Selasa, 23 Mei 2017

4. HURAIKAN SUMBANGAN AL KHWARIZMI DALAM BIDANG MATEMATIK

Pendahuluan

Nama sebenar al-Khwarizmi ialah  Abdullah Muhammad bin Musa al-Khwarizmi. Dikenali sebagai al-khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Goritmi, al-Gorismi dan al-Karismi. Merupakan ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik.Tokoh Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah,logik, aritmetik,geometri,muzik,kejuruteraan,sejarah Islam dan kimia.Dinobatkan sebagai ‘Ahli Falak Diraja, atas sumbangan dan kajian beliau. Beliau telah diiktiraf oleh pemerintah  
Abbasiyah ,iaitu Khalifah Harun ar-Rasyid yang telah melantik beliau  sebagai pakar matematik dan ahli akademi matematik di Baitul Hikmah. Turut mengemaskini  sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku di perpustakaan tersebut.Contohnya, di Baitul Hikmah, beliau turut mengetuai dan mengawasi kerja-kerja penterjemahan buku-buku matematik dalam bahasa Yunani yang diperoleh daripada kerajaan Byzantine. Dilantik sebagai pengarah arkib buku di perpustakaan istana khalifah pada zaman pemerintahan Khalifah al- Ma’mun.

Isi

1. Memperkenalkan sistem nombor dan angka.
   
Al- Khwarizmi telah memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini, iaitu   0,1,2,3,4,5,6.7,8 dan 9.   Angka-angka tersebut menggunakan simbol-simbol tertentu yang mewakili nilai-nilai tertentu. Beliau merupakan individu pertama yang memperkenalkan angka’sifar’ (kosong) dan perpuluhan dalam  matematik.  Melalui angka sifar muncul nombor yang mempunyai ‘infiniti’. Malah ‘sifar’ yang diperkenalkan oleh beliau dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan  sebutan cifre,chiffre dan zero.Pengenalan system angka yang sistematik oleh al-Kwarizmi bukan sahaja membolehkan operasi pengiraan matematik diperluaskan meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan sebagainya, malah membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat.

2. Mempelopori ilmu algebra

Al-Khwarizmi juga dikenali sebagai Bapa al-Jabar (algebra) berikutan sumbangan beliau dalam jurusan aritmetik iaitu   al-Jabar ( satu bidang matematik yang dipanggil persamaan ). Contoh, karya teragungnya, al-Jabr  wa-al-Muqabilah juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke 12 dan menjadi rujukan di universiti di Eropah.Kesannya, melalui kaedah penggunaan simbol yang mewakili  nombor, nilai atau pemboleh ubah, banyak masalah pengiraan dapat diselesaikan.  Secara praktiknya, masalah-masalah pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam dapat diatasi.

3. Penyelesaian permasalahan harta pusaka

Al-Khwarizmi  dapat menyelesaikan masalah praktikal yang dihadapi oleh umat Islam khususnya pengiraan.Contohnya, pembahagiaan harta pusaka dan  perniagaan. Penggunaan konsep pemboleh ubah juga  membantu dalam pembahagian zakat yang dapat dikeluarkan dengan mudah.  Kesannya, ilmu yang diperkenalkan telah  dapat membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit dan kompleks.

4.Geometri dan trigonometri

Al-Khwarizmi juga memberi sumbangan dalam bidang geometri dan trigonometri.  Hal ini kerana kedua-dua bidang tersebut merupakan pecahan kepada bidang matematik yang  melibatkan pengiraan. Kedua-dua cabang ilmu matematik ini juga disentuh dalam karyanya Hisab   al-Jabr wa-al-Muqabalah.Contohnya, ilmu geometri berkaitan dengan ciri dan hubungan antara titik,  garis, sudut, permukaan dan pepejal dalam ruang. Manakala trigonometri berkaitan dengan  pengiraan  segi tiga, sukatan sisi dan sudutnya. Kesannya, ilmu yang diperkenalkan oleh beliau dapat  membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit.

5.Mencipta ilmu-ilmu baharu

Beliau mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh pakar matematik sebelum ini.     Dalam kitab yang dihasilkan, pelbagai istilah baharu tentang ilmu diperkenalkan dan digunakan sehingga kini iaitu pemboleh ubah (x), pemboleh ubah kuasa dua dan pemalar (c). Contohnya, Al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah juga mengandungi bab-bab yang meliputi pelbagai topik iaitu pengiraan darab, campur, tolak dan bahagi, persamaan, timbangan dan ukuran, keluasan bulatan dan segi tiga  serta isipadu bentuk piramid dan kon.Kesannya, umat Islam dikatakan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam ilmu matematik.

Kesimpulan

Sumbangan al-Khwarizmi dalam bidang matematik telah mencerminkan kehebatan dan keunggulan tamadun Islam yang berkekalan sehingga ke hari ini dan sebagai  pemangkin kepada kemajuan orang Barat yang mendalami teori-teori yang dikemukakan oleh beliau. Selain daripada bidang matematik, al-Khwarizmi juga berjasa dalam bidang astronomi dan geografi.



 sumber_skema PPAHANG 2017

Nyaris maut - Terpijak jerangkap samar



ARKIB : 17/02/2005 
Oleh AMIR SARIFUDIN

``Ya Allah...aduh sakit... tolong saya tuan. Kaki saya putus... sakit... tolong...,'' jerit seorang sarjan yang terpijak jerangkap samar.

Keadaan itu menyebabkan anggota-anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) lain tergamam.

Ada anggota yang sudah berura-ura hendak melarikan diri kerana kawasan yang mereka lalui itu sebenarnya dipasang jerangkap samar.

Tidak kurang juga ada anggota yang terus `mematikan' diri dan tidak berganjak dari tempat asal.

Keadaan ketika itu hampir kelam-kabut. Namun, Asisten Supritendan Shamsuri Abd. Rahim yang ketika itu memimpin sepasukan PPH, masih tenang.

Kerana kepimpinannya, beliau segera mengarahkan supaya setiap anggota tidak panik. Setiap anggota PPH diminta mendiamkan diri seketika.

Anggota perubatan pula diarah memberikan bantuan segera kepada mangsa berkenaan.

``Sarjan yang putus kaki itu jaraknya di belakang saya kira-kira 100 meter.

``Ketika itu saya berada di barisan hadapan dan baru sahaja hendak mendaki bukit.

``Tiba-tiba saya mendengar jeritan anggota berkenaan yang terpijak jerangkap samar. Memang perasaan ketika itu amat takut sekali.

``Ini kerana, tempat sarjan itu terpijak jerangkap samar baru sahaja saya lalui. Tetapi kerana nasib saya baik, orang lain pula yang terpijak,'' katanya.

Shamsuri, 56, kini baru sahaja memulakan cuti persaraannya dan jawatan terakhir yang dipegangnya ialah sebagai Timbalan Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (KPN) (Tatatertib) Bukit Aman dengan pangkat Senior Asisten Komisioner II.

Menurut Shamsuri, dia kemudian mengarahkan anggota-anggota lain `mematikan' diri dan jangan bergerak.

Shamsuri sendiri secara perlahan-lahan kemudian berjalan mengundurkan diri untuk ke tempat anggotanya itu terpijak jerangkap sama.

``Ketika melangkah ke belakang itu, memang hati saya berdebar-debar. Kita tidak tahu sama ada terdapat jerangkap samar lain di kawasan berkenaan,'' katanya.

Setelah sarjan berkenaan diuruskan dengan bantuan perubatan, bantuan helikopter diminta untuk mengeluarkannya dari kawasan hutan Gerik, Perak itu.

``Sarjan itu selamat, namun dia kelihatan kaku disebabkan terpijak jerangkap samar.

``Saya bersyukur kerana terselamat. Kawasan jerangkap samar itu saya terlebih dahulu lalui,'' katanya.

Itulah sebahagian pengalaman yang dilalui oleh Shamsuri ketika bertugas dalam PPH sekitar akhir tahun 70-an.

Shamsuri dilahirkan di Beranang, Selangor dan merupakan anak sulung dari tujuh beradik.

Bapanya merupakan seorang anggota polis dan minatnya dalam pasukan polis adalah atas galakan bapa, ibu dan datuknya.

Sebelum menjadi pegawai polis, Shamsuri pernah bekerja dengan Fama di Butterworth, Pulau Pinang.

Beliau kemudian menyertai latihan inspektor di Maktab Polis Kuala Kubu Baharu pada tahun 16 Jun 1969.

Diserapkan

Selepas tamat latihan, Shamsuri terus diserapkan dalam PPH yang kini mendapat nama baru iaitu Pasukan Gerakan Am (PGA).

Selain PPH, Shamsuri juga pernah berkhidmat di beberapa tempat termasuk Kontinjen Selangor, PPH Ulu Kinta, Maktab Kuala Kubu Baharu, Pulau Pinang dan banyak lagi.

Tugasnya tidak terhad dalam negara, malah telah dipilih sebagai Ketua Kontinjen untuk berkhidmat di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Mozambique pada tahun 1994.

Sepanjang karier dalam PPH, Shamsuri juga dikenali sebagai pegawai yang mahir dalam tugas-tugas tunjuk arah.

Tidak hairanlah beliau diberi tanggungjawab untuk melatih anggota-anggota PPH berhubung tugas-tugas berkenaan.

Ketika dalam PPH, beliau juga beberapa kali menjalankan operasi dalam

pemburu pengganas komunis bersama platun-platun lain.

Ini termasuk dalam Ops Cili Pedas, Ops Sedar dan banyak lagi.

Operasi yang dilakukan meliputi

kawasan sempadan Malaysia-Thailand, Sarawak, Kulim, Gerik dan Sungai Siput.

``Sepanjang berada dalam PPH, saya agak bernasib baik kerana platun kami tidak pernah diserang hendap.

``Namun, kami berjaya melakukan serang hendap terhadap musuh,'' katanya.

Kejayaan serang hendap oleh pasukan itu berjaya menemui mayat beberapa pengganas komunis selain merampas senjata api milik musuh.

Setelah beberapa jawatan dan tempat bertugas, beliau akhirnya diberi tanggungjawab di Urusetia KPN (Tatatertib) Bukit Aman.

Tugas di bahagian berkenaan mula dipikul pada awal tahun 2004 sebelum beliau bercuti bersara baru-baru ini.

Sebut sahaja Urusetia KPN (Tatatertib) Bukit Aman, mungkin ramai anggota akan memberi pelbagai tanggapan terutama terhadap anggota serta pegawai yang bertugas di bahagian berkenaan.

Persepsi yang diberikan itu bukan sahaja positif, malah tidak kurang juga tanggapan negatif.

Ini termasuklah tanggapan bahawa bahagian berkenaan berfungsi untuk mencari kesalahan serta kesilapan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Namun, tanggapan seperti itu tidak lagi wujud pada masa ini. Anggota dan pegawai PDRM kini sudah masak dan memahami tugas-tugas urusetia berkenaan.

Banyak fungsi serta peranan Urusetia KPN (Tatatertib) antaranya untuk memantau disiplin serta peranan anggota dan pegawai polis.

``Ia juga bagi membersihkan imej serta nama anggota dan pegawai polis yang sering menerima tohmahan liar dan tidak berasas dari orang-orang tidak bertanggungjawab ekoran tindakan tegas polis terhadap kegiatan jenayah,'' kata Shamsuri.

Jika dulu Urusetia KPN (Tatatertib) dianggap sebagai `menyusahkan` tetapi kini ia sudah berubah sama sekali.

Shamsuri telah berusaha menjadikan bahagian itu sebagai lebih mesra dengan sering berganding rapat dengan anggota-anggota dalam pasukan.

Keadaan itu meletakkan Urusetia KPN (Tatatertib) kini lebih disenangi oleh setiap anggota dan pegawai PDRM.

Setiap hari ada sahaja aduan diterima dari anggota dan pegawai polis berhubung masalah mereka.

``Ketika bertugas di bahagian ini, kita tidak boleh meletakkan setiap aduan yang diterima seolah-olah seratus peratus menyalahkan anggota-anggota polis.

``Kita mesti siasat dengan teliti. Anggota atau pegawai yang diadu juga mesti diberi peluang membela diri.

``Pendekatan yang diambil oleh bahagian ini tidak sekali-kali bertujuan menganiaya mana-mana pihak.

``Sebaliknya, bahagian ini adalah pembela kepada pasukan,'' katanya mengakhiri perbualan.

Shamsuri yang mendirikan rumah tangga dengan isteri tersayang, Mirhayatun Khayani Sarwani, 52, kini mempunyai tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Polis_%26_Tentera&pg=te_02.htm#ixzz4huYupFZt
© Utusan Melayu (M) Bhd

Isnin, 22 Mei 2017

Makam Sultan Kedah ke-19, permaisuri ditemui



Makam Sultan Kedah ke-19, permaisuri ditemui
8 Mei 2017
Makam Sultan Kedah ke-19, permaisuri ditemui          
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) membuat penemuan ketiga terbesar tahun ini setelah menemui empat lagi kubur termasuk yang dipercayai milik Sultan Kedah ke-19 Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II dan permaisurinya Tunku Puteri Almarhum Tunku Ishak di Anak Bukit. - Foto Bernama

ALOR SETAR - Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) membuat penemuan ketiga terbesar tahun ini,  apabila empat lagi kubur termasuk dipercayai makam Sultan Kedah ke-19 Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II dan permaisurinya, Tunku Puteri Almarhum Tunku Ishak, ditemukan di Anak Bukit.      

Pengerusi Persatuan Sejarah Cawangan Kedah Datuk Wan Samsudin Wan Yusof  berkata, penemuan makam dianggarkan berusia 239 tahun oleh beberapa ahli persatuan itu dibuat pada 26 Mac lalu, sebelum pihaknya mula membuat beberapa tinjauan awal.

"Sultan Muhammad Jiwa memerintah Kedah dari tahun 1710 hingga 1778 dan beliau membuka dua kota pemerintahan iaitu di Kota Setar dan Anak Bukit," katanya kepada Bernama di lokasi penemuan.          

Wartawan Bernama yang berkesempatan ke lokasi melihat dua daripada kubur itu mempunyai binaan kepok (binaan pusara) yang terdiri daripada lapisan batu bata yang agak tinggi dan terletak bersebelahan, dipercayai makam pasangan diraja berkenaan.            

Satu lagi kubur yang berada bersebelahan makam Sultan Muhammad Jiwa pula mempunyai binaan kepok memanjang, namun lebih rendah dan dipercayai milik pembesar pada zaman itu, manakala satu lagi kubur tidak dapat dikenal pasti identitinya.

Wan Samsudin berkata, pihaknya masih belum menemui apa-apa tulisan pada batu nisan berkenaan dan masih melakukan kajian mendalam mengenainya.

Seorang penyelidik PSMCK Syamsyul Anuar Ismail, berkata berdasarkan rekod geneaologi Kesultanan Kedah oleh Christopher Buyers, Sultan Muhammad Jiwa mangkat pada 20 Sept 1778 dan dimakamkan di Kota Setar, bagaimanapun makamnya tidak ditemui sehingga kini.

"Daripada pengalaman saya dalam kajian batu Acheh, berdasarkan bentuk,  jenis, dan saiz; batu nisan di Anak Bukit inilah yang paling besar pernah dijumpai di Kedah.

"Nisan tersebut biasanya dipanggil sebagai batu Acheh, semua batu nisan Acheh diimport ke sini dari Acheh dan dijual kepada golongan atasan dan bangsawan, rakyat biasa hanya guna nisan kayu atau nisan berbatu sungai," katanya.

Pada 23 Mac lepas, PSMCK menemui makam dipercayai milik Sultan Kedah ke-16 Sultan Ataullah Muhammad Shah di Bukit Pinang, kira-kira sebulan selepas menemui makam Sultan Kedah ke-14 Sultan Muhyiddin Mansur Shah di Kampung Chegar, Mukim Jeram, Tunjang. – Bernama
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE  8.5.2017

Ahad, 21 Mei 2017

1.Bandingkan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda dan di China.20m

Masyarakat agraria ialah masyarakat yang berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Kebiasaannya petempatan terbentuk di sekitar kawasan yang subur, misalnya di lembah-lembah sungai, kawasan berbukit, Serta kawasan yang mempunyai sistem saliran yang baik. Belanda telah mengalami ledakan ekonomi pada tahun 1585 selepas berjaya melepaskan cengkaman pemerintahan Raja Phillip II dari Sepanyol. Rvolusi Pertanian yang berlaku telah menaikkan taraf hidup masyarakat Belanda di Eropah. Revolusi teknik pembinaan kapal,telah menjadikan Belanda sebagai kuasa perdagangan di Eropah yang membawa kepada perkembangan pelabuhan di Amsterdam. Belanda mencapai zaman kegemilangan ekonomi pada abad ke-16 hingga ke-17. Manakala, negara China merupakan negara ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Asia Timur. Keluasan negara China ialah 9 595 960 kilometer persegi atau 3 599 975 batu persegi. Namun demikian, dua pertiga daripada China merupakan kawasan pergunungan dan gurun di sebelah barat dan utara. Kawasan tertinggi ialah dataran Tibet dengan ketinggian purata 4000 meter atau 13 000 kaki. Manakala gurun di China terdapat di bahagian utara, iaitu Gurun Gobi dan di bahagian barat laut, iaitu Gurun Taklamakan. Hampir keseluruhan China bergunung-ganang dan kawasan yang sesuai untuk pertanian hanyalah 15 peratus sahaja keluasannya. Terdapat persamaan dan juga perbezaan antara ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda dan China.

       Persamaan antara masyarakat agraria Belanda dan China ialah kedua-duanya menjalankan ekonomi pertanian. Kedua-dua negara ini juga menjalankan aktiviti mengekspot hasil pertanian .mereka. Tumpuan utama masyarakat agraria Belanda ialah tanaman bijiirin seperti gandum, barli, oat yang menjadi sumber utama pertanian.Belanda Tanaman lain pula yang diusahakan ialah kobis, kekacang, jagung dan bunga-bungaan.Manakala tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria di China ialah padi sawah yang banyak ditanam di kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.Tanaman lain turut diusahakan seperti tanaman kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan bijirin lain. Masyarakat China,yang tinggal di tanah tinggi Utara China, mereka menanam padi huma sekoi dan kekacang terutama di sekitar Sungai Heilongjiang.

       Selain itu, kedua-dua negara tersebut juga menjalankan industri swasta seperti industri tekstil. Contohnya di Belanda , pada kurun ke-17, industri tekstil di Leiden berjaya dikembangkan  terutamanya dalam pengeluaran kain-kain jenis woolen, says, fustians dan camlets.Perkara ini telah mendorong pertambahan pengeluaran kain sehingga meningkat sebanyak 130 ribu pada tahun 1660-an. Selain Leiden, Haarlem telah menjadi bandar pengeluaran kain linen utama untuk dipasarkan ke Eropah. Manakala di China Soochow muncul sebagai pusat industri tekstil dan perusahaan kain kapas, kain sutera, dan pakaian diusahakan oleh petani di Kiangnan.
       Perbezaan lain ialah masyarakat agraria di Belanda menjalankan ekonomi penternakan
dan perikanan,Manakala di China menjalankan ekonomi perusahaan pertukangan dan penubuhan persatuan. Contohnya di Belanda, penternakan lembu susu diusahakan untuk pengeluaran bahan ternusu. Belanda menjadi tempat utama pentemakan lembu. Lembu-lembu daging yang ditemak akan disembelih dan dieksport ke kawasan-kawasan di selatan. Pengeksportan lembu-lernbu yang telah disembelih dan diproses berlaku antara tahun 1500 hingga 1660. Selain itu di Belanda juga, dianggarkan satu per lima daripadanya terlibat dengan industri perikanan yang menguntungkan Belanda.

       Manakala di China masyarakat agraria juga melakukan aktiviti perusahaan pertukangan yang diusahakan secara perkongsian antara dua orang atau lebih dan kebanyakan mereka mengetahui cara perkongsian modal bersama atau joint stock. Mereka turut berkongsi tanggungjawab terhadap kemajuan perniagaan. Selain itu di China juga seluruh perusahaan di China bergabung membentuk kesatuan. Antaranya ialah persatuanpenenun,kesatuan peniagabank,kesatuan peniaga pakaian,dan
kesatuan peniaga emas.


       Kesimpulannya,persamaan antara masyarakat   agraria Belanda dan China  ialah dari segi ekonomi pertanian dan industri swasta. Manakala perkara yang membezakan masyarakat agraria di Belanda dan China ialah dari segi pelaksanaan ekonomi penternakan lembu dan perikanan di Belanda serta  perusahaan pertukangan dan penubuhan persatuan perusahaan di China.Ekonomi agraria Belanda lebih terbuka, sedangkan ekonomi agraria China lebih tertutup. Kedua-dua masyarakat Belanda dan China memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang memberi  pendapatan yang lumayan kepada mereka.

2. Ciri-ciri masyarakat Agraria di Belanda.

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi utama masyarakat agraria di Belanda berasaskan pertanian, penternakan dan tanaman hortikultur.
Pertanian
Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian. Aktiviti pertanian yang diusahakan terdiri daripada pelbagai jenis tanaman, antaranya sayur-sayuran, dan bijirin.Hasil sayur-sayuran yang diusahakan seperti bawang, biji kol, ketumbar, lobak dan teasel.Menurut K.H.D Halley,masyarakat Belanda merupakan masyarakat yang paling banyak makan sayur-sayuran di Eropah.  

      Hasil bijirin pula seperti barli, gandum,kekacang dan oat.Pada peringkat awal barli merupakan tanaman utama tetapi merosot pada abad ke-I7 dan peranannya diambil alih oleh tanaman gandum Gandum menjadi tanaman penting di Belanda menjelang abad ke-17. Menjelang abad ke-16, sebanyak 1150 kg hingga 1900 kilogram gandum dihasilkan bagi setiap hektar. Hasil tanaman berlebihan akan dijual.

      Petani-petani Belanda juga terlibat dalam tanaman dagangan. Tanaman bukan makanan pula terdiri daripada tanaman dagang seperti hemp, biji kol, dan mader.Menurut B.H Slicher van Bath biji cole ditanam secara meluas di Utara Belanda. Tanaman ini menguntungkan kerana biji cole diproses untuk menghasilkan minyak.Madder merupakan tanaman ang ditanam secara meluas di bahagian Barat Daa Belanda.Akar tanaman ini diproses untuk  dijadikan serbuk pewarna ang digunakan dalam industri tekstil. Tanaman semanggi ditanam di Wilayah Waes yang terletak di Bahagian Utara Belanda sekiar tahun 1644. Menjelang abad ke-16 kegiatan penaman Hemp dilakukan secara meluas di Holland dan Utech. Hemp digunakan untuk membuat barangan daripada kanvas, jala dan tali kapal.[1]

Penternakan
      Masyarakat Belanda juga menjalankan kegiatan pentenakan secara meluas. Antara ternakan yang dijalankan ialah lembu dan kambing. Permintaan tinggi untuk produk tenusu menyebabkan petani melibatkan dii dalam penternakan lembu. Perkembangan ini menyebabkan petani-petani di Holland dan Friesland memberi tumpuan kepada sektor penternakan.Kegiatan penternakan lembu tenusu dijalankan secara ekstensif di Belanda. Mereka juga mengusahakan perusahaan tenusu iaitu menghasilkan susu, mentega dan keju. Kawasan tenusu utama ialah di utara Amsterdam dan di wilayah Waterland. Hasil tenusu Belanda juga banyak dieksport ke kawasan selatan.[2]

      Selain lembu, penternakan kambing juga dijalankan di kawasan sekitar Pulau Taxel, Wieringen dan Pulau Grind. Kambing diternak untuk menghasilkan bekalan keju kepada penduduk di bandar. Perangkaan pada tahun 1561 menunjukkan bahawa terdapat 12000 ekor kambing di wilayah Texel.

Hortikultur
Pertambahan penduduk dan penigkatan taraf hidup menyebabkan muncul pusat-pusat hortikultur di sekitar bandar-bandar. Pembangunan dalam  sektor ini disebabkan kemajuan dalam sistem pengangkutan air. Pusat hortikultur muncul di sekitar bandar-bandar seperti Leiden dan Delft. Perkembangan pesat dalam proses pembandaran menyebabkan muncul pusat-pusat hortikultur baharu di daerah-daerah seperti De Langeddijk dan Enkhuizen.

      Pekembangan bidang hortikutur meliputi penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga.Sayur-sayuran ditanam secara meluas di daerah De Langedijk. Antara tanaman yang diusahakan termasuklah bawang, lobak, ketumbar, lobak merah, parsnip dan biji sawi.Penanaman kobis dan lobak ditanam secara bergilir-gilir dengan sayuran lain di kawasan De Sreek yang terletak di daerah Enkuizen.

      Penanaman buah-buahan dijalankan di kawasan Aalsmeer dan Boskoop.Aasmeer menghasilkan pelbagai jenis buah-buahan teruama  strawberi. Leiden merupakan pusat hortikulur trebesar di Belanda.Menjelang abad ke-17, penanaman bunga tulip dan hop ditanam secara meluas di sepanjang Sungai Maas. Bunga hop digunakan dalam industri menghasilkan minuman keras. Tadis menghasilkan minumna keras beer daripada hop dapat dikesan sejak abad ke 14 lagi.[3] 

Petempatan
Masyarakat membina penempatan di lembah-lembah sungai kerana tanahnya yang subur.Antara kawasan tanah lanar yang subur dan menjadi tumpuan penempatan masyarakat agtana di Belanda ialah di wilayah Friesland, Zeeland', Flanders dan Utrect

Pembinaan Sistem Pengairan
Masyarakat Belanda berkemahiran dalam pembinaan terusan, kolam takungan air dan tali air dengan tujuan untuk mengairi kawasan pertanian. Mereka berkemahiran menyalurkan air dari sungai untuk tujuan pertanian.Dengan adanya sistem pengairan kawasan pertanian dapat
diperluaskan dan diusahakan secara insentif.

Masyarakat agraia Belanda juga membina kincir angin untuk menyalurkan air daripada tanah yang ditebusguna bagi tujuan pertanian

Berkemahiran mengekalkan kesuburan tanah
Mereka mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian. Baja asli digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian.Antara baja asli yang digunakan ialah najis binatang ternakan yang diperoleh daripada kawasan ternakan.

Pengenalan kaedah pertanian baru
Antara kaedah petanian yang dijalankan ialah menjalankan kegiatan pemugaran tanah pertanian bagi mengekalkan kesuburan tanah. Peralatan tenggala baru telah dicipta.

      Kaedah penggiliran tanaman juga mula dipraktikkan pada abad ke-16 dan 17 bagi mengekalkan kesuburan tanah. Antara tananaman yang digilirkan ialah menanam tanaman sengkuang dan kekacang berselang dengan tanaman bijirin. Sistem ini dipraktikkan dengan meluas di Wilayah Wales pada tahun 1644. Sistem ini terus diamalkan di selatan Edegem di wilayah Brabant pada tahun 1800.

      Pengenalan sistem pengiliran tanaman telah menyebabkan sistem tanah rang yang diamalkan sebelum ini dimansuhkan.

Penambakan laut untuk kawasan pertanian
      Aktiviti penambakan laut telah dijalankan untuk meluaskan kawasan pertanian. Kesannya pada suku pertama abad ke-17 kerajaan Belanda bukan sahaja berjaya meningkatkan keluasan kawasan pertanian tetapi juga meningkatkan hasil pertanianUntuk tujuan memugar dan membajak tanah pertanian.Penciptaan peralatan baru telah membolehkan kegiatan pertanian dij alankan secara besar-besaran.[4]




[1] Ibid,24.
[2]  “Masyarakat Agraria”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),12.
[3] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),28.
[4] “Masyarakat Agraria”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, 14.