Sabtu, 11 November 2017

SOALAN 6 PERANG DUNIA KEDUA (1939-1945) TELAH MENINGGALKAN KESAN MENDALAM TERHADAP ASPEK POLITIK DAN EKONOMI NEGARA JERMAN. NILAIKAN.


 Pengenalan
PD2 tercetus apabila Jerman melancarkan serangan terhadap Poland pada tahun 1939 Dlm peperangan tersebut , Britain, Rusia dan Perancis dan Amerika Syarikat membentuk pakatan yg dikenali sebagai Kuasa Berikat. Jerman, Itali dan Jepun mewujudkan pakatan yg dikenali sebagai kuasa paksi.

Perpecahan Jerman
Jerman dibahagikan kpd 4 buah zon yg dikuasai oleh Britain, AS dan Soviet Union. Kuasa-kuasa besar ini mencapai kata sepakat utk mengamalkan sisitem ekonomi yg seragam di zon-zon tesebut. Britain, Perancis dan AS menggabungkan zon-zon mereka sebagai Jerman Barat. Zon ini memperoleh bantuan drp AS melalui Rancangan Marshall. Soviet Union pula membangunkan Jerman Timur sebagai zon komunis. Perkembangan ini menyebabkan wujud perpecahan yg ketara antara Jerman Barat dgn Jerman Timur

Kehilangan Wilayah.
PD2 menyebabkan Jerman kehilangan ¼ drp wilayahnya kepada pihak yg menang. Soviet Union meluaskan sempadannya hingga meliputi wilayah di Jerman dan menguasai rantau Baltik manakala Perancis menguasai Wilayah Saar.

Ganti rugi Perang
Selepas tamat perang, negara2 yang menang menuntut ganti rugi drp negara yg kalah. Britain dan Perancis mendapatkan bekalan arang batu secara percuma serta bekalan tenaga buruh paksa. AS pula mengambil alih semua aset milik syarikat Jerman yg beroperasi di negaranya serta hak cipta jentera dan mesin-mesin yg dihasilkan oleh saintis Jerman. Dianggarkan nilai paten yang diambil Britain dan AS daripada Jerman bernilai 10 billion.

Hukuman Jenayah Perang
Selepas tamat perang, Perbicaraan terhadap penjenayah perang diadakan di Nuremberg. Seramai 177 org Jerman dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan jenayah perang. Sebanyak 13 perbicaraan terhadap org Jerman diadakan antara tahun 1945-1947. Hasil perbicaraan tersebut, seramai 25 org dijatuhkan hukuman mati, 20 org dikenakan hukman penjara manakala 35 org dibebaskan.

Perubahan sempadan
PD2 menyebabkan berlaku perubahan dalam sempadan negara2 Eropah. Soviet Union meluaskan sempadan hingga meliputi wilayah Jerman, Finland, Czechoslovakia dan Romania. Perancis bertindak menguasai wilayah Saar dari Jerman. Manakala Poland menguasai wilayah Silesia dari Jerman. Poland mendapat ganti rugi dengan menguasai wilayah-wilayah perindustrian di Silesia, Jerman.

Kemusnahan ekonomi
Perang dunia kedua menyebabkan ekonomi negara-negara Eropah musnah. Peperangan ini menyebabkan banyak kawasan perindustrian di Jerman yang luas rosak dan pengeluaran hasil pertaniannya merosot. Jumlah hasil pertanian yang dikeluarkan oleh negara2 Eropah pada tahun 1946, hanya satu pertiga daripada hasil pertanian yang dikeluarkan pada tahun 1938.

Perbicaraan Jenayah Perang.
Selepas tamat Perang Dunia Kedua, perbicaraan terhadap penjenayah-penjenayah telah diadakan di Nuremberg. Sebanyak 13 perbicaraan telah diadakan antara tahun 1945 hingga 1947 terhadap orang Jerman yang dituduh melakukan jenayah perang. Perbicaraan ini telah dikendalikan oleh para hakim dari Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Rusia. Seramai 177 orang Jerman telah dihadapkan ke mahkamah pengadilan atas tuduhan jenayah perang. 25 orang tekah dikenakan hukuman mati, 20 orang dikenakan hukuman penjara manakala 35 orang dibebaskan.
Kesimpulan
PD2 telah menyebabkan Jerman kehilangan kedaulatan kpd pihak yg menang. Jerman dibahagikan kpd zon-zon yg dikuasai Britain, AS dan Soviet Union. Penguasaan kuasa-kuasa besar ini menyebabkan wujud Jerman Barat dan Jerman Timur.
SUMBER- JPN PAHANG    SKEMA PERCUBAAN STPM P1   940/1

SOALAN 5.PEMBAHARUAN ADAT SOSIAL YANG DIPERKENALKAN KERAJAAN BRITISH TELAH MENDAPAT RESPONS NEGATIF MASYARAKAT TEMPATAN SEHINGGA MENCETUSKAN DAHAGI INDIA PADA TAHUN 1857. SETUJUKAH ANDA.



Pengenalan
·         Pada tahun 1857, berlakunya penentangan terhadap  pemerintahan British yang di kenali sebagai Dahagi India. Dahagi India merupakan pemberontakan yang di lancarkan oleh golongan sepoi yang menentang pemerintahan British di India. Masyarakat tempatan di India menganggap Dahagi sebagai perjuangan untuk membebaskan negara daripada pemerintahan British.
·         Hakikatnya, pembaharuan adat sosial yang diperkenalkan oleh kerajaan British telah mendapat respons yang sangat negatif daripada masyarakat tempatan, sekaligus telah menjadi antara sebab terpenting meletusnya Dahagi India pada tahun 1857.
·         Di samping pembaharuan sosial yang diperkenalkan oleh kerajaan British, Dahagi India juga meletus kerana pelbagai faktor lain. Oleh yang demikian tidak hairanlah, Dahagi India yang meletus telah disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat antaranya golongan  sepoi, golongan putera, nawab, dan pembesar yang kehilangan gelaran, tanah dan kuasa.
   
Pembaharuan Adat Sosial Kerajaan British
Penghapusan amalan Suttee
·         Faktor yang menyebabkan muncul rasa tidak puas hati dlam kalangan penduduk di India terhadap pemerintahan British ialah penghapusan amalan suttee. Amalan suttee adalah amalan yang di amalkan oleh penduduk  beragama hindu sejak turun-temurun lagi. Mengikut adat ini,balu yang kehilangan suami akan dibakar bersama-sama mayat suaminya semasa upacara pengebumian.
·         Pada tahun 1828, Lord William Bentick merupakan Gabenor Jeneral British di India telah menggubal undang-undang untuk mengharamkan amalan ini. Tindakan British menimbulkan kemarahan penduduk  yang beragama hindu terhadap pemerintahan British.
Penghapusan amalan Thuggee
·         Faktor seterusnya yang mencetusnya peristiwa Dahagi India ialah tindakan bitish menghapuskan amalan Thuggee. Amalan thuggee merupakan aktiviti merompak dan pembunuhan yang dilakukan oleh kumpulan –kumpulan agama yang ersenjata terhadap saudagar dan pengembara.
·         Kumplan ini menjalankan kegiatan mereka,iaitu menyamar dan melakukan pembunuhan atas nama Dewi Kali. Amalan ini menmbulkan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan penduduk ,tetapi amalan ini mendapat sokongan dari pada golongan agama. Lord William Bentick bertindak mengharamkan amaan ini, menimbulkan kemarahan golongan agama yang menyokongnya,
Penghapusan amalan bunuh bayi perempuan
·         Diamalkan oleh masyarakat India sejak turun-temurun. Mereka menganggap bayi perempuan adalah beban kepada mereka apabila besar kelak. Hal ini disebabkan keluarga anak perempuan terpaksa membayar dowri (mas kawin) yang tinggi kepada bakal suami mereka.
·         Lord William Bentick  mengharamkan amalan ini kerana di aggap tidak berperikemanusiaan.
Pengenalan Akta Kahwin semula
·         Lord Dalhousie telah meluluskan akta kawin semula bagi balu-balu hindu. Mendapat penentangan daripada penduduk tempatan kerana dalam perkhawinan semula adalah tidak di benarkan sama sekali dalam masyarakst hindu.
·         Tindakan memperkenalkan akta ini menyebabkan penduduk tempatan mengaggap British menghina amalan trdisi mereka.
Faktor-faktor lain meletus Dahagi India
Pengenalan Sistem pendidikan Barat
·         Menimbulkan rasa tidakpuas hati dalamkalangan masyarakat terhadap penjajah. British menjadikan bahasa Inggeris sebagai kata penghantar bagi sekolah dan kolej. Bahasa Inggeris jiga dijadikan bahasa rasmi dalam bidang pentadbiran dan kehakiman.
·         Jawatan-jawatan pengting di berikan kepada yang berpendidikan Inggeris. Perubahan ini tidak di senangi oleh penduduk tempatan kerana jawatan tinggi tidak di berikan kepada penduduk tempatan yang tidak berpendidikan Inggeris. Pendidikan yang disebarkan oleh orang Inggeris dianggap sebagai percubaan menyebarkan agama kristian.

Pengenalan Teknologi Barat
·         Pemerintahan British memperkenalkan  sistem perhubungan dan pengankutan moden seperti pembinaan landasan keretapi dan sistem telegraf telah mengancam amalan tradisi masyarakat India. Pengenalan sistem pengangkutan barat turut mengancam amalan kasta yang di warisi sejak turun-temurun oleh masyarakat India.
·         Masyaraat India hanya dibenarkan menaiki gerabak kelas ke-3  manakala kelas 1 dan 2 pula untuk pegaai-pegawai Inggeris. Perkembngan ini menjejskan pendidikan masyarakar India daripada kasta tinggi kerana mereka juga terpaksa menaiki gerabak kelas ke3 bersama dengan penduduk kasta rendah. Pengenalan  teknolog ibarat di anggap sebagai satu langkah British untuk mencemarkan adat resam dan agama hindu.
Dasar Pengilhakan
·         Dasar pengilhakan yang diperkenalkan oleh Lord  Dalhousie merancakkan penentangan penduduk India terhadap penjajahan British. Menurut dasar ini, Lord Dalhousie telah merampas hak dan kedaulatan pemerintah tempatan dengan mengilhakan wilayah-wilayah yang ditadbir oleh mereka. Dasar pengilhakan ini dilaksanakan berpandu pada tiga alasan, iaitu undang-undang lesap waris, hak menakluk kuasa agung dan salah tadbir tempatan. Menerusi dasar ini , Lord Dalhousie mengilhakan bebrapa buah wilayah seperti Punjab, Karnatik, Tanjor, Jhansi, Baghat, Jaitpur, Oudh, dan Sambalpur.
·         Dasar ini menjejaskan maruah pemerintah tempatan hingga menyebabkan putra-putra raja tempatan seperti nana sahed, nawab dari karnatik dan raja tanjor menyertai penentangan terhadap penjajah British. Nana sahed merupakan anak angkat Baji Rao (pemerintah wilayah Peshawar) tidak berpuas hati dengan tindakan British membatalkan bayaran pencen yang patut diberikan kepadanya serta merampas tanah milik ayahnya.  Manakala Nawab menentang tindakan British meletakkan wilayah Oudh dibawah pentadbiran mereka atas alasan keadaan huru hara di Oudh dan amalan rasuah yang berleluasa dalam kalangan pemerintah Oudh.

Perasaan dendam Sepoi India.
·         Dahagi India juga tercetus akibat perasaan tidak puas hati dalam kalangan sepoi-sepoi India. British telah melantik sepoi-sepoi daripada kalangan kaum Brahmin dan Rajput yang terdiri daripada golongan berkasta tinggi di wilayah Oudh. Tindakan British menghantar sepoi-sepoi India ke luar negara menimbulkan kemarahan kerana tindakan tersebut mencemarkan imej dan maruah mereka yang berkasta tinggi.
·         Malah terdapat kepercayaan dalam kalangan penganut agama Hindu bahawa kesucian kasta mereka akan hilang apabila mereka melintasi lautan. Perkembangan ini menyebabkan sepoi-sepoi India daripada Rejimen 47 yang diarahkan untuk berkhidmat di Myanmar enggan mematuhi arahan hingga menyebabkan rejimen tersebut terpaksa dibubarkan.
Pengenalan Peraturan Baharu
·         Penentangan terhadap pemerintahan British juga disebabkan oleh pengenalan dasar dan peraturan baharu oleh British. Salah satu peraturan yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk terhadap pemerintahan British ialah Akta Penjajahan Punjab 1907. Menerusi akta ini, kerajaan British bertindak meninggikan cukai tanah dan mengenakan bayaran bagi bekalan air.
·         Tindakan ini telah menambahkan beban golongan petani dan mereka terpaksa menanggung hutang serta hidup dalam keadaan miskin. Selain itu, pihak pemerintah British juga tidak menggalakkan kegiatan mengimport barangan dari negara luar.
Akta pengambilan khidmat awam
·         Semasa pentadbiran Lord Canning Akta Pengambilan Khidmat Awam memberikan kuasa kepada pihak British untuk menghantar tentera berkhidmat dalam dan luar negara. Akta ini tidak disokong oleh tentera India kerana mereka tidak mendapat elaun tambahan.
·         Tentera India juga menentang amalan diskriminasi yang diamalkan oleh pentadbiran Britsh dalam soal kenaikan pangkat dan jawatan . Tentera India diberi gaji yang rendah dan mendapat layanan yang kurang baik.
Kes senapang Riffle Royal Enfield
·         Kemarahan tentera terhadap pentadbiran British memuncak apabila sepoi-sepoi India mendapat tahu bahawa minyak yang digunakan untuk membersihkan senapang Riffle Royal Enfield telah disapu dengan minyak yang mengandungi lemak babi dan lemak lembu. Selain itu, tersebar berita bahawa sepoi-sepoi India yang menggunakan senapang tersebut perlu menggigit hujung peluru terlebih dulu yang telah disapu dengan lemak babi dan lemak lembu.
·         Perkembangan ini menyebabkan sepoi-sepoi yang beragama Hindu dan Islam merasakan bahawa pentadbiran British sengaja melakukan hal-hal yang demikian untuk menghina kedua-dua agama tersebut.
Kesimpulan
·         Pendek kata, selain daripada pembaharuan sosial yang diperkenalkan oleh British, terdapat pelbagi faktor yang telah menyumbang kepada ketidakpuasan hati masyarakat di India sehingga meletusnya Dahagi pada tahun 1857.
·         Pemberontakan Dahagi akhirnya berjaya ditumpaskan oleh kerajaan British. British melakukan rombakan dalam sistem pentadbiran, membubarkan SHTI dan meletakkan pentadbiran India di bawah Tanah Jajahan Mahkota British.
·         Peristiwa ini juga menyebabkan pemerintahan Mughal di India berakhir apabila Maharaja Bahadur Shah II ditangkap dan dibuang negeri ke Myanmar serta semakin mengukuhkan pemerintahan British di India. 
·         SUMBER- JPN PAHANG         SKEMA PERCUBAAN STPM P1   940/1

Rabu, 8 November 2017

Peranan Diponegoro dalam Perang Jawa 1825-1830

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB.
Latar Belakang
       Diponegoro merupakan putera sulung Hamengkubuwono III, seorang raja Mataram di Jogjakarta. Beliau lahir pada 11 November 1785 di Jogjakarta. Nama sebenarnya ialah Bendoro Raden Mas Ontowiryo.Apabila Hamengkubuwono III mangkat pada tahun 1814, Raffles telah melantik Djarot sebagai pemerintah Jogjakarta dengan gelaran Hamengkubuwono IV. Raffles berjanji akan melantik Diponegoro sebagai pemerintah Jogjakarta selepas kemangkatan Djarot.

       Apabila Djarot mangkat pada 1822, Raffles tidak berada di Pulau Jawa lagi kerana Belanda telah kembali semula selepas tamatnya Perang Napoleon. Belanda melantik putera Djarot yang baru berumur dua tahun sebagai pengganti dengan gelaran Hamengkubuwono V.
Diponegoro dilantik sebagai penasihat sahaja. Diponegoro banyak menghabiskan masa beribadat di Tegalraja. Beliau mendapat ilham untuk menyelamatkan tanah Jawa serta masyarakatnya. Pada tahun 1825, beliau memimpin Perang Jawa untuk menentang kekejaman dan penindasan Belanda di Pulau Jawa.
Peranan Diponegoro
 Membela nasib masyarakat peribumi
(a) Pembatalan kontrak penyewaan tanah oleh Van der Capellan
(i) Masyarakat peribumi Jawa tidak puas hati dengan tindakan Van der Capellan membatalkan kontrak penyewaan tanah yang diperkenalkan oleh Raffles.
(ii) Peraturan pembatalan diluluskan pada tahun 1823 yang menyebabkan semua penyewaan tanah yang melibatkan orang Eropah dengan pemimpin tempatan di Jogjakarta dan Surakarta dibatalkan. Malah ditetapkan wang sewaan dan wang pendahuluan mesti dipulangkan.
(iii) Apabila kontrak penyewaan tanah diperkenalkan oleh Raffles, kaum tani yang paling ditindas. Ini disebabkan tuan tanah telah mendapat wang pendahuluan daripada penyewa bangsa Eropah. Melalui bayaran wang pendahuluan, pengusaha berkuasa ke atas
tanah dan petani. Seringkali, petani ditindas oleh penyewa yang berusaha memaksimumkan keuntungan.
(iv) Dengan pembatalan kontrak penyewaan tanah, kaum tani sekali lagi tertindas. Tuan tanah dikehendaki membayar balik wang pendahuluan kepada pengusaha. Tuan tanah memaksa petani bekerja lebih keras untuk mendapatkan hasil yang lebih agar mereka dapat membayar balik wang pendahuluan kepada pengusaha.
(v) Golongan bangsawan juga berasa tidak puas hati dengan pembatalan kontrak sewa tanah.
(b) Pelbagai jenis cukai dikenakan ke atas masyarakat Jawa
(i) Selain membatalkan kontrak sewa tanah, Belanda juga mengenakan cukai ke atas tanah orang Jawa. Pemungut cukai kebanyakannya terdiri daripada orang Cina yang mengenakan cukai yang lebih tinggi daripada kadar yang ditetapkan oleh kerajaan. Sekali lagi, masyarakat Jawa tertindas.
(ii) Kerajaan Belanda juga mengenakan tol ke atas orang tempatan yang melalui tanah kerajaan untuk pergi ke ladang mereka di kawasan pedalaman dan balik dari ladang ke tanah kerajaan.
(iii) Tindakan pemungut cukai yang mengenakan kadar tol sesuka hati telah menambahkan kesengsaraan dan kesulitan mereka.
(iv) Pelbagai jenis cukai yang membebankan rakyat, misalnya cukai tanah, cukai rumah, dan cukai binatang ternakan.
(c) Penindasan orang Cina
(i) Orang Cina memberi pinjaman wang kepada orang Jawa dengan kadar faedah yang tinggi.
(ii) Orang Cina menjadi orang tengah dalam perdagangan garam. Mereka membelinya dengan harga yang murah dan menjualnya dengan harga yang tinggi.
Mempertahankan kesucian agama Islam
(a) Pembinaan jalan raya
(i) Keputusan Belanda untuk membina jalan raya melalui tanah perkuburan nenek moyang Diponegoro menyebabkan beliau mengisytiharkan perang jihad terhadap Belanda.
(ii) Belanda enggan mengiktiraf beliau sebagai ketua agama di Jawa. Sebagai wali Allah, Diponegoro bertindak menghalau orang kafir dari tanah Jawa.
(iii) Diponegoro dan masyarakat Jawa menganggap usaha Belanda ini mencabuli adat resam tempatan, tatasusila, nilai-nilai sosial, dan agama Islam.
(b) Peranan Diponegoro sebagai Ratu Adil
(i) Diponegoro ialah seorang yang kuat agama dan berusaha mempertahankan kesucian agama Islam.
(ii) Diponegoro melancarkan Perang jihad untuk memulihkan pemerintahan Islam di Jawa.
(iii) Masyarakat Jawa menyokong Diponegoro kerana mempercayai beliau ialah seorang Ratu Adil yang akan membela nasib dan membebaskan mereka daripada segala penindasan.
(iv) Belanda tidak mengakui Diponegoro sebagai pemimpin Islam di Jawa. Bagi masyarakat Jawa, tindakan ini menunjukkan Belanda tidak menghormati kepercayaan agama Islam. 
Perjuangan Diponegoro dalam Perang Jawa (1825 - 1830)
(a) Diponegoro berjaya mendapat sokongan kaum tani, para ulama,golongan bangsawan, dan para bupati. Pengikut Diponegoro ialah Kyai Mojo, Kyai Hasan Besari, Sentot, dan Mangku Bumi. Mereka melancarkan Perang gerila terhadap orang Belanda.
(b) Pada mulanya, Diponegoro berjaya dalam pertempuran berhampiran Lengkong dan Delanggu. Diponegoro dilantik menjadi Sultan dengan gelaran "sultan Abdulhamid Cokro Amirulmukminin Sayidin Panotogomo Khalifatullah Tanah Jowo'. Gelaran tersebut jelas menunjukkan pengaruh agama Islam dalam Perang Jawa.
(c) Perang Jawa berlarutan selama lima tahun. Tentera Diponegoro mengalami kemerosotan apabila ramai daripada mereka mati kebuluran dan diserang penyakit.
(d) Orang kanan Diponegoro iaitu Sentot dan Mangku Bumi berpaling tadahmemihak kepada Belanda. Ini melemahkan perjuangan Diponegoro. Akhirnya, beliau bersetuju berdamai dengan Belanda. Belanda enggan mengiktiraf Diponegoro sebagai Sultan Surakarta dan Ratu Adil.
Kesimpulan
Pada 3 Mei 1830, Diponegoro dan rombongannya diberangkatkan dengan kapal Pollux ke Manado dan ditawan di benteng Amsterdam. Kemudian, mereka dipindahkan ke benteng Rotterdam di Makassar, Sulawesi Selatan.Pada 8 Januari 1855, Diponegoro meninggal dunia dan dimakamkan di kampung Jawa Makassar.
Diponegoro berjuang untuk agama dan bangsa, membela nasib kaum tani dan bangsawan, serta mempertahankan agama Islam.Beliau seorang tokoh nasionalis yang memimpin orang Jawa ke arah satu perjuangan menyelamatkan tanah air (tanah Jawa) daripada penjajahan orang kafir.

Soalan 6 :Nilaikan sumbangan Macapagal dalam pembangunan Ekonomi Filipina pada pertengahan abad ke -20

Pengenalan  :
           
            Diosdado Macapagal Pangan dilahirkan pada 28 September 1910 di Lubao , Pampanga . Beliau mempunyai kelulusan dari Universiti Filipina dan Universiti Santo Thomas . Setelah tamat pengajian , Macapagal menjadi peguam  , ahli kongres , menjadi ahli Dewan Rakyat  dan pada tahun 1948 , beliau berkhidmat sebagai setiausaha kedua di Kedutaan Filipina di Washington DC. Macapagal juga merupakan wakil Filipina ke Perhimpunan  Agung Pertubuhan  Bangsa-Bangsa Bersatu sebanyak tiga kali . Macapagal dilantik sebagai Presiden Filipina ke -9 pada tahun 1961-1965 selepas berjaya mengalahkan Presiden Carlos P. Garcia . Beliau dipilih dari gabungan Parti Liberal dan Parti Progresif  . Beliau diberi gelaran “ The Incorruptable “ kerana kesungguhannya dalam membasmi amalan rasuah di Filipina . Sepanjang pemerintahannya terdapat pelbagai sumbangan yang dilaksanakan olehnya  untuk membangunkan ekonomi Filipina pada pertengahan abad ke-20
            Antara sumbangan Macapagal dalam pembangunan ekonomi Filipina pada pertengahan abad ke-20 ialah  memperkenalkan Program Reformasi Tanah  melalui Kanun Reformasi Tanah Pertanian 1963 . Tujuannya untuk memerangi kemiskinan di Filipina secara besar-besaran . Justeru itu , Macapagal telah melakukan reformasi dengan  memansuhkan penyewaan tanah apabila beliau menandatangani pemansuhan tersebut pada 8 Ogos 1963 . Matlamatnya ialah untuk menghapuskan amalan perhambaan terhadap penyewa tanah dengan memberikan kebebasan dan keselamatan kepada petani di tanah milik mereka . Walau bagaimanapun program reformasi tanah yang diperkenalkan oleh Macapagal ini menemui kegagalan  kerana menerima tentangan daripada kongres Filipina yang dikuasai oleh  Parti Nasionalis .
            Selain itu , dalam usahanya untuk membangunkan Filipina dalam bidang ekonomi , Macapagal juga telah menghapuskan kawalan pertukaran mata wang dan membenarkan peso Filipina diapungkan di pasaran pertukaran mata wang supaya ia bergerak mengikut pasaran pertukaran wang asing . Selepas bekerja selama 20 jam berturut-turut , Presiden Macapagal berjaya menandatangani  Dekri Bank Negara yang memansuhkan  kawalan pertukaran dan mengembalikan Filipina kepada ekonomi laissez faire pada  21 Januari 1962 .  Melalui dasar kewangan  ini , berjuta-juta peso dapat dipungut setiap tahun oleh Kerajaan Macapgal .
            Sumbangan Macapagal yang seterusnya dalam pembangunan ekonomi Filipina ialah  dengan memberi penekanan kepada sektor  pertanian dan memajukan bidang perindustrian . Contohnya Macapagal  menekankan  tanaman  seperti kelapa kering ,  tebu , abaka  , tembakau dan nanas sebagai hasil eksport Filipina . Macapagal juga bertindak meningkatkan keluaran bahan makanan bagi menampung keperluan penduduk untuk mengelakkan Filipina mengimport makanan daripada luar negara . Hasilnya pengaliran peso keluar negara berjaya dielakkan . Manakala dalam bidang industri  ,  Macapagal  memajukan industri ringan , pembungkusan dan pemasangan  serta  insustri besi dan keluli . Malahan  Kerajaan Macapagal  juga telah mengasingkan industri gula dan kelapa melalui penubuhan  lembaga  Kelapa Filipina . Hal ini disebabkan kedua-dua industri ini  menjadi  penyumbang utama  dalam  hasil eksport Filipina .
            Di samping itu , Presiden Macapagal juga mewujudkan Pentadbiran Pekerjaan Asas ( PPA ) bagi menyelesaikan masalah pengangguran yang juga merupakan salah satu masalah utama semasa pentadbirannya . Kerajaan Macapagal menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Filipina bagi membolehkan mereka keluar daripada belenggu kemiskinan . Impaknya Macapagal berjaya menjadikan rakyat Filipina menjadi lebih produktif dalam ekonomi.
            Sumbangan Macapagal yang berikutnya dalam pembangunan ekonomi Filipina pada pertengahan abad ke-20 ialah melalui program yang dipanggil  “ kembali kepada perusahaan bebas dan swasta . Melalui program ini , pembangunan ekonomi Filipina berada di tangan usahawan swasta dengan campur tangan kerajaan yang minimum . Oleh itu , Macapagal telah mewujudkan undang-undang Perdagangan Runcit Kebangsaan . Undang-undang ini berjaya membolehkan ahli perniagaan Filipina memecah monopoli ahli perniagaan asing yang menguasai perdagangan runcit Filipina selama ini .
            Akhirnya , sumbangan Macapagal dalam pembangunan ekonomi Filipina boleh dilihat melalui Progaram Bersepadu Lima Tahun . Tujuannya untuk pemulihan ekonomi , membela rakyat biasa dan mewujudkan asas yang kukuh untuk masa depan . Contohnya salah satu janji kempen utama Macapagal ialah untuk membersihkan rasuah dalam kerajaan . Oleh itu , setiausaha kehakiman iaitu Jose W.Diokno. telah disiasat atas tuduhan mengelakkan cukai , penyeludupan dan tidak mengisytihatrkan duti import dan rasuah oleh pegawai-pegawai awam . Hasil daripada program ini Macapagal berjaya meningkatkan ekonomi Filipina dengan mencatat KDNK 5.15 %  setahun .
            Kesimpulannya Macapagal banyak memberi sumbangan dalam menjayakan pembangunan ekonomi Filipina pada pertengahan abad ke-20 . Namun begitu , beberapa dasar ekonominya gagal dilaksanakan secara optimum kerana mendapat bantahan daripada ahli-ahli kongres yang dikuasai oleh Parti Nasionalis pimpinan Ferdinand Marcos . Walau bagaimanapun Macapagal berjaya membawa keluar Filipina daripada mengalami zaman inflasi apabila KDNK    meningkat  semasa pemerintahannya . Pada tahun 1965 , Macapagal tewas kepada Ferdinand Marcos dalam pertandingan pemilihan semula jawatan Presiden Filipina .


 SUMBER-
SKEMA PEPERIKSAAN  PERCUBAAN  STPM SEJARAH PENGGAL 3 2017 TERENGGANU