkan pembangunan yang seimbang antara aspek aqliah dan naqliahbagi membolehkan manusia mengenali pencipta-Nya serta mentaati segala perintah dan suruhan-NYa.

      Pendidikan Islam pada kedua-kedua kerajaan tersebut berlangsung secara forma| dan tidak
formal. pendidikan tidak formal berlaku dimasjid, manakala pendidikan formal berlangsung di
institusi yang didirikan oleh kerajaan seperti kuiabdan institusi pengajian tinggi serta madrasah
seperti Bait al-Hikmah di Baghdad.

      Kandungan kurikulum pendidikan yang terdapat pada kedua-dua kerajaan ini merangkumi ilmu naqli dan llmu aqli.Aniara ilmt naqli sepertitafsir, hadis, fikah, dan usuluddin' manakala ilmu aqii seperrifalsaiah, sejarah, bahasa (nahu), matematik dan ilmu alam.

    Ciri seterusnya pendidikan Islam pada zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah ialah munculnya ulama-ulama tersohor yang menjadi tenaga pengajar di institusi pendidikan seperti Abdullah bin Abbas, Hassan al-Basri, wasil uin Ata" Imam Malik bin Anas' Imam Syafie'
Imam Abu Haniffah dan Imam Ahmad bin Hambal.

      Ciri pendidikan Islam lain yang ketara pada kedua-dua kerajaan ini ialah kewujudah kaedah
halaqah.Melalui kaedah ini, murid-murid akan berkumpul membentuk bulatan yang mengelilingi
guru; mendengar apa yang disampaikan oleh guru sambil menadah kitab yang menjadi bahan pembelajaran.

      Pada zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah, pendidikan Islam mendapat sokongan padu daripada para pemerintah. Umpamanya , pada zaman kerajaan Umayyah, Khalifah umar bin Abdul Aziz telah mendirikan banyak masjid dan meneruskan pendidikan percuma di kuttab bagi golongan yang tidak berkemampuan. Pada zaman kerajaan Abbasiyah pula, muncul tokoh-tokoh pemerintah yang mencintai ilmu pengetahuan seperti Khalifah Harun al-Rasyid dan Khalifah al-Makmun.

      Ciri lain yang ketara pada sistem pendidikan kedua-dua kerajaan ini ialah kewujudan aktiviti
penterjemahan karya-karya asing khasnya daripada bahasaYunani. Di Baghdad,aktiviti tersebut giat dilakukan di bait al-Hikmah manakala di Nisabur, Universiti Nizamiyyah bukan sahaja berperanan sebagai institusi pengajian tinggi bagi umat Islam mendalami ilmu pengetahuan malah juga sebagai pusat penterjemahan.
Kesimpulan
Faktor utama yang membawa kepada perkembangan pesat sistem pendidikan pada zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah ialah sokongan padu daripada pemerintah di sampingkemunculan golongan ulama yang menjadi tenaga pengajar.
Sumber ujukan-Mohd Zaki Ahmad, Score in SPM Sejaah Islam (500-1918) Keas 2 940/2 Keas Model, , (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,52-53.

Pendidikan di Zaman Kerajaan Umaiyah
 peranan institusi pendidikan pada zaman Kerajaan Umaiyah
          Pendidikan Islam menekankan pertumbuhan manusia yang seimbang dalam melaksana tugas sebagai seorang khalifah di muka bumi. Imam al Ghazali menjadikan ilmu pengetahuan sebagai antara syarat yang perlu dipatuhi seseorang calon khalifah. Khalifah Bani Umaiyah juga berminat dengan perkembangan pendidikan. Khalifah Muawiyah misalnya, akan membaca sampai sepertiga malam untuk mempelajari cerita-cerita bangsa Arab, peperangan dan cerita-cerita bangsa asing. Pelbagai institusi pendidikan dibina pada zaman pemerintahan kerajaan ini.
          Institusi pendidikan yang ditubuhkan pada awalnya ialah masjid. Banyak masjid dibina dan dijadikan pusat pendidikan seperti Masjid Amawiyin/Umawi di Damsyik, masjid di Kufah, Basrah dan Fustat. Khalifah Walid al Walid contohnya berusaha mengembangkan ilmu pengetahuan dengan menghapuskan buta huruf dalam kalangan umat Islam melalui pembinaan masjid dan kuttab. Masjid Amawiyin dibina selama lapan tahun dan dijadikan tempat beribadat serta tempat belajar kaum muslimin. Bilik-bilik disediakan sebagai tempat menyalin dan perbincangan pelajar. Guru-guru berkhidmat secara sukarela dan ada juga yang dibayar gaji. Kurikulum yang dipelajari ialah fardhu ain dan fardhu kifayah (bahasa, kesusasteraan, ilmu hisab).
         Istana khalifah juga dijaduikan pusat pendidikan ketika ini khasnya istana di Damsyik, Syria. bahan-bahan bacaan dalam bahasa Yunani diterjemah ke bahasa Arab. Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan contohnya sering mengundang para ulama dan cendekiawan ke istananya bagi membicarakan ilmu sejarah Arab, sejarah peperangan serta hal pentadbiran. Tumpuan diberi kepada pendidikan putera-putera khalifah dan anak-anak pembesar. Guru berpengalaman dijemput untuk mengajar di istana berkaitan sejarah, kesusasteraan, tatasusila, pidato serta moral.
          Seterusnya ialah institusi kuttab yang terbahagi kepada dua iaitu kuttab untuk orang awam yang dikenakan yuran pengajian dan Kuttab al Sabil khas untuk kanak-kanak miskin yang tidak dikenakan yuran pengajian. Fokus utama pembelajaran ialah pengajian al Quran serta asas-asas ilmu agama sebagai persediaan memasuki peringkat pendidikan lebih tinggi iaitu halaqah.
          Pengajian halaqah diadakan di masjid. Sistem pengajian tradisional ini berlangsung apabila pelajar berkumpul dalam bentuk bulatan mengelilingi guru sambil menadah kitab. Jangka masa pembelajaran tidak terhad namun semakin lama belajar, semakin tinggi ilmu seseorang. halaqah telah berkembang ke negara-negara Islam lain termasuk Nusantara.
          Jika dilihat dari aspek tenaga pengajar, guru-guru yang dipertanggungjawabkan memiliki tahap pengetahuan yang berbeza. Guru-guru yang kurang berpengalaman akan mengajar di kuttab. Di istana pula, ‘muaddib’ yang lebih berpengalaman akan mengajar putera-putera khalifah dan anak-anak pembesar tentang ilmu pengetahuan, budi bahasa, moral dan sahsiah. Di masjid, para ulama terkenal yang mengajar, misalnya Hassan al Basri, Abdullah bin Abbas dan Khatib al Baghdadi.
          Terdapat pelbagai faktor yang mendorong perkembangan pendidikan di zaman bani Umaiyah. Antaranya ialah pemberia pendidikan secara percuma serta agresifnya dasar peluasan kuasa.